I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, June 20, 2018

Raya 2018

Salam uollssss

so macam mana raya korang? seronok? dah naik keje?

eh lupa lak

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!

Maaf Zahir Batin!!!!





aku tahun ni kena keje lepas raya. so aku amik cuti awal. tapi xde la balik kampung awal. sibuk mengemas rumah je. ni pun ada lagi x siap kemas. huhuhu dah nama pun baru pindah kan. banyak je lagi barang nak kena organize.

anyway, tahun ni kitorg beraya belah aku dulu. boleh lak masa bulan puasa tu Al dah stat keje shift malam. so malam raya tu die keje sampai ke pagi raya. jadi aku memang balik bertiga jela dengan budak2. Alah tiap2 tahun pun aku balik dengan budak2 je. xde hal la. Al balik kemudian naik moto.

malam raya kitorg xde masak2 sangat. eh ada. aku jela yang x masak. hehehe awal2 nenek aku dah prepare barang semua. so diorang tinggal masak jela. isteri sepupu aku yang masak. hehehehe



Raya Pertama

pagi raya cam biasa la lepas diorg balik sembahyang raya, bermula la sesi bersalaman. tahun ni ada pertambahan ahli baru iaitu suami adik dan Sara, anak akak aku. tapi x best sebab husband iolss x balik keje lagi. ayah pun xde. kena keje pagi raya. akak lak raya pertama kat belah mertua die. so yg paling tua yg ada mak jela. tapi famili abang, Ai n Adik ada. lepas salam2 kat rumah mak, kita sambung bersalaman kat rumah nenek pulak. rumah nenek yg ada maklong n sepupu aku je dengan famili die. yang lain semua beraya rumah mertua.

setel sesi bersalaman kita pergi beraya lak. pegi rumah yg biasa kitorg raya. tengah hari famili Ai balik Selangor. die nak raya belah mertua die lak. tapi sempat jugak la kitorg bergambar raya. famili akak dengan Al jela yg xde. hmm....

petang tu Al sampai je terus join beraya. tapi Al x pakai baju melayu. alasan sebab hujan. boleh? macam la x boleh bawak baju tu letak dalam beg kan? haishhhh suami sape la ni. nasib baik aku ada bawak kemeja. ok la tu. nampak la jugak macam baju raya.


Raya Kedua

malam tu kitorg gerak ke Benut lak rumah fuang(nenek) Al n tido sana. pagi raya kedua kitorg balik JB sebab ada orang tu nak amik gambar pakai baju melayu. sape la tu. haishhhh layan jela. habis amik gambar terus balik BP. ye raya iolss x happening tahun ni. banyak masa habiskan kat jalan je. nak buat cemana. =((

sampai2 je mak ajak beraya kat rumah mertua adik tapi petang tu gak Al nak balik JB. malam tu die dah naik keje. so aku x ikut mak la. masa tu famili akak dah ada kat rumah mak. jadi aku pun join diorg lepak kat rumah tunggu org datang beraya. Nia ikut mak n famili abang beraya. terpaksa aku melayan Ari main. tu pun kejap je. last2 die main lari2 sorang2. sorang2 pun jadi kan. hahahaha

malam tu Nia dengan Addin balik terus diorang sambung main. sampai nak kena paksa tido. hadehhh....


Raya Ketiga

pagi2 lagi aku dah siap nak balik JB. tu pun kena tunggu orang marhaban datang baru boleh balik. huhuhu ikutkan nak tinggalkan Nia dengan Ari kat rumah mak tapi kesian lak mak nak kena melayan diorg so baik xyah je. bagus jugak balik awal sebab sepanjang jalan smooth je. mungkin sbb aku ikut jalan biasa kot. siap singgah Tesco lagi shopping. hahahah


Raya Keempat

ikutkan aku kena keje tapi pengasuh aku cuti lagi. boleh pulak Al pun cuti ari tu. so baik la kita EL je eh. kitorg beraya ke rumah atuk Al kat Kota Tinggi. nak raya rumah orang lain, semua pun belum balik lagi.

petang nya tolong MIL kemas homestay dan kemas rumah. pastu Al melayan aku gi shopping. hehehe apa la raya kat shopping mall. lepas tu beli apa tah aku pun lupa. hahahah nampak sangat dah lama x buat entry.


Raya Kelima

nape aku nak cerita gak pasal raya kelima padahal aku kan keje kan? sbb nye aku gi keje bawak budak 2 org tu. ye pengasuh aku masih best beraya x balik2. haishhhh....

so terpaksa la mintak tolong Al jaga kejap. tu pun aku balik keje awal. kalau x, xtau la apa nak jadi. tunggang terbalik agak nya rumah aku budak2 ni kerja kan. (. .")




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...