I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, February 16, 2015

Projek makan aiskrim

weekend minggu lepas cam best sikit sbb Al melayan aku jalan2 n gi makan tempat baru. yeay!!

sebenarnya dah berapa ari x klua jalan. hatta ke kedai pun x pegi sbb Al guna kereta. so lepas amik budak2 terus lepak kat rumah je. bosan giler. so ari sabtu lepas bila Al ajak klua terus aku hepi la. kebetulan Adik balik keje awal so die pun ikut skali.

memula kitorg gi Angsana. aku cam nak gi Aeon Tebrau tapi cam jauh sangat je. dah la kat sana nak dapat parking susah so better gi yg dekat2 je. kat Angsana ada ekspo apa tah. siap ada artis Rahmat Mega dgn Che Lah(artis ke die ni??). anyway cam x meriah je. org pun x ramai. kitorg ada gak la tengok2 tapi xde apa yg menarik. pastu Al ternampak ada org makan aiskrim dlm pasu. die pun sibuk nak gak. jadi mari la cuba makan.

satu pasu rm6 okeh!
aku ingatkan best la. sbb Adik cakap ari tu Ai makan dalam die ada layer dgn kek ke apa tah. skali yg kitorg makan ni, aiskrim skop yg biasa tu je. cuma letak dalam pasu n ada oreo crumbs atas die pastu letak daun n biskut love letters. baik aku beli aiskrim skop biasa je.

pastu aku bagi cadangan kat Al nak gi The Ice Cream Project.

apa tu? sila klik sini ok.

anyway, aku tau pasal tempat ni dari drama bersiri Keluarga Iskandar kat Astro. cerita pasal famili yg based kat JB. n diorg banyak promote tempat best2 kat Jb. n aku pun terpengaruh skali. nasib baik Al ikut je. agaknya die pun sakit hati makan aiskrim dlm pasu tapi x best. hehehe

so kitorg pun cari la kedai ni. kedai ni macam susah sikit nak jumpa sbb deko die biasa je. kedai ni ada dekat deretan kedai depan restoran IT Roo. kat luar kedai ada buai. Nia suka la main buai. sampai xnak masuk. aku bagi die makan aiskrim baru la die nak. hehehe




terover cahaya la plak.




aiskrim die best. memang macam agak mahal tapi bagi aku berbaloi dgn harga. aku x kisah makan makanan mahal asalkan sedap. n memang sedap pun. aiskrim die ada 4 rasa je : coklat, vanila, cookies n cream dan butterscotch.

aku beli perasa coklat n cookies n cream. yang cookies n cream tu ok la. manis n berlemak. cuma aku x minat sangat. mungkin sbb rasa susu die kuat. yela diorg kan buat aiskrim tu sendiri. so rasa susu tu kuat. yg perasa coklat la sedap. x manis sangat pastu ada rasa pahit2 sket. i like. rasa cam nak tambah lagi je. mujur sedar diri. hehehe

deko dalam kedai ni biasa je. cuma ada forklift ke apa ek dalam tu. Ari sibuk nak panjat benda alah tu. budak kecik ni memang x reti duduk diam. pastu sibuk nak makan aiskrim gak. habis comot muka. Nia pun sama. mulut dah bentuk cam joker dah. aku nak tolong lapkan die x bagi. lantak ko la nak.

kat situ bukan setakat ada aiskrim je, diorg ada teh jugak2. macam2 teh la dari green tea, pastu english breakfast, cookies pun ada. aku beli cookies. saje buat rasa. ok la. cam makan biskut raya yg rangup. hehehe





p/s : bila la nak makan kat Ice cream project lagi. nak aiskrim coklat. ari tu x puas makan. huhuhuhu

p/s/s : semalam aku balik je keje, rumah bersepah, Al tido, Nia n Ari tgh main lekat2 stiker kat muka Al. hahahahahahahahahah....






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...