I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, March 11, 2015

Tetiba jek

semalam balik keje terus gi Aeon. Al ot. so gi bertiga jela. cam biasa la beli barang dapur sket pastu bawak Nia n Ari main gelongsor. Ari pun dah pandai main sekarang. kalau x slalu aku letak die dlm troli je.

so mlm tu lepas makan, kitorg makan tembikai yg aku baru je beli kat Aeon sebelum tu. tgh makan tu, aku cuba la letak biji tembikai kat pipi. x paham ke? ala cam dlm Runningman tu. kan ada game makan tembikai pastu kena keluarkan(ludah) biji tembikai tu biar lekat kat muka.

jadi aku pun try la. tgk kat tv cam senang je. skali susah ok. dapat lekat 2 biji je. Al pun dapat 2 biji je. hahahaha ok kitorg memang mengarut. Nia dgn Ari tgk kan je apa la mama n papa die buat ni.

hari ni aku langsung xde suara. kalau nak cakap kena bisik je. sebenarnya dari malam tadi aku dah xde suara. dah la Nia sekarng sikit2 majuk. apa yg die majuk kan sangat pun aku xtau. kadang2 pasal x bagi makan gula2 pun boleh majuk. gedik tau minah ni. bila malam tadi die majuk pastu ngamuk2 aku malas nak layan. buat xtau jela. pastu datang2 gesel2 kat aku mintak pujuk. haish la anak. lepas aku cakap slow2 baru die ok. budak2 pun ada hormon sengal gak ek? hhmpphhh...

anyway, tetiba ari ni aku senyap jela. yela nak cakap pun xde suara n tekak sakit. pastu boleh lak ramai yg sibuk nak menyapa. yg aku leh buat senyum jela. harap2 esok ok la. kalau x, susah gak nak cakap dgn doktor.





p/s : malam ni macam malas nak masak. hmm....




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...