I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, March 31, 2014

Sayang die ketat-ketat

semalam amik Nia kat rumah MIL. kalau ikutkan dari ari sabtu lagi aku dah nak amik die tapi Al kata xyah sbb masa tu dah malam. n Nia pun dah tido kan. xpela amik ari Ahad je.

sampai2 je rumah MIL Nia bukan nak peluk aku ke apa. die sibuk main Play-doh. pastu bila nampak aku die cakap 'hai mama' pastu sambung main. pfffhttt...

anyway, aku paksa gak Nia peluk aku n cakap rindu. siap suruh cium lagi. hahahaha

nasib baik kitorg amik semalam sbb baju Nia dah habis dah. padahal aku bekalkan baju untuk 4 hari tau. bukan main lagi ye main sakan. tapi tu la. anak aku ni bukan boleh berpeluh sangat. nanti mula la naik gatal2. pulak tu aku lupa bekalkan losyen. memang teruk gak la. nasib baik x luka. risau gak. dah la pompuan kan ti banyak parut kurang lak duit hantaran. (mama fikir terkehadapan sangat hahahaha)

pastu malam tadi tah macam mana bibir aku berdarah. kena hentak dgn si Ari la ni. die tu badan je kecik ok. skali die sondol muka die kat aku memang sakit la. dah la bibir aku memang bengkak sbb ada ulser. terus melalak la aku. die punye sakit tu xleh cerita. memang sakit sangat. yg Al dah blur2 sbb masa tu die dah tido2 ayam. si Nia la yg tukang pujuk.


'sakit ye mama. Ayie jangan pukul mama la!'


kalau korg tgk masa tu dah macam nak gaduh dah. marah betul Nia kat adik die. yela kalau aku marah Ari pun, macam la Ari tu paham kan. so nak xnak tahan jela sambil peluk Nia walaupun airmata berjurai2 dah. slalu tu aku ok je tapi mungkin sbb terkena tempat yg bengkak tu yg x tahan tu.

Nia ni walaupun die x cakap sayang, tapi kalau ada org kacau mama die mesti die mesti backing punye. even kalau Al pun die akan marah siap pukul2 punye. walaupun slalu nye Al gurau je. kesayangan sangat tau die ni. tetiba rindu kat Nia lak. huhuhu






p/s : bibir aku bengkak lagi ni. xtau la bila nak baik. hmmmmm.....






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...