I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Scott Pilgrim vs The World : Sangat Super Best dan Cool

minggu lepas aku macam agak bosan. nak tgk wayang macam malas nak save bajet. jadi aku amik keputusan juz lepak2 kat rumah sambil tgk tv. tgk tv pun rasa cam x best. aku rasa aku dah lama x lepak depan tv lama2.

jadi aku beli 3 dvd. tapi dalam 3 tu, cerita yg paling best ialah dvd Scott Pilgrim vs The World!

ye, aku mmg lambat nak tgk cerita ni sbb tajuk die buatkan aku malas nak beli or tgk tapiiiiiii......ceh ada tapi lagi tu. tapi di sebabkan aku baca review abg aku dan beberapa source yg boleh di percayai, so aku pun tertengok dan tersuka. eh?

starting cerita je dah best. lagi la bila tgk sampai habis kan. owh aku tgk cerita ni adalah 5 kali sbb dvd player cam tah ke apa tah asyik la rejek dvd ni (terima kasih la pada penjual dvd yg buatkan aku usaha lebih untuk tgk cerita ni. pfffhhhhttttt)

so cerita bermula dgn Scot Pilgrim (ofkos la die watak utama sbb tajuk pun dah nama die) yg dating budak skola sbb nak lupakan ex awek die si Envy. then tetiba hadir lak pompuan misteri bernama Ramona Flowers.






si Scott pun cam terpikat dgn Ramona tapi tapi tapiiiiii.....die kena battle dengan 7 org ex bf Ramona.

ye aku tahu yg ulasan cerita die biasa2 je but don't judge by a book by it's cover. jalan cerita movie ni sgt2 best. macam main game pun ada. yg penting best la. aku suka! rate aku 9/10. x dapat 10 sbb dvd aku biol. =)






p/s : tetiba teringat movie Garasi. aku tgk cerita tu mata x berkelip tau.

Friday, August 13, 2010

Preview The Last Airbender

Assalamualaikum

ceh tetiba bagi salam ek. so Isnin lepas aku berjaya gi tgk wayang.....yeay! ala aku kan jakun. sejak kena kuarantin ni ngidam macam2. rasa cam dah lama x tgk wayang. cerita last aku tgk apa yek? hmmm........x ingat la. ok2 aku nak cerita pasal movie The Last Airbender (TLA). mmg best giler cerita ni. kira berbaloi la kalau korg tgk. kebetulan lak aku mmg mengikuti siri kartun TLA tapi dgn tajuk yg berlainan la. siri kartun nye di panggil Avatar : The Legend of Aang. aku rasa tajuk movie tu di tukar sbb cerita Avatar oleh pengarah James Cameron dah guna nama tu dulu. tapi xpela asalkan aku tahu movie apa ni.



slalu aku tgk kartun Aang ni kat saluran tv Okto. ni siaran dari Singapore. ye kami org Jaybe mmg dapat siaran tv dari Singapore dan Indon tapi aku x minat sangat cerita Indon so end up tgk siaran Singapore jela. owh kartun ni jugak rasa nye ada di siarkan kat saluran tv9. ni versi yg dah di alih bahasa Melayu la. tapi x kira la dah alih bahasa ke x, aku still suka tgk kartun ni. versi kartun aku rasa dah habis kot so mungkin kalau korg nak tgk balik kena la cari kat internet. versi kartun nye watak Aang ni mmg kelakar dan kebudak-budakan. yela die baru umur 12 tahun kot tapi atas sbb tertentu, umur die yg sebenar ialah 112 tahun. nape leh jadi camtu? rahsia. hehehehe


movie nye berbeza dgn siri kartun sbb kena short cut cerita jadi dua jam. nasib baik pengarah nye M.Night Shyamalan buat filem bersiri gak. so movie yg aku tgk ari tu baru siri pertama iaitu Water. Aang perlu kuasai 4 elemen untuk menjadi Avatar. so dlm filem ni die baru berjaya kuasai 2 elemen iaitu Udara dan Air sahaja. filem yg aku tgk tu dlm format 3D so amat la menakjubkan scenery dlm filem ni. kau leh terasa masa Aang keluarkan kuasa die untuk melawan kejahatan. Aang ni dlm misi mencapai kedamaian yg dah lama terhapus kerana Puak Api. Aang di temani sidekick nya iaitu adik beradik Sokka dan Katara. Diorg ni dari puak Air. kalau korg nak tahu lebih lanjut tentang movie ni, sila la ke panggung yg berdekatan k.

Selamat berpuasa semua!







p/s : Al-Fatihah buat Allahyarhamah Puan Nagibah dan keluarga. moga rohnya di cucuri rahmat di bulan yg di berkati ini.

Thursday, June 17, 2010

Kick Ass, Lagenda Budak Setan dan Karate Kid

aku tau aku dah terlambat nak review cerita Kick Ass. aku bukan apa. aku bz la....bz ke? xla. aku ni kalau entry yg berilmiah sikit mmg malas nak taip. sbb nak kena fikir. kepala aku ni dah la dah berkarat. ....hahahaha....ok la alasan.

anyway, aku tgk cerita Kick Ass ni ok la. boleh tahan. filem ni mengenai Kick Ass yg rasa hidup die bosan betul dan tetiba die ada idea untuk selamatkan dunia. xtau lak aku yg cerita ni ada elemen keganasan. aku kan cintakan keamanan. ecehhh....tapi betul la.

aku x suka tgk budak kecik sesuka hati die je bunuh org siap darah memercik2. aku ingatkan cerita ni pasal si geek Kick Ass tapi cerita ni melebihkan pasal Hit Girl dan ayahnya, Big Daddy. si Kick Ass lak x pasal2 cam nak tuntut keadilan utk Hit Girl. apakah? ok la. aku bagi 6 dari 10 markah. coz aku x bosan tgk cerita ni pun.

cerita Lagenda Budak Setan (LBS) lak aku tgk masa 1st day tayangan. x penah seumur hidup aku tonton wayang on 1st day wayang tu keluar. slalunya aku tunggu paling cepat seminggu lepas tarikh tayang. yela, aku seboleh2nya nak elakkan bersesak2 beli tiket wayang. so korg leh paham la yg aku mmg betul2 excited dgn cerita ni.

LBS ni adalah kisah cinta Kasyah dan Ayu yg penuh halangan. filem ni berdasarkan novel Ahadiat Akashah. aku dah baca novel die. mmg sgt2 best tapi filem nye mengecewakan. aku bagi 3 dari 10 markah. watak Emilia tu cam fake la. cam xtau berlakon je.




then ari selasa lepas aku tonton cerita Karate Kid. best la jugak. ok la. best sgt.

filem ni mengisahkan Dre yg di buli kat skola. Mr Han lak keje maintanance rumah Dre so die pun ajar Dre kungfu. cerita ni mmg tersangat best. watak Dre yg di lakon kan oleh Jaden Smith sgt comel. Jackie Chan (Mr Han) pun ok. tetiba Jackie Chan nampak sgt tua dlm movie ni. tapi aku rasa ok la. x sama cam action movies die yg dulu coz watak die kan sebagai sifu. so x byk adegan kungfu yg die buat. anyway, aku bagi 9 dari 10 markah.







okla. itu je update aku. malas dah nak taip...bye


Tuesday, March 30, 2010

Adnan Sempit @ V3 : Samseng Jalanan?

ok, mmg aku lmbt komen pasal cerita Adnan Sempit. Sebelum ni pun adik aku sibuk ckp cerita ni best giler lepas die gi tgk dgn member die....aku iya kan je....aku bukan minat sgt cerita melayu yg merepek ni. kalau cam Afdlin Shauki ke, Yasmin Ahmad ke....ok gak la nak tgk. lagi la tgk pengeluar filem tu aku x berkenan sgt....double malas nak tgk. Anyway, semalam adik n mak aku balik berbelanja diorg beli la dvd cerita ni n other movies. aku tertengok sikit coz masa blk keje semlm adik aku tgh layan movie tu. cam best je. so pagi tadi aku tetiba je buang tebiat utk tgk cerita ni sampai kan kat ofis jd sgt ngantuk coz x cukup tido....dah la keje shift malam....alamak, ,melalut lak.


ok, berbalik ke cerita Adnan Sempit. aku rasa cerita ni ok jela. boleh tonton masa nak releks....nak gelak2....si Adnan tu pun xla cam watak komedi lain yg cam ada suku otak je....yg aku pelik nye, nape ada org marah pasal Adnan Sempit tiru V3 : Samseng Jalanan? aku rasa xde persamaan lgsung. cerita V3 x best langsung. aku bagi kosong bintang. aku xtau la apa motif n jalan cerita yg nak di bawa si pengarah. banyak adegan gaduh n merempit je....pastu ada lak adegan censored yg x perlu semua. lagi satu yg aku xpaham nye kan....buat aku trauma je....masa aku gi tonton tu leh ada lak 1 family dtg dgn anak2 bwh umo....bawah 12 tahun tau....bukan dah letak 18PL ke? camne leh lepas ni? apa2 pun, Adnan Sempit aku bg 2 bintang je.....hehehehe Peace =P

Friday, March 12, 2010

Movie Maraton

Nak kata aku tgk movie berterusan tu, xde la….aku tgk 3 movie dlm masa 2 hari…


Yg first adalah Pisau Cukur, Slumdog Milionnaire dan The Proposal…..saje bosan2 dah lama x gi cinema…. aku tgk la kat rumah. Tutup lampu….buat cam kat cinema….orait gak kan?

Pisau Cukur dgn The Proposal xde la best sgt. Eh salah….x best langsung. Cam xde motif diorg buat cerita tu. X dapat apa2 pun….giler2 bosan. Aku masa tgk proposal dah cam ngantuk dah. X romantik pun.



Slumdog Millionnaire lak boleh tahan la. Aku x cakap best tapi ok la berbanding 2 filem tadi. Lagipun aku dah baca novel die dulu baru tgk movie die. Aku sarankan better baca novel terus. Xyah la bazir beli dvd @ vcd die. Ni aku tgk pun kebetulan akak aku dah terbeli. Filem nya berdasarkan novel Q & A tulisan Vikas Swarup. Aku xtau la nape org Amerika puji sgt2 filem ni padahal banyak yg die ubah sampai intipati cerita ni x sampai. Aku x dapat rasa pun Jamal(nama dlm novel Ram Mohamad Thomas) ni baik @ jahat. Cam blur je sepanjang masa. Atau pelakon nye x pandai berlakon? Aku pun x pasti. Yg penting korg patut baca novel nye. Lebih berbaloi….

Wednesday, January 13, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Aku ni xdela minat sangat dgn cerita cinta dari Indonesia tapi sejak aku terbaca novel Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburahman El Shirazy….aku cam rasa best lak… Aku memang x penah tgk versi filem sampai habis sbb cam hampeh…novel nya lebih menusuk jiwa…cet…hehehe kebetulan lak Malaysia tgh hangat dgn siri Nur Kasih aku terus tertambat dgn cerita cinta yg lebih universal…x cam kebanyakan filem @ drama cinta di Malaysia….kalau x perempuan tu cantik, mesti kaya @ lelaki nye yg kaya tapi perempuan nya hanya org miskin keje kutip kelapa sawit….oppsss cam cerita kol 6.30 kat tv3 lak….anyway…yg aku nak tegaskan kat sini…cerita cinta x semestinya ada madah2 cintan yg cam nak termuntah aku dengar…tapi kalau Ada Apa Dgn Cinta pun best gak sbb cerita nya x tertumpu pada cinta Adam Hawa tapi termasuk gak antara kawan2….


Okla. Berbalik pada Ketika Cinta Bertasbih(KCB)…..berlainan dgn Ayat-Ayat cinta yg hero nya perfect sgt tapi dalam KCB, hero nya hanya la penjual tempe kat Cairo….ijazah pun dah 9 tahun baru pas….so die adalah manusia biasa….cam dalam Nur Kasih gak…walaupun Aidil tu ustaz tapi adiknya Adam adalah hanya insan biasa yg hanyut dalam dugaan manusia…
Plz la pembikin filem @ drama….penonton sekarang ingin kan bahan yg bukan saje untuk hiburan tapi yg ada pengisian…. Harap2 adala yg berani tampil buat camtu…bye…..Peace!



p/s : Ketika Cinta Bertasbih belum di tayangkan kat M’sia k….aku xtau kenapa…so ni aku tgk dvd punye….