I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, October 27, 2014

Bola punya pasal

ari sabtu lepas Al balik keje je die terus keluar balik. die kata nak gi beli tiket game JDT lawan Felda kat stadium. kalau tiket habis, die nak ajak aku n kawan2 die gi tgk kat mamak. bawak budak2 skali. aku macam malas. sbb takut hujan. plus, topi Ari pulak hilang. mana tah budak2 ni sorokkan.

tunggu punye tunggu, Al x balik2. dah nak dekat kol 8 dah. so aku buat xtau jela. pastu Al balik je, die pun lepak2 je macam x jadi klua. tapi knowing me kan, kalau Al dah ajak klua tu, aku akan seboleh2 nye jadikan 'benda' tu jadi. plus kat tekak ni dah terasa-rasa dah tosai. tah tetiba nak makan kat mamak lak. padahal aku bukan suka makanan mamak pun.

anyway, nak tunggu diorg bersiap memang lambat la. dgn Al boleh makan dulu plak. siap tgk game kat tv. yela game stat kol 8.30 kan. dekat kol 8.50 baru kitorg gerak. tetiba sampai kat Dataran JB. eh tadi kata nak tgk kat mamak?


'mamak mesti penuh. dah alang2 nak tgk, baik tgk kat dataran terus.'


punye la semangat husband iollsss ni. kita layankan jela. dah la nak parking xde tempat. diorg semua bukan takat double parking tapi triple parking ok! terpaksa la Al parking kat seberang jalan. pastu nak melintas banyak kereta lak. so kitorg naik jejantas je. dah macam maraton dah kitorg ni.

sampai kat dataran, ramai giler org tapi aku x amik gambar la sbb gelap. skrin besar ada dua tapi lighting die lebih. so macam xleh nak fokus sangat kat skrin sbb silau.


'kalau tgk kat rumah lagi best kan. ni silau sangat.'


eh tau lak komplen. tu la nak sangat tgk kat skrin besar kan. tapi iollss nak makan kat mamak. so bagus gak klua. hehehe Nia n Ari suka la dapat duduk kat luar. Ari asik jalan je pusing2 kat situ. Nia lak main apa tah. tgh  Nia lompat2 tetiba tapak kasut die tanggal. hahahaha giler brutal anak aku ni. nasib baik kitorg bawak stroller. dah xde kasut kan. terpaksa la die lepak dalam stroller.

kitorg lepak kat situ sampai kol 10.30 je. kena gerak awal sikit takut bertembung dgn org ramai yg nak balik. nak balik pun seksa gak tu. yela Nia kan xde kasut, terpaksa Al dukung die naik tangga. sampai kat kereta terus pancit. hahahaha

sebelum balik, singgah makan kat mamak. hehehe aku order roti nan cheese, Al order roti bom. eh tadi bukan nak tosai ke? hahaha makan x ingat dunia ok. pastu semalam terus kena diarrhea.

kisahnye semalam bangun pagi je perut rasa x sedap. rasa cam nak mc tapi keje banyak kat ofis. so buat xtau jela. masa hantar budak2 gi rumah pengasuh, boleh lak terasa nak muntah. x pasal2 muntah tepi jalan. pastu masuk ofis, kepala dah rasa pusing2, perut memulas. memang xleh jadi ni terus gi klinik amik mc.

sampai rumah, makan ubat terus tido. kol 3 petang baru bangun. hahaha tu la nak sangat makan kat mamak kan. tapi Al ok jela la pulak. agaknye kari die kot. sbb Al x makan dgn kari. tapi dah kata lepak rumah kan, mana reti duduk diam. dapat la basuh baju satu bakul. siap lipat baju gak.

pagi ni perut dah ok dah. giler kan 24 jam perut sakit. semalam ada la cuba makan sikit. tapi lepas makan je terus perut sakit balik. lepas ni tobat dah xnak makan kat mamak.






p/s : semalam Al tgk ulangan game JDT. sajela cakap kat die 
'tgk kat rumah lagi best kan. boleh relaks. xde sesak ke apa.'
'eh, bukan awak ke yg nak sangat makan kat mamak?'  setepek kena kat dahi. huhuhu


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...