I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Saturday, December 31, 2011

Shopping akhir tahun

kan semalam balik awal sbb nak beli something for someone la. nasib baik ada saiz lagi. kalau x.....paham2 sendiri la ye.

aku seperti biasa la kalau keluar mesti b'tiga. dgn sapa lagi kalau bukan dgn Kak Sri dan si Sue. tapi kali ni ada tambahan 2 org budak kecik iaitu Nia dan Ina(anak Kak Sri). jalan2 tanpa arah tujuan. eh, sebenarnya nak beli barang untuk 'org itu' la tapi masa tu konon nye nak tgk tempat lain dulu. mana tau ada yg lebih menarik. tapi bila pergi kedai2 lain offer nye x macam kat kedai yg 1st. so kena pergi balik kedai tu.

owh kitorg gi shopping kat Jusco Bukit Indah je. senang dalam tu semua kedai ada n dekat dgn rumah masing2. masa aku pusing2 cari barang aku, yg Kak Sri yg konon xnak beli apa2 pun dah terjebak. baju Ina ada la 3-4 helai die sambar terus beli.

si Sue lagi bagus. aku tgk baju, die tgk gak pastu terus nak beli. mana x nye, t-shirt sehelai rm10! rasa cam nak beli tapi short sleeves yg jenis dekat2 nak nampak bahu. soo x seswai. mak budak kena pakai baju tutup2 je sekarang. hehehe *ayat macam bagus jek

lepas tu masing2 lapo. xtau nak makan apa. diorg semua nak makan nasi. kat Jusco Bukit Indah makan nasi best kat Black Canyon la. kitorg order set 4 org makan. sbb konon nye Ina kuat makan.

lauk pauk yg di order.



clockwise : green curry, mixed veggies, soy chicken with cashew nut, 
somtum(salad betik) and jellygrass salad






iced lemon tea, milk green tea, tropical tea.



dah kenapa tah semua pun order teh sesajo. maybe sbb yg lain2 iced blended kot. masa tu semua mmg tgh haus. owh last2 lauk pauk semua x habis sbb masing2 perut kecik. yg Ina lak dah baham donut sebelum tu. so memang x habis la. nak tapau malas.

tapi.....berjaya gak beli barang2 untuk 'org itu'. suka suka suka.....

dan Kak Sri 'ter' beli purse harga rm89.90. die ingatkan purse tu harga rm69.90 . ada less 20%. so bila less mesti jadi rm55.92 kan. skali rupa2 nye no 8 tu kabur n Kak Sri nampak cam no 6. x pasal2 kan. so sepanjang perjalanan balik Kak Sri mengeluh 44 kali. hehehehe




rasa fun lak keluar cam ni. next time kita keluar lagi ye!






p/s : minggu depan keje shift malam. x best nye.....

Friday, December 30, 2011

Dulu dgn sekrang......

tadi bosan2 surf tenet, aku saje la baca entry2 lama. ala x lama mana pun. entry tahun lepas. baca punye baca.....aku rasa kelakar lak. macam pekehal la aku macam ni. ke sama je?

aku rasa macam ada yg lain. status dah lain kot. yela, dulu single....sekarang plural. yela dah ada suami n anak. eh cam pelik je bunyi. dah jadi bini org rupanye aku ni eh? x perasan pulak. *ketawa gedik2 pastu guling2 macam tenggiling. memang dasar mintak penyepak.

apa la aku merepek ni. eh tapi betul la. kan slalu aku buat entry tu on the spot. ikut perasaan dan mood masa tu. so bila dah baca balik akan jadi macam....what was I'm thinking.....gitu. cam bebudak x matang lak. hahahahaha

owh aku balik awal ari ni. nak gi cari barang. mama Nia ni memang keje nye berjalana je kan. xla. sebenarnya ada misi yg perlu di selesaikan. misi apa? rahsia. tunggu je entry akan datang k. saspen x? ehekssss





p/s : dalam kepala otak dah set dah nak beli apa. hopefully stok masih ada la. susah betul nak cari yg menepati citarasa 'org' tu.

Thursday, December 29, 2011

Macam2 perasaan ada

hari ni berjaya menyiapkan penilaian tahunan. dah siap hantar. pergh dgn konfiden je aku hantar pastu dapat markah tah apa2 je kan. eh aku ni lagi nak down2 patut kena la doa lebih2 kan. (tetiba tadah tangan doa banyak2).

well anyway, kan dulu aku ada cakap yg aku dah x masuk grup keje apa tah tu kan. so semalam diorg kena present. ni kira lawan antara jabatan dalam company la. result die hari ni. n guess what? menang ok! MENANG!! no 1!!!!!!!! x terbeliak mata semua org. terus rasa cam jabatan aku ni best sesangat. eleh selama ni pun best gak cuma org jabatan lain je yg x perasan. =P

perasaan aku? hmm.....xtau la. nak kata aku menyesal sebb dah keluar dari grup tu xde la.  yela, masa tu kan aku tgh membuyung. memang malas nak pikir lain dah. dah la aku x sumbang apa2 pun masa tu kan. cuma rasa mesti best kalau dapat naik pentas amik hadiah. last aku naik pentas amik hadiah masa darjah satu kot sbb dlm kelas dapat no 2. sedeyyyy kannn.....

eh tapi tahniah la buat diorg. kira berbaloi la segala penat lelah diorg. lepas ni kena lawan antara company lak. mesti lagi sengit kan. hopefully they did well jugak.







letak gambar Nia la buat tatapan korg.


baby tido memang comel kan. ni gambar malam tadi. hehehehe











p/s : rindu Nia la. boleh x? (ketuk kepala sendiri).

Wednesday, December 21, 2011

Apa2 Tah : Cico, Ciku, Cikong?

sewaktu pergi kenduri kawin

aku : (sedang makan dgn syoknye.)

mak : (baru lepas basuh tangan sambil memegang nia) D, ada ci.......co(bunyi bising2 org borak2) kat sana.

aku : apa? yela. (sambil makan lagi. ye, masa tu aku mmg lapo sesangat.)




beberapa minit selepas tu.....

aku : mak x makan cikong ke?

mak : mana ada cikong?

aku : tadi kan mak cakap ada cikong.

mak : mana ada? mak cakap, ada Cico.....anak Uji Rashid tu.

aku : la.....buat apa bagitau D. bukan D minat pun.

mak : yela, tapi die kan artis. kat sini ada artis. ko boleh lak dgr cikong. tah apa2 je.

aku : eleh.....die bukan best pun....(sambil cebik bibir. padahal dah malu dah salah dengar. hehehehe)



 aku rasa aku ada masalah pendengaran la. korg rasa?












p/s : perut kruk3 je dari tadi. pagi tadi makan bubur je. lapo.....huhuhuhu.....










Tuesday, December 20, 2011

Segalanya bermula dari pagi....

orang cakap kalau kita mulakan pagi kita dgn perasaan yg gelisah, kelam-kabut, langsung xde mood, maka sepanjang hari kita akan macam tu.


contohnye aku la.

semalam dah la 1st day, lambat lak tu. dgn salah faham yg tah apa2 tah membuatkan hati aku ni x tenang je. pastu cuai n biol2 sikit. cam haremmmm kan.

tapi hari ni dah ok dah. cuma ngantuk sikit. nia x sihat. batuk2 siap muntah2 malam tadi. hopefully hari ni die dah ok.

nak sambung keje yg menimbun ni. bye.

Monday, December 19, 2011

Mula bekerja

hai hai hai......

rindu aku x?

hari ni aku stat keje setelah 3 bulan cuti bersalin. banyak benda yg baru nak kena belajar. haihhhhhhh........ kepala otak aku ni macam ting tong sikit dah. banayak sangat benda nak kena hadam. ke sebab tadi kena hujan ek? hmmm apa2 la.

back to work la sangat......