I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, June 16, 2016

Berlumba kejar pahala

dah berapa hari kita berpuasa ye? dah nak masuk hari ke 11 ek? sejak dua menjak ni makin malas lak nak blogging. biasala iollss kan bz ssesangat. hahahaha * tangan di dada mata ke atas

anyway, minggu ni baru sempat nak berbuka sama2 dgn Al. minggu lepas die shift malam. so aku pun xde la nak masak best2 sangat pun. masak biasa2 je. penah sekali tu sbb penat sangat aku masak mi samyang je. hahaha kira ok la tu kan. kita upgrade sikit dari maggi. eh sekarang kan tgh trending makan mi korea. owh korang x ikut ke? rugi la x makan. sedap boleh tahan la. tapi aku x suka perasa pedas. aku suka perasa kimchi. cakap pasal kimchi kan. dah lama x makan kimchi. bila la nak dapat makan lagi ye?

oleh sbb minggu ni buka pose sama2 dgn Al, menu berbuka pose pun meriah sikit la. plus xde la aku terkejar2 nak amik anak kat rumah pengasuh pastu nak masak lak. sbb merempit je dgn Al. xde la. merempit ber4 la. hahaha asal boleh je kitorg ni kan. so semalam first time beli kat bazar jauh sikit dari rumah. aku beli la popia sira lada sbb Al memang suka popia. aku rasa ari tu ada viral kat fb pasal org beli karipap inti ciput kan. popia yg aku beli ni xde inti ok. XDE!!

masa aku nak beli tu aku ada tanya la inti apa. die kata inti sayur. tapi malam tadi aku makan popia inti hangus plus angin. ye kosong sekosong kosong nye. ada la jalur hitam xtau apa benda rasa hangus je lebih. dah la die jual kira by polisterin. satu rm3 okeh. korang rasa berbaloi x?

aku sebenarnya x kisah kalau x sedap pun. paling2 pun aku buang je. tapi kalau dah meniaga cara menipu macam ni, mesti la rasa x puas hati tu meluap2. tinggal aku nak viral kat fb je. cuma aku malas nak buat camtu. aku cerita kat blog pun sbb nak merempan je. nanti esok2 dah ok aku buang la entry ni.

ari tu lagi best. dak ofis aku beli nasi kerabu kot kat bazar. lepas tu die kena cirit birit n muntah2. dekat seminggu jugak la die kat hospital. langsung xleh makan n minum. sbb tu la aku nak cakap yg bulan ramadan ni bulan untuk mencari pahala. bukan mencari dosa. kalau nak meniaga tu biar jujur sikit. untung x banyak xpe yang penting pelanggan puas hati dgn makanan kita.

teringat dulu zaman mak aku meniaga kuih kat bazar. punye la banyak persaingan kat situ tapi org suka pegi kat gerai mak aku sbb sedap. plus mak aku meniaga bukan untuk untung tapi untuk mencari duit lebih. kalau xde rezeki untung meniaga, ada rezeki bagi kat org.

bukan sekali ye mak aku meniaga x habis. dah banyak kali kot. dan biasa nya mak aku akan bagi je kat cleaner, security, kadang2 ada org yg lalu je warung die. x beli pun tapi mak aku bagi je. sbb tu bila org suruh aku meniaga, mula2 aku xnak. sbb aku ni jujur org nye. kalau aku x suka produk tu, aku xleh jual barang tu. macam produk kecantikan, makanan tambahan. kalau aku x pakai @ x makan, aku xkan jual produk tu.

bercakap pasal kejar pahala, selain dari jual makanan, kita boleh gak share makanan. rasanya org zaman sekarang dah x buat budaya camni kan? rindu zaman kecik2 dulu. mak masak kuih sejenis je tapi time berbuka tetiba je ada macam2 jenis. sbb jiran kasik. mungkin sbb zaman sekarng org sibuk kerja kan. mana la ada masa nak masak.

lagi satu pahala yg boleh kita dapat ialah dengan amal ibadah la. solat terawih, solat duha, solat taubat, baca quran. kalau dapat khatam quran lagi bagus. tu yg aku nak cuba buat bulan ni. pahala berkali2 ganda masa bulan ramadan ni kan? dulu x penah terpikir pun nak kejar semua ni. tapi sejak berjinak2 ni rasa best lak. betul la org cakap. kalau kita selalu basahkan tekak kita dengan bacaan al-quran mesti kita akan rasa rindu nak baca slalu. ni pun aku rasa aku paling slow baca dlm grup. owh aku ada grup baca quran. so bila diorg pos muka surat dah banyak, rasa tercabar ok. kalau boleh nak cepat2 kejar diorg.

owh indah betul bulan ramadan. minus yg -ve tadi la. kalau pasal amal ibadah ni rasa tenang je. hopefully dapat la khatam quran bulan ni. kalau x dapat pun paling x dah sampai muka surat 300 pun kira ok la kan?




p/s : hari ni buka pose kat rumah in-laws. best nye. =)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...