I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, December 22, 2014

Shah Alam - Lumut - JB

sambungan dari sini.

anyway, lepas gi Laman Seni, kitorg solat dulu kat Masjid Shah Alam. sambil amik gambar lagi. tapi gambar cam biasa. kat tukang amik gambar. aku tukang pose je. hehehe

salam2 pastu kami teruskan perjalanan ke Lumut, Perak.

kitorg sampai Lumut terus checkin hotel. masa tu dah pukul 10 malam. mandi2 pastu cari kedai makan. x banyak kedai makan yg buka. dah la lambat giler makanan sampai. boleh lak Nia mabuk malam tu. masa dalam kereta Akak dah kena muntah seround. depan hotel sekali, masa tengah tunggu makanan pun die muntah lagi. cian maklong bau muntah. x biasa jalan jauh kot. nasib baik lepas makan die terus ok.

lepas makan ayah ajak round2 Lumut. macam kat Danga lak. siap ada budak busking lagi. boleh tahan la suara budak tu. org pun ramai kemain. 2 kali round baru kitorg dapat parking. pastu aku nampak budak2 main buih. so belikan la Nia pistol buih. suka die main. lepak kejap je sbb esok nak bangun awal. sbb nak gi Pulau Pangkor!

subuh2 lagi kitorg dah bangun. Nia dgn Ari mandi lebih kurang je. yela, sejuk kan. kemas2 terus checkout hotel. sebelum tu, gi sarapan dulu. sarapan die ok la banding dgn malam tu. kedai pun lain tapi sederet la dgn kedai malam tadi. yg best nye die ada buat roti arab cicah kari ayam. sedap la jugak. kitorg naik bot kol 9.

Nia excited naik bot. tapi bila die nampak bot kat luar, die sibuk nak naik bot. paham x? die dah naik bot, tapi die xtau die dah naik bot. eh apa aku cakap ni? hahahaha

ikutkan ayah nak sewa kereta biar senang jalan kat pulau tapi satu kereta rm80. plus, semua malas nak drive. nasib baik kat pulau banyak teksi. teksi die bukan cam yg biasa tu tau. teksi diorg van warna pink. satu teksi rm70 je. pakej dgn bawak kita pusing satu pulau selama 2 jam,  4 lokasi tarikan dan perhentian terakhir adalah pantai!!! mula2 driver bawak kitorg gi Kota Belanda.







xde apa pun yg menarik kat sini. ada la org jual makan2 sikit n souvenir. pastu kitorg stop kat Galeri Sejarah Pangkor(kot? tah lupa nama die). ada la sejarah2 berkaitan Pangkor. dekat belakang galeri ni ada kapal besar. aku xtau la kapal ni untuk digunakan atau diorg nak buat muzium tapi memang besar la.

lepas tu driver teksi bawak kitorg ke tokong Foo Lin. kitorg amik gambar kat tepi2 je. sbb ada patung rusa. Nia sibuk nak amik gambar dgn rusa. so layankan jela. kat sini pun ada ikan naga ek nama die. ikan tu besar gila. macam org ok. kuil ni besar. siap ada mini tembok besar china tapi kat atas bukit. malas nak menapak naik tangga. dah la tinggi giler.

tapi yg best nye kat sini, souvenir murah giler. keychain biasa beli kat Kota Belanda 2 rm10. kat sini 7 rm10. spek budak pun murah. 2 rm10 ok. harus la aku rembat terus. hehehe dah lama nak belikan spek hitam untuk Nia. mak geram je kan. sbb sebelum tu die dah beli keychain kat Kota Belanda. dalam geram tu, mak beli gak. x cukup kata die. hehehe

next  stop, kilang satay ikan. ok aku nasihatkan korg jangan beli kat sini banyak2 sbb susah nanti nak bawak balik naik bot. lain la kalau korg bawak beg besar. macam kitorg, kitorg beli sikit je buat kunyah2. harga biasa je. kat Lumut lagi boleh dapat murah. so baik beli kat Lumut je.

last skali, pantai yeah! aku xtau la nama pantai ni apa. tapi tempat yg kitorg stop ni ada di sediakan pakej snorkeling, diving, kayak n macam2 lagi la. dah la kitorg datang sehelai sepinggang je. kalau dapat mandi kan best. sbb x bawak baju mandi. pantai die putih giler. air pun clear je. nyesalnye xdapat mandi laut. huhuhu anak aku? Nia tu pantang tengok laut. pulak tu aku dah cakap awal2 memang nak gi laut. x sempat tukar baju, die dah ajak atuk die gi mandi. pakai baju dgn pampers je pun jadi.

mak n akak terpaksa cari baju untuk Nia. diorg beli tikar sekali. dah kata sehelai sepinggang kan. Ari mula2 sampai die tido pastu bunyi bising kot die terus bangun. aku bawak die gi pantai. boleh x, die xnak turun. letak kat pasir, die jalan jengket2. macam geli. pastu asik nangis je. gedik giler mamat ni tau. yg Nia dah siap buat istana pasir lagi. so aku, ayah n mak lepak tepi pantai, Akak tukang layan Nia. ayah siap tido lagi. best ok tido tepi pantai. tengah lepak, tetiba ada minah saleh ni pakai bikini lepak depan kitorg. aduhai spoil betul la.

lepak kejap je sbb dah penat n berlekit. plus lapa. so ayah call driver teksi tadi, pastu kitorg terus gerak gi pelabuhan. masa tu dah kol 2 kot. org ramai giler babs ok. punye la ramai org beratur sampai kat parking. diorg semua baru checkout kot. lagipun ari ahad dan cuti sekolah kan. memang ramai org la. dari penat beratur, baik gi makan dulu. gi restoran apa tah nama die aku x ingat. sebelah je dgn tempat naik feri.

masa amik order, budak yg amik order tu asik tengok muka aku. macam kenal je mamat ni. rupa2 nye kawan kolej aku. boleh lak jumpa kat sini. pulak tu kafe tu die punye. harus la dapat diskaun. hehehehe lepas makan, solat dulu pastu baru gi beratur. beratur pun  x lama. sbb bot pun setengah jam sekali mesti ada. lebih ramai beratur barisan feri ke Fort Marina. akak kata kat sana ada muzium kapal. kiranya kapal yg sebenar la. semua dalam tu berfungsi lagi. sekali masuk rm15 kot.

sampai pekan Lumut dah kol 5. ayah ajak gi Teluk Batik lak. tengok apa best kat sana. sebelum tu, kitorg shopping dulu. sbb kat Pangkor x beli banyak kan. mak siap borong ikan bilis, sotong kering la apa la. aku beli satay ikan je. skali gi Teluk Batik, baju kat sini lagi murah. beza rm5 kot. aku sambar t-shirt untuk aku, Nia n Ari. untuk Al xde. die bukan suka t-shirt pun. lepas tu kitorg terus gerak gi Klang.

sebelum tu singgah Manjung jap. ada org tu nak buat down memory lane la kira nye. amik2 gambar jap pastu terus gerak. sampai Klang kol 12 malam sbb kitorg sesat. hahaha biasa la kan kalau jalan x biasa. kitorg tido rumah sedara je. jimat sikit. isnin pagi tu kitorg gi KLIA 2 lak hantar ayah.

KLIA 2 ni besar giler. aku x penah gi KLIA tapi diorg cakap yg no2 ni lebih besar sbb ada shopping kompleks skali. sebelum apa2, aku suruh akak amik gambar tiang parking. takut peristiwa kat I-city terjadi kembali. hehehehe





suruh Nia posing depan cermin. mama loves u both. =)


ayah checkin kol 1. kitorg sampai sana kol 10. banyak masa lagi so pusing2 dulu tengok apa yg menarik. memang banyak kedai makan yg best2. aku dgn Akak memang jenis x heran dgn barang2 ke baju ke. kitorg lebih minat tempat makan yg best2. ada kedai gula2 nama die Snitch ek. comel kedai tu. deko die lukisan doodles ek. memang cantik kalau amik gambar kat situ. pastu ada Jaya Grocer. masuk jap beli barang. kat situ ada jual nasi paket. yg best nye ada spagetti. rasa cam nak beli tapi mak kata xyah. sob3

pastu gi tempat boarding. kat area sini kedai makan lagi banyak tapi lebih mahal sikit dari area shopping. kedai2 pun jenis rare. ada la Dunkin Donut tapi harga macam double je. biasa la makanan airport memang mahal. nasib baik kitorg dah sarapan dulu. kitorg x tunggu ayah pun. so salam2 terus gerak balik JB. sampai JB kol 5.

overall memang trip yg best sangat. cuma ada satu benda yg aku rasa ralat.

sbb x dapat mandi kat Pangkor. urghhh asik teringat2 ok. so tahun depan dah target nak pergi lagi. hehehe





p/s : krismas nanti aku nak gi holiday lagi. bulan ni memang bz giler. but in a good way. i like disember. =))






Thursday, December 18, 2014

Rombongan menghantar pengantin Ai - Fiqri

aku gerak ke Shah Alam ari jumaat pagi. pegi satu kereta je sbb  BIL keje. so yg pegi cuma mak, ayah, akak aku, aku n budak kecik 2 org tu. muat la satu kereta. sampai shah alam terus lepak. sbb kitorg gi amik Adik kat hostel die. pusing2 asyik la salah masuk jalan. pulak tu jalan semua jenis boleh tembus. Adik bagi direction pun kitorg macam x paham. nasib baik jumpa. tu pun sbb mak tanya org kat Uniten. hahaha

anyway, plan nye sampai je Shah Alam nak terus gi Taman Botani. yela sangat. dengan perut dah lapa giler pastu penat. so gi makan dulu sementara tunggu pengantin. jumpa je terus diorg bawak gi homestay. Fiqri sewa kan homestay kat tingkat atas. nasib baik tingkat satu je. terpaksa la mak naik tangga. sampai je masing2 terus pengsan. dgn anak2 aku skali aku paksa tido. heheheh

malam nye ayah ajak makan kat bawah je. sbb macam malas nak keluar jauh2 takut sesat katanya. tup2 lepas makan ayah ajak gi I-City lak. akak aku kan x penah pegi. dh la kitorg semua pakai baju asal boleh je. Nia dgn Ari pakai baju tido. mak lak pakai baju cam ustazah. dah sepanjang malam tu kitorg asik la kenakan mak. cakap 'ustazah, dah nak pegi bagi ceramah ke?' mak bengang je dgn kitorg. hehehehe mana taknye. dgn ayah skali gi bahan mak. cian mak.

pastu Akak ajak masuk Trick-Art. die nak belanja. ayah xnak lak. die rasa membazir kot. so ayah dgn mak lepak luar. kitorg je yg masuk. sorg rm15. budak2 bawah 90cm xyah bayar(die ada tempat ukur ketinggian kat situ).




comel gila Ari.



aku x ajar pun Ari posing. die yg pandai2 gi kat gambar, duduk n terus posing. dgn org mana2 tah pun die posing skali. anak sape la tu. aku buat2 x kenal je. hahahaha

habis amik gambar pun dah dekat kol 10. pusing2 lebih kurang pastu ayah ajak balik. boleh x, kitorg sesat kat parking! cerita die camni. aku gi bayar parking, diorg semua tunggu kat kereta. masalahnye diorg x jumpa kereta. aku lak x jumpa diorg. aku rasa macam cerita Twilight Zone lak. balik2 pusing tempat sama. pastu aku nampak kereta ayah, tapi aku xleh pegi kat situ. camne tu? pastu mak call tanya aku katne. aku dah cuak yela takut diorg lama tunggu aku kan. tetiba aku pandang belakang, diorg kat belakang aku. hahahah

last2 dapat gak jumpa kereta. 20minit ok. pusing kat situ je. aku rasa diorg ni patut nomborkan la tiang parking ni. buat org konfius je. pastu kitorg terus je balik. malas nak pusing2 lagi dah. penat pasal sesat tadi pun ye gak.

esoknye, pagi2 kitorg dah siap nak hantar pengantin. terus checkout sbb lepas hantar pengantin kitorg nak gi jalan2 makan angin lak. hantar pengantin x jauh pun. kat seberang jalan je. diorg sanding kol 12.30. makan2 jap pastu abang aku ajak gi Laman Seni seksyen 7. ingatkan jauh la tempat tu. skali sekangkang kera je dari homestay kitorg.




Ari dan atuk.




Ari jadi model ari tu. Nia xtau dah kemana. oh Nia jalan dgn mak, aku n Adik jalan dgn ayah. perasan x yg adik beradik aku semua ada gelaran? aku je panggil nama. bcoz i'm special like dat la. hahahaha Ai pun ada nama gelaran cuma aku x tulis dlm blog. xla, diorg nak panggil aku Uda tapi aku xnak. boleh? eh mesti la boleh. i kan diva. hahahahahaha.....

bersambung pulak daa.....







Tuesday, December 9, 2014

i orang Malaysia

i orang Malaysia

i orang Malaysia
i suka tinju
dan lumba kereta

tapi i tak suka
sastera,
that buatan
zaman tok wan kita.

sejarah is a problem
menjadi masalah,
ganggu i punya sembang
kacau i punya fikiran.

i suka rock amerika
dan gaya jepun
gaya melayu i benci
kuno, i dunno,
untuk mak cik saja.

i tak suka baca
tapi suka race
motosikal dan kereta.

i orang Malaysia
we patut pakai english
pasal english bahasa best,
dari wangnya
boleh beli kasut gucci.
i suka pegi ke
london dan itali.

i sayang Malaysia
semuanya boleh
Malaysia boleh.

di Malaysia
kalau salah jarang kena
tangkap.
i sayang Malaysia.


nukilan Sasterawan Negara
Muhammad Haji Salleh





p/s : masih xde masa nak update. huhuhu.......


Thursday, December 4, 2014

Wedding Ai dan Fiqri

cerita dah lama baru ada masa nak update. hehehe jangan mare ye.

Ai nikah ari jumaat 28hb nov. aku masa ari selasa baru teringat nak beli bunga ok. sbb nye aku di tugaskan buat sireh junjung. macam ada pengalaman je kan. habis tu mak pengantin bz dan org yg pandai gubah pun xde. so mari la kita buat2 pandai. so ari selasa tu keluar jap cari kedai bunga. hehehe nasib baik aku dah google siap2 alamat kedai bunga.

sampai2 je terus pilih bunga kekwa. sbb bunga kekwa senang nak gubah. plus murah. hahaha ye pengkedekut. tapi aku beli bunga sampai 3 bundle ok. dah boleh buat mandi dah. sebelum bayar, confirm kan dgn mak perantin dulu color bunga. ade ke mak nak warna oren? hantaran dah la warna pink. tetiba bunga color oren. nasib baik jumpa bunga oren mix dgn kuning. so nampak cam color blok. hahaha pandai x aku?

anyway, aku amik cuti ari ahad je. ala bukan aku yg kawin pun kan. lagipun cuti iolss dah tinggal ciket. sepanjang minggu tu Nia tinggal dgn mak. sbb pengasuh iolss kan pegi bercuti ke Langkawi. Nia ok je. mama die lak yg terlebih rindu. hehehe Ari aku hantar kat sebelah rumah. nasib baik die ok je. ari rabu aku tido rumah mak sbb ari kamis aku balik awal. so balik keje terus amik bunga n terus gerak gi gelang patah.

malam tu sibuk la semua org merewang. semua kitorg masak sendiri. diorg semua sibuk kat dapur, aku sibuk dgn bunga. yela aku mana penah gubah bunga. xtau la ok ke tak. ala yg penting ada, kan?

Ai nikah lepas solat jumaat. so semua nak kena siap cepat2. mekap untuk nikah x tempah mak andam. terpaksa aku eksport sepupu Al tolong mekapkan. die mekap pun ok. sape2 kalau nak mekap simple, boleh la amik kontek die. eh sesuka aku je tolong iklankan. hahahaha setel mekap terus gerak gi masjid. masjid pun x jauh. 5 minit je. aku naik satu kereta dgn pengantin. hehehe







hantaran pengantin. aku tukang gubah sireh junjung je. ada la tolong godek2 sikit tapi yg lain2 tu pengantin yg buat. simple je kan?






masa ni masing2 nervous kot. tah. aku bz layan anak aku. x caya?









penat je aku pakaikan die baju kurung cantik2. sesuka ati die je duduk camtu. haishhh mana tumpahnye kuah kalau x ke nasi kan?

dgn sekali lafaz je, Ai dah menjadi isteri org. tahniah korang!!!
yg ajaib nye, x sape pun nangis. hmmmm.....

gambar dgn pengantin xde sbb aku bz layan anak aku. so malas nak pegang kamera. pastu layan diorg semua makan lagi. siap2 kemas apa semua. esok majlis resepsi lak. malam tu aku  jadi tukang pasang banner n bunting. sampai kol 2.30 pagi baru siap. hehehe

sabtu pagi, semua bangun awal. xde benda sangat nak buat. aku bz siapkan anak aku je. pastu buat bunga tangan untuk Nia. hehehe pengantin sanding kol 12.30. so kol 12 semua dah gerak gi dewan.

sampai2 je terus makan dulu. yela, nanti nak layan tetamu. sebelum tu, kita amik pic masa masing2 muka masih semenggah.






suruh Abang tolong amikkan gambar kitorg. die terzoom gambar si kecik ni pulak. tapi lepas tu 2-3 kali aku suruh die snap. yela, bukan senang kitorg nak amik gambar family tau. lepas makan, Nia dgn Ari cranky la pulak. sbb pagi tu bangun awal kan. so masing2 dah ngantuk nak tido. huhuhu so aku lepak dalam kete tidokan budak 2 org tu.

sejam pastu baru Ari bangun. Nia tido2 ayam je. pengantin dah siap sanding n potong kek dah pun. memang aku x membantu langsung la kiranye. hahahaha tapi lepas tu pengantin nak amik gambar outdoor xde org nak hantar, akuuuu.... yg tolong hantarkan. saya jadi drebar pengantin ari tu. kira menyumbang gak la. nak jugak aku nih. hehe

gambar diorg photoshoot aku x amik sbb tetiba Nia lak tido. pulak tu tido macam tido mati. penat sangat la tu. Adik pun ikut skali. jadi peneman aku la kiranya. kol 6 kitorg terus balik. malam tu adik balik KL. so aku tukang hantar. keje aku memang jadi drebar org je. dah la bas kol 12 malam. so aku ajak pengantin teman kan. plus diorg nak amik kunci rumah dgn abang pengantin. tunggu bas Adik lama giler kot. aku tgk cerita Laga dlm kete sampai separuh cerita tu. Nia ikut skali. Ari je tinggal sbb die tido.

lepas hantar Adik, kitorg gi jumpa abg pengantin. boleh x kitorg sesat! aku termasuk jalan nak gi Singapore. dah tu xde u-turn la plak. nasib baik ada pegawai kat situ. cakap kat die kitorg nak patah balik, so die bagi kitorg jalan. nasib baik. kalau x, dah sampai Singapore dah kitorg. then balik GP sambil on the way tu tanggalkan banner n bunting. sampai sekarang banner tu ada lagi dlm bonet kete aku. xtau la nak buat apa. macam nak buat alas meja la. boleh? dekat kol 3 pagi kot baru sampai GP. die punye ngantuk tu jangan cakap la. esoknye aku bangun kol 10 tau. hahahaha





p/s : berjaya buat serunding daging hasil lebihan lauk pengantin. sedap gilos. hehehehe

p/s/s : tinggal Adik sorang je single n avaiable. sape nak angkat tangan! (suka2 aku je promote adik sendiri.)



Update kejap

sori la sesangat x sempat cek nak upcate noksss. bz yg teramat. biasa la bila dah bulan disember je mula la semua org sibuk siapkan statistik dan pencapaian tahunan. aku ni dah naik serabut dah. sbb tukar unit kan. tu yg serabut sikit.

ni pun aku masuk ofis baru ari ni. semalam aku kursus 2 hari. nak update pasal wedding Ai pun x sempat. rasa macam tercungap2 pun ada. tengah mencari kelajuan untuk selesaikan semua benda. ni pun aku stat buat pencapaian tahunan awal. so bila dah nak hantar tinggal edit je. sbb bila dah ujung2 tu biasa line akan jem giler. yela masing2 baru nak buat kan.

esok aku ikut akak balik kampung. mak buat doa selamat untuk rumah baru. kan mak baru pindah rumah kat kampung. xde la baru sangat dah lama dah cuma baru ada kesempatan nak buat kenduri.

anyway, nah aku bagi teaser sikit post tentang wedding Ai.





tema hijau kuning. suka sangat pic ni. hihihi







tunggu la bila aku dah boleh bernafas sikit baru aku update proper ok.








p/s : penat giler. minggu lagi satu kenduri kawin belah lelaki lak. fuhhhh......