I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, January 9, 2017

Jalan-jalan Pahang & Selangor

Akhir bulan Disember ari tu aku plan dgn Al nak gi holiday. Xtau nak gi mana sbb pegi pun kitorg anak beranak je. Mula2 nak gi Pangkor tapi cam jauh sangat je. dah la bajet x berapa nak ada. so kita gi Pahang jela. Apa ada kat Pahang ye? jeng jeng jeng.....

pagi jumaat tu lepas subuh kitorg gerak ke BP dulu amik mak. ye mak aku sorg je ikut. nak ajak mak Al, die dah sibuk nak naik sekolah. cikgu la katakan. Amik mak terus gerak ke Janda Baik, Pahang.

kitorg sampai sana dlm kol 10 kot. nak checkin pun awal lagi. dah la perut lapa. nasib baik kat depan chalet kitorg ada sediakan pondok untuk berkelah. so lepak situ dan.... mandi sungai!!!





masa ni baru nak warming up




air sungai sejuk giler. Nia dgn Ayi mandi kejap je terus dah nak naik. diorg main pistol air kat tepi2 je. Setel mandi terus checkin kat Riverside Chalet. korg boleh gi website diorg kat sini ye: http://www.riverside.com.my/






ni chalet kitorg. berdepan dengan sungai. lintas jalan sikit je dah sampai sungai.









ni la sungai nye. kat tepi2 tu ada banyak pondok dan tapak khemah. so datang untuk berkelah boleh, camping pun boleh. ada kena bayaran sikit tapi berbaloi la. kalau nak buat kursus pun boleh. yg belah kiri tu ada rumah khas tuk buat program. boleh muatkan lebih 30 org kot. aku pun x pasti.

lepas checkin dan siap mandi masing2 semua ketiduran. hahahaha penat sangat kot. ingatkan petang tu nak gi Kuala Gandah tengok gajah tapi masa kitorg bangun tido pun dah kol 4. so plan pegi esok jela. tapi xkan la malam xde plan apa2 kan? Al tu macam2 plan die nak buat. nak main ATV la, main basikal la. xde maknanya aku gi jauh2 nak main benda2 ni semua ok. jadi aku ajak die gi Bukit Tinggi.

mak memang dah lama teringin nak gi Cameron Highlands tapi nak ke sana je dah makan 3 jam. so dapat pegi Bukit Tinggi kira ok la. nak ke sana 15 minit kot. kena naik jalan ke Berjaya Hills Resort & Hotel. tempat nya sama je cuma lagi senang sebut Bukit Tinggi kot. hahahaha

jalan naik atas bukit ni memang mencabar la. nasib baik ada driver yg pro(Al la tu. hehehehe). kalau nak harap aku, memang tau naik jela. nak turun jalan curam kot. x berani mak nak. hehehe nak masuk tu ada satu post guard, so sebelum masuk kena bayar

Dewasa : RM15
kanak2 : RM8

untuk masuk perkampungan Perancis & Japanese Village. tapi kitorg bayar rm8 sorang je sbb masa tu dah petang kan. Japanese village tu kol 5 dah tutup. owh Nia kena bayar rm5, Ari masuk free.















kebetulan baru lepas krismas, so ada la pokok krismas. masa tu gak diorg tengah sibuk buat sambutan malam tahun baru tapi xdan la kitorg nak pegi. esok dah nak checkout dah. kat atas tu sejuk light2 je. Cameron lagi sejuk kot.

dah penat amik gambar, budak berdua tu dah nyanyi2 cakap lapa. kalau nak tunggu jumpa restoran kat bawah, memang lambat lagi la. so terpaksa la jugak cari makan. jumpa bakery ni.





Nia dgn Ari bz makan. hahaha



harga roti die ok la. mahal rm1-2 je. rasa pun sedap. cuma air yg melampau2 mahal. air tin je dah rm6!!! memang pejam sebelah mata la masa nak bayar tu. menyesal x bawak makanan dalam beg. haisshhh kitorg x stay lama pun sbb Ari dah mula selesema. die ni aku xtau la. asal berjalan je mesti demam. dah la masa pegi tu, baju sejuk tertinggal kat chalet. berbakul2 gak la aku kena leter dgn Al. =((

so turun bawah, cari makan kat RnR jela. tu je tempat makan paling dekat. masing2 beli nasi goreng macam2 tapi semua rasa n rupa sama je. dah la tawar. kitorg makan x habis pun. setel makan terus balik chalet. malam tu xde buat apa2. tapi aku xleh tido sbb Ari dah mula demam. pastu perut die masuk angin kot. so die memang meragam la.

Awal pagi mak ajak mandi sungai lagi. dah nama pun duduk chalet tepi sungai kan. kat Janda Baik ni memang banyak la chalet. semua pun ada sungai cuma besar, kecik, selesa ke x jela. kalau ikutkan aku dah booking chalet lain tapi bila sampai tengok sungai situ macam comel sangat je terus cari lain. tapi aku memang recommend korang amik chalet Riverside. sbb sungai nye besar dan selesa. rasa cam nak mandi situ ari2. rindu nye nak mandi sana lagi. huhuhu

setel mandi, terus siap2 dan checkout. Kami pun bergerak ke Kuala Gandah Elephant Santuary. nak ke sana dalam 45 minit gitu. jalan nak masuk tu memang jauh macam masuk hutan. tapi bila sampai je memang banyak kereta. Kitorg sampai ngam2 masa tu show baru nak stat. owh show stat kol 2. nasib baik aku dah google awal2. heheheh

masuk elephant santuary ni xde kena kan bayaran. cuma pegi kaunter pendaftaran daftar nama pastu diorg akan bagi satu stiker lekat kat tangan. tapi kalau korang nak menyumbang, korang boleh isi borang kat kaunter gak.




barisan gajah


masuk2 je terus cari seat.  kitorg dapat seat paling depan. mula2 speaker kat situ perkenalkan semua gajah. setiap gajah lepas perkenalkan diri akan buat satu trick. lepas tu gajah di mandikan. ikutkan patut nye mandi kat sungai. tapi masa tu aras sungai tinggi so xleh la buat. ada ke Al kata suruh datang lagi esok sbb nak tgk gajah mandi sungai. haisshhhh

masa diorg mandikan gajah, tetiba je hujan. nasib baik kejap je. pastu aktiviti bagi makan gajah...





Nia sibuk nak bagi gajah makan tapi takut. belum sempat gajah tu amik, die gi campak ke bawah je. hahahaha






mama Nia pun nak bagi gajah makan gak. hehehe



masa ni show dah habis. so mana2 pengunjung yg nak bagi makan gajah, boleh beli kat situ n bagi gajah yg ada dlm kandang sementara. aku beli 2 ikat tebu. seikat rm5.

lepas bagi makan gajah, kitorg pusing2 kat taman sambil amik gambar dan kitorg teruskan perjalanan ke Shah Alam pulak. plan nye malam tu nak tido rumah Ai. tapi xkan tido saje kan. so kita melencong jap ke IKEA. dari ari tu teringin nak makan meatballs. tapi macam x puas makan je. bila nak gi lagi ye? huhuhu

kitorg sampai rumah Ai dah maghrib. Al ajak aku klua sambut tahun baru. mak memang xnak ikut. dah penat sangat la tu. Al konon nye nak gi Downtown kat Damansara tapi dah nama pun org JB kan jadi kitorg sesat. hahahahaha last2 gi Uptown dekat dengan rumah Ai je. kebetulan pulak diorg ada buat konsert ke apa tah. ada artis Gmie Gegar Vaganza dgn Joey Joras. so layan la kejap. boleh tahan gak suara si Joey ni. nape die berenti nyanyi ek? hmmm

balik rumah Ai, tgk budak berdua tu dah tido. bagus... senang esk nak bangun pagi. Ahad pagi tu kitorg ke Taman Botani Shah Alam. nak masuk kena bayar

parking : RM3
Dewasa : RM3 + RM5 (tiket masuk & rumah salji)
kanak2 : RM3 (rumah salji je) bawah 4 tahun masuk free

Kat sini ada sediakan bas shuttle tapi nak menunggu tu memang berkurun la. kitorg masa masuk je naik bas. tujuan masuk sbb nak bagi Nia tengok binatang dgn main salji je. sbb dah janji dgn die nak bawak gi zoo skali google tiket masuk mahal giler terus x jadi. hehehe



feeling2 salji




First, kita pegi rumah salji dulu. nak masuk rumah ni ok la x lama sangat tunggu. ada la dalam 10 minit. tapi masa ni kat luar dah panas terik dah. skali masuk sejuk giler. dah la x bawak sweater. yg si Ari langsung xnak berenggang dgn aku. suruh amik gambar pun xnak. tapi salji die x real la. x macam kat I-City. yela bayar pun murah kan. yg si Nia sibuk nak main salji.

mama, kakak nak main salji

tu bukan salji betul kakak.

apa la ada salji tapi xleh main. lain kali mama bawak kakak gi tempat salji eh. 
macam yg masa kakak kecik2 tu.


hadehhh pening kepala mama.....ni mesti sbb die tgk gambar masa gi I-City dulu. tanya la papa ko nak. mama dah sejuk giler ni. cepat2 kitorg klua. klua je terus rasa panas. hahaha lagipun memang xleh duduk lama2 dalam tu. takat boleh amik2 gambar je.







sedih tengok rusa ni. macam sakit je



lepas tu kitorg ke taman haiwan lak. konon turun bukit malas nak naik bas skali boleh tahan penat gak la. yg si Nia dgn Ari naik stroller berdua. asal boleh je budak dua org ni. okla jugak excercise. bila lagi kan. kat taman haiwan xde apa yg menarik pun. pastu Al nampak ada tempat archery. so die main situ seround dua. yg aku dgn mak memang dah melepek dah. dah la penat, lapa lak tu. 

so nak klua tu kitorg naik bas. sampai kat pintu masuk, belikan Nia dgn Ari ole2 pastu gi jumpa Ai. (ada org tu tertinggal henfon. sape la tu) pastu balik BP hantar mak dan terus balik JB.

holiday kali ni memang best sangat. sbb aku dgn Al bukan kaki shopping (pegi the Curve xtau nak buat apa. hahahaha) jadi kitorg ni memang suka la tgk pokok2, tgk binatang, dan yg paling best mandi sungai. rasa cam x puas je. Al dah plan nak bawak mak die pulak. so kena la kumpul duit dari sekarang ye. =))







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...