I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, January 6, 2014

5 Hari 4 malam - sambungan

sambungan dari entry ini.


sampai je terus checkin. kitorg duduk hotel kat Jalan Semabok. kalau amik yg kat pusat bandar kebanyakannye parking berbayar. ala x jauh pun dari pusat bandar. x sampai 10 minit dah sampai. so lepak2 baring2 kejap baru keluar balik. aku dah cakap kat Al aku nak makan asam pedas paling sedap kat melaka. aku dah gugel awal2 tau. yg paling sedap org cakap kat Kota Laksamana. kat area hotel tgh bandar.

sampai bandar terus parking kat Dataran Pahlawan sbb ada 'org tu' kata die tau restoran asam pedas tu katne. die kata dekat je. aku ok je. kitorg jalan kaki sbb macam senang kan. sampai kat restoran tu, skali nama lain ok. aku siap cakap kat 'org tu' kalau x sedap siap awak. hahaha jangan main2. dah la ngidam nak makan asam pedas. nasib baik ok. tapi aku macam harapkan lebih kot. so macam masih2 tertanya2 kalau gi makan kat tempat asal yg aku nak pegi tu lagi sedap x?  hmmmm....

lepas makan kitorg pusing2 jap tgk2 barang. pastu ingatkan nak naik river cruise skali tgk ramainyeeee org beraturrr terus x jadi. ikutkan naik malam2 lagi best sbb ada lampu tapi dah camni gayanye gi esok jela. nak gi Jonker Walk tapi hujan renyai2 lak. kaki aku pun mcam dah sakit. gi beli selipar jepun tapi pakai pun sakit gak. nasib baik rm10 je.

so kitorg cepat2 gi dataran Pahlawan balik. diorg tapau Mcd je. aku lak order burger apa tah kat tepi jalan. tgk macam sedap. die style burger bakor tapi macam kurang rasa. sbb kan dah lapo habis gak la aku telan. hehehehe

isnin pagi kitorg kemas2 sbb nak checkout terus. patutnye duduk situ 2 malam tapi bilik die x best sbb xde tv. so MIL suruh cari hotel lain je. siap checkout terus tuju Dataran Pahlawan. parking situ pastu jalan kaki gi river cruise! hahaha macam budak2 lak.





muka Ari bosan je. hehehe



best gak la naik bot sepanjang sungai melaka. ada la dalam 20 minit. diorg siap ada bagi penerangan pasal tempat2 kat sepanjang sungai tu. tapi rakaman suara la. ada Kampung Morten, pastu ada apa lagi tah. aku bukan tumpukan perhatian sangat pun. rasa best je dgn angin sepoi2 bahasa. chewahh... yg x best nye bila air terpercik pastu bau macam kolam ikan. dah la kitorg duduk depan skali.

pastu gerak gi Perigi Hang Tuah. korg jangan tanya aku kat mana tu. aku tau2 sampai je. diorg nak gi situ bukan sbb nak tgk perigi tu pun tapi sbb nak beli cenderahati kat situ boleh? MIL kata kat situ barang2 sama je cam kat Dataran Pahlawan tapi lebih murah n lebih cantik. Al beli tempat penyangkut kunci baru rm17 kot. kalau kat Dataran Pahlawan rm25. beza rm8 tau.

lepastu kitorg gerak ke Selangor lak. tu sambung lain entry la. penat lak taip ni.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...