I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, June 24, 2014

Shoping raya dan potty train

minggu lepas kebetulan aku off hari ahad so ajak la Al teman aku gi shopping raya. ikutkan nak ajak SIL semua tapi diorg balik kampung la pulak. so kitorg gi berempat je.

nak gi pagi Al ada exam lak. so tunggu Al habis exam dulu, lepak2 jap baru la gerak. Al ada exam untuk amik lesen lori. nak jadi driver lori pulak ke? entah. suka hati dia la.

anyway hari sebelum nya aku cuba la potty train Nia. yela umo die pun dah nak 3 tahun kan. Nia biasa kalau nak membuang die akan bagitau. die pun x selesa nak membuang kat diapers. cuma tang nak shi-shi je die x reti lagi. stat ari sabtu tu aku cakap kat die.


'Nia sekarang dah jadi kakak. xyah pakai pampers lagi. Nia pakai spender(panties).'


seronok Nia pakai panties. tapi die sebut pepender. die xtau sebut huruf s. bangga tu buka pepender bila nak membuang. tapi shi-shi die xnak lak. setiap jam aku tanya tetap la die xnak.  die cuma akan shi-shi bila die mandi atau bila die membuang.

aku rasa die tahan kenc la. sbb kalau aku pun, dlm sehari 3-4 kali gak aku gi toilet. dah la cuaca panas sekarang ni kan. bergelas2 aku minum n pegi toilet. xkan Nia x terasa nak shi-shi kan sbb tiap2 kali aku minum, die pun akan minum gak. n persoalan aku tu terjawab bila Nia tengah makan tetiba die tersedak n pastu die shi-shi. sebelum2 tu x bocor pun. waktu nak tido aku pakaikan die diapers. yela kang x pasal2 Al tido atas air kenc. x ke haru tu. tapi hari pertama sukses jugak la.

cuba lak hari kedua iaitu hari ahad yg kitorg keluar tu. Al suruh aku pakaikan Nia diapers. kalau nak potty train bila kat rumah je sbb Nia x biasa lagi. tapi dah aku ni degil kan. selagi x kena selagi tu la aku nak cuba.

so sampai2 je Aeon Tebrau terus gi makan. mama Nia kan memang cepat lapar. hehehe makan nasi ayam penyet kat foodcourt rm7 ko! dah la x sedap. pastu ayam die bukan ayam penyet pun. cam ayam goreng celup tepung yg biasa tapi tawar. nasi die pun rasa cam jelantah. aku mampu makan separuh je. Nia makan sikit je. tu pun die x makan nasi.

Al lak beli nasi ayam n abc. pun rasa macam erghhhhh pastu abc die x sedap. ais nye kasar2. pastu ada buah nenas? lepas ni xnak la makan kat food court situ lagi. cam tah apa2 je. dah la mahal. bagi aku la kalau mahal tapi sedap aku x kisah. masalahnye x sedap. hampeh!

lepas makan, kitorg terus gi shopping barang budak2 n papa budak. hehehe barang2 mama dah setel awal dah. baju Nia n Ari pun dah setel cuma tinggal nak beli kasut je. pegi bahagian kasut terus gi kat tempat yg ada sale. kalau beli kat kedai biasa xde la murah sangat pun. harga standard je. cuma kat situ kasut yg ada jenama la. so aku cari kan kasut Nia, Al lak cari kan kasut Ari. sweet kan. tgh2 cari kasut tu, lalu kat bahagian baju budak2 n ternampak panties budak2. amik la 3 helai. biar Nia semangat nak potty train. =)

bayar2 semua terus ajak Al cari baju die pulak. sebenarnya nak cari baju melayu tapi baju melayu satu set harga dah ratus2 terus rasa cam mahal nye. bak kata Al, pakai sekali setahun je buat apa nak mahal2. so x jadi beli. die kata die nak beli masa last day puasa. ok, aku serah kat die je. yg penting kaler mesti masuk tema. nanti x pasal2 masa raya ada yg sedih sbb kaler x sama. die la tu. =P

disebabkan x jadi beli baju melayu, kita kona ke t-shirt lak. Al ni jenis kalau pakai t-shirt mesti nak yg berkolar. kalau x berkolar x macho katanye. yg berkolar x banyak pilihan. kalau ada pun mahal. baju lelaki memang mahal ek? kalau baju pompuan senang je nak dapat yg ada sale. kalau lelaki punye susah betul. dalam x dapat tu, jumpa la 2 helai n harga ok.

so shopping raya dah setel! bagus kan? sejak dah berempat ni, aku malas la nak bersesak2 shopping last minit. baik cam ni. dapat shopping dgn aman. siap ada sale lagi.

masa nak balik tu aku boleh lupa nak tanya Nia die nak shi-shi ke x. padahal masa tgh shopping aku ada gak tanya die 2-3 kali tapi die manjang je xnak. dlm kereta dah gerak tetiba je die cakap dah shi-shi. padan la muka aku kan kena basuh seat die. nasib baik x bau kuat.

plan potty train tu terpaksa la tunda. nak kena buat masa kat rumah jugak la. bila aku cuti lama sikit ke baru akan stat balik potty train. panties Nia pun masih tersimpan rapi dlm beg plastik. huhuhu








p/s : rasa senang hati shopping raya dah setel. sekarang ni nak kena beli barang goodie bag lak. untuk apa? tungguuuuuuu......hehehehe





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...