I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, April 3, 2013

Ni semua hormon

balik dari trip ari tu(xde la jauh mana. selangor je kot) masuk keje langsung xde mood nak update blog. nak cerita pasal trip lagi la. padahal trip memang best sangat. cam kena pamper tau. thanks hubs....

anyway, mungkin pasal perut dah besar so mood pun jadi x betul sikit. kejap rasa sedih, pastu excited nak jumpa si kecik dalam perut. sekarang cam rasa blur lak. ke xde feel ek? entah. rasa cam kosong je.

atau sbb x cukup tido ek? malam tadi Nia bangun kol 3 pagi. sebenarnya dari semalam die macam dah nak kena selesema. so malam tadi die terbangun merengek2. mungkin sbb x selesa kot. n badan panas. Al yg tolong dukung n tepuk2 die sampai die tido balik atas badan Al. hehehehe owh aku xde la tengok je Al melayan Nia. aku tolong la apa patut. lumur asam jawa kat badan die biar bagi sejuk sikit pastu tuam kepala die.

Al sejak aku preggy ni dah pandai dah uruskan Nia. biasa kalau Nia nangis nak susu ke apa memang Al jela yg melayan. mak buyung dah x larat. tapi hal2 dapur n rumah still aku yg buat. jadi bila berdua je dgn Nia rasa cam lambat nya Al balik keje. x larat nak melayan Nia. yela sekarng badan cepat penat. xtau nak buat camne. nasib la ada suami yg memahami. eceehhhh

tadi nak hantar Nia gi pengasuh die boleh lak buat hal. sepah2 barang2 mainan die. bila bagi makan xnak. susu pun xnak. dah la aku n Al keje shift petang so kitorg memang rushing la. pastu die nangis2 aku buat x tahu je. elok masuk kete nak lak die minum susu. x sampai 5 minit dah tido dah. mungkin badan still x selesa kot. aku nak EL takut nanti ada emergency lain ke apa kan. cuti dah tinggal berapa ari je ni. yela ibu mengandung ni ada jela. ni pun kaki aku bengkak semalam terlanggar pintu kete. bz melayan si Nia la ni. malam tadi dah urut n tuam pun still x ok. jadi lenguh2 kalau duduk kat kerusi lama sangat. xtau nak buat camne dah. hmmm.....








p/s : tadi kata xde mood tetiba entry terpanjang lak. hehehe cam x biasa je.....






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...