I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Friday, December 20, 2013

Mula bercuti

aku menaip dalam kepantasan tau ni. ceh ayat tah apa2 je.

anyway, saje nak bagitau yg aku amik cuti seminggu minggu depan. jangan rindu aku pulak ye. so ari ni balik awal. nak siap apa patut n kemas rumah sekali. xde la balik nanti rumah bersepah sangat. eh bukan selama ni pun x kemas sangat ke? hahaha yg penting bagi aku kemas.

k la. bye.








Wednesday, December 11, 2013

Tunangan dan Iskarnival

alkisahnya masa ari sabtu lepas Ai bertunang. macam kejap je masa berlalu. x lama lagi nak jadi isteri org dah. Ai ikat setahun je kot. so kena menyimpan dari sekarang la yek.



posing kat mini pelamin di buat khas oleh kakak ipar nan seorang. heheheh


abang n SIL sampai JB ari jumaat terus buat pelamin. buat yg simple je. kitorg pun x ajak ramai. just family terdekat n kawan Ai je. tu pun sorang je kot. nanti2 la bila dah sanding n nikah baru jemput ramai2 ye. kalau ada yg nak sponsor ok gak. ni aku promote la ni. kot2 ada yg nak tolong sponsor.





dengan hantaran dari kedua belah pihak.



*pic dari fb abang saya. thanks ye






ahadnye aku g Iskarnival kat Kota Iskandar. ada pesta kerjaya dan ekspo hartanah. kitorg parking kat bangunan pentadbiran. nak menapak ke laman Mahkota tu punye la jauh. dgn panas terik nye pastu kendong Ari. yg Nia boleh lari2 kat tengah panas tu kan. nasib baik ekspo hartanah tu dalam khemah n ada aircond. dapat la relaks2 kejap. kat situ gak ada tempat jagaan budak2. so mak pak boleh la usha rumah dgn aman. tapi jgn lupa nak amik anak balik lak. hehehe

tempat makan kat dalam ada, kat luar pun ada. cuma yg dlm khemah ekspo hartanah tu x banyak pilihan. kitorg makan kat khemah luar sbb aku lapo nasi. beli la nasi ayam. x sedap pun. nasib baik ada coconut shake. perghhh siap dgn aiskrim memang terbaik la.










ada gak khemah games, puzzles, foxclimbing(tu ke nama die) n khemah jual mamee n snacks. aku x beli apa2 pun. dah penat berjalan. fikir nak balik rumah n tido je masa tu. pic pun malas nak amik. rasa berlengas sangat. owh emcee hari tu adalah Farouk Hussain n Sharifah Shahira. si Shira ni putih melepak ok. yela duta produk kan biasa la.

malam nye kitorg melayan org selangor jalan2 pulak. mula2 makan kat restoran cina muslim. apa tah nama die. kitorg order itik panggang, udang masak telur asin, sayur kailan masak ikan masin, sup szechuan, siakap ala hongkong. rasa semua boleh tahan sama la cam harga die. so next time kalau nak makan sini kena tunggu gaji la. n portion pun agak sikit. makan sampai licin pun macam x puas. dasar perut 8 lapis memang camtu. hehehe

cam biasa aku malas nak amik gambar. sbb bz makan n layan anak. Nia siap makan bersuap tu dgn Addin. gambar x dapat snap la. sbb masing2 bila org nak amik gambar boleh nak malu2 pulak. hahaha lepas makan diorg nak jalan2 cuci mata sambil shopping. so kitorg bawak diorg gi Pasar Borong Pandan. bertutup sikit. kalau gi Bazar Karat open air. dah la masa tu hujan renyai. ada gak yg demam.

pusing2 lebih kurang. layankan diorg shopping. aku cam xde mood masa tu. mungkin sbb siang dah penat berjalan. mak belikan Nia selipar princess. aku ok je. tetiba masa jalan tu selipar tu ada lampu. wahhh Nia kagum jap. siap lompat2 nak bagi klua lampu. tapi kalau dah selipar besar dari kaki memang x kena tempat 'on' lampu la. x pasal2 asyik la diorg tolong 'on' kan lampu tu. hahahah








p/s : lama nye nak gi cuti2. huhuhu.......