I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, May 31, 2015

Hepi wedding!!!!

aduiiii rasa nak patah pinggang aku ni. alhamdulillah selesai sudah pernikahan dan persandingan Mira dan Ain. Ain dah nikah dah bulan Jan ari tu tapi xde buat kenduri pun. so ni buat sekali untuk die la.

kan minggu lepas Nia demam kan. so ari kamis tu aku balik keje awal. sbb risaukn Nia la. plus kena gi bank. so amik Nia kat rumah pengasuh n terus gi bank. gi kat cawangan kat UTC JB. best gak tempat ni. cantik je. nasib baik x ramai org. sbb ari bekerja kot. cuba kalau ari minggu. nak parking pun susah. dah setel kat bank, pusing2 la kat Galeria@Kotaraya. xde apa yg menarik pun.

so ingat nak singgah rumah MIL la. esoknya Mira nak nikah, mesti banyak benda nak kena buat. tapi sebelum tu, singgah jap belanja dak demam makan aiskrim.





 dating berdua dgn budak demam. =)




dengan harapan masa Mira nikah nanti Nia akan baik demam. dan yg ajaibnya, esoknya Nia x demam dah. tapi sebelum nak baik tu, malam tu aku memang tido2 ayam la. lap badan die, pastu pakaikan stokin n macam2 lagi la.

ari jumaat pagi, terus kemas rumah. aku sorg jela. yg lain tido lagi. Al pun sama. nasib baik nikah belah malam. tapi MIL suruh aku buatkan agar2 untuk majlis nanti. haishhhh sejak bila la aku ni in-charge tang dessert ni?

anyway, siap2 kemas mandi semua kol 10 ok! yela, malam tu kan Nia demam lagi. dgn aku x cukup tido nye. pastu terus gerak gi rumah MIL. Al naik moto sbb malam tu die keje. so masa nikah nanti Al xde la. ala bukan die yg nak nikah pun kan. =P

sampai rumah MIL terus keluar balik sbb nak kena beli bahan2 nak buat agar2. bawak Ari skali. budak ni memang xleh tinggal. owh aku ada gak mintak tolong mak buatkan kuih lapis buat tambah dessert masa majlis nanti. licin okeh. x sempat iollss nak rasa. thanks mak.











amik gambar dari jauh je sbb ruang tamu penuh dgn sedara mara pihak lelaki. pelamin tu sepupu Al yg buat, yg2 lain cam bunga n deko semua adik Al buat sendiri.

menu malam tu :
mee udang
nasi putih
lauk ikan masin masak lemak
sayur bendi goreng
ulam2
air punch

mee udang tu, ikutkan FIL beli mee kuning nye buat makan untuk 50 org je. baki die nak buat sarapan esok pagi. skali yg diorg letak tu habis. terpaksa pakai mee yg untuk esok punye. tapi mee tu memang terbaik la.

sabtu pagi, aku dah terpacak kat dapur. fyi, yg masak FIL dgn adik-beradik tapi org yg kat dapur yg kena sediakan bahan untuk masak. diorg masak kat luar. aku ada la tolong2 sikit. pastu kena ngadap agar2. malam nye aku dah masak agar2. so pagi tu tinggal potong2 letak dalam bekas jela. buat itu je pun dekat kol 11 baru siap okeh. sbb masak banyak kan. org dah lawa2 aku baru nak mandi. heheheh

siap mandi terus jumpa Al. yela masa wangi la gi jumpa suami. lepas ni mesti busuk balik. pengantin sampai dekat kol 2 gak la. boleh x diorg dah sediakn makan beradap untuk pengantin tapi sudu n senduk xde. dah kelam-kabut semua org carikan sudu. senduk nasi baru nak basuh. hahahaha

anyway, aku memang flat giler la semalam. kitorg xde amik gambar dgn pengantin langsung sbb bz. yela org penting kan. hehehehe siap basuh pinggan buka khemah semua ngam2 kol 6. tapi yg kelakarnya kan, biasa bunting majlis kawin kan gambar pengantin je. ni MIL letak gambar satu family. so gambar aku pun ada skali la. malu okeh. yg Al sebelum buka khemah, bunting tu die amik dulu pastu terus simpan dlm kereta. die kata nak gantung kat rumah. aduiyaii...xde keje betul la husband iollsss ni.

owh Nia n Ari sepanjang ari tu main je keje nye. pastu ramai lak yg nak melayan gi main  kat taman. mentang2 rumah MIL depan taman permainan.


 Selamat Pengantin Baru Mira dan pasangan,
Selamat pengantin baru gak untuk pengantin x berapa nak baru Ain dan pasangan,
moga kekal bahagia hingga ke anak cucu, cicit dan ke jannah hendaknya.....Aminnnn....




patutnye ari ni aku sambung cuti tapi rasa malas la plak. keje kat ofis banyak.
ceh alasan kan... padahal sbb Al xde.
die gi kursus 2 ari. tinggal la aku kesepian. huhuhuhuhu
petang ni nak berjimba2 la.
(dlm kata lain nk tido kat rumah sambil golek2 macam dlm hindustan) hihihihii





p/s : sakit pinggang....bila la nak gi urut ni?





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...