I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, March 7, 2011

Laksa Lipas

aku xtau la kenapa tekak ni terasa nak makan asam laksa je(laksa penang ler). masa ari jumaat tu, yes, jumaat. entry yg lain2 aku update lain kali. busy week okeh. ok2 sambung balik.

masa ari jumaat aku ingat nak makan asam laksa lagi kat Jusco Taman U tapi masa tu kitorg tgh rushing. soo many things to be done. haishhhh.... jadi x sempat nak singgah makan sana. but stilllllllll....nak makan asam laksa gak. kebetulan masa dah setel macam2 tu kitorg lalu Giant Taman Suria. so singgah situ jela makan tengah hari. survey2 ternampak ada kedai jual laksa penang. macam best je so aku order tu n Al order mee rebus.

tapi bila sampai je, laksa macam hampeh sebab mee keras. mee rebus lak rasa cam mee kari. oh gambar makanan sebelum di makan x sempat amik sebab masa tu kitorg kebulur. tgh sedap2 makan tu. tetiba aku ternampak ada benda hitam dalam laksa. tau apa?




ye, itu lipas ye tuan2 dan puan2. 


aku punye terperanjat tu xyah cakap la. laksa dah separuh masuk perut dah. Al nampak je die pun terus stop makan padahal bukan dalam mangkuk die pun. hati jangan cakap la. dah membara dah. kalau lalat aku leh terima lagi tapiiiiiii......ni lipas ok. like waddehel lak ko masak leh masuk lipas kan.

lepas tu Al panggil makcik yg jual tu. kitorg x marah la. just cakap je. makcik muka dah pucat pastu cakap xyah bayar. eh kalau ko suruh bayar pun. xde maknanye aku nak bayar ye. 

oh tempat tu aku dah blacklist kan. xkan jejak situ untuk makan2. baik aku makan kat Kg Melayu je. lagi sedap. oh kalau korg terpergi sana, kedai makan tu kat foodcourt ye. kat situ ada satu gerai je jual laksa penang. jadi pandai2 korg la kalau teringin nak makan laksa lipas ke boleh la ke situ. mesti seeeedappppp la sangat.

masa balik tu Al tanya aku nape x marah makcik tu. aku tanya die balik nape x die je yg marah. rupa2 nye kami sama2 x reti marah org di khalayak ramai. padahal Al dah angin dah tu. hahahahaha ye, kami sangat baik.





p/s : nasib baik la perut x meragam pastu. nak makan asam laksa Jusco Taman U!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...