I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, December 3, 2015

Si Chemong mong mong mong

hola!

sejak bz manjang ni memang x dan la aku nak update blog. keje melambak lagi tapi rasa nye aku nak buat xtau je boleh x? hehehehe ni pun aku baru baik demam. demam dah 4 hari baru baik. konon nye nak buat2 kuat la xnak mc. datang je keje cam biasa. skali semalam sampai ofis terus terbaring. nak buat keje langsung xleh. kepala dah senoneng dah. so nak xnak terpaksa gak amik mc.

lepas gi klinik balik rumah terus bam. tido x ingat dunia. aku kan x biasa tido siang. bila bangun tido rasa cam aku x gi keje ke ari ni? hahahah ni memang pekerja contoh sangat ni. mc pun ingat keje lagi.

anyway, nak cerita ni. yg kitorg dah ada ahli keluarga baru. x sampai sebulan lagi die duduk ngan kitorg. kan sejak dari Apin mati ari tu Nia asik la sebut nama Apin. masa gi Daiso ari tu die nampak la mainan kucing terus die cakap

"nanti kakak beli nak bagi Apin main la".

'kakak, Apin dah xde kan"

'haah la. kakak lupa'


kalau korang jadi aku la kan, kalau dengar mesti sedih. aku ada la bincang2 dgn Al pasal nak amik kucing lain x gantikan Apin. Al tanya aku balik aku ok x. sebenarnya, aku alergik kucing. kalau takat bulu die ok lagi la tapi sbb sangkar die aku letak dalam rumah kan. so die membuang ke apa buatkan aku cam semput sikit. n maybe juga pasir kucing yg aku beli ari tu jenis x elok kot. ni aku dah tukar jenis lain. ok la pulak.

so sebelum Apin mati, aku ada terpikir nak bagi die kat adik ipar aku sbb aku x tahan. tapi Apin kan sakit masa tu. so aku nak tunggu die baik baru bagi die kat org. x sangka lak die mati.

x lama pastu Al dapat kucing dari kawan die. kucing ni elok la. x sakit n cantik je. sbb mak kawan Al jaga die elok2. sampaikan masa kitorg nak amik tu, mak die pesan macam2 kat Al. hahahha






 
perkenalkan Nia n kucing baru aku, Chemong.





nama Chemong ni Al yg bagi. die kata ikut nama kucing Re dalam cerita Do Re Mi. ye ke x, xtau la. sbb Al ni kadang2 suka buat cerita. si Chemong ni masa mula2 kitorg amik tu die macam kucing hutan pun ada. jenis x reti duduk diam. bila letak dalam sangkar, die boleh panjat sampai atas sangkar. tapi lepas tu die jatuh ke bawah la. hahahah

die jugak bukan jenis kucing manja. langsung x suka di belai. jenis suka main je. paling die suka, main kaki org.pastu kalau kita panggil, die buat dek je. tapi bila ko panggil makan, bukan main laju lagi die datang. sekarng ni dah pandai minta nak belai. tapi lepas tu nak panjat badan org. dah la suka keluarkan kuku. Al suruh aku potong kuku die. camne lak tu?

harap2 bertahan la si Chemong ni duduk dengan kitorg. owh sejak ada kucing baru ni, Al dah stat tido dlm bilik. selama ni die tido kat toto depan tv je. punye la malas nak bangun naik atas tido dlm bilik. tp sbb kan wife die x tahan bau kucing, so kena la tido dlm bilik. tapi ada gak masa2 kalau aku malas nak kejut die. aku tido sorang dlm bilik pun boleh.

ni pun kalau aku lepas kan Chemong, aku x bagi die naik atas sofa. sbb aku slalu duduk situ. so far, aku belum rasa semput lagi. akan datang xtau la. tapi ari tu aku demam ada kaitan x?






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...