hari ni keje seperti biasa dlm keadaan kepenatan yg melampau. aku rasa badan aku dah sampai limit die. elak meletup je. aku jalan pun dah ala2 nak kungfu mabuk. tapi bila aku fikirkan balik, kepenatan aku ni xleh nak di bandingkan dgn pakcik2 n makcik2 kita yg bekerja keras dulu. malah bila aku berborak dgn pakcik2 kat ofis aku, terasa pengorbanan aku ni hanyalah kuman dibandingkan dgn pengorbanan mereka.
diorg semua ni sgt2 tekun bekerja. bayangkan masa diorg stat keje kat sini gaji hanya rm400+ sahaja. dgn nak bayar duit sewa, bil air, elektrik dan sebagainya. ada yg amik part time bawak teksi malam, kerja jadi operator kat kilang waktu malam tapi pagi nya still berkejar ke sini. insaf aku sekejap. aku yg keje part time on weekends pun dah terasa penat. aku tanya diorg semua, x penat ke? "kita nak cari duit untuk anak2 makan pakai. bukan untuk diri sendiri je" mudah je jawapan diorg. aku? kawin pun belum, inikan anak2....anak tekak adalah. tu pun aku dah rasa tertekan sangat2. keperluan masa kini yg aku rasa dah terlalu melampau. org dulu2 xde pun nak bawak kereta, makan fast food semua. haish....
kadang2 aku suka duduk n dengar pengalaman pakcik2 ni. boleh aku jadikan pengajaran hidup. bak kata salah sorg pakcik ni 'kau ni muda lagi, pakcik ni dah tua. dah nak pencen pun. penat ni semua biasa tapi yg penting niat. apa niat kau keje'. ya pakcik, saya akan pegang kata2 pakcik.
badan pun dah mula bersemangat...ayuh mulakan kerja!
No comments:
Post a Comment