I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, January 26, 2010

Kahwin tahun depan? TIDAKKKKK!!!!!!

Put an X in every box that applies to you.

Add up all the x's and title subject with the sum as "My marriage age is__"

[x] You know how to make a pot of coffee/tea
[x] You keep track of dates using a calendar
[ ] You own more than one credit card
[ ] You know how to change the oil in a car
[x] You do your own laundry
[ ] You vote every election
[x] You can cook for yourself
[ ] You think politics are exciting
[ ] You balance your own checkbook
[x] Your parents have better things to say than your friends
Total: 5

[x] You show up for school/college/work every day early
[ ] You always carry a pen in your pocket/purse
[x] You've never gotten a detention
[x] You have never smoked a cigarette
[x] You have never gotten completely trashed
[ ] You have forgotten your own birthday at least once
[x] You like to take walks by yourself
[x] You've watched talk shows.
[x] You know what 'credibility' means without looking it up
[ ] You drink coffee[caffeine] at least once a week.
Total: 7

[x] You know how to do the dishes.
[x] You can count to 10 in another language
[ ] When you say you're going to do something you do it
[x] My parents trust me
[ ] You can mow the lawn
[x] You can make adults laugh without being stupid
[ ] You remember to water the plants
[x] You study when you have to
[x] You pay attention at school/college
[ ] You remember to feed your pets
Total: 6

[x] You can spell 'experience' without looking it up.
[ ] You work out on a regular basis.
[x] You clean up your own mess
[ ] The people at Starbucks know you by name
[ ] Your favorite kind of food is take out
[ ] You have gained weight since middle/high school
[ ] The first thing you do when you wake up is get caffeine
[x] You can go to the store without getting something you don't need
[ ] You understand political jokes the first time they are said
[x] You can type quickly
Total: 4

[ ] You have realized that the weather forecast changes every hour
[ ] Your only friends are from your place of employment
[ ] You have been to a Tupperware party
[ ] You have realized that no one will take you seriously unless you are over the age of 25 and have a job.
[ ] You have more bills than you can pay
[ ] Most of all your friends are older than you are
[x] You can say no to staying out all night
[x] You use the internet every day
[ ] Your wardrobe hasn't changed in a while
[x] You can read a book and actually finish it
Total: 3

Grand Total = 25


ye je aku kawin umo 25.....kuiz ni aku saje2 je isi....ehsan dari kawan aku gak....heheheh (aku pinjam kuiz ko ye intan)
ada la certain part aku ubah supaya kena dgn aku....hehehe aku x cheat la...aku jujur ni...=P

Monday, January 25, 2010

Blogger ke die ni?

Aku baru je terbaca post Aduka Taruna yg di post kat laman facebook yg kondem budak ni….die ni x famous tapi di sebabkan isi blog die yg tah apa2 tu, tiba2 nama die meletup atas sebab2 yg xleh di banggakan langsung….

Aku ni bukan jenis suka amik tahu tapi bila dengar soksek2 kat ofis aku….aku jadi curios la plak…teruk sgt ke ayat die? So aku pun luangkan masa mencari2 blog die. Tapi syg coz post tu die dah delete. Yg tinggal hanya permohonan maaf die.dan kelab yg mengutuk tindakan die kat fb. Dapat la sikit intipati nya. Aku xnak petik ayat2 die guna dalam post die tu. Cuma aku nak beri peringatan kat semua blogger dan aku sendiri supaya jgn ukur kelemahan dan kekurangan org lain…ukur la di badan sendiri. Semua org x sempurna….org yg dah pergi tu biar la die pergi…baik buruk die biarla Allah yg tentukan. Kita sebagai manusia tiada hak nak menghukum sesama manusia…..Peace =P

P/s: Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Johor….

Flea Market @ Garage Sale

Pada 23hb ari tu kat tempat aku keje ada buat Garage Sale….kalau org Melayu ckp, jualan brg2 terpakai…x banyak pun gerai yg buka…Cuma ofis aku je jual brg2 terpakai…gerai lain2 jual brg2 baru tapi ada diskaun la…

Banyak la brg2 yg biasa kita lihat kat pasar malam…cam kasut, baju. Perfume, kek pun ada dijual…aku pun ada sumbangkan sikit baju2 aku yg dah aku x muat dan x pakai…aku x pasti la brg aku tu dpt sambutan ke x…coz aku dtg kat event tu pun agak lambat…dlm kol 5 gitu…..brg pun dah kurg….tapi yg aku perasan, brg2 yg aku letak kat gerai dah xde…so maksudnye laku semua la kan? Hahahahaha aku kayo! Ceh, berangan lebih lak….apa pun 50% dari jualan kat situ akan di salurkan kat tabung kebajikan…so kalau aku untung rm20 pun, aku cuma dpt rm10 je….ok la tu dari xde.

Lagipun aku xberniat pun nak jual brg2 tu. Ingatkan nak bg kat sedara mara or org2 miskin tapi x sempat dan kebetulan lak ada event ni kan….apa salahnya aku menyumbangkan sikit brg2 aku….sbb diorg bukan takat amik baju je, kalau korg ada kasut terpakai ke, dompet ke, pun boleh dijual….yg penting brg tu mestila berkeadaan baik…

Dgr nye event ni akan di teruskan setiap tahun… Bgus la…xde la kita buang je brg2 x pakai tu kan… korg pun boleh la kumpul brg mulai skrg….mana tau boleh dijual kat event tahun dpn…jgn lak korg beli brg semata2 nak jual kat situ…xkan dpt harga double la…separuh harga ada la…lagipun ni kan untuk tabung kebajikan….jadi jgn la terlalu mengharapkan untung….. kalau ada perabot lebih pun boleh letak kat gerai tu tau….hehehehe gurau je…Peace =P

Friday, January 15, 2010

Mendengar @ mahu di dengar


Korg nak yg mana satu? Mesti nak jadi org yg mahu di dengar kan? Lebih senang bercakap dari mendengar….aku bukan cakap kosong…cuba kalau korg gi ceramah. Penceramah tu sibuk bercakap tapi berapa peratus sgt maklumat yg korg dgr dan ingat?

Kan sini la aku nak cakap pasal kelebihan mendengar…aku pun suka bercakap gak tapi aku lebih suka menulis sbb bila kita bercakap kadang2 kita x berfikir…kalau menulis biasanya kita fikir dulu apa yg ingin kita tulis. Kalau salah boleh edit atau padam terus tapi kalau bercakap? Boleh ke? Sebab tu la ada pepatah Melayu ‘Lajak perahu boleh di undur, lajak kata buruk padah nya’. Tgk tu, dari dulu nenek moyang kita dah bagi peringatan.

Aku kadang2 malas nak layan org banyak cakap ni. Kadang2 apa yg di cakap lebih kepada tentang org lain. Kadang2 mengguris perasaan. Tolong la jgn ajak aku buat dosa. Hidup aku sendiri pun x teratur, lagikan nak dgr masalah dan cerita tentang org. Aku hanya boleh mendengar. Jgn harapkan lebih. Tapi bila hendak di dengar sepatutnya mestila mahu mendengar kan? Tapi kenapa hanya berapa kerat je yg mendengar. Org belum habis cakap die dah menyampuk. Komunikasi apa tu? Baik cakap dgn dinding. Kalau cakap dalam gua dah tentu ada gema tapi dinding akan diam je. Betul x? Aku x sempurna cuma nak beri peringatan. Harap xde yg ambil hati. Bye….Peace!

Wednesday, January 13, 2010

Cantik ke?

Aku ni nak cakap perasan tu x la tapi aku rasa betul kot….mesti korg pelik apa aku merepek ni kan….camni..ada sekali tu ‘kawan’ aku cakap aku cantik…aku pelik la…aku cantik ke? Mana ada. Cun ada la….hehehe aku pun xtau la cantik dalam kategori apa kan tapi aku rasa biasa je…agaknye kalau die nampak aku makan terus die cakap aku x cantik kot….opppsss ^__^


Aku dulu xde la cantik…comot je…dah la asyik pakai T-shirt je…abg aku slalu geleng je…tapi die seronok gak sbb ada teman…yela dia kan sorg je lelaki dlm adik beradik aku…jadi aku slalu dok tgh2….xla cam jantan cuma ada iras2 jela….bila aku dah berubah jadi ‘awek jambu’ bak kata org…hehehe….mula la ramai yg nak mengayat….sorila….aku x suka org yg hanya lihat luaran je….

Pada aku, definisi cinta ni luas….kalau boleh, nak cari pasangan biar la yg cantik luar dalam…ni aku cakap bukan setakat untuk peringatan korg tapi untuk aku gak….so far aku masih ok…masa depan aku xtau lagi…biar la Tuhan yg menentukan….

Ketika Cinta Bertasbih

Aku ni xdela minat sangat dgn cerita cinta dari Indonesia tapi sejak aku terbaca novel Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburahman El Shirazy….aku cam rasa best lak… Aku memang x penah tgk versi filem sampai habis sbb cam hampeh…novel nya lebih menusuk jiwa…cet…hehehe kebetulan lak Malaysia tgh hangat dgn siri Nur Kasih aku terus tertambat dgn cerita cinta yg lebih universal…x cam kebanyakan filem @ drama cinta di Malaysia….kalau x perempuan tu cantik, mesti kaya @ lelaki nye yg kaya tapi perempuan nya hanya org miskin keje kutip kelapa sawit….oppsss cam cerita kol 6.30 kat tv3 lak….anyway…yg aku nak tegaskan kat sini…cerita cinta x semestinya ada madah2 cintan yg cam nak termuntah aku dengar…tapi kalau Ada Apa Dgn Cinta pun best gak sbb cerita nya x tertumpu pada cinta Adam Hawa tapi termasuk gak antara kawan2….


Okla. Berbalik pada Ketika Cinta Bertasbih(KCB)…..berlainan dgn Ayat-Ayat cinta yg hero nya perfect sgt tapi dalam KCB, hero nya hanya la penjual tempe kat Cairo….ijazah pun dah 9 tahun baru pas….so die adalah manusia biasa….cam dalam Nur Kasih gak…walaupun Aidil tu ustaz tapi adiknya Adam adalah hanya insan biasa yg hanyut dalam dugaan manusia…
Plz la pembikin filem @ drama….penonton sekarang ingin kan bahan yg bukan saje untuk hiburan tapi yg ada pengisian…. Harap2 adala yg berani tampil buat camtu…bye…..Peace!



p/s : Ketika Cinta Bertasbih belum di tayangkan kat M’sia k….aku xtau kenapa…so ni aku tgk dvd punye….


Tuesday, January 5, 2010

First love….

Kenapa ek kita akan sentiasa teringatkan first luv walau betapa buruk pengalaman kita tu….walau betapa kita benci pada ex kita….kita tetap teringatkan die….kadang2 semasa kita sedang bersama yg tercinta…kadang2 kita membandingkan pulak pada kekasih hati kita….
aduh perit betul bila aku fikirkan kesilapan masa lampau sampaikan aku x sedar aku terjumpa ‘dia’….Di tempat yg benar2 aku x sangka….malah aku ke situ sudah kali ke 3 padahal aku tau hari tu die x kerja…..kenapa? KENAPA? Rasanya aku kena tambat kaki aku ni biar x jejak ke situ….@ aku bakar je tempat tu biar die xde keje tapi melampau sgt kah aku? Sedangkan kali pertama berjumpa sepatah kata pun x terucap….pandang pun aku xnak lagikan bertemu lagi dgn nya….die nampak aku, aku tahu. malah die seakan2 ingin menyapa aku….entah la….aku cuma harap kasih aku pada Al xkan berubah…..

Missing u…..

Tiba2 je ari ni aku teringatkan seorg kawan aku masa skola asrama dulu….org nya kecil molek je….putih melepak…dah lama aku cari die…
Rindu lak kat die….dulu aku slalu borak dgn die dalam dorm….katil die sebelah aku je…die slalu kacau aku bila aku tgh tulis diari ….kalau boleh die nak baca….^__^

p/s : Pada Azie…..aku dah lama cari kau tapi no ko dah hilang masa hp aku kena curi….plz contact aku bila ko baca blog ni k….miss u….

Friday, January 1, 2010

Panduan dan tips bercuti di Genting Highlands…

  1. pertama sekali, rancang perjalanan anda….fikirla nak pergi berapa org…kos lagi….nak simpan duit lagi….hehehehe
  2. pastu fikir la nak pergi bila…..kalau nak syok dan puas enjoy kat situ, better pergi bukan pada masa cuti sekolah….sama ada cuti skola M’sia ke, S’pore @ Indonesia coz ramai pengunjung dtg dari sana (aku cakap dari pengalaman k)…dan juga elakkan dari pegi pada sabtu @ ahad….^__^
  3. kalau dah ada duit (paling2 pun dekat rm200 seorg x termasuk penginapan k)….pikir la nak pergi naik apa….bas ke teksi @ drive sendiri….kapal terbang xde ye….kalau dari tempat korg ke KL ada la…tu pun kalau korg x duduk kat Selangor dan kawasan sewaktu dengannya hak3
  4. so korg dah ready la ni? Kalau miskin, aku sarankan bawak bekal…guard kat situ xkan cek beg punya…..sebab makanan kat sana mahal giler…..restoran mamak xde ok…kfc pun dinner plate dah harga hampir rm15….so korg bayangkan la makanan2 lain yg lagi fancy….

    Jadi aku nak bagi tips n cadangan la kalau ko teringin sgt nak bercuti kat tempat sejuk ni….iaitu Genting Highlands…

    transport :
    Bas :- kalau korg nak murah, naik bas yg ada pakej….Cuma ada di KL Sentral iaitu rm42 seorg pada hari biasa k…harga ni termasuk outdoor games kat genting, harga tiket kereta kabel pergi dan balik dan tiket bas pergi n balik….tapi kalau lambat beli mmg cepat habis so sila la beli sehari sebelum korg nak gerak gi Genting k….masa bertolak dan balik korg boleh minta kat kaunter tiket tapi pastikan korg x lambat….bas x tunggu korg tau….
    selain tu, tiket bas ke Genting ada gak jual kat Pudu tapi tiket ni utk tambang bas sahaja la ye…pergi balik rasanya rm15….(ni aku x pasti cuma berdasarkan pertanyaan dgn org yg penah pegi dari Pudu)

    Teksi :- transport ni bagi aku paling x berbaloi coz harga satu teksi nak gi genting je dah rm80 tau….belum balik lagi….kalau korg rasa nak balik naik teksi, don’t worry…kat sana ada tempat menunggu teksi…@ korg leh janji dgn teksi yg korg naik masa naik Genting….

    Kereta :- aku rasa naik kereta sendiri lebih berbaloi…korg xyah terkejar2 nak balik nak kejar bas, leh balik sesuka hati tapi jgn lebih 7.30 malam ye sbb kereta kabel tutup kol 7.30malam….tapi kena pastikan kereta korg lasak nak naik ke Genting sbb jalan nya curam dan membahayakan…kalau x biasa jgn la cuba2 k….sebelum sampai Genting cuma ada satu tol sahaja, kena bayar rm5…..

    Modal : (duit la)
    Kereta Kabel sekali naik rm5, pergi balik rm10
    Indoor games pada masa puncak rm39, biasa rm31 kot…
    Outdoor games pada masa puncak rm44, biasa rm39 kot (aku x ingat so don’t blame me k….ni panduan korg tuk sediakan duit je…)
    Indoor dan oudoor rm59 pada masa puncak, biasa rm50 kot
    So korg pilih la naik main permainan kat mana….dua2 pun best tapi kalau korg gi masa cuti sekolah memang x sempat nak rasa naik semua….line menunggu boleh memcecah ke 2jam tau…naik mesin tu x sampai pun 5 minit….aku x tipu sbb aku dah terkena….tapi berbaloi la penantian korg tu…

    Games yg x termasuk dalam pakej ni adalah SnowWorld, SkyDiving, Archery, dan lain2….korg sampai t korg leh amik pamphlet kat kauter penerangan…so senang korg nak rancang perjalan korg sbb Genting mmg luas giler…tapi kalau main indoor games semua permainan terletak berdekatan je…panggung wayang pun ada tau…
    Tempat2 yg x termasuk dlm pakej ni die ada harga tersendiri dan masa sendiri cam SnowWorld..korg kena beli tiket masuk cam tiket wayang…yela xkan SnowWorld tu leh muatkan semua pelancong kan? So tiket ni hadnya 1jam, lebih dari tu korg tanya kat kaunter die k….

    Makanan
    Aku tau korg2 yg malas nak bawak bekal mesti terfikir nak buat camne ek? Apa kata sebelum korg gerak tu, korg singgah la restoran mana2….kfc yg berdekatan ke asalkan jgn beli kat Genting….sbb kat sana je harga mahal…tempat lain cam Gombak harga ok je….

    Ole2 @ Souvenier
    Xyah la beli….kat sana mahal…korg nak beli pun nak bagi sape? Hahaha xdela aku gurau je…tapi aku sarankan baik xyah…@ korg beli coklat je…coklat pun mahal tau….sekotak rm4.80 dalam nya x banyak mana pun…kedai coklat dan ole2 ada banyak kat Genting…korg pilih la mana satu….x pun bila turun dari kereta kabel korg leh singgah kat kedai2 dekat parking….x pun korg singgah la taman strawberi…terletak x jauh dari kedai2 kat situ gak….

    Penginapan
    Yg ni aku mmg serender sbb aku x galakkan la bagi yg duit ngam2 je untuk enjoy games tapi bagi yg nak gak boleh la surf internet cari website Hotel World iaitu hotel kat Genting untuk tempah hotel….kena cepat2 k takut nanti korg kena tido kat luar la…dah la sejuk…=P
    Tapi korg boleh gak sewa bajet hotel terletak kat kaki gunung….on the way korg naik Genting korg akan nampak signboard Bajet Hotel kat belah kanan tapi jauh la dari Genting….kalau korg naik bas mmg bas x berenti kat situ…
    Harga? Aku x pasti….korg terpaksa la survey sendiri…

    Pakaian
    Xkan ni pun aku nak ajar kot? Hehehe aku sarankan korg pakai baju lengan panjang dan bawak sweater….sbb cuaca kat sana x menentu…kdg2 panas cam kat tepi laut kdg2 sejuk cam kat Paris….so korg bawak jela sweater….mana tau berguna…


    Okla….aku rasa dah cukup dah ilmu yg aku ada untuk kongsi kat korg…..pengalamn lebih seronok di kongsi kan…betul x? So pada sapa2 yg dah ready nak gi, sedia la pada sebarang kemungkinan n enjoy urself….jgn sesat kat KL lak…..hahaha rajin2 la bertanya k….daaaa…… Peace!