I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Saturday, May 9, 2015

Serangan lipan

semalam cam biasa la hari minggu memang xde buat apa2 pun kat rumah. Al keje. akak lak balik kampung. xde member nak ajak berjalan. so lepak je kat rumah.

malam terasa nak makan burger la plak. so siapkan budak2 terus gi beli burger. bukan burger Mcdee pun. burger tepi jalan je. tapi nak yg sedap kan so kena la bawak kete. kebetulan gerai burger tu depan 7e. beli slurpee skali. Nia suka la dapat minum slurpee sambil tunggu burger siap. x lama pun. 10 minit je dah siap. terus balik rumah.

sampai rumah terus makan. habis lak tu. heheheheh Nia makan x habis pun sbb pedas. lupa nak cakap kt budak yg buat burger tu jgn letak cili. tapi Ari makan habis ok. diorg kan kongsi burger. siap Ari habiskan Nia punye. tgh die sedap2 makan, aku dgn Nia g dapur sambung minum slurpee hehehe

tetiba Ari panggil aku. die suruh aku seluk dalam lengan baju die. aku ingatkan daging burger terjatuh dalam baju die. sekali.....










benda ni ok!!!!!!!

yes and it's ALIVE!!!!

aku amik aku terus buang. laju je lipan tu lari masuk bawah sofa. aku cepat2 amik penyapu. nak pukul lipan tu la. cari2 x jumpa pulak. pastu aku wasap Al suruh die balik cepat.

'nanti saya balik, kita cari sama2 k.'

so aku buat xtau la. harap2 lipan tu x keluar la sampai esok. xde maknanya ok. die keluar lagi! 2 kali lak tu. first masa Nia tgh main lego. die lalu tepi Nia terus masuk bawah fridge. second masa kitorg tgh tido.

masa tu, aku rasa cam ada benda kat muka aku. aku tepis, benda tu terpelanting x jauh dari Nia. lipan tu!!!! ni dah lebih ni. aku biarkan, die boleh naik kat muka aku lak. cepat2 aku buka lampu n amik batang buluh kat dapur. org kata buluh ni boleh lemahkan binatang berbisa. lipan tu ada kat bawah baby cot Ari kat ruang tamu. Nia peluk aku. Ari aku nak peluk die xnak.

x lama pastu lipan tu keluar. aku terus pukul pakai buluh. buluh tu aku campak ke tepi.
ya Allah. aku takut sangat2. menggigil tangan aku. aku terus peluk Nia n nangis. syukur Nia dgn Ari x apa2. Ari amik pistol mainan die pastu kononnye nak tembak lipan tu.
adui la anak...mama tgh takut, ko boleh buat lawak lak.

aku biarkan je lipan tu kat situ. die hidup lagi cuma xleh lari sbb kaki badan belakang die dah hancur kena pukul. Al balik kol 2 pagi baru kitorg buang lipan tu. Al la yg buang. aku ngeri. sepanjang nak menunggu Al balik tu, kitorg tido kat ruang tamu. kat sebelah lipan tu ok. tapi aku x tido la. takut die lari ke apa kan.

ni aku taip ni pun meremang bulu roma kat tengkuk. n rasa ngantuk sangat. trauma punya pasal. tido asik terjaga je. jap lagi nak tido la.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...