I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, July 23, 2015

Raya pertama 2015

aku balik raya ari kamis pagi sbb kg dekat kan. Al balik lak balik pagi raya. tu pun die cuti sehari je. raya kedua dah keje dah. so aku balik berdua je dgn akak. BIL balik kendian sbb malam raya die keje.

masa on the way balik kampung, jalan smooth je. kereta banyak gak tapi xde la sesak sampai xleh jalan. aku sampai je rumah mak terus pengsan. sbb malam tu tido lambat. bz mengemas rumah, basuh baju apa semua. pagi lak lepas sahur terus x tido. memang best la kan. Ari dgn Nia kacau pun aku buat xtau. dah x larat nak bangun. kepala ting tong sangat.

petang sikit gi rumah atuk. ala rumah atuk aku kan sebelah rumah mak. masa ni kepala dah ok dah. so tolong atuk masak ketupat n sambal goreng. malam tu best sbb dapat berbuka ramai2 kat rumah atuk. menu berbuka mak masak mihun blackpepper je. yg lain2 ada la lauk org bagi, pastu lauk2 maklong bawak. tahun lepas kan turn raya belah Al. tahun ni dapat tolong prepare tuk raya n buka pose last sama2 rasa suka sangat2. =)

owh malam raya x ramai yg balik rumah atuk. so yg ada cuma ada famili mak n famili maklong jela. yg lain2 balik raya kedua. ada gak yg x balik langsung. so masakan pagi raya pun x banyak. yg x best nya signature dish atuk iaitu umbut masak lemak tahun ni xde. sbb xde org nak gi cari umbut. huhuhuu

pagi raya, Al sampai je kitorg terus gerak balik Benut.
patutnye tahun ni raya belah aku tapi sbb MIL nak gi haji tahun ni, aku beralah la.
aku kan baik. hihihihi

so aku dari rumah mak dah siap mandi semua. senang nanti kat rumah fuang xde la berebut bilik air. budak2 jela yg mandi sana. kat rumah fuang pun, x semua makcik pakcik Al balik raya pertama. so kitorg lepas solat raya, ikut diorg gi raya rumah sedara, pastu lepas solat jumaat terus balik BP. sampai2 mak xde kat rumah.

raya pertama mak memang biasa gi beraya dgn atuk.
nasib baik ada whatsapp. so mak call suruh kitorg join mak beraya.
kol 6 kitorg terus balik.

malam nye, aku ajak Al gi meronggeng. kan Al balik naik moto. merasa la gi dating kejap. kol 9 dah balik. malam tu Al dah nak balik JB sbb esoknye die keje pagi. sedih tau dapat raya kejap je dgn husband. tapi dah keje nak buat camne.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...