I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Monday, August 2, 2021

Pandemik tak kesudahan

Assalamualaikum...

Hai korangss...

Lama rasanya x tulis kat blog ni...rasa macam dah bersawang pun ye...

macam mana life korang semua? aku harap semua pun berjalan dengan baik...aku? hmm...masih cuba bertahan walaupun rasa kepala otak macam dah tepu asik duduk rumah je. pulaknya sekarang kan pdpr macam xde kesudahan, dengan keje ofis lagi.

aku pun tak tahu la apa nak jadi sekarang ni. semua pun makin selfish. kita yg duduk di tengah2 ni juga yg rasa hari2 makin dihimpit. dengan keadaan pandemik yg xtau bila akan pulih, ekonomi makin menurun, duit pun makin berkurang. so far, aku masih ok. cuba untuk fikir positif. tapi tula bosan duduk rumah. nak keluar rumah pun xtau nak pegi mana. paling2 pun pegi tapau je terus balik.

alhamdulillah anak2 aku sihat, famili aku pun sihat. cuma masing2 rindu. rindu nak balik kampung jumpa mak, peluk mak, makan masakan mak. macam kan aku ni duduk oversea plak kan. tapi itu la keadaan sekarang. yg aku dan famili aku boleh buat adalah videocall jela.

pada yg terkesan, semoga korang semua tabah. cekalkan hati. kita sama2 berdoa semoga keadaan akan semakin membaik dan pulih sedikit demi sedikit. jangan putus harapan. Allah sentiasa ada di sisi kita. jangan malu untuk kibarkan bendara putih. sebab kita pun manusia biasa, kadang kita dah berusaha tapi keadaan masih menghimpit. percaya la masih ada manusia lain yg memahami. yg boleh menghulurkan bantuan.

pada yg berkemampuan, hulurkan la bantuan pada jiran2 yg terkesan. sedikit rezeki yg kita beri amat bernilai bagi mereka. sebarkan kebaikan pada semua. all the best semua. insyallah semua akan baik2 saja.




Wednesday, March 8, 2017

Life with braces

Dah lama x update blog. sbb apa ek? sbb xde benda nak tulis kot. hahahaha xla. aku pemalas sebenarnya. sebenarnya banyak je benda berlaku. well the usual hectic days and piles of work. maleh nak cerita.

owh nak ucap tahniah to my sister dapat baby boy pagi tadi.
bertambah lagi sorang cucu mak. =))

anyway, aku baru ada mood nak update ari ni. semalam dapat mc rasa best giler tapi rasa boring pun ada gak. hahaha camne tu?








nape ada gambar braces lak ni??

ala dari tajuk entry pun dah boleh agak dah. anyway, dah dekat 2 minggu pakai braces, baru semalam dapat merasa makan nasi. tu pun nasi nye aku buat lembik sikit. kalau x, ari2 melantak bubur dgn nasi impit je. huhuhu

ada org tanye aku nape tetiba je nak pasang braces. sbb kalau ikutkan gigi aku xde la jongang ke, buruk ke. well, dah lama sebenarnya aku fikir nak pakai. tapi rezeki ke arah tu xde lagi. lagipun aku ada gigi berlapis kat belah dalam cuma xde la nampak sangat. but still gigi n mulut rasa x selesa.

kiranya dah lama la aku menahan je. so ni dah ada duit lebih boleh la kita buat. walaupun end up gigi tu terpaksa cabut. (gigi aku rapat sangat camni la jadi nye.) merasa la dapat mc semalam. eh cabut gigi geraham memang confirm boleh dapat mc punye. hehehe


kalau tanya aku sakit ke x pasang braces ni,

jawapan nya masa pasang x sakit. bila ubat kebas die dah habis baru la ko rasa sakit. hahaha macam aku, di sebabkan gigi aku x jongang, jadi aku xde la rasa sakit sangat tapi rasa gak la gigi n gusi ko rasa tegang. yg paling aku xleh tahan sbb asik kena makan bubur je. sampai nak termuntah tengok bubur.


lagi satu tentang kebersihan gigi.

kalau dulu2 bila nak tido x gosok gigi pun xpe. esok pun boleh buat. tapi sekarang..... die punye rutin tu memang rasa leceh sangat. tiap2 kali makan mesti kena bersihkan gigi. mula2 kena gosok gigi, pastu gosok pakai interdental brush, then floss lak. renyah? memang pun. dah ko gatal sangat nak pakai braces kan. hadap jela.... haishhh.....


sampai bila kena pakai braces?

ada yg cakap 6 bulan dah ok. ada yg 2 tahun baru ok. ikut gigi masing2 la ye. bagi aku, sampai gigi aku elok la. tapi bila umur ko dah masuk 30 ni, pergerakan gigi akan jadi lambat. so bertabah jela eh.sape yg ada duit nak buat awal, sila la buat. jangan tunggu lama sangat cam aku ni. plus bulan ko kena buat servis ketatkan braces. kalau x, camne gigi nak lurus dan cantik kan?


kalau pakai saje2 je boleh x?

memang boleh. tapi tujuan utama pasang braces adalah untuk betulkan gigi. jadi aku memang x paham la org yg saje2 nak pakai je. ingat best sangat ke pakai braces? dengan rutin pembersihan gigi yg leceh, pastu mulut ko luka2 sbb bergesel dengan besi braces. tapi kalau korang nak pakai jugak, terpulang.


apa yang perlu ada bila pasang braces?

- duit
hahahaha apa da aku ni. but seriesly, kalau nak buat sila la sediakan paling x pun lima ratus deposit dalam tangan. kos sebenarnya ialah 4K-8K. tapi jangan risau, biasa doktor boleh bagi ko bayar ansuran. cuma masa nak pasang tu kena bayar banyak sikit la. tiap2 kali servis bayar la 2ratus ke 3 ratus ke.

- berus gigi lembut



- interdental brush

- teeth floss
- ubat gigi
- orthodontic wax : untuk cover bahagian braces yg menyucuk mulut (beli online)
- mouth wash


banyak benda kan?
tapi demi untuk gigi yg cantik, kena la berkorban. huhuhuhu








Monday, July 27, 2015

Adab beraya dan menerima tetamu

ye, memang macam poyo kan nak bagi nasihat bagai padahal semua pun dah besar panjang. xkan la xtau adab lagi. cuma tu la kita ni walau dah besar n matang sekalipun, tetap akan ada salah silap.

so meh aku bagi sikit tips


Menjadi tetamu
1.  sebelum pergi beraya ke rumah kawan/sedara, telefon dulu. satu untuk pastikan die ada kat rumah. dua, supaya die bersedia terima kita sebagai tetamu. kalau siap masak sekali lagi best. heh

2.  sebelum masuk rumah, bagi salam dulu. kalau bukan muslim, ketuk pintu rumah/tekan bell rumah. jangan datang terus gegar pagar. tu gangster nama nya.

3.  masuk, terus salam tuan rumah. lelaki salam lelaki je. pompuan salam pompuan je. jangan main terus duduk je.

4.  bila dah duduk, tunggu tuan rumah pelawa makan dulu. jangan memandai2 gi dapur mintak air. tapi kalau budak kecik yg mintak, kena pujuk budak tu baik2. anak aku la tu dtg rumah org terus mintak air. =(

5.  borak jangan over. kalau nak ketawa pun, jangan la sampai bergegar rumah tu. kontrol sikit adab ye. tapi kalau tuan rumah pun 2 kali 5, cek xtau nak cakap camne.

6.  bila nak balik, salam tuan rumah. yg bukan mahram jangan salam ye. jangan gedik mintak duit raya. tapi kalau org nak bagi apa salah nye. walaupun mak budak tapi kalau org dah bagi saya x tolak. heheheh



aku rasa tips jadi tetamu senang je kan.
sekarang tips jadi tuan rumah lak.



Menjadi tuan rumah
1.  bila org nak datang beraya, cakap terus terang pada org tu boleh datang beraya ke x. tapi biasa kita akan cakap boleh kan? so pandai2 la kemas rumah.

2.  org bagi salam, jawab n bagi die masuk. kalau xnak bagi masuk, bagi duit raya je pun boleh. eh?

3.  yg ni penting. rancang dgn baik. kalau kita ada buat open house n kita campur kan dgn majlis lain. sbb senang sekali harung. semua org dapat makan, majlis pun boleh buat sekaligus.

cam kalau  buat open house + marhaban + sambut besday + tahlil. huiiii sampai 4 majlis nak buat sekaligus. ok x kisah. tapi plan awal2. ni tak dah banyak kali kot aku pegi majlis pastu kita tgh makan, tetiba rombongan tahlil sampai. kita lak terkulat2 dgn takat pakai blouse dgn jeans je. x manis kan?

at least kita yg jadi tuan rumah, tolong atur kan majlis tahlil buat pagi ke. open house buat petang. pastu malam buat sambut besday. so xde la clash dgn tetamu yg lain.


4.  untuk mudahkan kita, siapkan minuman awal2. jadi bila tetamu sampai, boleh terus hidang. ni x, tetamu sampai baru nak buat air la, baru nak beli kordial la. kadang2 tetamu nak singgah kejap je, x sempat minum die dah balik dah. x ke haru tu.

5.  borak la dgn tetamu macam kamu kenal die. jangan tanya acah2 je. paling2 pun tanya la keje mana, kampung kat mana. kalau tetamu ramai x sempat nak tegur semua, kalau dapat salam je pun dah cukup baik. n kalau makanan banyak, tetamu xkan komplen punye. aku la tu. heheheheh



aku rasa tu jela kot. so ada balance.
layan tetamu sama macam mana kita nak di layan. tu pegangan aku.
do good to others and you'll receive the same from others.





p/s : hari hari hari raya.....



Thursday, May 23, 2013

Payung punya pasal

semalam kebetulan masa tu aku dekat dengan pintu ofis. tetiba ada budak ni(budak ke? apa2 la yek) komplen kat aku. die kata payung die hilang. eh x, die kata payung die kena curi. pastu die nak buat report. ek eleh....payung je kot. beli jela yg baru kan. sbb payung xleh bawak masuk dlm ofis kitorg. ala mana2 syarikat n bank pun xleh bawa masuk payung.

anyway, die kata nk tgk cctv. sbb kitorg x bagi die bawak payung masuk ofis kitorg. aku dah macam what?? masalah nya, kat luar mana ada cctv. kat dalam ofis ada la. dah la die bising2 kat pintu keluar tu. ganggu org nak lalu lalang. kecoh giler. so aku suruh la die gi jumpa ketua aku.

bila die jumpa ketua aku, die bebel la benda yg sama. ketua aku pun cakap benda yg sama. die x puas hati gak. jadi die gi bahagian aduan lak. ketua bahagian aduan xde lak. die ada bengkel ke apa tah. so die jumpa bos aku lak.

lama giler die duduk dalam ofis bos aku. hahahah nampak sangat aku ni kepochi nak tau. diorg yg dekat2 dgn ofis bos aku kata die isi borg aduan. hmm.....

anyway setel tu, die keluar. muka lagi nak kelat. yg aku lak masa tu masih lepak dekat dgn pintu. aku nampak ada sorg mamat tu masuk bawak payung hitam. pastu die nampak mamat tu terus cakap 'syukriah'. ye, die ni minah arab. so maknanya die dah jumpa payung die la ek? entah. sbb lepas je die jumpa mamat tu, die terus jumpa bos aku balik cakap apa tah. die tarik balik aduan die kot.



camni je rupa payung tu. aku x tgk dekat2 la tapi hitam je kot. kan???



giler x giler la kan? pasal payung je boleh kecoh satu ofis aku. dah la main tuduh je yg konon nya kitorg punya sistem keselamatan x ok. padahal die yg biol x reti nak tanya kawan die dulu. pastu cakap asyik cakap payung die mahal sbb branded. dah tau branded xyah la pakai. simpan je kat rumah. tapi aku tgk x macam branded pun. hitam je. xde corak2 ke apa. bila pikir balik, kelakar pun ada. x penah2 la kitorg dapat aduan payung kena curi. kalau hilang pun, xde org kisah. sbb payung je kot. hahahaha

eh tapi semalam aku google ada rupanya payung paling mahal. harga 50k pound. giler la diorg ni. x caya korg try google. buat dari kulit buaya lagi. elok x elok aku xtau la. saje nak menghabiskan duit kot?










p/s : slalu yg buat aduan ni memang org 'die' je. budak2 lain hilang hp la, laptop la. lagi teruk. ko hilang payung je kot. macam penting sangat. eh penting la. pakai bila hujan. kan? hahahaha gelak evil...








Tuesday, January 15, 2013

Bebelan hari ini

hahahah macam xde tajuk lain je. ala yg penting ada tajuk.

anyway, ari ni tekak aku rasa pahit. xtau nak cakap macam mana tapi memang x sedap la. pastu aku gi google la. hahaha typical me yg suka google je tapi kadang2 apa yg kita google ni betul. kalau dari sumber yg betul la. cam sebelum ni yg aku asyik sakit cam gastrik je rupa2 nye sbb ini.

so tadi masa google rasa cam x serius je cuma sumpah x sedap tekak aku ni. makan apa pun x sedap.

owh nak cakap yg sekarang selera makan aku dah pulih. yeay! no more morning sickness. dah 3 ari sihat walafiat je ni. hopefully akan berpanjangan la. sbb aku pun malas nak menebalkan muka asyik mc je. macam xde keje lain.

pasal sakit tekak tadi, maybe petang sikit baru pegi. tunggu free sikit la. kalau pegi sekarng memang ramai org. almaklum la klinik kerajaan. bukan xde klinik panel tapi aku lebih suka gi klinik kerajaan tapi yg satu ni jela. yg lain x. hehehe coz doktor ok n ubat2 pun ok. yela kadang2 aku gi klinik panel sbb nak cepat kan tapi last2 kena gi klinik kerajaan gak baru baik.

so mari la kita ke klinik kerajaan.

baik la nak gi lunch ni walaupun tekak pahit macam ke hapa tah.

owh lupa lak.

aku just nak cakap segala keburukan yg kita lakukan hari ini satu hari nanti akan berbalik pada kita jugak. what goes around comes around. dunia ni bulat je. x hari ni esok gak benda tu akan berbalik pada kita. so kalau rasa ada buat salah ke apa baik la bermaafan. bukan ada manfaat pun busuk hati ni. kan?

hahaha tetiba je. buat renungan untuk diri sendiri dan org lain gak. =)





Friday, May 27, 2011

BIla perkara itu bersangkutan dgn org lain

aku ni tang kesihatan selalu je agak2 macam malas nak layan. yela aku ni demam pun setahun sekali je. yg menyebabkan aku malas nak layan (maksudnye sampai jumpa doktor la) sebab aku ni xtau la nasib malang ke apa tah boleh lak terjumpa doktor2 yg macam hampeh je.

situasi di klinik:

doktor : ye cik, sakit apa?
aku : saya demam.
doktor : (periksa suhu aku.) suhu ok je. cik x demam pun.
aku : tapi saya pening2 lepas tu sakit kepala xleh bangun.
doktor : (periksa tekanan darah pulak.) tekanan darah awak ok. awak sihat.


tapi aku bila kat rumah demam panas terlampau sampai berbungkus macam eskimo ok. so kesimpulannye, aku x suka jumpa doktor. sebab diorg selalu ingat kita gi klinik semata2 sebab nak mc je. hampeh!

jadi aku memang malas giler nak gi klinik walaupun sakit. sampai kadang2 kena marah dgn Al. bukan apa, aku ni hati tisu. terguris tau kalau dapat doktor hampeh cam hari tu. ceh gediksss uolss.

anyway, tapi bila org lain yg sakit macam mak aku ke, mesti aku akan gabra lebih. sebab org yg kita sayang kan. seboleh2 nye nak suruh org tu gi klinik cepat2. dan bebelan aku mesti berjela punye. yela risau kan. mesti nak marah2 + bebel + risau. senang cakap, aku ni sebenarnya tengah risau. sebab.......sebab......apa ye? sebab apa2 la. cuaca sekarang pun x menentu kan jadi kena la jaga kesihatan diri sendiri dan orang lain jugak.

eh sebenarnya aku bebel apa ni?


ok aku biol. sebab dah lama x minum air Roibo kot.


ada kaitan ke?


kan dah cakap aku tengah jiwa kacau. dah la. bye.



 "saya ada kepak. comel kan?" 
apa kaitan dgn entry pun aku xtau.

Thursday, December 9, 2010

Duit Hantaran 10 ribu tapi 17 ribu Dah Habis untuk Persiapan

ini kisah benar yg terjadi pada kawan aku. x, bukan die yg nak kawin sbb die dah kawin dan giler apa die nak kawin berkali2 sedangkan die perempuan. lain la kalau lelaki boleh kawin 4 kali. merepek lak aku ni. adik die la yg nak kawin x lama lagi.

adik die lelaki. so pihak perempuan minta duit hantaran 10 ribu. bagi aku ok la. dah kira harga paling boleh di terima zaman sekarang ni tapiiiiiiiiiii.......ceh ada tapi tu.....tapi, barang n persiapan pun die yg sponsor. pelamin je dah makan 3 ribu, barang hantaran lagi, catering lagi. ini semua x termasuk dlm duit hantaran. maksudnye, die dah bagi 10 ribu, tapi die yg bayar semua kos persiapan kawin belah pihak perempuan. korg paham x?




10 ribu duit hantaran + 17 ribu duit persiapan perkahwinan 

= 27 ribu yg dibelanjakan untuk pihak perempuan sahaja




ini x termasuk rantai, gelang kaki, cincin nikah dan semua tu ok. x, bukan perempuan yg bakal die nikahi tu yg giler materialistik tapi mak bapak perempuan tu. korg bayangkan la, duit hantaran 10 ribu tu mak n ayah perempuan tu yg pegang. aku rasa, perempuan tu x sempat tgk pun duit die tu. kesian kan dapat mak n ayah camni.

hello, anak korg yg nak kawin ke, korg yg nak kawin? pulak tu menantu keje despatch je. boleh lak korg belanja sakan macam nak kawinkan anak dgn anak menteri. kalau betul2 jadi, agaknye bulan pun korg nak beli. yela, dpt anak menteri yg berpangkat dato' n datins la katakan tapi......sekarang ni anak korg kawin dgn despatch ok. DESPATCH! be reasonable la sikit.







dengar2 nye ayah pihak perempuan dah keluar kereta baru. xtau la kereta apa. inspira kot. padahal ko keje polis je kot. bukan ketua polis pun tapi just POLIS. aku xtau la lans koperal banyak gaji ke kan. ye ke? pulak tu mak pengantin perempuan cuma suri rumah je tapi nak buat majlis macam Dato' Dr Sheikh Muzaffar.

perempuan tu pun macam xleh nak bantah apa yg mak n ayah die buat. macam la ko xleh berbincang baik2 dgn mak bapak ko kan. dan sekarang aku dengar, ayah pihak perempuan xnak wali kan die. majlis dah dekat dah ni. habis tu duit yg pihak lelaki belanjakan habis camtu jela?




jadi sekarang ni sapa yg biol?




perempuan tu ke?





lelaki tu ke?





mak n ayah perempuan tu ke?






atau semua yg di atas?








rasa2 korg, aku pilih yg mana? tepat sekali.












pernikahan dan perkahwinan adalah suatu ikatan yg suci. jangan la kita cemari ia dgn perkara2 duniawi yg bersifat sementara. apa yang penting adalah bagaimana kita menjaga rumah tangga itu agar kekal bahagia ke hujung nyawa - D









p/s : zaman sekarang ni org kawinkan anak macam nak jual anak. 

Friday, October 15, 2010

Perlu ke Orang Tengah????

aku agak geram sebenarnya tapi aku ni cam biasa la. bila marah mmg la berapi-api tapi 10 minit lepas tu ok je. ni aku nak tulis entry ni tetiba je mood gumbira aku dah datang so rasa x payah la cerita kan.

oh dah alang2 aku tulis entry ni, aku nak tanya la kan korg penah x main permainan passing2 ayat. cam org yg pertama kena bagi ayat yg ada 10 perkataan camtu pastu die kena bisik pada org yg kedua, then org kedua kena pas ke org ke tiga sampai la org yg terakhir main permainan ni. lagi ramai lagi bagus. then bila dah sampai pada org yg terakhir, org tu kena reveal la ayat nye. nak tgk sama tak dgn ayat asal yg org pertama bagi. get it? kalau korg x paham pun lantak la. janji aku paham.

so ni aku nak cakap pasal org tengah. perlu ke? kalau korg kena gi deal dgn client penting, korg akan guna org tengah ke? lain la kalau korg dah percaya sangat dgn org tengah tu kan. kalau org tgh yg ok n jujur tu xpe gak tapi kalau dapat yg jenis putar alam pastu bagi fakta2 yg akan bagi benefit pada die tapi boleh melingkupkan syarikat lak camne? aku bengang betul dgn org2 tengah camni. like wth lak kan ko nak tokok tambah cerita. ceh tetiba emo lak. tapi betul la kan. macam permainan yg aku cerita tu. ayat org terakhir xkan sama punye dgn org yg 1st.

kalau aku la kan, aku x suka pakai org tengah. if x puas hati ke apa just say it to my face. i'm not gonna eat you. jujur la. bukan aku x penah jadi org tengah tapi -ve lagi banyak dari yg +ve nye. lain la kalau org tu ustaz yg nak selamatkan perkahwinan org. ok xde kaitan tapi fikir2 kan la. aku x terasa apa pun just plz la. jgn nak memandai2 buat cerita. aku bukan artis la. i don't need controversy or publicity. get a life!







p/s : wahhhhh tetiba terlepas perasaan lak. hehehehe 
owh ye, aku menulis entry ni dlm senyuman sbb aku ni famous gak sampai ada org nak buat cerita n terasa dgn aku. 
terima kasih banyak2. aku belanja korg makan angin ye. buka mulut luas2....aaaaaaaaahhhhhhhhhhh sedap x? =P

Monday, September 6, 2010

Hari Raya hari yg bahagia tapi bagi yg berduka?

hati aku tetiba rasa pilu bila dapat tahu berita ni dari kawan aku. org nak raya mesti la rasa hepi kan tapi die pulak terkena musibah. kalau aku jadi die, mau meraung. sedih r bila perkara2 camni leh terjadi padahal boleh di elak. xleh nak buat apa la. just hoping that she's strong enough to get through all of this. this hari raya, i'll try my best to give her a helping hand.







p/s : be strong ok. aku tahu kau mampu lakukannya. =)

Thursday, September 2, 2010

People r soo hard to pleased

i'm not that type of person who likes to snoop around talking about others. i'm more of an observer. i observe, ask a few questions but never judge. i mind my own business. i care about ppl enough that i know that they are well. but i know a certain ppl who can't lived just standing by their fences. they like to pick their nose in other ppl's business. it's not like they would die if they didn't. it's just their nature. they like to know. in my words they r stalkers n paparazzis in our daily life. yeah normal ppl like us didn't expect to hav our 'so called admires' rite?

so accept this. NOBODY is PERFECT. even if u bleach ur teeth so white that it sparkles, u always felt like there is a spot that is not white enough, not bleach enough or just didn't suit u. deep inside of all of us there will always a tiny feeling and tendency to crave or jealous about other ppl.




Ramadhan is the month of bliss. not for collecting sins.










p/s : for my friend, hopefully u r getting better and don't mind other ppl's thoughts. u r better than them. am praying for you. =)

Saturday, August 7, 2010

Apa itu Apendicitus

rasa cam nak update ari ni tapi xtau nak update apa. otak aku dah beku sama dgn ofis aku. sejuk giler sampai nak taip pun tangan aku gigil2. ok tipu tapi still sejuk ler. nak pakai blazer malas. dah la kat luar mendung je. cam sesedap mata memandang la gitu. ewahhh....elak aku tido kat meja dgn mulut terbuka luas. huu mmg syok la mata2 yg memandang keayuan aku tido terbongkang ni ek. hehehehe

hmm apa kata aku update pasal kes aku di 'wad kan' ari tu. ok x?ok la. ni sambungan dari entry ini k.

isnin kan aku mc. sepanjang ari tu aku mmg ok so mak 'mendera' aku jadi driver die. cam biasa la mak berbelanja stok2 kuih die kat Kipmart then hantar Ai ke Larkin. si minah ni balik rumah bawak beg kecik tapi bila nak balik KL terus beg besar. entah brg apa yg die pack tah. aku cakap kat die baik bawak rumah dgn mak sekali kan senang. nanti mak leh tolong masak kan tuk ko. she just rolled her eyes! cetttt.....

then selasa aku stat keje dah. kebetulan aku shift malam. n mak xtau apa mood die tah xnak masak tapi beli sotong pastu suruh aku masak. hmm tau la aku dah mahir. tapi masak kicap jela. hahaha.... sebenarnye dari pagi perut aku cam x sedap je. asyik klua masuk toilet jek. ada la 5-6 kali tapi aku x layankan sgt. so aku masak siap2 then get ready nak gi keje la. on the way tu singgah klinik. ingatkan malas nak singgah just makan ubat cirit birit ke apa je senang kan. tapi aku leh x jumpa plak ubat dulu punye aku letak mana. dah la sakit malas aku nak selongkar bilik aku semua so ke klinik ler.

gi klinik ingatkan dapat ubat ke or mc lagi better kan skali surat refer hospital k. aku cam WHAT?!  mmg la aku ada surf tenet dan tgk simptom2 sakit aku ni x cam gastrik tapi apendicitus. kalau xtau apa tu klik sini.

but still.....takut wey. t org belah2 kau pastu kena dok hospital lak. sungguh benci. sbb ari tu lawat adik kat hospital pun aku rasa cam kena penjara tau. tapi betul la. takut tau. tapi aku still mengharap yg aku x perlu surgery.

Kawan aku temankan aku gi HSA. aku malas nak susahkan mak lagipun mak aku tu cepat gelabah. kang x pasal2 die lak yg kena masuk wad. so first gi klinik pesakit luar then doc tu bagi surat masuk wad. then ada la macam2 prosedur. aku ni dah cam bola dah. kejap diorg suruh gi sini, jap gi sana. kejap2 ada je doc dtg periksa aku. dah cam gangguan seksual tau. tapi xkan aku nak jerit2. bengong la ek. nampak sgt x pernah kena admit hospital. hehehe

first day mmg macam2 ujian diorg bagi. dari ujian air kencing, darah, CT Scan etc.... esok nye baru diorg decide nak bedah @ tak. tapi biasanye kalau kes ada ura2 apendiks, diorg tetap akan bedah sbb kalau apendiks ko pecah, kebarangkalian maut tu 50% k. so nak elak jadi camtu, end up aku kena belah. T_T

surgery x lama. just 2 hours kot. (ye aku ni biol sbb masa nak gi bilik bedah tu masih sempat sms kawan aku. so aku tau la aku masuk n klua surgery kol berapa. heheh ). sedar2 je aku rasa cam sakit giler babeng cam ada org tusuk2 perut aku dgn pisau. sampai menggigil badan aku. katil aku pun bergoyang skali. tapi aku rasa kalau org bersalin lagi sakit kot. isyh..... xtau la aku ti camne. seram memikirkan.

ok la. tu je yg aku nak tulis. eh, sikit nye? sikit apa nye dah berjela aku tulis ni lol

aku malas nak describe details sangat. blog aku ni kan tuk happy things je. kang korg seram terlampau sampai takut nak gi klinik @ hospital salah sape? akuuuuuu........jugak.
lagipun aku buat entry ni pun just nak bagitau nape aku senyap 2 minggu jek. kalau korg xnk tahu ada aku kisah.
ceh tetiba nak emo lak. ni lapo punye pasal la ni. dah stop la D. yela2. nak gi makan. bubye.










p/s : luka bedah aku tu x di jahit tapi di 'gam' je.

owh luka tu x besar mana pun. 2 inci je. ye, mak aku siap ukur pakai pita ukur menjahit. pfhhhhtttt.....
makan pun kena pantang. haissshhhhhh sampai aku lupa rasa ayam tu camne...belum lagi pantang lepas bersalin kan.....ish3

gambar aku kat hospital xde ye sbb tuan punye blog sakit so x kuasa nak snap2.
( sebenarnye muka buruk + cam org tgh berpantang lepas bersalin + wad aku kat tempat x strategik so xleh pose. elak hp kena baling nurse keluar tingkap je.)








eh? aku tercerita details lak ek? lantak korg la. biar korg ngeri....ngekk2

Friday, July 16, 2010

Aku, Wanita & Persahabatan

sebenarnya dah lama aku peram entry ni. asal nak tulis je mesti ada halangan. tajuk nye aku nak tulis aku, perempuan dan persahabatan tapi cam x manis lak kan so aku tukar jadi wanita. ceh konon bagus jek...hahahaha

aku bukan nak meroyan atau apa. lagipun semlm kan aku dah meroyan. lol =P

ok2 straight to the point. aku xtau la apa beza persahabatan antara lelaki dan persahabatan antara perempuan. sbb aku tgk kalau laki gaduh camne pun bila nak berbaik balik senang je, belanja makan pastu terus dah ok. tapi kalau perempuan....mak aih punye la susah. mau makan 3 entry. eh x, mana ada aku gaduh sampai camtu. tu org lain la. tapi aku xtau la kot2 ada gak laki gaduh camtu kan. aku tau la aku pun perempuan tapi aku masih x faham dgn pompuan yg spesis cam pelik giler.

aku ni jenis malas nak pikir n campur hal org tapi kebanyakan perempuan....aku cakap KEBANYAKAN nye ok suka sgt jaga tepi kain org atau dlm bahasa sedap di dengar nye suka bergosip la. yela aku pun suka bergosip gak pasal artis2 tapi x slalu la. kalau shopping pun aku suke banget tapi window shopping la sbb duit eylek. eh tersasul lak. ok2 back to topic. aku mmg x phm la dgn jenis pompuan oppsss wanita yg camni. cam kalau aku pakai cantik2 die kata aku nak menggatal. kalau aku pakai biasa2 je die ckp aku ni selekeh. aku xtau la kalau diorg semua ni xde benda yg best dlm hidup diorg sampai hidup org pun die nak analyse.


 
pastu ada lak jenis kalau berkawan nak amik kesempatan. apa, ko ingat pompuan eh wanita xleh amik kesempatan pada wanita ke? boleh la. jenis yg kalau org buat bisnes, die pun nak join buat bisnes. dan macam2 lagi la. kalau aku senaraikan satu2 mau 1001 mlm pun x habis.

pastu ada lak kes add meng'add' kat fb la mana2 site sosial la. padahal aku x kenal sampai peluk cium ko pun. apa motif ko nak add aku sebenarnye? nak tau rahsia aku sgt ke? aku kdg2 malas nak approve tapi kena gak sbb nanti ko kata aku sombong lak. kang aku ignore ko asik add je. susah betul la.

dulu aku tomboi ye kawan2. kawan2 aku semua lelaki sampai la aku dah skola menengah aku kena la tukar perangai sikit. yela bila jln dgn kawan2 mesti org ckp aku playgirl sebb klua dgn ramai lelaki. padahal x pun. aku x suka kawan dgn pompuan di sebabkan tipikal pompuan la. mesti suka gosip2 back stabbibg, fitnah n bla bla bla. tapi bila aku berkawan baik dgn sorg kawan aku ni (pompuan)  sbb die baik dan lari dari tipikal semua wanita di luar sana. korg cakap aku lesbian lak. wtf? semua aku buat x kena. bila dah bekerja ingatkan xde la org yg judgemental camni tapi ada gak rupanye. haissshhhhh.....nasib baik la aku jumpa kawan yg sama spesis dgn aku. ye kawan2, kami mmg pelik. ada aku kisah korg pikir apa.


apa tengok2? nak kena sepak?

eh eh tetiba angin lak. sori la ye. aku bila ingat sejarah lama je mula la nak meroyan. apa2 pun aku nak ckp kat wanita kat luar sana, kalau korg mcm kes aku. just be urself. xyah nak ubah diri sendiri agar org suka sbb nanti kita yg merana. dan to those tipical women out there....don't judge ppl by their looks but by their heart. renung2 kan dan selamat beramal.  



dunia xkan seimbang kalau xde yg baik dan yg buruk. kalau banyak sgt baik x bagus, dan kalau banyak sgt yg buruk@ jahat pun x bagus. hmmmm....menung pjg....






p/s :ok la. aku gedik nak buat entry skema. eh suka aku la. =P

Thursday, June 3, 2010

Kebimbangan Seorang Ibu

aku mmg la masih bujang....belum kahwin lagi tapi bila mendengar kebimbangan seorang kawan aku ni, aku rasa betapa susahnya menjadi ibu. ibu zaman mak2 kita dulu biasanya x keje. duduk rumah jadi suri rumah dan jaga anak2. kebanyakan ibu2 muda zaman sekarang semuanya bekerja. bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk membantu keluarga gak. tapi bila dah ada anak, masalah lain pun akan mula timbul. mana nak letak anak masa gi keje? sape nak jaga?

aku tgk dlm surat khabar, banyak sgt kes buang bayi la, bayi tercekik fishball la. korg ingat nak dpt anak ni senang ke? ada org yg dah kawin sampai 10 tahun pun still xde anak tau. korg senang2 je buang. x pun yg keje nye jaga anak org, boleh pulak ko x tgk2 kan budak tu! duit jaga anak ko nak, budak nye ko malas nak jaga.

nape aku emosional sgt ni? hehehehe....sori2....back to main topic k. berbalik pada kawan aku ni.die hantar anak die pada sorg makcik ni. aku namakan Kiah la eh. Kiah ni merupakan kenalan kawan aku gak. die dah jaga anak kawan aku bukan sebulan dua tau tapi dah masuk 3 tahun umo budak tu. so kawan aku ni tetiba mak die suruh die tinggalkan anak die pada mak die. yela buat peneman coz mak die tinggal kat kg dgn adik die but adik die pendiam so ni buat teman la. budak2 kan riuh mulut. xla mak die sunyi. kawan aku pun ckp la kat makcik Kiah yg die mungkin x hantar anak die seminggu dua untuk temankan mak die. boleh x semlm si Kiah ni letak semua brg2 anak kawan aku atas desk kawan aku kat ofis. xde adab kan? xleh ke ko bagi by hand. xpun call suruh amik kat rumah. bukan kawan aku xtau rumah kau. dah 3 tahun kot ko jaga anak die.

kawan aku ni sabar lagi. boleh telefon cakap baik2 tanya dgn si Kiah.

"Kak, nape tinggalkan brg2 anak saya semua? kan saya cakap mungkin seminggu 2 je"

"Owh xla. akak takut susu tu basi. Nanti bila ko dah amik anak ko dari rumah mak ko, ko hantar la skali dgn brg2 die"

dlm fikiran aku la kan, boleh ek ko ckp camtu kat kawan aku. ko siap bagi selipar n sabun anak die skali ko leh ckp takut basi? sabun leh basi ke? aku kesian tgk kawan aku. mmg sah2 la si Kiah tu dah xnak jaga anak die tapi kot ye pun biar la beradap kan. kata org melayu ada adab. haaiishhhh.....aku nasihatkan kawan aku tuk cari org lain je @ cari taska tuk anak die. 

ada org yg baik jaga anak org sampai 3 bulan x berbayar tapi mak bapak macam x endah je dgn anak die. ada org bayar mahal2 tapi anak nye sampai dah biru pun xnak hantar kan gi hospital. org zaman sekarng ni susah nak jangka.

babies yg comel2 belaka...


3 tahun tu camni besarnye....xla susah nak jaga cam bayi kan?


p/s : aku takut lak memikirkan camne aku nanti. cam rasa nak berenti keje terus je bila aku ada anak nanti. jaga sendiri lagi puas hati kan? buntu ni....

Thursday, May 27, 2010

Bila semua dah gila Mukabuku

sekarang semua org tgh gilakan Facebook. aku mula daftar FB pun x la lama mana. x sampai setahun kot. masa mula2 tu rasa cam best je. ari2 pun nak buka. pastu letak status bukan2. nape baru sekarang aku cerita pasal fb? sbb sekarang tiba2 je pakcik makcik aku dah ada akaun fb. satu ofis aku pun dah gila fb sampai ke pihak atasan pun ada kot. pastu mula la letak macam2 kat profile diorg. aku dah rasa macam xde privasi lak. aku buat akaun fb untuk cari kawan2 skola n kawan2 lama. kalau dah ari2 ngadap kat ofis, xkan kat alam siber pun nak ngadap muka korg kot. bosan la wei....

satu lagi isu yg aku rasa paling2 x patut la kan....gaduh pun nak kat fb. pastu letak status menyakitkan hati. saling kutuk mengutuk. aku ingatkan org2 biol je yg buat camtu. ala cam kes Aduka Taruna tu. mesti die x sangka yg benda camtu pun leh jadi kes polis kan....haisshhhh.....pening kepala aku memikirkan org2 yg pendek akal ni. sampai bermasam muka. semua sbb fb. kan fb tu hak peribadi masing2. kalau org tu nak ignore @ buang ko dari friendlist....lantak die la. hak die. tapi aku dulu pun terkena camtu gak. bengang gak....tapi kejap jela pastu dah baik dah.

apa yg aku nak ckp kat sini, jgn la terlalu pandang berat sgt pada fb ni. anggap ia sebagai hiburan. kadang2 apa2 yg ada kat fb ni boleh di salah tafsir. yg penting hati. kadang2 mesej dlm hp pun leh di salah tafsir. so, gunakan la fb ke jalan yg benar. renung2 kan dan selamat beramal.....ahaksss.... =P

Monday, May 10, 2010

Badan aku perlukan rehat

hari ni keje seperti biasa dlm keadaan kepenatan yg melampau. aku rasa badan aku dah sampai limit die. elak meletup je. aku jalan pun dah ala2 nak kungfu mabuk. tapi bila aku fikirkan balik, kepenatan aku ni xleh nak di bandingkan dgn pakcik2 n makcik2 kita yg bekerja keras dulu. malah bila aku berborak dgn pakcik2 kat ofis aku, terasa pengorbanan aku ni hanyalah kuman dibandingkan dgn pengorbanan mereka.

diorg semua ni sgt2 tekun bekerja. bayangkan masa diorg stat keje kat sini gaji hanya rm400+ sahaja. dgn nak bayar duit sewa, bil air, elektrik dan sebagainya. ada yg amik part time bawak teksi malam, kerja jadi operator kat kilang waktu malam tapi pagi nya still berkejar ke sini. insaf aku sekejap. aku yg keje part time on weekends pun dah terasa penat. aku tanya diorg semua, x penat ke? "kita nak cari duit untuk anak2 makan pakai. bukan untuk diri sendiri je" mudah je jawapan diorg. aku? kawin pun belum, inikan anak2....anak tekak adalah. tu pun aku dah rasa tertekan sangat2. keperluan masa kini yg aku rasa dah terlalu melampau. org dulu2 xde pun nak bawak kereta, makan fast food semua. haish....

kadang2 aku suka duduk n dengar pengalaman pakcik2 ni. boleh aku jadikan pengajaran hidup. bak kata salah sorg pakcik ni 'kau ni muda lagi, pakcik ni dah tua. dah nak pencen pun. penat ni semua biasa tapi yg penting niat. apa niat kau keje'. ya pakcik, saya akan pegang kata2 pakcik.

badan pun dah mula bersemangat...ayuh mulakan kerja!

Sunday, April 4, 2010

Privasi ke?

tetiba angin nak baca blog org lain dtg... bila baca blog org lain, aku tgk semua x letak pic diri sendiri @ xpun samar2 je gambar diorg. aku ni suka amik gambar org. kdg2 marah dgn diri sendiri sbb x banyak gambar aku sorg2. entah la. rasa segan lak nak amik gambar diri sendiri walaupun xde org lain nampak. klau ada pun untuk tatapan diri sendiri dan Al. Al pun camtu gak. die betul2 jaga privasi kami but lately lepas adanye blog ni, aku x selindung pun muka my friends n family. cam x menjaga privasi diorg lak. mybe ada certain people yg ok tapi I think if my friends know, diorg mesti marah kan. hmm, camne ni? dah terlepas letak lak. nak tarik balik ke semua pics tu? aku betul2 serba salah sekarang ni. what should I do? nak call Al but he won't pick up anyway. so membazir je. pada sape2 yg terbaca entry ini dan aku terletak gambar korg....I'm sorry ok. next time maybe aku x letak gambar korg. letak gambar dari web je. ok x?

Sunday, March 28, 2010

Sampai syurga kan ku tunggu

tadi aku borak dgn kawan skola aku (chatting sebenarnye hehehehe...). lama gak la....ada la dua jam...kitorg berborak dari hati ke hati.....cewah ayat...hak3
mula2 borak2 ringan2 pastu tetiba je aku tanye die....ko bila nak kawin....die cam sedih je nak jawab....die kata "xde girlfren, camne nak kawin".kes die yg hari tu pun masih belum selesai n die sendiri xtau kesudahannya....yg pasti die akan tunggu gak keputusan org tu...rasanye dah penat aku nasihatkan die tapi nak buat camne kan....bak kata org, cinta itu buta....bukan mata xleh nampak tapi hati dah terpaut. yg boleh ubah hanya la diri kita sendiri. tapi aku mmg tabik la dgn die. Si pencinta setia! walaupun org ckp sia2 tapi kalau penantian kita tu mendatangkan pulangan yg kita impikan....mmg berbaloi la kan. aku rasa die adalah org yg percaya pada cinta pertama itulah cinta terakhir. harap2 impian die menjadi kenyataan dan aku harap wanita itu akan terbuka hatinye untuk kawan aku yg seorg ni.


tiba2 teringat cerita Cinta Balqis lak....wanita itu sama cam watak Balqis...