I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya 2016

hai uolss!!! ari ni aku dah stat keje tapi mood keje belum mari. camne tu? boleh di katakan ofis memang lengang sangat ari ni. yg penuh cuma dept aku jela kot. hahaha kitorg memang sayang cuti.

anyway, tahun ni memang aku raya sakan. dari 1st day raya memang x duduk rumah sangat. asik beraya sesajo. tu yg semalam sampai je rumah terus tumbang. tadi lunch pun aku beli je. x larat nak masak.

owh 1st day raya tahun ni raya belah aku la. memang rasa best sesangat. hari isnin tu aku amik half day. yela esok dah nak balik kampung tapi satu apa pun x kemas lagi. dgn rumah bersepah nya. setel kemas kol 1 pagi okeh. bangun sahur kol 5 pastu terus gerak balik kampung. balik bertiga je dgn Nia n Ari. sbb last day pose tu Al keje. kalau ikutkan aku boleh je balik dgn Al tapi nanti sampai rumah mak pagi raya. x best. xde feel raya. so kitorg balik asing la.

sampai rumah mak dekat kol 7 pagi. balik subuh2 memang best sbb kete x banyak tapi tang ngantuk tu yg x tahan. sampai rumah mak terus sambung tdo. x larat. kol 10 bangun terus basuh ayam 6 ekor. huhuhu. setel tu, tolong potong2 lak nak buat sambal goreng. tahun ni best sket sbb ada menu special atuk iaitu umbut kelapa masak lemak. ha korang x penah dengar kan? menu ni memang jarang org buat sbb umbut kelapa susah nak dapat. ala lebih kurang cam rebung la tapi rupa lain sikit n lebih manis.

pagi raya tu famili aku sedondon semua warna ungu. tahun ni first time adik beradik aku dapat amik gambar raya sama2. korg bayangkan la dah dekat 6 tahun aku kawin, tiap kali raya mesti ada je adik beradik aku yg x ada. tu pun masa amik gambar, abg ipar aku xde sbb gi marhaban. huhuhu owh tahun ni abg aku buat kelainan sikit. die x bagi duit raya tapi bagi mainan berupa patung figura power rangers. budak2 ni semua suka la. Ari asik main patung die je. pastu nanti letak kat mana2 tah. nanti mama die jugak yg kena cari. hmmmphhh....




sesi memilih mainan..



lepas salam2 semua kitorg terus gi raya ke rumah atuk sedara n mertua Akak. petang nya Ai n famili balik Selangor. aku lak balik Kota Tinggi sambung beraya ke rumah atuk Al pulak n tido sana.

raya ke 2
subuh raya kedua balik JB. lepak2 kat rumah jap. petang nya beraya rumah mak mertua aku. Al x ikut sbb die kena gi kursus 2 hari.

raya ke 3
pagi raya ke3 aku dah balik BP balik. yela dari aku melanguk je kat rumah baik gi raya kat rumah mak kan. cam biasa la balik bertiga saje hahahah petang nye ajak mak beraya rumah sepupu mak n atuk sedara bungsu lak. malam tu sepupu aku satu famili datang raya rumah mak. kebetulan ada bunga api lebih. so aku ajak la anak2 die main bunga api dgn anak aku. main bunga api je tapi boleh tahan kecoh jugak la budak2 ni. habis tile depan rumah mak aku ada bekas bunga api. huhuhuhu

raya ke 4
Al sampai BP kol 5 pagi kitorg terus gerak ke Selangor. MIL ajak kitorg beraya ke rumah besan die kat sana sambil amik gambar raya. tahun ni kan 1st raya adik2 ipar aku dgn famili mertua diorg. 2 adik ipar aku kawin dgn org Selangor. rasa nya ada 5 buah rumah kot kitorg beraya. jalan pun smooth je. tapi perut aku agak ketat la asik melantak je. habis tu pegi rumah semua diorg hidang yg berat2 cam nasi n mee. ada yg naik berat badan lepas raya ni kang.




konvoi perodua. hehehe pic dari SIL.




setel beraya masa tu dah zohor. kebetulan beraya kat Putrajaya. so kitorg solat kat Masjid Besi sambil2 sesi bergmbar. ikutkan adik ipar aku dari Kedah patut nya dah sampai tapi diorg stuck kat Perak lama. ada eksiden kata nya. dekat kol 12  malam baru diorg sampai.

raya ke5
pagi esok nya baru sesi bergmbar dgn diorg lak. setel bergambar, kitorg pun berpecah. Mira n husband terus balik Selangor dgn Yani. kitorg lak sambung beraya ke BP lak. ye, MIL nak beraya rumah besan kat sana lak. adik ipar aku lagi sorg kan kawin dgn org Parit Raja. kiranya besan MIL 2 kat Selangor, 2 kat Batu Pahat la. hehehehe sebelum balik JB, MIL ajak singgah Benut dulu rumah fuang. ari tu die tertinggal barang. sambil2 tu aku raya la skali.

nak balik JB tu kete dah banyak tapi x jem. cuma jalan pelan giler. dah la ngantuk. mula2 Al yg drive, pastu die x tahan ngantuk aku lak drive. pastu die bebel2 kat aku sbb bawak slow. xpela kata pun berhati2 di jalanraya kan. hihuhihu



Selamat Hari Raya korangs.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...