I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, August 8, 2016

Destress and refresh

Sabtu lepas, kebetulan mak balik sini. dah alang2 mak ada tu, kita ajak la die gi mandi laut. dah lama rasanya x mandi laut. pulak tu, sejak2 ni aku xtau la nape aku rasa stress sangat2. nak kata keje banyak, rasa biasa je. but i really need a break. nak gi jauh2 poket agak kering, so decide gi Tanjung Balau jela.

konon rancang nak gerak kol 6.30 tapi hampeh. kitorg terbabas tido. hahahaha nasib baik baju semua dah siap pack. dan masih sempat jugak masak mihun goreng. hehehe so siap2 terus amik mak n Nia kat rumah akak. (Nia gedik nak tido sana. =P)

amik mak pun masa tu dah kol 7.30 kot. Nia dah siap pakai swim suit. then terus gerak gi Kota Tinggi. disebabkan dah lambat, kita lalu highway jela ye. 2 jam je dah sampai Tanjung Balau.






kenangan 10 tahun lepas
only me & him




konon nya nak ajak la Al jalan2 tepi pantai sambil pegang tangan. xde maknanya okeh. Al lagi sibuk ajak Nia n Ari main pasir. ingat x entry aku masa pegi Pangkor?

dulu kemain lagi si Ari tu, pijak pasir pun xnak. kalau terpijak sikit je dah nangis. sekarang tidak lagi! mula2 tu die macam rasa pelik kot jalan kat pasir. mandi pun pakai pelampung. langsung xnak keluar dari pelampung tu. lama2 terus ok. siap buang pelampung pastu mandi ala2 ultraman ke apa tah. hahahahahah

lama gak la kitorg lepak n mandi. mak pun join mandi. kebetulan masa tu ada pulak satu family ni buat family day ke apa. siap buat games bagai. mak tengok je diorg.


'Best nya datang ramai2'

'Ni x ramai ke mak?'

'Takat ko anak-beranak je mana ramai'


Haishhhh mak ni rindu nak kitorg kumpul semua adik-beradik ke? camne la nak setting masa ye? dah masing2 pun cuti x sama. nanti2 la aku cuba tanya diorg ye mak. hopefully tahun ni dapat la kita gi holiday sama2. hmmm

kitorg balik sebelum kol 12 kot. sebelum balik JB, singgah rumah atuk Al kat Kota Tinggi. Al tu sebenarnya ada misi mencari durian. sampai2 je terus gi kebun atuk kat belakang rumah. Dapat dalam 5 berapa biji je. tu pun ada yg dah kena makan tupai.

lepas makan durian, kita sambung makan nasi putih dgn lauk jawa memang terbaik la. mak konon nya nak makan sikit je, terus tambah nasi. hahahaha eh tapi masakan atuk Al memang sedap. walaupun kadang2 tengok biasa je tapi yg biasa tu la yg sedap. lagi la kalau dapat makan pecal memang perghhh sedap terangkat. hui aku cerita ni pun rasa terliur je tekak ni.

setel makan terus balik. hahahah kuang ajo sangat ni. eh xla. kalau lepak lama2 ada gak yg terbongkang tido. Al tu bukan boleh. so baik terus balik je. tu pun lepas hantar mak balik, die suruh aku lak drive. dah ngantok sangat la tu. hehehe anyway, memang best dapat lepak tepi pantai. kalau dapat gi ramai2 lagi best kan? hmmm





p/s : apa lagi adik-beradik ku. mari la kita plan dari sekarang. plan je. buat nye xtau bila. hehehehe




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...