I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

Tuesday, August 31, 2021

Pengalaman menjadi bisu

 Hai korangsss....

Lama x bebel kat sini kan. Sbb aku pun macam xde apa nak update kat korang. Sampailah terjadinya kisah semalam...

Alkisahnya semalam aku pegi cabut gigi geraham. Dah lama berlubang. Asal aku tampal je tampalan tu tercabut balik. Jadi mari la kita cabut terus. So aku booking appointment dan terus cabut gigi. Lepas cabut tu memang mulut xde rasa apa. rasa kebas je. Memang confirm la aku x boleh nak bercakap.

Tapi aku x terus balik rumah sbb dah orang sakit malas la nak masak kan. Jadi aku terus gi cari makan.

Mula2 aku g family mart sbb dekat dgn klinik. So masa beli tu memang aku x bercakap. Aku just tunjuk2 dan terus bayar je. Bagi aku benda ni biasa je kan. Dan so far pekerja situ memang layan aku baik je.

Tetapi...lepas beli tu aku x terus balik rumah sbb teringin nak makan Mcd baru. Masa on the way tu aku ada terfikir macam mana aku nak order. Nak terus masuk beratur @ drive tru je. Jadi aku siap2 taip apa yg aku nak order. 

Sampai je kt booth drive tru..

Cashier : ye nak order apa?

Aku : tunjuk fon 

Cashier : *****, aku amik order akak ni jap ye. (Cakap dgn kawan die.)

Kawan cashier : (cakap something tapi aku x dengar budak tu cakap apa sbb diorg pakai ear piece kan)

Cashier : akak ni bisu. Aku amik order die kejap (masih lagi cakap dgn kawan die)

Cashier : er kak, bubur xde xpe ke?

Aku : (tunjuk tanda ok pakai tangan)

Lepas tu budak tu bacakan balik order aku n aku bayar je cam biasa. Habis amik order, aku boleh x perasan yg aiskrim aku xde. Masa tu aku dah gerak klua dari Mcd jadinya...ye aku patah balik dan jumpa budak yg amik order aku tadi, bulatkn order yg aku x dpt pada resit n tunjuk pada die. 

Nasib baik la aku tau bahasa insyarat sikit2. Jadi aku tunjuk la aku minta maaf sangat2 dan terima kasih pada budak tu.

Oh lagi satu, budak yg bg order aku pun tahu isyarat terima kasih. Hahaha 

Anyway, apa yg aku nak sampaikn ialah orang Malaysia memang baik2 belaka. Patut la ada org asing yg terpikat n kawin dgn org Malaysia. Eh itu dah masuk topik lain plak.

So itu je pengalaman aku. Dh macam buat sosial eksperimen plak kan. Hehehe 


Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!!!





Tuesday, January 21, 2020

Bangkit

aku perasan blog aku dah mula jadi blog suram. heh..

firstly aku nak minta maaf sebab dah lama x blogging. bukan aku xnak cuma aku x rasa nak menulis. terlalu banyak perkara yang berlaku sampaikan aku dah x tahu garis waktu.

ye, aku amnesia. aku mula lupa banyak perkara.

efek dari makan ubat. senang cakap aku memang x serasi dengan ubat. mula2 semuanya ok tapi lepas tu jadi la macam2 benda yg x patut jadi. nasib baik aku masih ingat jalan balik rumah. hahaha

anyway, aku nak cuba jalan alternatif pulak. mana tahu menjadi kan?

oh nak ucap Selamat Tahun Baru 2020!!

tak nampak pulak kereta terbang ye???

hahaha gurau2. jangan mare

azam aku tahun ni?

hmm...macam xde azam je. cuma aku dah mula buat bucketlst.

sebab aku rasa macam banyak benda yg aku masih belum capai dalam hidup ni. jadi aku nak cuba buat perkara2 yg selama ni aku cakap nak buat tapi x buat disebabkan faktor2 yg aku rasa x patut jadi faktor pun. hahaha korang paham x?

xpela yg penting aku paham.

mulanya orang pertikaikan nape aku buat semua ni. kenapa sekarang?
soalan aku. kalau bukan sekarang bila lagi?
aku xnak bila aku dah tua baru aku menyesal sbb x cuba.

~~biar gagal mencuba dari mati kecewa
lirik lagu Oh Chentaku


bila aku sekarang ni asik layan lagu indie, ada org tanya sejak bila aku layan lagu macam ni?
jawapan aku : sejak dulu
tapi aku stop sbb konon nya dah jadi mak2 ni kena la perangai senonoh sikit.
kemudian bila aku fikir balik, kenapa kita nak ubah diri kita konon nya sbb dah dewasa. dah ada anak. dah ada famili?

mungkin cara pakaian dan pemikiran boleh la kita ubah. jadi matang sikit. tapi aku rasa kita patut simpan sikit jiwa kita yg dulu tu. orang cakap biar umur meningkat tapi jiwa kekal muda. untuk kekal positif dengan kehidupan. walaupun sepahit mana pun.

patut la orang ingatkan aku student lagi. hahaha

nak jugak up diri sendiri kan.



Sunday, October 13, 2019

Kepuasan

Apa itu kepuasan?

Kejayaan?

Aku pun xtau.

Dalam aku cuba untuk mencari dan memperbaiki diri, aku perasan satu perkara. Yang setiap rezeki orang tak sama.

ada orang rezeki dia dapat sambung belajar sampai luar negara. Dapat Phd. Dapat kerja yang bagus. tapi di takdirkan belum berkahwin. dan orang itu masih gembira. sebab dia dah dapat apa yang dia cita2 kan selama ni. jodoh nanti pun boleh cari. yang penting dia puas.

ada orang kerja biasa je. kerani di syarikat. hari2 makan nasi dengan kicap sebab nak kumpul duit beli rumah. Ada keluarga bahagia dengan isteri dan anak2. Tapi dia bahagia. Sijil, ijazah semua tu x penting. sebab dia masih rasa puas. Setiap hari dapat bekerja dan beri makan kepada anak2 adalah kepuasan bagi dia.

Ada orang kaya raya. rumah besar, orang gaji ramai. Setiap bulan mesti keluar negara. Tapi dia masih rasa x puas. Bagi dia kejayaan dan kepuasan adalah bila semua orang kenal dia. Produk die terjual di merata tempat. baik di dalam dan luar negara. hari2 dia bekerja keras. tapi masih tak cukup.

bagi aku??

aku pun tak pasti.

Kadang aku cuba nak kejar cita-cita aku. tapi apa dia? Ada orang pernah cakap kat aku, yang aku patut bangga yg aku dah ada semua. Kerja, famili, harta. Walaupun x besar atau banyak mana tapi hidup aku boleh dikatakan selesa. Tapi adakah aku bahagia?

Itu yang aku perlu cari.

Kadang aku rasa perjalanan aku masih jauh. masih banyak yg aku belum tempuh. masih banyak yg aku belum teroka.

mungkin takdir aku belum sampai lagi. mungkin aku perlu tempuh kesusahan sebelum kesenangan akan datang.

mungkin...

ada orang cakap dengan aku jangan di nanti pada yg x pasti. cuba hidup dengan sehari hari. cuba mendalami dan menikmati hidup setiap hari.

hari ini.

bukan esok.

bukan masa lalu.




tapi hari ini.



Thursday, November 29, 2018

Hey guys

i have been meaning to close this blog forever but then i change my mind. this blog means a lot to me. from this blog i see myself change. maybe there are things that i want to change. or some memories that i want to erase. but there's also good and fun memories. some of them i didn't even remember.

i love you guys for joining my journey to self discovery. from the good, the bad and the fun times. i promise i'll update more.

maybe some day i'll tell you guys about what happen. but for now, i'm still recovering.

pray for me, okay. ;P

Sunday, August 12, 2018

Recharge

Hye guys!

i got a lot going on that i don't know where to start. so i am now healthy again. i've been sick for the past week and it was horrible. i got the much dreaded flu. pfhttt.... i have never been so sick. at one point, my temp had reach 39 degress. yup that bad. my throat was red and hoarse that i pretty much didn't ate. and it made me even more weak.  so i needed to have an iv drip because i was dehydrated.


so yeah. that was my weekend.

i just got back to work today and there was a work pile stacked on my desk. hahahaha anyway, i feel recharged now. hopefully i keep being healthy. Aminn...

i also had to do follow up at the hospital because apparently i have depression. well... this is a long story. but to sum it up i have a really bad experience growing up and it kinda relapse. it happen a long time a go and i didn't think much of it because i always manage to somehow control it. but i think i already reach my limit. hence here i am.

but don't worry.
i'm okay now.
i think.
well i want to think that i'm okay.
for now.
just pray for me okay. hopefully i won't have to be on meds which i hate so much. because when you're in treatment, they tell you to let go of your fears. but sometimes the demons just comes back. and i pray that it wouldn't eat me up.

oh god, this entry was supposed to be a happy entry rite?

so sorry about that.

don't think to much about this okay.
i'm so much better now.

just know that in every darkness, there will be light.
and you can see sunshine again.







Thursday, March 15, 2018

Random ramblings and life update

hi there!

how long has it been? a month already? gosh

so i'll be posting once a month i think. hahaha
that's just an excuse D. duhh

anyway, i've been a little busy with the upcoming event so i've been so stressful and tired all the time that i don't have any energy left. when i came home, i just want to laze around and do nothing. at one point the stress got to me and i feel like crying but the tears are not coming out. i don't even know that crying needs so much energy?? but at last i did cry myself to sleep.

hopefully the event is successful so there won't be anymore sudden urgent work. sometimes i feel that i work more than my job scope. so much that i think it's the same workload as my superior which i think is not good. coz they are the ones that are getting more pay than me. Al said that i don't need to do more work than what i'm suppose to but if i don't, am i ignoring my superior's orders?

work issues aside, our family is doing great. the kids are the same as usual. bickering and fighting about the smallest things. Ari went to his kindergarten a little bit late today because he woke up late and someone forgot to send him (not me!). he can just skip school but thinking that today is his last day before the school holiday so i thought why not just go. better late than never. (tiger mama mode on. hehehe)

so when i send him there, i told the teacher what happen and apparently his other teacher had just went to our house to send his holiday homework. (the teacher and i, we always see eye to eye. can't just let him enjoy the holidays without any homework. hahaha) anyway, i was shocked to see that Ari was a favorite among the students there. they are calling him name as soon as he got out of the car. i thought he didn't like school coz he's always waking up late but i'm wrong. so maybe he just don't like getting ready to school. (. .'')

on another note,

this week i really need to pack all of our stuff coz we are moving!!!

yes, finally after nearly two years since the day i sign the papers for our beloved house we are moving in. there is still so much to be done. the back door need to be replaced, the pipes need to be check, and other stuff to be settled but we really can't postpone the date any longer. so hopefully i can quickly pack all of our stuff. two more days to go. wish me luck.


moving to a rent house and own house is a very different feeling.
i feel like its a big accomplishment.
i deserve a pat on the back.
Good job D. =))



Wednesday, January 10, 2018

Selamat Tahun Baru 2018!!

Salam semua.

dah lama x menaip kat blog. nak buat cemana cek bz noks. anyway biar kita recap sikit update diri patik yg hina ini. eceh ceh...

1. Nia dah masuk skola rendah darjah satu dan skola agama pun darjah satu gak.

rasa kejap je masa berlalu. dah besar dah anak dara mama sorang ni. Setakat ni Nia skola ok je. cuma nak bangun pagi memang macam bercinta la sikit. mungkin sbb penat kot. Pastu ada la adegan tertinggal botol air la, hilang duit belanja la. paling rasa geram sbb badan Nia ni kecik. so asik la kena tolak bila nak pegi rehat. kamis lepas sampai lebam pipi sbb jatuh kawan die tolak. tapi aku sabar kan jela. lepas ni memang suruh Nia hati2 sikit.


2. Ari dah mula skola tadika

Ari kan masuk skola awal seminggu dari Nia. so die memang senang bangun pagi tapi lambat siap gak. sbb nya bangun tido bukan terus mandi. die main golek2 dulu. memang pagi2 aku asik menjerit jela keje nya. yg sorang xnk bangun. yg sorang lagi asik main je. (. .#)


3. Kami dah dapat kunci rumah

Walaupun dah dapat kunci tapi masih x boleh pindah lagi. sbb aku beli rumah sub-sale bukan rumah baru. jadi macam2 la benda masih nak kena setel. lagi dengan masalah tangki bocor. entry pasal rumah ke? kalau aku xnak buat boleh x? dah macam penat nak hadap masalah pasal rumah ni. nasib baik akhir nya dapat gak. pengajaran nya.... beli rumah bukan mudah macam dalam iklan ye. order boleh terus dapat.


4. Dapat officemate baru

As simple as stated i really didn't know much about this person. but there are a lot of rumors about him/her. some say he/she ask for a transfer which has no cause. just cause... which is weird. coz usually when someone transfers to another department it's bcoz he/she is replacing someone. so we'll just hav to wait and see. but i need to be carefull with this person. i really don't want to start a fire.


5. New boss new rules

did u notice that when i want to talk about sumthing difficult i'll usually type in english. well this is also the case. it's only been a fews since my new boss came in but i feel a strange vibe coming. better stop now. she just walk by me.*shivers



lain kali la aku update lagi ye. 
tahun ni macam bertambah lak keje aku.

Hopefully 2018 will be a good one.
bring new adventures, experience and more rezeki.

Wednesday, November 15, 2017

Allergi teruk

terasa nak menaip lak ari ni. slalu tu asik pandang je blog xtau nak taip apa. hehehe

minggu ni ofis aku bz sikit. ceh ari2 pun bz. tapi minggu ni lain sikit sebab tiba2 je kena alergik yang agak teruk. sebenarnya dah dekat 2 minggu juga aku kena ulser mulut. ingatkan ok la. sbb biasa kena pun kejap je baik. ini x ye. makin menjadi2 lagi ada la.

mula2 tu aku termakan pisang sikit. ye aku tau aku memang ada alergik dengan pisang. apa? pelik? biasa kita dengar org alergik seafood. ni alergik pisang lak. x pelik ye. baca link ni :https://www.webmd.com/allergies/latex-allergies#1

nape aku letak link latex allergy? sila baca entry ni sampai habis ye. nanti aku terangkan.

walaupun dari kecik aku suka makan pisang dan tiap2 kali makan pun akan naik ulser dalam mulut. masa tu aku xtau lagi aku alergik. dan aku ingatkan ulser mulut tu biasa. tapi ada gak rasa pelik nape aku je yg kena. org dulu2 panggil ulser mulut ni mata ikan. biasa kena bila tergigit bibir je.






bila dah besar ni baru la terpikir nak buat food avoidance test (*uji makanan yg boleh atau x boleh kita makan. mula dengan asingkan makanan yg mungkin akan trigger alergi atau lain2 simptom.) sebab nya sejak aku operate buang apendiks, perut aku makin sensitif. kiranya banyak kali jugak la aku kena cirit-birit, muntah2, perut kembung dan kadang2 sakit sangat sampai nak bergerak pun x boleh.

jadi aku rasa memang perlu buat test ni. ala bukan susah pun nak buat. korang just ikut guidance yg ada kat internet dan ikut je. ikut website yg boleh di percayai ye. jangan main hentam je.

so dalam banyak2 makanan yg aku dah asingkan ialah pisang, daging merah, dan buah-buahan sitrus. result memang terang lagi nyata aku memang alergik pisang. daging merah xde masalah sangat. cuma x boleh makan banyak. buah sitrus pun sama. x boleh makan banyak.

minggu lepas adik aku tunang. entry pasal tu lain kali aku update ye. bila la tu. hehehehe









so masa tu kitorg tempah tat buah dan tat keju. selama ni aku makan ok je. entah kenapa ari tu aku makan terus mulut aku rasa semacam. pastu mula la rasa sakit pedih2. esok nya terus naik ulser. masa tu aku memang dah ada ulser dah sbb termakan pisang seminggu sebelum tu(bukan sengaja ok). kali ni naik terus 2 ulser. betul2 kat hujung bibir kiri n kanan.

aku dah terfikir2 nape boleh naik ulser ek. bukan ada pisang pun. pastu baru teringat ada buah kiwi dan nenas. bila aku cari2 alergik nenas n kiwi, aku ternampak yg dua2 buah ni ada connection dengan pisang. so long story short, aku bukan alergik pisang sahaja tapi semua yg ada dalam kategori latex food alergy. haishhhhh.....

agak sengsara jugak la bila ko ada 4 ulser dalam mulut. dengan asik drooling je. pastu nak telan susah. 2 kali aku gi klinik x ok gak. sbb nye aku alergik dengan ubat yg doktor tu bagi. adehhh...last resort aku beli bonjela kat farmasi je. baru la ok sikit. on a positive note, sekurang2 nya ofismate aku nampak la yg aku bukan sengaja xnak makan pisang tapi aku memang alergik. dah kalau muka n bibir bengkak sampai nak cakap pun x boleh. xkan la diorg x percaya lagi kan. diorg pun nape la asik bawak pisang je. bawak la rambutan ke durian ke. baru la aku boleh melantak satu bakul. hehehehe

ikutkan aku xnak cerita sangat pasal alergik ni. sbb org melayu biasa nya akan anggap benda ni biasa. macam eczema pun dah berapa tahun kebelakangan ni baru org nampak yg penyakit ni agak serius. alergi pun perkara yg serius. senang cakap, apa2 yg melibatkan kesihatan memang kita x boleh pandang mudah. jadi tolong la jangan tanya lagi kenapa aku x boleh makan pisang. bukan aku yg pilih apa yg aku boleh makan dan x boleh makan.

ari ni muka aku dah kurang bengkak dah. aku dah boleh cakap n senyum. macam kelakar pulak kena belajar senyum balik. tapi ulser nya belum baik betul lagi. hopefully hujung minggu ni dah ok la. x sabar nak pegi mandi manda. eh apa kaitan daa....hihihi








Monday, October 30, 2017

Life update

It's been a while since my last entry. life is same as always with ups and downs. i'll jot down in points. easier that way, hehehe

so here are my update:


-----  i've been having so much work that i didn't have the time to type here properly. i know it's a lame excuse but with audit and my boss going to retire by end of the year. there is a lot that i need to settle.

------ my youngest sister just got hitched. so the engagement ceremony will be held next month. there's not much that's need to be done. coz she wants a simple ceremony. her theme is pink. so i need to buy new kurung. hmmpphhh......why pink?!!!

------ just got news from my agent. my house is ready. just need to wait for a few documents and we are done. that reminds me. i only have a month to pack. and i need to carry things from my parents' old house. yeah my mom had move to BP and she left some stuff for me at the old house. so long story short, i need to pack for 2 houses. ok. don't panic. deep breath....deep breathhh.... urghhhh

------- Nia will start big school and Ari will start kindergarten next year. there's a lot to do. that reminds me that i had full schedule for december. primary school preparation class, agama school registration & briefing, Ari's kindergarten starts after christmas. so yeah. hope we had settled in the new house by then.

------- nowadays i had a crave for korean food. you know i'm a foodie but this crave is a whole new level. ergghhh thinking of bibimbap is making me drooling. and i just had it yesterday. i already went to 2 restaurants and Dubuyo is the one i like the most. owh they just opened their branch in JB. out of 4 times, i ate at Dubuyo 3 times. hahahaha i even had extra soup and banchan. they really know how to take care of their customer. *giggles

------ like i said earlier, my boss is retiring this year. and to top it off, my supervisor is going to another department early next year. we're still waiting for her replacement. i hope the new person is kind and understanding like her. we will miss u Mrs. M. sobss....




so yeah. that's my update for the last couple of month. nothing much. i do went out with the kids sometimes but only to the park and beach near us. not a vacation. coz we need to save for the house and the kids school.

hope we after all is settled, we can have a proper vacation. for the meantime, nearby parks are the way to go. sigh






Monday, May 29, 2017

Salam Ramadan

Salam ramadan semua!!!













hari ni hari ketiga berpuasa boleh lak aku x bangun sahur pagi tadi. adehhhh.... eh xde mukadimah xde apa tetiba je cerita pasal x sahur ek. hahahaha biasa la tu

owh Nia dah 2 ari puasa. tapi pagi tadi kan x sahur. so aku cakap kat die kalau x larat sangat, makan je. kesian kan budak lagi. masa first day puasa ari tu pun aku suruh die buka puasa awal. walaupun masa tu dah kol 6. ok la tu kira die tahan la jugak. semalam die puasa penuh. hari ni memang x puasa la kan. sbb tahun lepas pun Nia cuma x puasa seminggu je. so mungkin esok boleh cuba lagi.

ok update terkini. aku cam biasa la bz memanjang. keje kan memang xkan penah habis. plus macam cerita sama je. alasan malas nak update dan menaip entry sebenarnya.

Nia dgn Ari cam biasa la. asik gaduh je. kadang2 mainan yg satu tu jugak diorg nak rebut. padahal ada je mainan lain. hari tu ada ke Ari minta nak baby?!! kalau la baby tu mama boleh main amik je kat mana2.... haishhhh bukan xnak cuma masih belum ada rezeki. buat sementara ni korang main jela berdua ye.

tahun ni raya pertama kat rumah MIL. so aku dah siap beli baju ikut tema diorg. kira kan preparation baju raya memang dah setel awal. cuma sekarang nak cari baju kasual/t-shirt je. mungkin akan beli masa lagi 2 minggu nak raya kot. sbb masa tu la ada sale yg best2. hahaha

lagi apa ek?

em itu jela kot. dah xtau nak update ape dah. kang aku x update korang tanya aku gi mana lak. eh ada org tanya ke? perasan sangat ni. erkkk eh x boleh muntah hijau nanti batal puasa tau. hahahaha






Tuesday, January 3, 2017

Post holiday blues

Just started work after a long holiday. December was a good month for me. the usual end of year workload with many2 fun days and activities.

I have no new year resolution this year.

becoz i'm lazy like dat. hehehehe
nahhh just kidding.


new things on Year 2017 :

- new workload. had lots and lots of new things to learn. plz be kind to me. urghhh

- Nia had started her 2nd year of kindergarten. need to prepare her for next year big school.

- moving to our new house. (still in the process)

- celebrate Raya in our new house. (i'm really really hoping for this)

- welcoming two new babies in our big family. And maybe a third one???

- planning for the 2nd family gathering holiday. (need time to blog about the first one. hehehe)




 Hoping for a good year, full of fun days with family, more prosperous, more joyous and more rezeki.

Welcome 2017!!!!


Thursday, May 7, 2015

Baru masuk ofis esok dah cuti

ye, hari ni baru masuk ofis. naik cuti ari tu terus gi kursus 2 hari. kalau ikutkan hari ni diorg ada buat presentation tapi kalau x pegi pun xpe. masuk2 keje malas la plak nak buat keje. hehehehe

anyway, cerita pasal cuti ari tu nanti2 la aku update ye. macam malas lak nak mengarang. patutnye tiap2 ari kamis mesti aku stay back nak cover keje yg lepas2 tapi ari ni cam malas lak. minggu depan mesti aku keje kaw2 sbb nak cover keje yg x buat masa kursus ari tu. hmmm lantak la.

owh aku gi kursus penulisan. hahahaha macam nak jadi penulis lak aku ni kan. kalau takat merapu meraban kat sini boleh la. tapi..... cam best gak kalau dapat keluarkan buku sendiri. tapi nak tulis pasal apa?


k la. nak balik. nak tido. hehehehe






Monday, March 30, 2015

Bz akhir bulan

sori la dah lama x update. padahal setiap minggu ada je aktiviti aku. bukan apa. bz sangat la kat unit aku ni. hehehehe

ada rasa cam nak bercuti lagi la. tapi kali ni bawak anak2 skali. bila tu xtau la. kena simpan duit banyak banyak banyakkkkk....

keje tengah banyak. rasa agak stress.

ok la. xleh taip banyak2. keje melambak lagi ni. tata.




Thursday, December 4, 2014

Update kejap

sori la sesangat x sempat cek nak upcate noksss. bz yg teramat. biasa la bila dah bulan disember je mula la semua org sibuk siapkan statistik dan pencapaian tahunan. aku ni dah naik serabut dah. sbb tukar unit kan. tu yg serabut sikit.

ni pun aku masuk ofis baru ari ni. semalam aku kursus 2 hari. nak update pasal wedding Ai pun x sempat. rasa macam tercungap2 pun ada. tengah mencari kelajuan untuk selesaikan semua benda. ni pun aku stat buat pencapaian tahunan awal. so bila dah nak hantar tinggal edit je. sbb bila dah ujung2 tu biasa line akan jem giler. yela masing2 baru nak buat kan.

esok aku ikut akak balik kampung. mak buat doa selamat untuk rumah baru. kan mak baru pindah rumah kat kampung. xde la baru sangat dah lama dah cuma baru ada kesempatan nak buat kenduri.

anyway, nah aku bagi teaser sikit post tentang wedding Ai.





tema hijau kuning. suka sangat pic ni. hihihi







tunggu la bila aku dah boleh bernafas sikit baru aku update proper ok.








p/s : penat giler. minggu lagi satu kenduri kawin belah lelaki lak. fuhhhh......





Monday, June 9, 2014

Di Pinjam sementara

alkisahnye dak ofis aku yg sorg ni tgh menunggu hari. so nak xnak aku kena la ganti tempat die sampai die naik keje lepas bersalin.

aku kalau setakat tukar seminggu je aku ok lagi tapi kalau dah lebih 3 bulan tu yg rasa cam x best sikit la. yela aku dah biasa dgn grup aku kan tetiba sekarang kena masuk grup org. dah la cara kerja diorg, attitude pun lain. so bak kata org hati ada rasa sikit gundah gulana.

mood keje pun merudum.

cam malas nak buat apa2.

dah la masuk2 je grup diorg terus shift malam. hadeiiii la.

sampai pengasuh anak aku pun pelik kenapa aku minggu ni keje malam pulak padahal baru minggu lepas keje pagi. nak buek cemano kak. saya hanyalah kuli yg menurut perintah ketua nye.







serius, aku xde mood nak borak ke apa.
nak buat hal sendiri je.

dah la. jap lagi nak gi break makan. bye.










Wednesday, March 26, 2014

Dah malas berblogging

kalau ikutkan dah lebih 4 tahun aku berblogging. tu pun x termasuk blog kat friendster dulu. tu lagi lama. dari tahun 2005 kot. friendster pun dah tukar lain. blog aku yg dulu pun diorg dah delete. padahal kalau ikutkan sayang gak dgn blog tu. yela blog yg dulu tu lagi jujur kot. sbb yg baca pun kawan2 je kan.

memang dulu aku tulis je apa aku nak. xde sorok2 punye. memang macam tulis diari betul la. pastu bila masuk blogspot terus jadi tulisan ringan2 je. xde yg heavy pun. macam blog yg hepi je kan padahal....

anyway, sejak 2 menjak ni banyak la blog yg sezaman dengan aku dah makin kurang update. aku xtau la sebab diorg dah malas ke atau dah xde benda nak update. yela nak update apa je kan. dah tentu balik2 pusing benda yg sama. aku pun dah macam malas nak update sebenarnya tapi mengenangkan diari pun aku dah malas tulis so baik teruskan jela. walaupun mcam hidup segan mati x mau je kan.

lagi satu bila anak2 aku dah besar nanti, boleh la diorg refer sini. kot2 la ada benda yg aku lupa ke apa boleh je tgk kat sini. walaupun update macam x penuh je kan. yela dah kena cover sana sini. gambar muka sendiri pun xde. hahahaha mcam la ada org heran dgn muka aku kan. kalau Nora Danish ke lain la ye dak.

tapi tula bila yg lain2 dah x update tu yg aku rasa lemau sangat. macam xde hiburan untuk hari ni. ayat xleh blah kan.

aku rasa sbb aku lapo la. last makan berat kol 12 tadi.
pergh dah tahap nak pengsan dah ni.
sabo sabo... lagi 2 jam je.


pengsan terus......





p/s : see...kan dah cakap. update pun merapu je. baguih betul...



Thursday, January 30, 2014

Saya x sihat, cikgu

hai koranggsss....

beta x sihat ni. demam x baik2. mc dari ari isnin. ikutkan malas nak masuk keje ari ni. nk amik mc lagi tapi cam x sedap lak. so keje je la walaupun satu ari je pun. yela sbb ahad dah EL. harap maklum ye Johor dah mula keje ari ahad. esok dah cuti Tahun baru cina kan. lagipun keje x banyak sangat. buat sikit jela. buat syarat. hehehe

weekend pun x buat apa sangat. sbb Ari demam. ye, berjangkit dari die la ni. Nia pun demam jugak. cuma x teruk la. semalam macam dah baik demam tetiba ari ni masuk ofis, boleh selesema balik. ke ofis aku ni bawak penyakit? tapi memang la. slalu tu kalau lepak kat rumah ok je. tapi bila masuk ofis je mesti akan sakit balik. lagipun aku rasa sistem aircond kat sini dah nak kena servis kot. slalu je buat aku selesema tau.

anyway, ari ni balik je keje terus ikut mak n akak balik BP. ari sabtu baru balik sini. cam malas lak nak buat keje ari ni. x kemas baju lagi ni. hehehe







p/s : rasa cam nak makan domino's la tapi tekak x sedap. bila la nak baik ni? 


Wednesday, January 1, 2014

Selamat datang 2014

Selamat Tahun baru 2014!!!!!




ok tahun ni aku xde azam apa2 sangat pun cuma ada la beberapa perubahan dlm company aku yg buat kan semua org cam pening kepala termasuk la aku.

perubahan yg paling drastik ofkos hari bekerja. sbb sekarang johor keje ahad sampai kamis. jumaat sabtu off day. tu satu belum masuk jadual bertukar, dgn ada staf nak pencen la.

sbb tu la aku macam xde mood sikit nak update blog. terlalu banyak benda nak fikir. pulak tu sekarang kalau balik rumah aku malas nak main tenet. main dgn anak lagi bagus. so korg paham2 jela kalau beberapa minggu ni aku macam x update blog ye.







Tuesday, November 26, 2013

Today's ramblings

today was not like monday blues but even worse. coz the workload is craaaaazyyyy.... like you wanted to split yourself into 8 or 10.

november is a busy month. today was the worse. there's only two person left in my unit! all the others are occupied with seminars n there's also an event in our hall. so there goes all the other staffs. as i'm part of the customer service unit, i'm exhausted. i need to attend to customers. answer all queries and what not. sometimes the customers tend to ask silly questions like 'where's the restroom'.

i'm so tired that i wanted to lay my head on my desk and doze off. still a couple of hours to go. maybe i'll reward myself with a couple of dunkin donuts n hot chocolate. yup. that'll refresh me up.

owh god. can't think. need to focus.....erghhhhh...




 i need a vacation.
can't wait for december.
already book our hotel. =))






p/s : zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....................(imagining myself sleeping in a cozy bed)



Thursday, May 23, 2013

Payung punya pasal

semalam kebetulan masa tu aku dekat dengan pintu ofis. tetiba ada budak ni(budak ke? apa2 la yek) komplen kat aku. die kata payung die hilang. eh x, die kata payung die kena curi. pastu die nak buat report. ek eleh....payung je kot. beli jela yg baru kan. sbb payung xleh bawak masuk dlm ofis kitorg. ala mana2 syarikat n bank pun xleh bawa masuk payung.

anyway, die kata nk tgk cctv. sbb kitorg x bagi die bawak payung masuk ofis kitorg. aku dah macam what?? masalah nya, kat luar mana ada cctv. kat dalam ofis ada la. dah la die bising2 kat pintu keluar tu. ganggu org nak lalu lalang. kecoh giler. so aku suruh la die gi jumpa ketua aku.

bila die jumpa ketua aku, die bebel la benda yg sama. ketua aku pun cakap benda yg sama. die x puas hati gak. jadi die gi bahagian aduan lak. ketua bahagian aduan xde lak. die ada bengkel ke apa tah. so die jumpa bos aku lak.

lama giler die duduk dalam ofis bos aku. hahahah nampak sangat aku ni kepochi nak tau. diorg yg dekat2 dgn ofis bos aku kata die isi borg aduan. hmm.....

anyway setel tu, die keluar. muka lagi nak kelat. yg aku lak masa tu masih lepak dekat dgn pintu. aku nampak ada sorg mamat tu masuk bawak payung hitam. pastu die nampak mamat tu terus cakap 'syukriah'. ye, die ni minah arab. so maknanya die dah jumpa payung die la ek? entah. sbb lepas je die jumpa mamat tu, die terus jumpa bos aku balik cakap apa tah. die tarik balik aduan die kot.



camni je rupa payung tu. aku x tgk dekat2 la tapi hitam je kot. kan???



giler x giler la kan? pasal payung je boleh kecoh satu ofis aku. dah la main tuduh je yg konon nya kitorg punya sistem keselamatan x ok. padahal die yg biol x reti nak tanya kawan die dulu. pastu cakap asyik cakap payung die mahal sbb branded. dah tau branded xyah la pakai. simpan je kat rumah. tapi aku tgk x macam branded pun. hitam je. xde corak2 ke apa. bila pikir balik, kelakar pun ada. x penah2 la kitorg dapat aduan payung kena curi. kalau hilang pun, xde org kisah. sbb payung je kot. hahahaha

eh tapi semalam aku google ada rupanya payung paling mahal. harga 50k pound. giler la diorg ni. x caya korg try google. buat dari kulit buaya lagi. elok x elok aku xtau la. saje nak menghabiskan duit kot?










p/s : slalu yg buat aduan ni memang org 'die' je. budak2 lain hilang hp la, laptop la. lagi teruk. ko hilang payung je kot. macam penting sangat. eh penting la. pakai bila hujan. kan? hahahaha gelak evil...