I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, June 25, 2013

Kembali bekerja

I'm back!

memula masuk keje tu cam pelik je rasa. yela, kursus yg aku pegi minggu lepas jenis yg punctual tapi bila masuk keje cam relaks je. hehehe

anyway, kursus memang best. staf dari gred tertinggi sampai yg paling bawah semua campur skali. layanan semua sama. xde yg dapat layanan ekstra ke apa. cuma yg x best nye bila kursus sampai malam. so macam penat sikit la. suami pun cam terabai sikit. heheheh sori ye sayang.

yang paling sedih skali bila terpaksa jauh dari Nia. kan aku hantar die kat rumah mak. yela kursus sampai malam mana la sempat nak melayan budak tu kan. pulak tu aku x penah berpisah dgn Nia. kalau x jumpa pun, tido mesti sama2.

sekarang baru aku paham perasaan org yg tinggal jauh dari anak. aku yg x sampai seminggu x jumpa Nia pun dah sedih, lagi kan diorg kan. aku xde la nangis ke apa.... eh ada la sikit. yela, Al tu suka tau usik2. cakap kalau Nia ada mesti die buat camni  la camtu la.  pastu asyik peluk2 patung Nia je. ye, papa Nia pun rindu Nia jugak cuma cara die je x sama dgn aku. rasanya lepas 1st day tu, aku dah ok dah. Al je sikit2 tgk barang2 Nia. macam la rumah mak aku tu jauh sangat. poyo kan kitorg ni.

kitorg amik Nia ari khamis. tu pun sbb jerebu teruk. badan Nia naik merah2. padahal x keluar rumah pun. dah macam ada jerawat lak. sekarang dah ok kot. yela jerebu pun dah ok kan. nasib baik ada alasan jerebu. boleh amik Nia awal. eh bukan aku ok, Al la yg sibuk suruh amik. aku ok je. hehehehe

rasa cam rindu lak kat budak2 kursus. yela sbb grup aku semua jenis sporting. lepas ni dah x jumpa lagi kot. jumpa pun dalam fb jela. lepas kursus nak kena amik exam lak. xpela. exam lepas pantang. sempat kot baca buku.

owh pasal preggy, for now semua ok je. diorg ada cakap gak mak buyung larat ke gi kursus tapi aku ok je. org2 kat tempat kursus pun paham. xde nak paksa aku buat aktiviti berat ke apa. lagipun aktiviti x banyak. cuma banyak ceramah jela. agak2 penat, aku lepak luar. duduk kat sofa. amik angin ke jalan2 ke. memang best la diorg. nak amik makan pun diorg amik kan. hehehe

sedar x sedar tinggal lagi sebulan je ni. bulan depan dah puasa lak. harap2 la dapat bertahan. doakan aku ye. =)







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...