I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari raya!!

yela dah hari raya ke berapa baru nak update kan. biasa la. cek bz uolsss. hehehehe

kan ari tu Ari masuk hospital kan? ari rabu dah dapat keluar dah. so ari kamis tu aku keje la. walaupun sehari je tapi macam rindu lak nak masuk keje. pastu boleh x aku kena sakit mata. budak2 ofis sibuk suruh aku amik mc. aku malas la sbb dah lama x masuk ofis kan. cuba gak la bertahan. lagipun diorg semua dah mood raya so masing2 x buat keje sangat. aku pun goyang kaki saje.

esoknye aku terus demam. yg Ari demam dah baik tapi batuk je tinggal. Nia pun sama. yg Al tengok kitorg semua x sihat terus cakap xyah balik raya. kita raya kat rumah je. uwaaaaa...... x mau....x mau.....sehari sebelum raya tu demam macam dah nak baik tapi tu la kepala pening je. nak xnak ku gagahi jua. semangat raya punye pasal. walaupun buat keje lembap macam siput. huhuhu

dekat kol 2 gak la baru gerak balik kampung. tahun ni raya pertama kat Benut rumah fuang Al. sampai2 je aku terus pengsan. x tolong diorg masak pun. habis tu dah demam kan. Ari pun macam x sihat lagi. Nia je la sibuk main dgn pakcik makcik die. pagi raya tu diorg sembahyang raya. pastu salam2 n amik gambar family. tahun ni gambar family aku x lengkap sbb boleh lak pagi tu lepas makan Nia terus tido. yg Al lak sibuk betulkan kete pakcik die. time2 tu la nak betulkan kete kan.

bila Al dah setel, terus kitorg balik JB rumah MIL sbb ada 'kawan' Fatin nak datang beraya. lama gak la. lepas asar kot kitorg gerak gi Kota Tinggi lak, rumah atok belah ayah Al. malam tu diorg main bunga api. meriah gak la. Nia pun sibuk nak tgk. die x main pun sbb bunga api yg kecik2 x banyak. diorg banyak bunga api yg jenis meletup kat atas tu.

hari raya kedua baru balik BP lak rumah mak. mak sejak bulan puasa dah pindah balik BP nak teman atok aku. rindu giler kat mak. sbb dah biasa tiap2 minggu balik rumah mak kan. bila mak jauh terus rindu. huhuhu sampai rumah mak tgh hari camtu sbb kitorg saing dgn MIL singgah raya kat rumah kawan die kat Parit Raja. sampai rumah mak dlm kol 1 camtu. so diorg raya rumah mak skali n terus balik JB.

petang tu saje la ajak ayah pegi kebun. dah lama x pegi. sejak kawin x penah pegi. so pegi dgn mak, ayah n Al. konon nak tunjuk kat Al la pokok mana yg aku panjat dulu. pastu makan buah manggis atas pokok. tapi sampai sana, kebun dah jadi ladang kelapa sawit dah. pokok pun yg tinggal macam hidup segan mati x mau je. sedih nye. banyak kenangan kat kebun ayah. yela, ayah pun dah tua. dah x larat nak jaga kebun tu sorg2. x lama lagi ayah nak buat rumah lak kat situ. so bila pencen mak n ayah duduk situ la.

lepas maghrib Al gerak balik JB sbb esoknye die dgn MIL nak hantar Fatin praktikal kat KL.

raya ketiga bangun awal giler sbb ada marhaban. ingatkan diorg sampai awal skali kol 10 baru sampai. kitorg dah semangat ni nak beraya sbb ikutkan lepas org baraan balik je nak gi beraya rumah sedara ayah tapi hujan lak. ayah pun dah ala2 malas nak keluar. yela kalau beraya masa hujan kan susah. nak meredah hujan lagi. skali ngam2 masuk waktu zohor terus hujan berenti. kitorg pun apa lagi. terus siap2 nak beraya. raya dekat2 dgn rumah atok je sbb dah petang kan. lagipun malamnye mak nak buat bbq. ada ayam, ikan n udang. sedap gilos. akak dgn mak yg perap ayam n ikan. SIL tolong potong ikan. aku tolong makan je. hehehe





Addin dan Ari. comel je diorg ni. ni masa gi beraya kat rumah sedara.







org sibuk amik gambar, Nia sibuk main casing kamera.






Ari mentang2 dah sihat, asik minta makan je. gigi ada 4 batang tapi sibuk nak makan ayam. aku x bagi die pun. takut tercekik lak anak aku. aku bagi die makan roti je. yg Nia makan sikit je. die lebih sibuk main bunga api. dah la pegang x reti pastu api kena kat tangan die. nasib baik kena sikit je.

malam tu gak Al dari KL singgah amik aku kat rumah mak sebelum gerak balik JB. kol 2 pagi baru kitorg sampai JB. sbb ari kamis kitorg keje. tapi aku amik mc. x sihat lagi uolss. hehehe Al la kesian. penat x hilang lagi dah kena keje. nasib baik keje shift malam.

so itu jela raya kitorg. padat kan? minggu ni ada rasa nak beraya tapi xtau nak raya rumah sape. huhuhuhu







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...