I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, April 26, 2017

Short vacay & TS waterpark Kota Masai

Minggu lepas kan ada cuti Israk Mikraj jatuh hari isnin. dah alang2 tu mari la kita cuti hari ahad skali. so dapat la cuti 4 hari. hehehe

plan asal nak gi mandi air terjun ke, air laut ke. tapi di sebabkan kekangan masa nak booking tempat(banyak dah penuh) so mari la kita bercuti dekat2 je. ingatkan nak mandi pool ke kan. skali nak masuk semua tempat kena bayar n macam x berbaloi je. jadi mari la kita jalan2 makan angin je.

kitorg booking hotel pun last minit. nasib baik dapat yg selesa dan boleh tahan besar. boleh muatkan lagi 2 org. tapi dah nama nya impromptu memang x sempat ajak yg lain2. but we have fun. walaupun aku rasa macam bercuti apa yg macam ni. simple sangat tapi macam best gak. berjalan2 kami berempat je. bila la nak buat lagi ye? hehehehe

kitorg booking hotel tu ari sabtu sehari je. esoknya dah balik jb dah sbb petang tu Al nak gi ziarah kawan die. ari isnin, MIL ajak aku n anak2 join diorg gi mandi pool. eh? hahaha macam tau2 je aku teringin nak mandi pool. satu famili MIL ikut sekali termasuk la adik2 ipar aku n famili diorg. cuma Al sorg jela xde sbb die kena keje lak hari tu. cian die.

kitorg pegi TS waterpark Kota Masai. nak masuk sorang rm25. kanak2 aku xtau lak berapa. sbb MIL yg belanja. hahahah











tempat ni besar bangunan 3 tingkat ok. setiap tingkat pun ada pool kanak2. tingkat 3 siap ada kawasan permainan budak2. boleh main basikal, main slide yg siap ada bola2 tu n macam2 lagi la. kat sini pun ada cafe. harga pun x mahal sangat. so korg xyah nak gi jauh2 cari makan kat luar. sbb tempat ni cam jauh sikit dari kedai2 lain.






gambar dari website TS waterpark





kitorg lepak sini ada la 2 jam kot. sampai naik kecut tangan aku. kira tempat ni ok sikit la dari yg aku pegi kat Kulai tu. sbb harga pun lain kan. tapi yg x best nya tempat ni xde hiburan lain. dan banyak permainan budak2 je. ada la jugak slide untuk org dewasa tapi tu jela. lain xde. so mungkin diorg boleh baiki dari segi tu la. lain2 ok je.


balik dari mandi pool, kitorg terus gerak gi Kota Tinggi rumah atuk Al. dah lama x gi sana. lepak sana kejap je pastu terus gerak balik. sebelum balik, singgah dulu Aeon shopping barang mekap. hehehehe




sempat lagi budak2 ni









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...