I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, June 28, 2015

Selamat berpuasa hari ke 11

salam readers,

sepanjang bulan ramadan ni aku x update langsung makanan berbuka kan? bukan sbb x larat nak amik pic(walaupun sebenarnya memang malas pun) tapi sbb menu berbuka aku biasa nya sempoi je. n sbb minggu lepas aku sempat berbuka dgn Al sehari je ok! Al kan keje shift petang so kita redo jela ek. walaupun dlm hati ada rasa sob3 sket.

anyway, biasa aku berbuka memang x makan nasi. tapi penah la makan nasi goreng ke nasi kerabu ke cuma nasi putih dgn lauk biasa aku makan sahur je. so berbuka ari tu ada makan spagetti goreng, mihun goreng, nasi kerabu, pastu nasi goreng. semua masak sendiri. kecuali nasi kerabu. kuih muih biasa aku beli je.

owh minggu lepas bosan2 dok rumah ingatkan nak buka rumah MIL. aku siap beli durian crepe nak bawak gi sana skali diorg balik Benut la plak. so end up makan kat rumah jela. menu apa x ingat lak. makan nasi kerabu kot. tapi x sedap. first time beli kat tempat baru. slalu beli kat taman dekat dgn rumah pengasuh je. skali hampeh. dah la gerai pun macam layu je semua. so lepas ni kita gi tempat biasa jela.

ari sabtu dah janji dgn akak nak buka sama2. sbb aku tetiba je teringin nak buat cinnamon rolls. kat rumah xde oven. kat rumah akak ada oven. so kita pinjam akak punye jela n boleh teman buka pose skali.





Ari happy dapat makan.



budak2 ni pagi2 dah lapa mintak makan. so aku bagi jela diorg sarapan durian crepe. sbb tu la Ari dah rupa camtu hehehehe pastu terus kemas rumah. aku jela yg kemas rumah. budak 2 org tu tau sepahkan je. lepas tu terus siap2 sbb ajak akak gi Tesco. nak kena beli bahan2 nak masak. so jumpa kat sana je terus senang. t balik sama2.

sampai Tesco dah kol 11.30. pusing2 jap cari baju. baju raya Al x beli lagi. ye, aku memang suka beli awal. supaya nanti xde la nak kena bersesak2. tapi xde baju yg menarik pun. pastu ada la insiden Ari terlucut. pampers. camne boleh terlucut pun aku x tau. masa ni aku dah kalut giler ok. nasib baik berjaya gi toilet n tukar. kalau x.....fuhhhhh dah la budak tu aktif bukan main. kitorg siap beli barang n sampai Gelang patah kol 2.30 ok. aku dgn akak cuma mampu senyum kepenatan jela.

sampai2 je terus singsing lengan n mulakan agenda kita iaitu cinnamon rolls. dan tepat kol 7 malam siap la roti idaman ramai





cinnamon rolls tapi xde rupa rolls pun heheheh





nasib baik rasa die ada cuma rupa jela x comel. tu pun lama giler nak bagi die naik. tapi semalam aku makan roti nye dah keras la. org cakap kalau pakai tepung roti lagi sedap. xpe, next time kita leh cuba.

malam tu berbuka
nasi lemak, roti cinnamon, n pizza segera beli kat tesco
dan air tembikai homemade

lepas berbuka aku terus balik rumah sbb nak kena masak untuk sahur lak. thanks akak sudi layan iollsss n anak2. walaupun penat macam hape tah. huhuuhuhu

semalam lak buka nasi goreng(masak sendiri), ayam percik, kuih n lengkong. beli kat tempat biasa baru puas hati. Nia pun nak lengkong gak tapi nak yg warna pink. pastu kedekut. langsung xnak kongsi dgn adik die. xpela Ari makan mama punye jela.

ni petang ni xtau nak makan apa. ingat nak ajak Al teman gi bazar. die temankan je. berbuka bukan sama2 pun sbb die keje petang. dah nasib badannnn.....bila la nak dapat buka pose sama2. huhuhuhu







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...