I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, February 18, 2014

Cuti di hari Ahad

ahad lepas aku cuti. saje je konon nak ajak Al jalan2 gi shopping ke apa skali die keje lak. so x dapat klua dgn Al klua dgn mak pun ok. pagi tu kol 10 dah klua sbb nak hantar Adik kat bus stand. die dah habis cuti dah. lepas hantar die xtau nak gi mana. aku ajak mak gi Angsana jela. xde apa pun nak beli saje jalan2.

sampai je pusing2 jap pastu gi makan. masa tu pun dah kol 12. ajak mak makan kat Marrybrown je. nasi lemak die sedap wo. so aku cam biasa la order nasi lemak. mak lak order nasi ayam. Nia nampak ada gelongsor terus die x ingat makan dah. lagi la ada budak2 lain kat situ.





masuk2 je die mintak belon. lepastu nak balik xnak pegang belon. dah terpaksa mak tok yg tolong bawak kan. hehehe

lepas makan gi pusing2 lagi. gi kat Chihuahua sbb nak belikan Nia anting2. die tu asyik la hilang anting2. sebelah lak tu. dah 3 pasang dah hilang. belikan die yg murah je. jadi kalau hilang lagi, xde la mama die meroyan kan. mak beli brooch. si Nia pun sibuk nak pilih sama. maktok die amik, die pun amik. dah mak terpaksa letak balik apa yg die amik. cian maktok kena melayan Nia.

pastu aku gi Watson jap nak beli krim untuk Ari tetiba Nia masuk cakap maktok die buat die. hahaha ade je anak aku ni. pastu masa nak bayar die mintak coklat aku x bagi. meronta2 die kat situ. aku buat xtau je. malas nak layan. ada budak laki kat situ pujuk die, makin la die nangis. terus tutup muka. malu la tu. hahaha aku pun gi la kat die ajak die balik. nasib baik nak. kalau x, memang aku tinggal je.ala cakap je tapi x buat pun. ni nama nye tough love ok. xyah nak bagi muka sangat kat budak2 ni. lagipun Nia tu merajuk kejap je. saje nak perhatian mama die.

balik tu ingat nak singgah Mydin tapi masa tu pun dah kol 2.30 kot. dgn x Zohor lagi. lagipun penat la. x larat dah nak melayan si Nia tu. mak la yg paling penat kena kejar Nia. dah aku dukung Ari kan. Nia tu pantang dapat gi jalan2 memang x reti duduk diam. Ari x. die ok je. baik je. ke sbb die baby lagi?

sampai rumah mak tengok la barang2 yg kitorg beli tadi. bukan banyak pun. pastu mak bagi brooch yg aku beli tadi. tapi macam terlebih je. ni mesti Nia la ni. terselit gak satu. haih la anak....ni kalau anak dah 10 camne la ni. terus berpusing kepala aku agaknye. hahahaha















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...