I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, December 22, 2010

Berseafood di Senibong

aktiviti aku hari ahad lepas adalah berjalan2 around Jb dan makan seafood. penat tu mmg la tapi sbb aku dah lama x bawak mak jalan2 di malam hari kan so tetiba idea tu datang.

macam biasala mak beli barang dapur mesti kat Kipmart Tampoi. dah pusing2 ajak mak ke rumah MIL lak. sebab masa tu masih awal lagi. yela sejak aku kawin ni, mak x pernah lagi pergi rumah MIL. tgh2 lepak tu, adik2 aku ajak ke taman permainan depan rumah MIL. terasa kejap main buaian cam budak2. hehehehe

so nanti majlis belah Al semua org makan atas gelongsor la yek? mesti fun kan. ;P

lepas solat maghrib, kitorg lapo jadi mak ajak kitorg ke Senibong! fuh dah lama giler aku x jejak Senibong. dah 4 tahun kot. yela dulu masa duduk rumah sewa aku mmg suka je merayap. salahkan Al. eh?

sampai2 je, ada org sambut. xde la sambut dgn karpet merah bagai tapi halang jalan dan tangan menghulur mintak duit parking. oh nak masuk Senibong kena bayar parking lak sekarang. rm2 lak tu. ok la. dah sampai, xkan nak balik lak sebab kena bayar parking kan.

bila masuk nak parking, tempat crowded macam ke hapa. pastu siap ada gerai2 org jual macam2. dah macam pasar malam aku tgk. pastu aku ternampak la signboard 'Tempat perlancongan oleh Kementerian pelancongan' camtu la die tulis. aku x ingat tapi rasa macam owhhh.. dah berubah ye Senibong sekarang.

dah parking terus cari kedai makan la apa lagi. jalan sikit terus nampak pintu gerbang. pastu kedai2 makan pun dah upgrade. kedai2 semua pakai kayu cantik2 buat kedai. mak dah pandang2 aku. takut tempat makan dah cantik terus makanan pun mahal. tapi Al suruh masuk gak. dah sampai kan masuk jela.

kitorg pilih kedai 2nd dari hujung. nak masuk yg depan2 takut jadi kita pilih yg agak2 hujung la yek.



inilah hidangan hari tu.



mak order sayur chapcai, siakap 3 rasa, sotong goreng nestum dan sup campur. aku nak kerang bakar dan Ai nak lala masak sambal.







chapcai tu macam sayur goreng biasa. kerang bakar rasa cam kerang rebus. lala tu pedas melampau tapi sedap. ikan siakap tu rasa cam masak sos cili je tapi sotong tu mmg terbaik. mmg sedap dan rangup.

owh sup pun sedap. rasa cam sup ekor yg pedas. Al asyik makan tu je. taula suka makan sup. tapi cam pelik lak diorg x sediakan mangkuk kecik tuk hirup sup. so Al terpaksa hirup dari pinggan je. kesian my husband. xpe2 lain kali kita makan sini kita mintak mangkuk ye sayang tapi awak belanja la. *kenyit mata*

total semua rm94 termasuk air tembikai(Al), air soursop(Ai), jus oren(Adik), air teh(mak tentunye) dan air masak(aku) jgn tanye kenapa. mmg kena minum air masak je sepanjang minggu ni. =(

itu pun lauk pauk masih berbaki. jadi kitorg bawak balik dan jadi la lauk untuk esok hari. hehehehe

lepas dah kenyang kena gi toilet dannnnnnn.....ke bazar karat! atau dlm bahasa biasanye Bazar JB. mak excited giler. tapi x beli apa2 pun sbb aku x sihat nak jalan lama2 dan esok aku keje. ye aku mmg spoiler. ada aku kisah? yg penting nawaitu kite. hehehehe dan mak hav fun. lain kali bila D sihat n cuti kita jalan2 lagi okeh. *ayat nak sedapkan hati*





p/s : internet macam ke hapa tah kat ofis ni. urrghhhhhh 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...