I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Prosedur Permohonan Nikah di Johor

tetiba nak bagi entry pasal ni lak. ok aku lebih spesifik kan pada yg kat Johor Bahru la ye.

1. Kursus kahwin
firstly, dah tentu la korg kena gi kursus kahwin baru leh nikah kan. oh aku cakap nikah sbb org biasa cakap kawin hari2 pun boleh, nikah bagi perempuan sekali je. soooo kepala otak x betul. aku malas nak layan org2 yg suka cakap kotor camni. eh2 tetiba emo lak. hehehehe

2. Borang nikah
nak nikah, kena la amik borg nikah. gi amik kat pejabat agama yg terdekat dgn rumah korg. kat johor ni, borg die semua sama je. kat negeri lain aku xtau ye. owh, kalau dah alang2 nak amik borg tu, tolong la belikan utk pihak lelaki skali. rm5 bagi setiap borg lelaki n perempuan. kalau korg nak kawin dgn org yg luar daerah atau lain negeri, ada borg lagi yg korg kena isi. aku xtau la apa kan sbb aku dgn org dekat2 je. hehehehe ohlupa lak. borang nikah kat johor dalam tulisan jawi ye.

3. HIV test
pastu korg kena gi amik HIV test lak. kat borg nikah yg aku beli kat pejabat agama johor bahru, ada senarai klinik yg boleh kita pergi. klinik kerajaan sahaja yg di benarkan. klinik swasta xleh. aku gi klinik yg bukan dlm senrai tu, kena rm25 tau! kalau gi ikut senarai tu, kena rm1 je tau. rugi rugi....owh tapi....ceh ada tapi lak. senarai klinik2 tu ada hari2 tertentu nye yg korg leh buat test. bukan hari2 leh pegi k. macam Klinik pesakit luar HSA, cuma buka waktu petang je. so bagi korg yg nak cepat tu, rm25 tu xla seberapa kan. ceh, ayat nak sedapkan hati.

4. Surat akuan bujang
surat ni korg leh minta majikan korg tuliskan pastu die sain bagi kat korg. bila dah siap, jgn lupa buat lagi satu salinan (fotostat ler). =)


5. Saksi Borang
aku xtau la kenapa ada macam2 versi yg aku dengar. ada yg cakap saksi borang kena dtg masa nikah la n so on. so aku nak clearkan yg saksi borg n saksi nikah boleh jadi org yg sama @ org yg berlainan. kalau saksi borg xnak jadi saksi nikah pun xpe. yg penting masa nikah MESTI ada saksi ok. oh, saksi nikah n saksi borg mesti ada dua org. jangan lupa fotostat ic kedua2 saksi borang. saksi mesti la lelaki bukan ahli keluarga. pakcik2 boleh kot. cuba tanya kat pejabat agama k.

6. Wali
ni khusus untuk perempuan la. kena pastikan wali ada masa nikah. kena fotostat ic wali n wali mesti sain kat borang nikah. senarai wali2 yg boleh wali kan korg kena ikut urutan syara' la. mula2 bapa then datuk n so on.

7. Surat nikah ibu bapa
in khusus pada perempuan anak sulung. pejabat agama nak pastikan kedudukan perempuan tu. kalau perempuan tu di ketahui adalah anak luar nikah, bapa die xleh jadi wali la. kena pakai wali hakim.

8. Hantar Borang yay!
bila dah siap, apa lagi hantar la. owh sebelum hantar tu, sila pastikan yg korg dah bersedia ye. yela, mana tahu tetiba kena soal dgn org pejabat agama tu kan. kena la bagi jawapan yg bagus. nak nikah, mesti bab agama dah pas kan. lain la cam aku, x kena soal langsung. kira nasib la ni. heheheh

9. Jumpa kadi
step yg paling penting. jumpa kadi kawasan korang. senarai nama2 kadi tertera kat notice board pejabat agama. x pun, korg leh tanya dgn pegawai agama masa hantar borg tu. aku diorg siap bagi no hp kadi tau. jumpa kadi biarla awal. sebab korg nak kena tau gak bila kadi free. ingat korg je ke yg nak nikah? bila dah jumpa tu, korg leh la tetapkan tarikh n masa yg sesuai untuk korg nikah. borg nikah pun kena bagi skali tau. ala biasa org pej. agama mesti bagitau korg cara2 nye.

10. Bersedia
eh dah sampai step 10 dah? ha, sekrang korg dah boleh nikah la. sediakan apa2 yg patut k. mental, fizikal semua kena ok. oh ye, bagi yg lelaki kena sediakan rm100 untuk upah kadi n rm10 bagi setiap saksi. letak dlm sampul ye. bagi lepas nikah.


Kesimpulannye, sediakan :,
1. fotostat ic korg n pasangan
2. borg yg dah siap di isi(borang 1 &2)
3. fotostat ic wali (bagi perempuan)
4. fotostat ic saksi borg (laki n perempuan)
5. sijil kursus pra perkahwinan n salinan (laki n perempuan)
6. keputusan HIV test (laki n perempuan)
7. surat akuan bujang n salinan (laki n perempuan)
8. surat nikah ibu bapa n salinan (bagi perempuan sulung)


so korg dah tau kan camne prosedur nye. xde la susah mana kan. eh ye ke. nape aku stres je ni....huhuhu



contoh borang nikah lelaki


contoh borang nikah perempuan







p/s : menunggu waktu dan detik status ku bertukar. x sabar nye..... =)

Tuesday, September 7, 2010

Sale Hari Raya

waaaa sudah mood raya. aku rasa x terlambat tuk bagi tips berbelanja barang2 raya kan....

ok cut the stroy short la. aku n family semalam bershopping sakan. dari angsana boleh sampai ke pasar borong pandan tu.....giler shopping betul la. hehehehe xla. aku rasa kalau nak cari barang yg berkualiti dan memuaskan hati, ada tempat2 nya. cam kasut, aku beli kat angsana sebab kat sana pilihan banyak. sale pun banyak. owh kat jusco bukit indah pun diskaun nya banyak. semalam adik beli kasut rm14 je tau.



baju kurung / baju melayu
ni aku cerita pasal baju ready made ok. kalau nak cari yg murah n kualiti pun sedang2 je. yela mestila kena dgn harga nya yg murah kan. aku rasa korg patut cuba pergi pasar borong pandan. tempat ni kira cam Uptown kat KL la cuma ni JB style. hehehe semalam mmg giler la. baju kurung english cotton(kapas inggeris) 3 pasang hanya rm100 beb! tapi disebabkan aku dah ada 2 baju kurung dan aku xnak la bazir duit beli lagi, so aku x beli la. kat sana aku juz beli selendang 2 warna. rm10 sehelai. Ai kata kalau beli kat Tesco boleh dapat murah lagi. rm3 sehelai tapi pasal kualiti nya aku xtau. malas nak gi survey sana.

Danga street mall pun ada baju kurung yg best tapi sekrang kat sana cam x banyak org jual la. banyak tudung je.  kat Angsana la banyak baju butik. tapi aku x minat. sbb banyak manik. aku ni suka baju simple je.


kemeja / t-shirt
hari tu aku meneman Al beli baju. dapat la 3 helai kemeja dgn harga rm45 ok! kat mana? kat Pasar borong Pandan la. murah kan. biasa kalau kedai2 rm45 tu leh dapat 2 helai je tapi ni dapat 3 helai tau. semalam aku tengok kat Angsana t-shirt 2 helai dapat rm70 kot. tah x ingat sebab x beli. tapi rasanya kain nya lebih bagus kot. yela kena la dgn harga nya tu.


tudung
tudung kat Danga Street Mall banyak murah2. ari tu kawan aku beli tudung ada awning rasanya baru rm26. die beli kat butik Charming ye. kat tempat lain x dapat harga tu. kata die la. aku mana tau. aku x pakai tudung sarung ni sbb nanti Al asyik sindir aku je. die cakap aku cam org tua. apa kehal nya tah. malas nak layan die. so aku pakai tudung biasa je ye.


kasut.
macam aku cakap tadi, beli kat Angsana banyak pilihan. tapi Jusco Bukit Indah pun banyak pilihan. slalu tu aku suka beli sandal kat jualan murah Fabiano Ricco kat Angsana. rm15 je tau. tapi design nye cam dah outdated sikit la. tapi bagi aku yg jimat ni, berbaloi la. kalau nak baru pun ada banyak tapi x semurah yg aku beli la. kalau kasut lelaki, aku rasa kat City Square Jb pun best. kalau rajin, korg survey la tempat2 ni ye. aku ni mmg rajin pusing keliling JB. tah la cam x puas kalau x dapat apa yg kita nak kan. so up to korg la ye. =)


Aksesori
part yg ni aku xtau la sangat tapi aku rasa kat Kipmart banyak je kedai2 jual gelang n aksesori yg cantik2. kalau gi kedai Chihuahua pun banyak je aksesori. korg patut cari la ye. owh lupa lak. semalam berjaya beli beg tangan. harga rm30 je! slalu tu paling murah rm40 tapi sbb ada diskaun so dapat kurang jadi rm29. ok la tu kan dari x dapat. eh lupa lak nak bagitau beli kat mana. aku beli kat Angsana.




ok la. tu je. cukup x? ni aku bagi tips bagi yg duduk Jb je tau sbb aku dok Jb la. hehehehe... enjoy!




*updated : kalau korg nak beli perabot atau barang2 cam tv ke, ini la masanye. akan ada diskaun punye. tapi ni bagi korg yg betul2 perlukan brg2 tu la. aku x galakkan bagi org yg beli untuk menunjuk je. tu bazir namanya. xkan tiap2 tahun nak beli tv, kerusi ke. korg nak letak mana kan. lain la kalau korg ni jutawan. rumah ada 8. besar cam istana lak tu. kalau camtu, korg nak belanja banyak mana pun suka hati la. bukan duit aku pun. selamat berbelanja.  =P

Friday, January 1, 2010

Panduan dan tips bercuti di Genting Highlands…

  1. pertama sekali, rancang perjalanan anda….fikirla nak pergi berapa org…kos lagi….nak simpan duit lagi….hehehehe
  2. pastu fikir la nak pergi bila…..kalau nak syok dan puas enjoy kat situ, better pergi bukan pada masa cuti sekolah….sama ada cuti skola M’sia ke, S’pore @ Indonesia coz ramai pengunjung dtg dari sana (aku cakap dari pengalaman k)…dan juga elakkan dari pegi pada sabtu @ ahad….^__^
  3. kalau dah ada duit (paling2 pun dekat rm200 seorg x termasuk penginapan k)….pikir la nak pergi naik apa….bas ke teksi @ drive sendiri….kapal terbang xde ye….kalau dari tempat korg ke KL ada la…tu pun kalau korg x duduk kat Selangor dan kawasan sewaktu dengannya hak3
  4. so korg dah ready la ni? Kalau miskin, aku sarankan bawak bekal…guard kat situ xkan cek beg punya…..sebab makanan kat sana mahal giler…..restoran mamak xde ok…kfc pun dinner plate dah harga hampir rm15….so korg bayangkan la makanan2 lain yg lagi fancy….

    Jadi aku nak bagi tips n cadangan la kalau ko teringin sgt nak bercuti kat tempat sejuk ni….iaitu Genting Highlands…

    transport :
    Bas :- kalau korg nak murah, naik bas yg ada pakej….Cuma ada di KL Sentral iaitu rm42 seorg pada hari biasa k…harga ni termasuk outdoor games kat genting, harga tiket kereta kabel pergi dan balik dan tiket bas pergi n balik….tapi kalau lambat beli mmg cepat habis so sila la beli sehari sebelum korg nak gerak gi Genting k….masa bertolak dan balik korg boleh minta kat kaunter tiket tapi pastikan korg x lambat….bas x tunggu korg tau….
    selain tu, tiket bas ke Genting ada gak jual kat Pudu tapi tiket ni utk tambang bas sahaja la ye…pergi balik rasanya rm15….(ni aku x pasti cuma berdasarkan pertanyaan dgn org yg penah pegi dari Pudu)

    Teksi :- transport ni bagi aku paling x berbaloi coz harga satu teksi nak gi genting je dah rm80 tau….belum balik lagi….kalau korg rasa nak balik naik teksi, don’t worry…kat sana ada tempat menunggu teksi…@ korg leh janji dgn teksi yg korg naik masa naik Genting….

    Kereta :- aku rasa naik kereta sendiri lebih berbaloi…korg xyah terkejar2 nak balik nak kejar bas, leh balik sesuka hati tapi jgn lebih 7.30 malam ye sbb kereta kabel tutup kol 7.30malam….tapi kena pastikan kereta korg lasak nak naik ke Genting sbb jalan nya curam dan membahayakan…kalau x biasa jgn la cuba2 k….sebelum sampai Genting cuma ada satu tol sahaja, kena bayar rm5…..

    Modal : (duit la)
    Kereta Kabel sekali naik rm5, pergi balik rm10
    Indoor games pada masa puncak rm39, biasa rm31 kot…
    Outdoor games pada masa puncak rm44, biasa rm39 kot (aku x ingat so don’t blame me k….ni panduan korg tuk sediakan duit je…)
    Indoor dan oudoor rm59 pada masa puncak, biasa rm50 kot
    So korg pilih la naik main permainan kat mana….dua2 pun best tapi kalau korg gi masa cuti sekolah memang x sempat nak rasa naik semua….line menunggu boleh memcecah ke 2jam tau…naik mesin tu x sampai pun 5 minit….aku x tipu sbb aku dah terkena….tapi berbaloi la penantian korg tu…

    Games yg x termasuk dalam pakej ni adalah SnowWorld, SkyDiving, Archery, dan lain2….korg sampai t korg leh amik pamphlet kat kauter penerangan…so senang korg nak rancang perjalan korg sbb Genting mmg luas giler…tapi kalau main indoor games semua permainan terletak berdekatan je…panggung wayang pun ada tau…
    Tempat2 yg x termasuk dlm pakej ni die ada harga tersendiri dan masa sendiri cam SnowWorld..korg kena beli tiket masuk cam tiket wayang…yela xkan SnowWorld tu leh muatkan semua pelancong kan? So tiket ni hadnya 1jam, lebih dari tu korg tanya kat kaunter die k….

    Makanan
    Aku tau korg2 yg malas nak bawak bekal mesti terfikir nak buat camne ek? Apa kata sebelum korg gerak tu, korg singgah la restoran mana2….kfc yg berdekatan ke asalkan jgn beli kat Genting….sbb kat sana je harga mahal…tempat lain cam Gombak harga ok je….

    Ole2 @ Souvenier
    Xyah la beli….kat sana mahal…korg nak beli pun nak bagi sape? Hahaha xdela aku gurau je…tapi aku sarankan baik xyah…@ korg beli coklat je…coklat pun mahal tau….sekotak rm4.80 dalam nya x banyak mana pun…kedai coklat dan ole2 ada banyak kat Genting…korg pilih la mana satu….x pun bila turun dari kereta kabel korg leh singgah kat kedai2 dekat parking….x pun korg singgah la taman strawberi…terletak x jauh dari kedai2 kat situ gak….

    Penginapan
    Yg ni aku mmg serender sbb aku x galakkan la bagi yg duit ngam2 je untuk enjoy games tapi bagi yg nak gak boleh la surf internet cari website Hotel World iaitu hotel kat Genting untuk tempah hotel….kena cepat2 k takut nanti korg kena tido kat luar la…dah la sejuk…=P
    Tapi korg boleh gak sewa bajet hotel terletak kat kaki gunung….on the way korg naik Genting korg akan nampak signboard Bajet Hotel kat belah kanan tapi jauh la dari Genting….kalau korg naik bas mmg bas x berenti kat situ…
    Harga? Aku x pasti….korg terpaksa la survey sendiri…

    Pakaian
    Xkan ni pun aku nak ajar kot? Hehehe aku sarankan korg pakai baju lengan panjang dan bawak sweater….sbb cuaca kat sana x menentu…kdg2 panas cam kat tepi laut kdg2 sejuk cam kat Paris….so korg bawak jela sweater….mana tau berguna…


    Okla….aku rasa dah cukup dah ilmu yg aku ada untuk kongsi kat korg…..pengalamn lebih seronok di kongsi kan…betul x? So pada sapa2 yg dah ready nak gi, sedia la pada sebarang kemungkinan n enjoy urself….jgn sesat kat KL lak…..hahaha rajin2 la bertanya k….daaaa…… Peace!