I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, July 24, 2016

Kaki ku sakit lagi

aku sebenarnya malas nak cerita pasal benda ni tapi aku ni kan pelupa. jadi baik la aku taip kat sini terus. nanti kalau ada apa2 jadi senang aku nak trace balik. xyah nak ingat2 dah. hehehe

kan aku ada cerita pasal aku kena main netball lawan antara jabatan ari jumaat lepas. kebetulan gak ari tu besday Ari. sbb ari kamis dah sambut dgn kek semua jadi ari tu xde la sambut2 lagi. aku kan dah lama x main bola jaring. so eksaited tu jangan cerita la. nak elak kaki aku cram @ sakit, pagi tu aku bangun awal giler. siap2 kemas2 rumah sket pastu terus buka video zumba. ada la 30 minit kot aku buat zumba. x buat sampai habis. org kata don't overdo. heheheh

kol 8.30 aku kejut Al bangun tido. die dah janji nak tolong tgk kan budak2 ni sementara aku gi main. budak2 memang awal2 aku dah siapkan diorg. match netball stat kol 9. so aku siap2 terus gerak gi hall. sampai2 budak2 aku x semua ada lagi. match pun stat lambat. biasala janji melayu kan.

grup yang main cuma ada 6 grup je. lain2 jabatan langsung x hantar wakil. mula2 kitorg stretch up pastu pusing court 1 round. pastu game pun mula. masa main tu, aku tengah rebut bola dgn pihak lawan. pastu aku elak die, tah macam mana kaki aku terpeleot. ada la rasa sengal sikit. tapi aku sambung je main sampai habis. sbb aku ingat xde apa2 la. first game tu kitorg menang. bila diorg bagi take 5 je, terus kaki aku mula rasa semacam. masa tu la Al call aku cakap moto die rosak tepi jalan. dah la masa tu die bawak Nia n Ari jalan2. boleh lak moto mati. hahahaha

so nak xnak terpaksa la amik budak2 tu. sbb Al jap lagi nak gi keje shift petang. owh masa aku amik diorg moto dah ok la plak. masa tu, kaki aku dah mula rasa sakit. jalan pun pelan2. nasib baik kaki kiri yg sakit. so boleh la bawak kete gak. sampai je hall balik, kaki aku dah mula bengkak. jumpa medic kat situ. diorg tuam ais je. dan diorg x bagi aku sambung main game ke 2. huhuhu

habis game ke 2, diorg sambung game final kol 3. sbb ada la org x puas hati dengan keputusan match tadi. so terpaksa rematch. aku memang x main. walaupun rematch, grup aku dapat tempat ke 2. dan aku yg jadi simpanan ni pun dapat medal gaks. hihihihi



ari ni aku melepak saje kat rumah. amik mc. kaki aku bengkak lagi. semalam ada open house 2 tempat tuu. dua2 pun aku xleh pegi. yg Al dah bebel2 kat aku sbb injured lagi. hello, bukan aku x stretching langsung. aku siap buat zumba ok. tapi kalau dah nak injured nak buat cmne kan. lepas ni xtau bila dapat main lagi. Al macam dah marah sesangat tu. huhuhuhu... =(


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...