I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, July 2, 2015

Cuba buat rendang....resepi sendiri

semalam Al balik keje terus ajak aku gi bazar. masa tu dah kol 5 dah. aku lak dah stat goreng ayam. ingatkan nak masak ayam kicap. tapi dah alang2 Al ajak klua tu, mari la kita klua.

aku malas nak gi bazar sbb dah gi masa amik budak2 kat pengasuh. so aku ajak gi Kipmart jela. peti ais pun dah kosong sangat mintak isi. masa gi tu, jalan ke arah bandar smooth je. jalan nak ke senai yg banyak kereta. so cepat je dah sampai Kipmart. sebelum gi bahagian pasar, gi tgk2 baju dulu.

ingat nak cari baju gaun untuk Nia n kasut budak2. kalau sempat, beli baju kemeja untuk Al skali. tapi tgk semua x menarik. semua harga mahal tapi kain nye cam murah je. baik aku gi Aeon terus. harap2 la masa gi nanti ada diskaun meletup. so boleh beli banyak2. hehehehe

gi bahagian pasar, terus cari daging. sbb Al teringin nak makan rendang. dah macam nak raya dah. padahal masa mula pose ari tu aku dah buat rendang dah. ni nak rendang lagi. nanti sehari sebelum raya mesti buat rendang lagi. merendang jela keje aku.

dah beli daging, Al suruh beli kaki ayam lak. nak buat sup katanya. eh, rendang x siap masak lagi dah fikir nak order lain lak. order jela kejenya. so aku cakap kat Al, apa kata die buat senarai menu setiap hari. ari ni nak sekian sekian sekian....esok nak makan sekian sekian sekian....senang. huuhhh

dah alang2 kat situ, kitorg buka kat Kipmart jela. masa tgh berbuka tu, Ari gedik nak duduk kat kerusi jugak. dah la jenis bangku. tapi dah die nak gak. aku bagi jela. pastu x reti duduk diam kan....terus gedebukk! jatuh. hahahahahahah

pastu nangis. bukan sbb sakit tapi sbb malu. boleh? sebelum balik, Al nak beli durian lak. pastu mula la mintak aku buatkan bubur kacang durian lak. husband iolss ni bab mengorder memang pandai kan. haishhhh bila la nak buat tu.....

sampai rumah, lepas solat terus bersilat kat dapur. buat rendang la apa lagi. ada org tu dah cakap dah nak buka pose rendang esok. ari ni aku rajin nak bagi korang resepi. selama ni x penah bagi kan. nah amik nih:



Rendang ikut suka aku

Bahan perapan :                                                     Bahan lain:
                                                                             bunga cengkih      dlm 3 biji
ketumbar     1 sudu besar                                       kayu manis           sikit je
jintan putih   1 sudu besar                                       bunga lawang       1 bunga kecik
jintan manis  1 sudu besar                                      gula melaka          2 sudu besar
garam                                                                   air asam jawa        agak2 6 sudu besar
                                                                            daun limau purut   3 helai(hiris nipis)
Bahan kisar(blend semua):                                    daging                 1 kg (potong dadu)
serai            agak2 4 batang                                  kerisik                 1 pek (100ml)
kunyit          1 inci                                                 santan                  1 kotak (200+ml)
halia            1 inci
lengkuas      1 inci
bawang besar      2 biji
bawang putih       6 ulas
cili kisar               3 sudu besar

Cara-cara nya:
1. kisar bahan perapan dlm pengisar kering dan tuang pada daging. gaul sebati. letak garam sket.

2. panaskan minyak. bila minyak dah panas, masukkan bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. goreng hingga naik bau. masukkan daging yg dah di perap tadi. bila daging dah mula tukar kaler sket, terus masukkan bahan kisar.

3. gaul2 lebih kurang pastu masukkan gula melaka, air asam jawa, santan dan kerisik. biar masak selama 2-3 jam. lepas 1 jam, masukkan garam dan daun limau purut. api kecik ye, kalau x nanti rendang hangus lak.

4. bila dah agak2 kering, rendang dah masak la tu. tapi kalau nak basah pun boleh. cuma nanti x tahan lama la. =)



nah gambar.











masa sahur tadi rasa macam sedap je. eh masakan sendiri mesti la puji sedap. ni Al x rasa lagi ni. petang ni kita tgk la apa kata juri ye.




p/s: slalu buat rendang tok ni tetiba buat rendang biasa lak. harap2 Al suka la.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...