I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Friday, July 29, 2011

Buah Cinta

tadi aku n ofismate gi hantar Kak Sri gi bus stand. sbb yela nak puasa ni, ramai je yg balik kampung nak sambut first puasa dgn family. saje kitorg hantar beramai2 (padahal nak jalan2 loled).

so amik die kat rumah. sambil2 tunggu die bersiap tu, aku nampak ada benda atas meja. ingatkan telur pindang.



macam telur pindang kan?
namanya buah cinta. Kak Sri beli masa gi Tanah Tinggi minggu lepas.





bila di belah.



aku : sedap ke buah ni?

KakSri : entah la.

aku : akak x makan ke?

Kak Sri : tak

aku : habis tu kenapa akak beli?

Kak Sri : saje nak rasa. ko rasa la dulu pastu akak rasa.





so aku menjadi guinea pig di situ.

rasa die? xtau nak cakap camne. nak kata sedap, xde la pulak.... tapi memang pelik la rasa die. lepas tu aku passing la sebiji buah yg di belah 4 tu kat semua yg ada.

semua pun cakap rasa die pelik. nak suka, xleh. nak benci pun xleh. sbb tu la nama buah tu cinta kot. sbb cinta kadang2 menggembirakan, n kadang2 memeritkan. ceh pandai je aku buat andaian kan. hehehe


Kak Sri balik kampung sampai ari isnin. xtau la apa jadi kat buah cinta tu. buang kat tong sampah kot?

Wednesday, July 27, 2011

Rolling in the Deep

sedap jugak lagu die ni. try layanzz.......








suara die mmg sedap n terbaekkkk.....


hahahaha sejak2 cerita boboiboy ni, ramai giler yg suka cakap terbaekkk.....tapi lagu ni mmg terbaekkkk......la.....hehehe

Tuesday, July 19, 2011

Aku x Sihat

kan ari sabtu aku cakap yg badan ada rasa x sedap n rasa nak demam kan? so merasa la semalam demam. tapi ni bukan jenis panas tapi yg jenis asyik batuk je. pastu tekak perit.





ni dinner ari sabtu.


meehoon sup n air tembikai. tetiba terasa nak makan tapi tekak x rasa apa. mmg masa tu dah macam nak demam. aku makan kat warung Mee Bandung Muar. ala yg aku cerita kat entry ni.

sebelum ni aku penah makan gak meehoon sup die. sedap la. die masak time tu gak. rasa x sama cam meehoon sup biasa yg sup nye ialah sup tulang. cuma hari tu je aku makan xde rasa.

aku pun macam dah merepek je ni. mesti sebab makan ubat batuk tadi. kepala pun macam dah lalok je. nak cari tempat nak baring la. kalau dapat tido sejam dua pun best gak. hehehehe

Saturday, July 16, 2011

Minggu yg Sangat Sibuk dan memenatkan

korg rindu kat aku x? rasa cam dah lama giler x update blog.

kan minggu lepas aku dah cakap aku bz. hari ni baru la rasa macam boleh bernafas sikit. dgn sakit tekak nye n rasa cam nak demam, ku gagahkan jua meng'update' blog. hahahaha giler cari simpati aku ni. heheheh

tapi mmg badan rasa x sihat pun. tgk la isnin t ke aku gi klinik sambil2 amik mc skali. wahhhh tang tu mmg faveret la kan. haha

em nak mula dari mana ek?

ok la stat dari ari jumaat lepas la yek. masa tu bosan2 kat ofis, aku saje la sms M skali die kata die dah ada kat JB la. so mesti la aku nak meluangkan masa dgn bff aku kan. balik keje je terus berdesup jumpa minah ni. nak lepak kat tempat biasa, tetiba org ramai lak. seat langsung xde. so kita lepak Mcd jela.

kitorg xde buat apa2 pun. lepas makan, pusing2 jap kat CS pastu balik. sbb aku kena rush balik rumah mak lak. sbb esok ari sabtu ada kenduri. jadi kena la balik malam tu.




hari kejadian. masa ni org semua tgh sibuk nak makan. owh mak buat bacaan yassin n tahlil dan kenduri doa selamat.




saki baki makanan yg tinggal. 


masa sebelum aku x sempat nak amik pic sbb aku org last bersiap. org dah stat baca yassin baru aku klua. hehehehe owh nampak x kuih tako tu? aku dgn Al yg buat tau. *bangga jap er tapi kitorg buat bekas die je. adunan nye mak yg buat. hehehe

malam tu gak aku n Al balik rumah sebb ahad aku kena gi KL lak. ye, keje aku minggu lepas adalah rushing sesajo. penat weyh. malam tu gak la aku baru nak kemas beg semua. dah la pagi nye aku keje. petang baru gerak gi KL.





menanti flight ke KL. hahahaha xla. naik bas je. macam la aku ni org best2 nak dapat naik flight bagai kan. company bagi kitorg naik bas je. huhuhu



rombongan lelaki. ecehhhhh dah macam rombongan meminang laksss......



perjalanan amik masa dalam 5 jam kot. punye la slow pakcik driver tu bawak. punggung aku ni dah rasa cam melekat je kat seat.




sampai gak. ni ruangan lobi. siap ada tempat urut ko!



kitorg sewa apartment. so pompuan semua dalam satu apartment la sbb x ramai. lelaki sewa sampai 3 apartment sbb ramai kan. owh apartment kitorg ni macam creepy sikit. xtau la kenapa. roomate aku pun cakap. diorg lagi la kol 3 pagi baru diorg tido. xleh tido katanya. aku mmg tido awal la. nak jaga kecantikan kena la tido awal. ehekss




proses checkout. tekun betul diorg ni. hehe





bertolak n terus gi sini. mmg best la library ni. cam moden je. sape tau ni library mana?



then makan tgh hari jap kat UTM KL sambil2 meeting pastu teruskan perjalanan ke UIA lak. bila sampai je, rasa cam rindu giler kat tempat ni. cam mengimbau balik kenangan je. kenangan apa? ada la. rahsia. heheheh





kubah dalam library. cantik kan. kat masjid x sempat amik sbb kami sesat. ye, dalam masjid pun leh sesat. haha


ingatkan dapat la lama2 kat UIA tapi ketua aku cakap nak kena ikut jadual. takut sampai JB lambat. bye2 UIA. i'll be missing you. a lot. dah macam tinggalkan kekasih lak. ehemm ehemm



berpesta durian kat rumah ketua aku. 


punye la jauh rumah die. aku dah la x tahan nak terkenc' tapi nak suruh diorg stop aku segan. so menunggu la. sampai2 je aku terus berdesup masuk dulu. masa tu dah xde segan silu dah. hehe

memang makan x ingat dunia diorg semua ni. sbb durian amik dari dusun sendiri kan. mesti la heaven die lain macam sikit. dgn kawan aku sorg ni batuk, ketua jabatan aku lak demam tapi layankan gak makan. nah merasa la semua naik keje je mc kan. aku x....aku sakit tekak je. heheheh then bertolak balik JB. sampai around 12 tgh malam gak la. penat x penat la kan. nasib baik esoknye aku cuti.

tapi lepas tu merasa la asyik meeting je. penat giler. owh itu jela aktiviti aku minggu lepas. di tambah dgn workload yg berlambak giler, mmg x sempat nak update blog.




Sunday, July 10, 2011

Apa2 Tah : Safee Sali menyanyi

masa ni rumah aku tgh sibuk dgn persiapan buat bacaan yassin n tahlil. so masing2 tgh sibuk kemas rumah n tolong apa2 yg patut sambil2 tu kitorg buka siaran radio Hotfm. cam biasa dengar Hotfm Am krew. ada artis jemputan nak promote lagu baru die.



Ai : Safee Sali nak buat lagu pulak ke? main bola je dah la. pandai ke nyanyi.

aku : sape? Safee Sali? mana ada die nyanyi.

Ai : tadi kat radio cakap. artis jemputan Safee Sali nak promote lagu baru.

aku : mana ada. tu Sabhi Saddi la.

Ai : ye ke? xla. org dengar die cakap Safee Sali.

aku : bukan la Sabhi Saddi. yg nyanyi lagu *aku pun stat nyanyi lagu org tu. x pasal2.

Ai : owh die ke. ada ek penyanyi nama tu. ingatkan Safee Sali nak jadi penyanyi. sape nama die tadi?

aku : nama die Saaaabhiiiiii Saaaaaddiiiiii..........ok

Ai : hahaha mati2 ingat Safee Sali.


dah la salah org pastu cam nak marah lak. tah apa2 tah minah tu. tapi apa salahnye kalau Safee Sali nak jadi penyanyi pun. mana la tahu suara die memang sedap ke kan.




p/s : busy week. macam x sempat nak bernafas......arghhhh penat...... 






Saturday, July 2, 2011

Karipap Penang???

semalam rasa cam x sedap badan so ingatkan nak gi klinik la. sekali sampai klinik, doktor xde. haishhhhh klinik ni macam hidup segan mati x mahu je. dah berapa kali aku gi klinik tu. asyik xde doktor je memanjang. xnak pelanggan ke apa?

so di sebabkan malas nak lepak2 ke apa, aku pun pulang ke pangkal jalan. tiba kat satu simpang, kitorg ternampak ada gerai tepi jalan tulis 'Karipap Penang'. eh ada beza ke karipap johor dgn karipap penang? jadi kitorg terasa cam nak try la.



ni la rupa itu karipap.



memang cam x serupa karipap kan? aku beli inti sardin, ayam telur n kambing. harga semua lain2. aku x ingat la tapi dari rm0.60 ke paling mahal rm1.50 kot. aku beli 3 biji karipap jumlah rm2.80.




inti ayam telur. tapi xde ayam pun. juz keledek n telur rebus yg di belah 4.



yg inti kambing sedap la jugak. ayam rasa biasa je. yg inti sardin ni pelik sikit. biasa org jual karipap sardin letak bawang banyk kan, ni campur dgn sayur kobis.









p/s : malam ni nak masak apa ek?