I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Friday, April 19, 2013

Melaka dan Selangor trip - part 1

hahahaha dah berapa minggu baru aku nak update pasal trip ni. lantak la. yg penting update.

so akhir bulan lepas Al telah mengajak aku jalan2 ke Selangor. n kami telah ajak mak sekali. yela die je yg leh pegi. yg lain semua keje kan. (padahal.......hahahaha)

anyway, mula2 tu kitorg tempah hotel pastu bila fikir2 balik cam membazir lak dok hotel. sehari je dah berapa kena bayar kan. nasib baik la my bro duduk Ampang. so kami tumpang rumah die la. eh x rumah in-laws die. hehehe

kitorg gerak pagi Khamis. biar sampai sana awal leh terus berjimba2. lagipun masa tu kan tgh cuti skola. jadi nak elak stuck kat jem, baik la gerak awal. kitorg x terus gi Selangor tapi kami ke Melaka dulu. aku teringin sangat nak gi Jonker Street n naik bot pusing2 Melaka tapi kat sana panas giler weyh. so end up x pegi pun. kitorg pegi yg dekat2 je. mula2 kita naik Menara Taming Sari. dewasa mykad rm10, kalau foreign rm15 kot. tapi hari minggu harga lain. x pasti lak berapa.






pemandangan dari atas Menara taming sari.



masa nak naik kena beratur dulu. cukup org baru naik la dalam 7 minit gitu. nampak la satu bandar melaka. Nia duduk kat riba Al. punya la die takut, sbb menara ni memang pusing 360 darjah, die langsung xnak turun. padahal masa baru naik tu die asik la jalan sana sini. hahaha tau takut.....











muka Nia masa menara mula naik sampai la turun camtu je.....


pastu kitorg saje2 je pusing2 area situ. gi makan jap pastu naik Bukit Saint Paul. xtau nape kalau gi Melaka mesti terasa nak naik bukit ni. padahal ni dah kali ke 4 kot aku naik. owh mak x ikut. die tunggu kat bawah je. kami bertiga yg naik. Al dukung Nia. aku bawak badan sendiri je. tapi dah kata mak buyung so memang stop banyak kali la. sampai atas pusing2 jap pastu turun balik. motif naik atas? saje je nak uji stamina. hahahaha






amik gambar dalam model keretapi. apa yg Nia seronok sangat pun aku xtau....


 then kitorg ingat nak gi Zoo Melaka tapi cam dah biasa gi zoo kan so kami gi Taman rama-rama. dewasa rm12 seorg, kanak2 rm7 kalau x silap aku la.

ok la tempat nya. dah macam zoo dah. ada ular, biawak, burung. cuma binatang yg besar2 je xde. tempat nya besar giler. penat aku berjalan. yg x best nye rama2 x banyak. ingat lagi dulu masa kecik2 pegi punya la banyak rama2. sekarng cuma ada 2 jenis je kot. mungkin sbb cuaca panas so rama2 x tahan.






burung merak albino nak mengorat kot. hahahaha











rama2 suka buah yg manis....




lepas kitorg terus gerak ke Selangor. x tahan nak lama2. panas sangat. sampai Ampang masa tu ngam2 org balik keje. merasa la kitorg sesat. ye sesat sbb x nampak tanda jalan yg kecik tu. sampai rumah abang aku dah maghrib kot. terus semua pengsan. malam tu kami x pegi mana2 pun. just lepak2 je.

esoknya kami ke Aquaria, Suria KLCC. dari Ampang kitorg naik LRT je senang. xyah fikir nak parking kat mana. merasa la Nia 1st time naik LRT. dari LRT nak ke Aquaria tu punya la jauhhhhhhh...... tobat la ni 1st n last aku pegi. lepas ni no more. jauh giler berjalan. sampai2 lapar so makan dulu kat foodcourt je. then baru la kami masuk. dewasa rm38, kanak2 aku x ingat berapa.






ni ikan piranha ok. macam ikan bawal kan? nasib la ko dalam akuarium. Nia tu tunjuk je bukan pegang pun akuarium tu.

kami masuk akuarium yg besar tu 3 kali ok! ni Al la ni eksaited punye pasal. tah kenapa suka sangat die ni. mak masuk 2 kali je. kali ke 3 die lepak kat luar. nasib baik la ada conveyer belt tu. xyah penat2 jalan die jalankan ko. tapi nak berdiri tegak lama2 pun penat gak kan. aku ni buat apa2 pun penat la. hahaha







besar giler kan ikan jerung tu? owh sila abaikan muka org yg di censored tu. hehehehe







up close pulak









spider crab




kalau ikutkan banyak giler gambar kat Aquaria tapi semua gambar ikan. sape lagi yg amik kalau bukan Al. aku memang malas la nak amik gambar semua ni.

kitorg cuma sempat tgk diorg bagi makan tikus air ke apa tah nama die. show yg lain semua kol 3 ke atas. malas nak tunggu lama2. dah la kat dalam tu xleh makan. org preggy ni cepat lapar tau.






ini la tikus nya. tgh makan lobak.




balik tu amik kereta then jumpa kawan Al terus balik Ampang. malam nye kami di belanja makan sate kat Satay Station. thanks korg.







sate nya besar cam sate Samuri. rm1.20 secucuk. tapi xde la sedap pun. makan sbb lapar. boleh?

pastu kami jalan2 kat Uptown lak. jalan2 kejap Nia dah melalak nak tido. tapi sempat la jugak kami beli barang sikit2. n Nia x pasal2 dapat stroller baru. hehehe


ok la. sambung next entry. penat lak aku menaip ni.








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...