I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, April 3, 2014

Rasa dulu baru tahu

semalam balik je dari main badminton terus amik bebudak. sampai rumah terus lepak. yela dah lama x exrcise cam ni la ye. nasib baik sebelum main tu buat warm up sikit. lari2 sikit. cuaca pun ok walaupun sebelum tu hujan renyai tapi masa nak stat main tu hujan terus berenti. bagus tol.

alamak x amik pic lak semalam. yela dah sedap main badminton kan. dulu masa kecik2 mak ayah suruh main seboleh2 nye ngelak. ni dah besar baru sibuk nak main balik. jangan xtau ye. masa aku kecik2 dulu ayah aku konon nye nak adik beradik aku jadi macam anak2 Sidek. tapi sayang kitorg semua x minat. mak ayah aku je yg aktif main. ye, dah umo 55 tahun pun still main badminton lagi. anak2 die je malas. hehehe

anyway, aku n kawan aku tu bukan main betul2 pun. main pukul2 shuttle je. x kira pun. ala janji keluar peluh kan. minggu depan dah janji dah nak booking court lak. harap2 dapat la. hehehe

so kat rumah lepak2 jap. Al balik je terus masuk dapur panaskan lauk apa semua. masa aku tgh kemas2 kat dapur tu dengar la Al mintak tolong. poyo x siap mintak tolong bagai. aku buat xtau jela sbb die kan suka main2. pastu bila dah siap kemas baru aku gi ruang tamu.



'awak sampai hati x tolong saya'

'nak kena tolong ke? ala awak main2 je kan'

'xla awak. tadi kan Ari duduk atas muka saya. saya rasa macam x bernafas tau. pastu Nia pun duduk atas badan saya. saya tergapai2 minta tolong tapi awak buat xtau je'


over x husband aku ni?



'tu la masa ari tu saya kena cepuk dgn Ari sampai bibir berdarah awak kata biasa la budak2. bila dah kena sendiri baru tau ye. tu baru 10 minit saya tinggalkan awak dgn budak 2 org tu. belum lagi sehari suntuk.'

krek....krek....krek (bunyi cenggerik. terus diam seribu bahasa)





kaum lelaki ni kadang2 ingat tugas jadi ibu ni senang . diorg xtau kita ni pun bekerja. hantar anak gi rumah pengasuh, balik keje nak kena amik diorg dulu. pastu sampai rumah bukan terus lepak. nak kena masak. x masak pun still kena sediakan makan. tu belum lagi nak kena kemas rumah la, basuh baju la.

kalau anak sakit lagi la berdouble2 keje nye. aku x merungut tapi kadang bagus jugak bagi peringatan kat diorg ni. supaya diorg x ambil lewa perasaan kita. penat lelah kita. hargai pengorbanan kita. sbb tu aku kata keinginan nak jadi suri rumah tu ada tapi bila fikirkan x mampu lagi jadi aku keje je la. yg penting setiap hari paling x aku ada bersama diorg walaupun berapa jam je. =)









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...