I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, May 27, 2015

Minggu yg sangat sibuk

minggu ni memang tersangat la bz. sbb nak akhir bulan kan. dah la keje banyak pastu tetiba kursus sampai 2 hari lak. pulak tu, Nia demam. aku ni dah serupa panda dah.

sabtu lepas, ikut mak gi kenduri kawin kat mersing. saje. dah lama x gi jalan2. sebenarnya mak nak gi berdua je dgn akak tapi aku gedik nak ikut. pastu diorg cakap kalau Nia xde, aku xleh ikut. xpe ke nak anak je? huhuhuhu

anyway, gerak awal la jugak. sampai kat Mersing ngam2 kol 12. setel makan, jumpa sedara mara jap pastu terus gi beli ole2. beli keropok lekor n keropok goreng n terus balik. ada la singgah kedai kek kawan aku jap tapi die bukan ada pun. sampai rumah terus goreng keropok. hahahaha x nyempat ek. tapi kan bila aku goreng keropok tu, macam banyak rasa tepung la. nak kena beli yg terengganu punye ni. mana la nak cari. hmmmm

Nia ikut mak balik tido GP. satu ari je esoknye mak hantar die balik n terus lepak rumah aku. tapi Nia demam pulak. mak kata balik dari Mersing Nia terus demam. xnk makan, nak tido je. pastu nak mama die. cian anak mama. nasib baik mak stay kat rumah aku sampai ari selasa. so aku gi keje, mak jaga Nia kat rumah. Ari aku hantar gi rumah pengasuh.

ari ni pun Nia demam lagi. lepas hantar Ari, terus bawak Nia gi klinik. doktor cakap Nia demam biasa je. aku dah pikir nak cuti je. yela risau Nia demam x baik2 tapi keje kat ofis banyak. so nak xnak terpaksa la hantar Nia kat rumah pengasuh. kat rumah pengasuh pun ramai yg demam. budak2 skola pun ada yg demam. makcik tu kata rumah die dah macam hospital dah. makcik tu pun baru baik demam. memang tgh musim demam la sekarang ni. haishhhh...




Monday, May 18, 2015

Teringat kenangan zaman kanak-kanak

kan ari tu aku ada gi kursus penulisan kan, so sekrang ni rasa cam berkobar2 lak nak menulis walaupun penulisan macam tah apa2 je. ada rasa nak buat buku masakan....hahahah macam expert sangat jew. ada rasa gak nak buat buku cerita pasal zaman kanak2 aku. yela budak2 zaman sekarang ni sibuk dgn gajet je.

owh cakap pasal zaman kanak2, aku dulu duduk kuarters kerajaan rumah bandung(2 rumah yg bercantum). jadi rumah kitorg ni memang ada laman la. kat situ la ayah aku tanam pokok rambutan, pokok betik, pokok durian, pokok nangka dan macam2 lagi la. jadinye tiap2 ari minggu kitorg kena sapu laman. dah la pokok rambutan tu daun yg gugur banyak giler. tapi tiap2 kali sapu tu, setiap sorang akan dapat upah 20sen.

20sen zaman tu kira banyak tau. dapat la beli jajan satu, atau main tikam2 ke(ni abg aku banyak buat), x pun beli gula2 dpt percuma cincin. kadang2 masa nak beli tu, cincin kaler merah tinggal satu je. so berebut la dgn adik aku sape yg dapat beli. slalu aku beralah je. dapat beli cincin, esoknye gi skola tunjuk kat kawan2 ada cincin baru. hahahahah





biasa gula2 yg diorg jual tu warna merah pastu kat hujung akan ikat cincin skali.
cincin tu la yg slalu jadi rebutan.






kitorg masa kecik2 slalu main dgn adik-beradik je. kadang2 ada la jugak kawan aku datang rumah. ada gak main dgn jiran depan rumah aku. diorg 3 beradik je. yg sulung(shah) dgn yg 2nd(syu) sama baya dgn akak n abg aku. yg kecik(dani) sebaya adik aku. ada skali tu, kitorg main rumah hantu. aku pun xtau la ni idea sape. rasanya ni idea jiran aku yg sama baya dgn akak aku kot. sbb die ni otak slalu ligat sket.

sebelah rumah die ada laman gak. tapi diorg x rajin bercucuk tanam macam ayah aku, so macam semak sikit la. kitorg pun ubah semak tu jadi rumah hantu. diorg berempat(shah, syu, akak aku, abang aku) jadi hantu. aku x ingat aku jadi hantu ke x. eh aku jadi pelanggan kot. sbb aku ingat aku masuk 'rumah hantu' tu, pastu jumpa la abg shah, pastu akak aku, pastu kitorg dgr mak abg shah jerit suruh balik. pastu semua lari lintang pukang. hahahahahah

bila akak n abg shah dah darjah 3 kot, diorg dah kurang main dgn kitorg. abg shah dah ada geng die. yg akak aku lak asik belaja je. abg aku? asik memerap dlm bilik lukis kartun. so secara x langsung, aku la yg jadi ketua. kebetulan masa tu, sepupu aku(mak die akak ayah aku) baru stat jadi cikgu. anak2 die(anak sedara aku) mak aku la yg jaga. ye, aku dgn anak sedara aku dekat2 sama baya.

anyway, aku ni kan tomboy sket. so x main la main masak2 ni. slalu tu aku gi panjat pokok rambutan la, gi kejar ayam la. adik dgn anak sedara aku ikut jela. ada sekali tu, aku rasa cam nak tangkap ayam la. tgk dlm tv, macam senang je. so aku korek lubang, pastu letak cacing banyak2 dlm tu, pastu cover dgn daun. jadi bila ayam tu masuk je dlm lubang, aku terus tangkap die.








aku gi nyorok kat belakang kereta ayah aku. bila aku datang balik kat perangkap tu, ayam dah ke mana, cacing dah masuk dlm tanah. yela, fikiran budak2. dah la korek lubang pun ngam2 je besar kaki ayam. ada hati nak perangkap ayam. ayam tu mesti tgk lubang tu  n fikir 'tah apa la yg budak tu fikir. hahahaha

tapi ada satu kenangan ni yg paling aku xleh lupa la. eh xnak cerita la. malu. hehehehe
suka kan buat suspen.
nak cerita lagi, tapi macam xtau nak tulis apa lak.
 nanti2 la aku sambung pasal zaman kanak2 aku ni ye.
ciao


p/s : 2 tahun lepas ada bawak abg aku gi mengimbau kenangan lama rumah lama kitorg. rindunyeeee.....
boleh gi baca kat sini.




Thursday, May 14, 2015

Main inai

semalam lepas makan malam, macam biasa la Ari kalau makan memang bersepah giler. 10 org makan tu x sepah macam tu. nasi ada kat mana2. pastu lantai macam melekit.

ikutkan macam nak lap je tapi pikir dah lama x mop rumah. mop satu rumah jela. eh tapi sebelum mop, kena la sapu dulu kan. masa tu dah kol 10 malam ok. aku ni bukan boleh. kalau dah pikir nak buat, memang kena buat terus. kalau tahan2 memang sampai ke sudah la aku x buat.

Ari aku letak dalam baby cot. Nia nak tolong tapi aku suruh die duduk tepi. nanti lambat lak keje siap kan. x lama pastu Ayie tdo dah. so dah siap kemas dan mop, terasa nak kemas laci la pulak. tgh kemas, terjumpa inai dlm tube. Nia nampak je inai, terus die mintak nak pakai. sama je cam mama die masa kecik2 suka pakai inai.

tapi dulu2 xde inai dlm tube. kena tumbuk sendiri tau. pulak tu atuk aku memang ada pokok inai, habis pokok tu kitorg keje kan. atuk siap bagi kitorg lesung batu kecik khas untuk buat inai. pastu nanti sibuk la letak nasi la, arang la konon nak bagi inai pekat n warna cantik. sekarang pokok inai dah xde. owh rindu nye zaman kecik2.....

anyway, inai yg aku jumpa tu aku pun dah x ingat zaman bila. so memang lubang nak keluar inai tu dah tersumbat dah. aku amik pin cucuk kat lubang die, pastu terus picit dan........zassss...... menderu inai keluar sampai ke dinding okeh. rambut aku pun terkena sekali. hahahahah

pastu terus pakaikn Nia. die nak pakai 2 tangan tapi aku x bagi. pakai satu tangan pun dah macam hapa tah rupanye. masa tu dah kol 12.30. aku suruh Nia tdo tapi die xnk sbb inai x kering lagi. ala cian nye anak mama ni. so aku basuhkan n suruh Nia tdo.







buat hujung2 je. ala comel gak kan.
Nia punye aku x sempat nak amik gambar. die siap mintak aku lukis bulan dgn love kat tangan die. tapi bulan mana masuk dgn love kan?
anyway, inai ni tahan lama betul. ni balik keje ni mesti Nia mintak pakaikan inai kat tangan yg sebelah lagi. jangan sampai ke kaki sudah la.






malam tadi macam xleh tdo.
nape tah.patutnye lepas kemas rumah mesti penat kan? tapi ni x pulak. hmmm....
so ingat petang ni nak exercise la. dah lama x exercise.





Tuesday, May 12, 2015

Bagai di hiris sembilu

xtau nak cakap macam mana.
tapi rasa macam nak menulis.
entah.














rasa nak campak hati ini jauh2.






Friday, May 8, 2015

Cuti Hari Buruh dan Wesak

minggu lepas cuti panjang kan, so ari jumaat pagi aku n akak balik kampung. BIL cam biasa la keje.

sebelum tu akak ajak singgah gi beli bakso kat jalan ke bandar. kitorg sampai rumah mak dekat kol 11. nasib baik kitorg gerak awal sbb masa on the way balik tu, kete dah banyak dah. yela cuti lama kan. mesti ramai yg balik kampung.

sampai2 terus makan bakso. boleh la. cuma aku x gemar sangat makan bakso suun. biasa aku makan bakso mihun. Abang n famili pun balik. diorg sampai dekat kol 1. Nia nampak Addin terus ajak main. Addin dah ok dah. x cam dulu. sikit2 nyorok belakang ummi die. ni dah jadi bestfren dgn Nia. pastu suka duduk bertiga, Addin, Nia dgn Ari kat tangga depan rumah mak sambil peluk2. comel je diorg ni. owh ayah pun balik. adik dgn Ai jela yg xde. Adik ada exam, Ai lak dah balik minggu sebelum tu kot.





rambo kecik. =)



malam tu, atuk ada buat kenduri sikit. atuk tempah nasi ayam. so kitorg xde keje sangat la nak buat. saya suka. saya suka.depan rumah mak ada pasar malam, so round la kejap sebelum kenduri stat. x sempat nak beli apa2 pun sbb hujan n selipar iolss putus la pulek. huhuhu

esok nye akak dgn Kak Kam(SIL) ajak g makan nasi beriani. aku x gemar sangat nasi beriani. aku lagi suka nasi minyak. tapi aku ok kan jela. gerak lepas zohor sbb mak, ayah n akak gi main badminton dulu. Ari dah bising nak makan. nasib baik ada roti buat penyelamat.

kitorg gerak satu kereta je, senang. makan kat Bariani Power dekat dengan hospital Batu Pahat. kalau nak pegi, ikut je jalan nak ke hospital, sebelum belok masuk pintu hospital, belok kanan pastu ikut je signboard die mesti jumpa punye. sampai2 terus order. dlm 10 minit camtu order sampai. kitorg order beriani ayam 3, beriani kambing 1, air bandung, air laici dgn air durian belanda. tgh2 makan, Nia tertumpahkan air bandung akak. x pasal2 sayur acar dah tukar kaler pink. hahahahaha






sumber google




lepas makan, diorg ajak gi Pantai Minyak Beku. boleh pulak masa tu la Ari nak tido. so diorg semua seronok jalan2 kat tepi pantai amik gambar, aku duduk je pangku Ari. haishhh... lepas tu, gi jeti lak. nasib baik masa tu Ari dah bangun. so boleh la join sekali. budak2 ni suka la tgk air laut, pastu banyak giler ketam kecik. rasa cam nak tangkap je. geram. nak bawak Ari gi jeti ni punye la susah. die ni gayat kot.

sebelum balik, singgah Aeonbig sbb nak beli selipar. masa tu la Ari nak buat perangai. sikit2 nangis. x bagi amik barang tu nangis, nak makan nangis. semua x kena. aku x tahan, aku terus keluar Aeonbig. boleh lak die senyap. nasib baik berjaya gak beli selipar dan baju Nia. hahahaha sempat lagi kan.

sampai rumah dah kol 6. semua kepenatan. Ari lak sampai je terus main. suka ko la nakkk...janji x kacau mama tido. malam tu xde aktiviti apa2 pun. masing2 dah penat sangat.

esoknya pagi2 kitorg dah balik JB dah. keluar saing dgn mak n abang sbb diorg nak gi pasar. konon xnk bagi Nia nangis la. xde makna nye. die sibuk nak naik satu kete dgn mak. aduhaii.....
sampai rumah terus masing2 pengsan. hahahahha

lain kali nak buat percutian famili pegi jalan2 cari makan la. tapi kat mana? dah la tgh kering. =(





p/s : rasa sangat refresh. cam rindu la kat mak. huhuhuhu




Thursday, May 7, 2015

Baru masuk ofis esok dah cuti

ye, hari ni baru masuk ofis. naik cuti ari tu terus gi kursus 2 hari. kalau ikutkan hari ni diorg ada buat presentation tapi kalau x pegi pun xpe. masuk2 keje malas la plak nak buat keje. hehehehe

anyway, cerita pasal cuti ari tu nanti2 la aku update ye. macam malas lak nak mengarang. patutnye tiap2 ari kamis mesti aku stay back nak cover keje yg lepas2 tapi ari ni cam malas lak. minggu depan mesti aku keje kaw2 sbb nak cover keje yg x buat masa kursus ari tu. hmmm lantak la.

owh aku gi kursus penulisan. hahahaha macam nak jadi penulis lak aku ni kan. kalau takat merapu meraban kat sini boleh la. tapi..... cam best gak kalau dapat keluarkan buku sendiri. tapi nak tulis pasal apa?


k la. nak balik. nak tido. hehehehe