I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, November 26, 2012

2nd Day : Lost World of Tambun

kami tido di rumah kawan MIL kat Ipoh. sampai pun dah maghrib jadi malam tu kami x keluar pun. just lepak2 rehatkan badan dan bersedia untuk hari esok.

pagi ahad tu, kami bangun awal. semua sibuk masak2 apa yg patut. dah macam nak gi berkelah tau. memang pakej siap air semua la. owh SIL Ain n Fatin x ikut kami. sbb masing2 keje n blaja. so dalam kol 9.30 gitu kami hantar diorg kat bus stand Ipoh.



sempat lagi amik pic. bergaya x saya?


dari kol 9.30 sampai hampir kol 11 bas x gerak2 lagi. jadi kami x tunggu diorg gerak kami terus je gerak ke Lost World Of Tambun(LWOT). yela takut kat LWOT ramai org kan. nak ke sana senang je. dari bus stand Ipoh ikut jela signboard. dalam 10 minit dah sampai dah.

sampai2 je masuk parking terus makan. kitorg memang dah rancang xnak makan kat dalam sbb tu bawak bekal. tapi bekal xleh bawak masuk. walaupun makanan ringan. diorg akan cek beg siap seluk tangan dalam beg tau. jadi kami makan tgh hari kat parking lot. ala buat muka selamba jela. yg penting kenyang.

masuk LWOT bayaran nya dewasa rm45 sorang. kanak2 bawah 12 tahun rm38.

dekat entrance lepas beli tiket, penjaga pintu akan pakai kan korg gelang plastik. ala yg cam kat waterworld tu. pastu masuk melalui kedai souvenior pastu keluar baru la ada pintu masuk LWOT. kat sini lak ada org yg akan cek beg korg. ingat ye, vitagen pun xleh bawak masuk.

kalau korg nak simpan barang jangan risau, ada di sediakan loker. tapi kena beli token dulu. 1 token untuk 1 loker rm10. loker ni kira besar la jugak sbb dapat muatkan 3 handbag saiz A4 tapi kami lipat2 la beg tu.

owh kami amik 2 loker. 1 untuk simpan beg baju n satu lagi untuk simpan handbag. loker ni bukan cam kat Waterworld A Famosa tu tau. loker ni boleh buka banyak kali.

cara2 nya ialah
1.masukkan token.
2. pilih booking kot. lupa nama die apa.
3. pilih no loker.
4. masukkan no pin pilhan korg.
5. pastu confirm n loker akan terbuka.

masukkan barang korg dalam loker tu pastu terus tutup loker. bila korang ada rasa nak amik barang kat loker, korg cuma ulang je step tadi tapi step ke 2 korg pilih retrieve. senang kan?




 Mira(pakai tudung hijau) cuba bawa Nia main air.



tapi yg x best nya kat LWOT ni, ialah kami xleh naik semua gelongsor air. sbb x pakai baju renang. jadi kami main2 air di tepian jela.

owh kat sini korang leh sewa pelampung. yg bentuk 8 sewa rm20. rm10 tu kira deposit. so bila pulang balik dapat la deposit tu balik. yg untuk sorang aku x perasan lak harga die berapa.  tapi masa kami pegi tu kebetulan ada family day jadi separuh dah di tempah. jadi memang x dapat nak sewa pelampung. kami pun x main air sangat. nasib baik kat situ ada funfair. agak2 dah boring, kami pegi sana la.





atas : Dragon flight, 
bawah kiri : Storm Rider, kanan : xtau nape ada gambar org lak. 
pic dari google.



kat funfair ni ada permainan cam kat genting. aku, Mira n Yani naik Dragon Flight. die macam buai pastu ko akan pusing2 macam gasing. pastu kitorg naik Storm Rider. die bentuk cam bot pastu akan bergerak ke atas 180 darjah pastu ke bawah. masa ni Al pun naik skali. tapi tula yg terakhir die akan naik. yela aku pun rasa cam sakit jantung. rasa cam lama giler benda tu nak berenti. tapi best.

pastu xtau nak buat apa kami gi minum kat kafe. beli la abc n cendol. abc tu rasa cam cendol boleh? baik beli kat majidee lagi sedap.

kami keluar dari LWOT dah dekat kol 3 kot. packing2 barang semua terus gerak balik JB la. tapi.....hehehehe kami singgah tido kat hotel di Nilai. nak terus sampai JB memang x larat. so kami sewa hotel rm120 muat 6 orang tido. sempoi x sempoi la kami ni kan. hehehe

ok la. sambung lagi esok lak ye.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...