I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Saturday, December 4, 2010

Mari jalan2 di malam hari di Bazar JB

malam tadi aku mengajak Al keluar jalan2. dah lama rasa nye x keluar di malam hari. kali terakhir masa aku duduk rumah sewa kot. yela rumah aku dari bandar agak jauh. lagi la masa tu aku anak dara lagi. anak dara x elok keluar malam2 buta. nape la entry aku panjang sangat ni? hahahaha sori2.

sebelum berjalan2, mesti la isi perut dulu kan. kitorg x gi makan kat restoran pun. juz beli kentang goreng dan air abc kat pasar malam. makanan yg berkhasiat kan?

lepas kenyang xtau nak buat apa. ingatkan nak gi tgk org buat drift ke racing kereta ke kan skali xde lak. so Al cadangkan kitorg gi pusing2 bandar je. bila lalu kat Bazar JB terasa nak singgah lak. aku belum penah lagi jalan2 kat sini. kedudukan bazar ni berdekatan black area iaitu dekat2 dgn bangunan MIC. bazar ni besar la jugak. ala2 uptown kat KL. nak parking pun susah. nak kena pusing 2 kali baru dapat parking.

bila jalan2 asyik nampak org jual baju, kasut n makanan. dah macam pasar malam dah. cam x seronok pun. skali kitorg pusing jalan lain mmg lain dari yg lain la yg di jual. baju2 old skool, piring hitam, kasut 2nd hand tapi yg paling best ialah pakcik ni.





die jual barang2 tembaga ok. like real tembaga. dah macam muzium dah aku tgk. memang akan menggamit memori silam punye. bayangkan la aku leh jumpa seterika tembaga yg siap ada tempat asap keluar. yela, dulu kan kalau nak panaskan seterika kena letak arang panas dlm tu. tapi zaman mak aku, tempat keluar asap tu xde. so aku sgt la jakun. nak amik pic tapi tempat tu gelap je. lain2 kali la kalau aku singgah sana lagi aku tepek pic kat sini.



songket zaman nenek moyang aku. aku x berani nak pegang. yela takut jatuh ke apa kan. ceh padahal pakcik tu gantung tinggi sangat aku x sampai nak pegang. hehehehe




oh budak ni sangat kelakar. die teruja tgk arnab sampai jerit2 bila tgk bunnies gerak2. tapi bila mak die amik tangan die n sentuh kan kat bunnies tu, die terus tarik tangan die balik. lol
pastu mulut die asyik bebel je cakap bunnies tu comel. aku lak tgk budak tu comel. ye, sifat2 keibuan aku dah muncul dah. hehehehe

harga bunnies aku xtau berapa tapi kat gerai tu ada jual pets lain gak cam cicak pelik, kura2 n hamster. hamster ni diorg letak dlm bekas xde tutup. so aku sibuk la nak pegang2. yg si Al dah jerit2 takut hamster tu gigit aku. sungguh over la my husband ni. =)

jalan2 lagi then terjumpa kedai bundle. Al rembat 2 helai seluar slacks. kat sebelah gerai bundle tu ada kasut 2nd hand n barang2 lain. aku ternampak piring hitam 'aku la si perantau-sudirman'. ingatkan nak amik pic sbb aku si jakun yg x penah nampak piring hitam mesti la nak amik gambar buat kenangan, skali tuan gerai tu cam jeling aku semacam je so x jadi la. then sambung pusing2 lagi. Al belikan aku jam. walaupun murah je tapi me is liking. hihihihi sayang abg lebih.

lepas tu kitorg terus gerak pusing2 bandar lagi dan terus balik rumah.

overal, mmg best jugak la bazar JB ni. kalau korg terasa nak cari barang2 rare cam barang tembaga atau baju bands yg dah zaman mana tah tu atau nak cari gadgets cam hp murah dan jam ala London, boleh try2 jenguk2 ke sini. mana tau korg jumpa brg yg korg berkenan. tapi aku nasihatkan korg pakai sandal atau selipar je. yela bazar tu besar. xla nanti kaki korg terpelecok ke, melecet ke kan. ni x, aku ada la jumpa budak (budak2 ke?) yg dressup macam nak ke club. kasut tumit tinggi n skirt. apa kes? x sejuk ke? pening dgn perangai budak2 sekarang. haishhhh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...