I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, October 13, 2019

Kepuasan

Apa itu kepuasan?

Kejayaan?

Aku pun xtau.

Dalam aku cuba untuk mencari dan memperbaiki diri, aku perasan satu perkara. Yang setiap rezeki orang tak sama.

ada orang rezeki dia dapat sambung belajar sampai luar negara. Dapat Phd. Dapat kerja yang bagus. tapi di takdirkan belum berkahwin. dan orang itu masih gembira. sebab dia dah dapat apa yang dia cita2 kan selama ni. jodoh nanti pun boleh cari. yang penting dia puas.

ada orang kerja biasa je. kerani di syarikat. hari2 makan nasi dengan kicap sebab nak kumpul duit beli rumah. Ada keluarga bahagia dengan isteri dan anak2. Tapi dia bahagia. Sijil, ijazah semua tu x penting. sebab dia masih rasa puas. Setiap hari dapat bekerja dan beri makan kepada anak2 adalah kepuasan bagi dia.

Ada orang kaya raya. rumah besar, orang gaji ramai. Setiap bulan mesti keluar negara. Tapi dia masih rasa x puas. Bagi dia kejayaan dan kepuasan adalah bila semua orang kenal dia. Produk die terjual di merata tempat. baik di dalam dan luar negara. hari2 dia bekerja keras. tapi masih tak cukup.

bagi aku??

aku pun tak pasti.

Kadang aku cuba nak kejar cita-cita aku. tapi apa dia? Ada orang pernah cakap kat aku, yang aku patut bangga yg aku dah ada semua. Kerja, famili, harta. Walaupun x besar atau banyak mana tapi hidup aku boleh dikatakan selesa. Tapi adakah aku bahagia?

Itu yang aku perlu cari.

Kadang aku rasa perjalanan aku masih jauh. masih banyak yg aku belum tempuh. masih banyak yg aku belum teroka.

mungkin takdir aku belum sampai lagi. mungkin aku perlu tempuh kesusahan sebelum kesenangan akan datang.

mungkin...

ada orang cakap dengan aku jangan di nanti pada yg x pasti. cuba hidup dengan sehari hari. cuba mendalami dan menikmati hidup setiap hari.

hari ini.

bukan esok.

bukan masa lalu.




tapi hari ini.



No comments: