I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, December 3, 2013

Hari minggu aku macam biasa

ceh dah ari selasa baru nak update pasal hari minggu ek....nak buek cemano. mood nak bercerita belum mari. hehehehe

anyway, masa ari sabtu aku patutnye gi 3 kenduri kawin tapi x sempat. cuma dapat pegi satu tempat je. tu pun x amik pic dgn pengantin pun sbb masa tu pengantin tgh mekap. n aku nak kejar nak gi Persada. dgn cuaca yg mendung memang xleh berlama2 kat situ.

kat Persada ada buat Pesta Hartanah(tu ke nama die ek...lupa lak). saje la kitorg ni usha. kot2 ada rumah yg berkenan di hati. rupa2 nye kena daftar dgn SUK(setiausaha kerajaan johor) baru la boleh beli rumah. tu pun kena tunggu giliran. yela, rumah yg kat situ semua low cost n bawah SUK. org ramai lak yg daftar. dgn x cukup dokumen nye n x bawak pen. last2 kitorg amik borg n balik je. yela bukan leh terus beli rumah pun kan. nak gi kenduri kawin pun malas sbb hujan dah mula renyai2.

kitorg balik rumah mak. ingatkan malam tu nak buat kek cawan skali barang x cukup la. so buat esok je.

pagi2 lagi aku dah 'berperang' kat dapur. mula la prep barang semua. sukat tepung, coklat. tapi tula dekat 2jam gak baru siap. kejap2 anak aku mintak makan. pastu yg sorg lak nangis nak susu. siap je bancuhan cupcake, aku terus bagi mak take over. Ayie nak susu lagi 2nd round punye. Nia pun tolong skali. org letak bancuhan tu dlm cup, die selet kat diri sendiri. boleh? gambar cupcake yg dah siap aku x amik. malu. 1st time buat cupcake. nasib baik sedap tapi rupa je yg ke laut. hehehehe

pastu Al sampai. die dari rumah sbb malam nye gi main badminton dgn member sampai tertido kat rumah. ye, die tgh kemaruk nak exercise. bini die je malas. anyway, konon nak gi tgk wayang tapi xde org nak jaga Nia n Ari lak. so kensel tgk wayang. tanya Al nak ke mana die xtau. last2 gi Aeon Tebrau. pakcik tu tetiba nak cari kasut pulak. kita layan jela eh.

sampai2 je cari makan dulu. dah kenyang baru la cari kasut. beli kat Bata je sbb yg lain mahal nak m@#*s.






dalam kedai kasut.



Nia memang x reti duduk diam.
kejap2 die main kat cermin kejap2 guling2 kat sofa. nasib baik die x kacau barang2 display. die tau mama die kalau amukan camne. hehehe








aku saje la ajak Nia amik pic kat cermin besar ni.baru nak amik pic Nia dah lari. boleh die main lari2 sorg2. eh cam same je dgn mama die masa kecik2. hihihi

anyway, korg bayangkan la ek aku dgn bawak Ari dlm carrier tu. bawak stroller tapi Ari x suka duduk dlm tu. so nak xnak kena la dukung. tetiba Nia lari keluar kedai. x pasal2 aku kena kejar die. yg Al masa tu tgh bayar kat kaunter. semput gak la kejar. bila aku ajak Nia masuk kedai balik, boleh die sengih2 n sedap je landing kat tgh2 laluan depan kedai tu. pastu mintak dukung. gerammmm je aku. nak marah, malas. plus dah penat kejar.

sampai rumah je terus lepak. yg Al bila aku ngadu pasal Nia die boleh senyum je. ceh mentang2 anak kesayangan die. lepas ni kalau nak jalan kena tinggal Nia kat rumah pengasuh la. x larat nak melayan die tu. ni baru anak 2.... kalau dah 10? eh macam larat je nak anak ramai. hehehehe






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...