I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, November 29, 2010

Cuti-cuti Malaysia iaitu Bulan madu...hehehehe

aku ni masih jetlag. eh jalan2 naik kereta pun boleh jetlag ke? cakap jela ko malas nak keje ari ni D. wuekkssss suka aku la. hehehehe

so ari ni aku stat keje balik selepas lama bercuti. xde la lama mana pun. aku amik cuti sehari je. yg lain2 tu aku off dan mc. hehehehehe

aku bukan gi bulan madu berdua je tapi berlima. dgn mak, ayah, Ai dan Adik. xpela. asal leh loving2 aku x kisah la ada watak pembantu ke x kan. hihihihi kitorg gerak dari jb hari kamis petang. kononnya nak tunggu aku balik keje la skali aku mc da....hahaha eh, ingat aku memain ke? aku kena gastrik teruk ok. sampai ke malam still x baik2. so sampai je Damansara, (ye, aku bulan madu kat selangor je. ada aku kisah kalau korg dpt gi oversea ke apa. org sederhana buat cara sederhana ok) aku terus landing dlm bilik. memang x larat nak bangun. diorg yg lain2 pun penat. yela, sampai pun dah malam kan. so aktiviti adalah makan then tido.

esoknya kitorg dah kemas2 packing2 brg. sbb bermalam kat Damansara sehari je. pulak tu Ai kena daftar diri awal. paling lambat kol 7.30 dah kena sampai U. tapi korg tau jela jam kat KL camne kan. sampai sana dlm kol 8 kot. tu pun kitorg sesat. nak parking x jumpa. rupa2 nya kena parking kat padang kawad dan naik bas tuk ke dewan besar. owh....baru la aku tahu. hehehe

cam best je naik bas. ye, aku dan Al mmg over excited. nama pun org berkereta. mesti la ke mana je nak berkereta. gi kedai yg sekangkang kera pun naik kereta. dasar pemalas tol. =P

sampai2 je, Ai pun gi daftar diri. kitorg semua membawa diri. ceh, xde la. perut lapa. so kena la isi perut dulu. kan kan kan... Nak menunggu Ai habis punye la lama. aku dari makan pau, sampai ke mihun sup, ke sosej goreng dan ke apa2 lagi la. owh, lupa nak cakap. Ai konvo diploma. U mana? xleh bagitau.





budak x konvo pun dapat bunga tau. sapa cakap? Al yg cakap. hehehe 
tu air tembikai susu Al punye. air yg ke 4 die minum pagi tu je.



bosan lagi menunggu. so aku amik lagi pic bunga kesukaan dgn plastik sosej goreng yg aku makan.





aktiviti mak, ayah dan Adik adalah makan. hehehehe

yg baju hitam tu Adik. die boleh pulak sembunyi belakang mak. ayah pakai baju batik warna coklat. diorg ni kepenatan pusing2 galeri yg ada kat situ. Adik dah 3 kali makan. mak n ayah baru dapat keluar dewan tuk cari makan.





sila muntah dgn gambar aku bersama bunga kesukaan. amik pic cincin skali. tangan aku berparut cam wolverine. kau sentuh aku, aku keluarkan cakar aku yg tajam tu. kejam x? ala korg jeles sbb korg xde.=P




waktu lagu Negaraku di mainkan tuk penutupan pemberian ijazah dan diploma sesi pagi.
bukan main ramai lagi yg bangun sbb hormat lagu.
tapi masa pembukaan sesi, ada la 10 je yg bangun termasuk aku, Al dan Adik. kenapa ye?
owh masa tu mak n ayah dlm dewan lagi. so aku pasti diorg mesti bangun. =)



Ini la budak itu!

Ai bersama jubah konvonye. siapa tahu jubah U mana, diam2 sudah. =)
tahniah ye Ai. lagi 2 tahun ko konvo lagi, sila suruh org lain temankan. aku penat la tunggu ko. naik kematu my bontoit.




sesi pagi tamat lebih kurang kol 12.30 sbb nak bagi ruang org solat jumaat. lepas je solat, kitorg rehat jap dlm surau then berjalan2 lagi. ke mana kita? ke I-City la. dah alang2 U tempat Ai konvo tu dekat je dgn I-City, kitorg pun singgah la. lagipun Al x penah lagi sampai sini. so kirakan aku ni jadi tour guide die la. lalalala

lepas penat pusing2, kitorg makan lagi! tapi makan aiskrim la. aiskrimnya mahal nak mampus. nanti aku buat entry khas pasal kedai ni ok sbb gambar dlm hp Al. x sempat nak transfer lagi. nama pun bz memanjang kan. hehehehe

di sebabkan kepala semua dah jadi pening sbb makan aiskrim mahal sangat, kitorg pun tetiba terfikir lak nak jalan2 naik LRT. eh, aku x jakun la. aku dah biasa naik LRT. biasa naik LRT kan 15 minit je dah sampai mana2 destinasi. boleh pulak masa kitorg naik tu, lambat sampai 1jam! aku xtau la nape kan tapi rasanya sbb minyak habis kot. LRT pakai minyak ke? *ketuk kepala sendiri

kitorg x ke mana pun. jalan kat Sogo then ke Jalan TAR lak. dapat la headscarf dan brooch yg comel lote. masa tu pun dah nak maghrib, so kitorg gerak balik, gi makan jap. makan lagi! solat then amik abang aku terus jumpa our bakal keluarga. bakal? tu rahsia. tiba masa nanti aku cerita ok. lebih kurang around 11 malam kitorg bertolak balik JB.

xdela bulan madu sangat pun kan tapi ini la pengalaman first outing with family dan suami. uhuk uhuk cam pelik je cakap suami. kena biasakan ni. *blushing2







p/s : bila la nak pergi honeymoon berdua pulak????

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...