I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, January 18, 2015

Majlis pernikahan SIL, Ain

minggu lepas aku xde la bz mana pun cuma xde idea nak update blog. dah la balik2 cerita yg sama je.

tapi weekend lepas SIL aku, Ain nikah. buat majlis biasa je. kalau ikutkan diorg nak nikah bulan 5. yela diorg tunang ari tu bulan 12. tapi terpaksa di percepatkan sbb Ain, MIL dan FIL akan mengerjakan haji insyaallah bulan 8 ni. kalau boleh die nak la bawak suami die skali tapi kena sahkan pendaftaran diorg bulan januari la pulak. dah kelam kabut semua org setelkan apa patut.

diorg nikah ari jumaat tapi ari kamis baru semua org sibuk nak kemas rumah. camne tu? masa tu la baru nak pegi pasar beli barang2 nak masak. masa tu gak baru nak pasang langsir. nasib baik xde hantaran sbb masa tunang ari tu dah bagi hantaran. kebetulan sehari sebelum Ain nikah, besday MIL. so aku belikan kek, Fatin lak belikan Kepci. tapi x sempat makan pun. sbb masing2 sibuk merewang kat dapur. yg Mira dgn Yani sibuk siapkan deco untuk tempat amik gambar. ala2 pelamin tapi xde kerusi. hahahaha

siap2 kemas dah kol 1 pagi. time tu la baru kitorg makan. dah nak tido baru dapat makan kepci. huhuhu. tu pun makan sipi2 je sbb x tahan ngantuk sangat. aku tido kol 2 pagi sbb Nia pun dah cranky. Ayie lain lak. org nak tido, die segar bugar lagi sbb maghrib die dah tido. aku dah malas nak layan sbb penat sangat. aku biarkan je die main sorg2. lama2 die tido gaks. hehehe FIL dgn atuk tido kol 3 pagi kot. siapkan masak.

esoknye kol 6 pagi semua dah bangun. sbb nikah kol 9 pagi. so aku siap2 kan apa patut. Ayie senang je bangun. Nia la susah sbb tido lambat kan. pastu bangun nak ngamuk2. sabar jela. bukan xleh biarkan die tido je tapi aku xnak la nanti masa Ain nikah, die sibuk nak mandi la apa la.

kitorg siap pun kol 8.30. pengantin lelaki dah nak sampai dah. adik ipar aku semua sibuk bersolek. aku pun menyelit skali. hehehe dah alang2 ada org nak solekkan. ok la sepupu Al solek. x rasa berat cuma aku rasa muka aku lain. rasa cam....tah. pastu sepanjang hari aku xnak tengok cermin. ni la last aku solek. pasni pakai lipstik jela. tu pun kalau rajin la. hehehehe

dan dengan sekali lafaz je sah la Ain dah jadi isteri org. alhamdulillah. walaupun majlis ringkas je, yg penting dah selamat semua. dengarnye diorg nak buat majlis resepsi bulan 12. xtau la ye. sbb nak kejarkan nak buat haji lagi. doakan diorg selamat ke sana ye. aku ni xtau la bila nak dapat ke sana. huhuhu

kan diorg x beli kek pengantin, so diorg potong kek besday MIL. ok la tu. sambil potong sambil nyanyi lagu besday skali. hahaha asal boleh jela ek. majlis setel awal sbb nikah kol 9 kan. kol 10.30 aku ajak Ain buat photoshoot post wedding. nak gi Nusajaya jauh sangat, so diorg ajak gi Country Garden Danga Bay je. ok jugak tempat tu. masuk2 je dah nampak tempat best2 boleh amik gambar. cuma yg x best nye xleh amik gambar atas rumput. baru pijak sikit dah ada org tiup wisel huhuhuh

nah gambar kejadian.








Ari dgn Nia bosan tunggu.
nak main kat taman panas sangat. maklum la matahari dah terpacak dah masa ni.






the pengantins


diorg ni masa mula2 malu2 sbb yela bercinta lepas berkawin kan. pegang tangan pun keras je. tapi lepas tu masing2 dah mula manja2 lite2. so suwit tau diorg ni. hubby nak manja2 gaks....ish mula la mode gediks aku ni datang. hehehe





ni bukan aku pedajal die.
die rembat makcik die punye.
makcik2 die pakai die pun sibuk nak pakai gaks.


x lama pun kitorg kat situ sbb nak kejar solat jumaat kan. so setel amik gambar terus balik rumah MIL balik pastu yg pompuan semua terpengsan tido. aku pun sama. hahaha petang sikit baru kitorg stat kemas. kol 5 aku dah sampai rumah dah.

sampai rumah je masing2 macam nak demam. malam tu ikutkan Al keje tapi dah die demam kan amik la mc. aku x demam cuma kepala macam migrain lak. mintak tolong Nia picit kan. Nia picit kepala aku sampai aku tertido ok. bagusnye anak mama ni. sayang die ketat2.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...