I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, July 9, 2015

22 ramadan

huish dah 22 ramadan ke? rasa kejap je masa berlalu kan. minggu depan dah raya dah.

hari ni ofis aku ada sesi fotografi hari raya. aku pakai baju biasa je. tah pagi tadi macam ada teringat tapi x rasa cam nak melawa lak ari ni. lantak la ek. kalau org lawa, pakai baju apa2 pun lawa kan. ecehhhh

anyway, cam biasa la minggu lepas xde buat apa sangat. tapi best sbb berjaya buka pose bersama hubby tersayang. seminggu tau dapat buka pose sama2. ingatkan x dapat buka pose sama2 tapi Al cuba gak balik awal walaupun kadang2 kol 7 baru die sampai rumah.

menu berbuka pun biasa je. slalu aku beli je kat bazar. tahun ni mood nak memasak tuk berbuka memang langsung xde. xtau la sbb penat ke malas sebenarnya. hahahaha

hari jumaat ari tu gi Angsana dengan akak. konon nak cari baju raya ke kasut raya tuk bebudak ni kan tapi last2 masing2 balik x beli apa2 pun. akak ada la beli tudung rm5. sbb Ari meragam. die sibuk nak berjalan sana sini padahal x pakai kasut sbb aku x jumpa kasut die. tapi boleh tak masa nak balik tu terjumpa kasut die bawah kerusi. ha...ha.....ha... giler penat weyhhhh.....

nasib baik ari ahad tu berjaya membeli kasut tuk budak2 dlm masa satu jam je. memang superwoman kan? tapi dgn pertolongan Al la. budak2 ni kalau papa diorg ada, memang takut sikit sbb Al kan garang. kalau dgn mama die, aku marah camne pun masing2 buat muka x reti je. hmmmpphhhh.....

semalam aku mc. dah 2 ari demam selesema. dah la ofis ni aircond kuat bukan main. camne la nak baik kan. so semalam amik la mc. plus ari selasa tu boleh jari aku tersepit pintu kereta. sakit giler ok. yg aku ni dah melalak depan pintu. si Nia sibuk datang pastu cakap

'mama sakit ek? kalau sakit gi la opital.'

adui la anak. kalau mama boleh drive, dah lama gi sayang.
ni nak gerak jari pun xleh. jadi ari selasa tu aku buka pose makan megi je. sedih x?

minggu ni Al keje shift petang so x dapek la buka pose sesama. sahur pun die bukan makan sangat. kadang2 just minum air pastu tido balik. pagi tadi pun sama. makan 2 suap pastu tido balik.

semalam best sikit sbb.....mak ada. semalam kan besday ayah, sbb tu la mak balik sini. owh lupa lak

Hepi besday Ayahanda!!!!!

hehehehehe

dah alang2 mak balik tu, mesti la nak jumpa cucu die kan. so semalam petang mak sampai rumah aku. kan aku mc. budak2 pagi2 lagi Al dah hantar gi rumah pengasuh sebelum die gi keje. mak sampai je terus aku ajak gi bazar. lepas tu baru amik budak2. ala bazar yg depan taman rumah pengasuh tu je. mak eksaited beli macam2. pastu bila berbuka terus perut ketat. makan banyak sangat. tu pun die kata macam nak makan lagi. hahahaha

ari ni macam nak balik awal la. sbb mak sorang2 kat rumah dgn budak2. xtau la camne tu. aku nak hantar diorg gi pengasuh, mak kata x yah. die kata die boleh jaga. hmmmm....ok kot.

lagipun ari ni balik kol 3 kan. ok....kot......







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...