I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Friday, September 24, 2010

Mengharungi Banjir

semalam aku melalui suatu pengalaman yg agak men'stress' kan diri aku n agak menakjubkan jugak. semalam hujan lebat dgn petir n guruh. slalunye aku ni suka redah je hujan. lantak la kalau baju basah pun. tapi entah nape semalam aku leh lepak dgn budak2 ofis. yela takut gak tetiba je kena panah petir ke apa kan. tunggu dlm setengah jam pastu aku gi la kat tempat aku parking kereta bersama payung pinjam. thanks ye Aif. =)

sampai kat gold fish, aku terus la masuk kereta. kan hujan lebat. tapi aku nak klua xleh sbb ada kereta wira blok kereta aku. dah la aku parking hujung. mmg xleh elak langsung. nak naik divider, gold fish aku ni x cukup tinggi. ada la 15minit tunggu tapi still xde pemilik nya yg dtg n alihkan kereta die yg cam bagus ni. then aku hon banyak2 kali. still xde perubahan. masa ni mmg aku dah hot sesangat. so nekad meredah hujan lagi then masuk ofis tuk call security. security yg angkat call tu sgt comel ok. mmg la aku x nampak muka die sbb dlm telefon tapi suara die sweet sesangat. ok2 dah melalut dah. aku mintak die call pemilik kereta wira tu alihkan kereta die. then aktiviti menunggu. tepat jam 5.30 petang, aku jenguk luar ofis.

hujan dah reda dan tempat parking kosong! tinggal kereta aku je.
ceh boleh ek aku dah tunggu sejam baru la kereta lain nak keluar. ok fine. aku drive la cam biasa.

sampai mutiara rini je, banjir! lagi stuck kat situ je 15 minit.
sebenarnya air xla dlm mana pun cuma jln sempit. sbb tu la jem.

lepas je seksa kat situ, sampai kat jalan melalui Lima Kedai, banjir lagi!

mula2 aku ingatkan ada org eksiden ke apa kan sbb banyak giler kereta parking tepi jalan. tapi aku buat xtau je. depan aku ada 5 buah lori. semua pun bawak slow je. bila aku sampai je kat tempat banjir tu, air dlm giler! paras tayar kereta aku kot. dah la aku ni bawak kancil je.

tapi aku dah nekad. aku lalu je. nasib baik depan aku lori so kirakan diorg cam bagi laluan tuk aku la.
ok lepas. sukses gitu. tetiba cam nak lambai2 org. hehehehe
tapi betul la wey. aku pandang belakang aku, xde kereta lain yg follow aku tau. semua lori dgn van je. kiranya aku ni berani jugak la. hehehehe

tetiba aku terfikir, kalau la aku terpaksa tempuh banjir masa hujan lebat, mesti lagi haru kan. tu la org cakap, setiap yg berlaku pasti ada hikmah nye. kiranya aku berterima kasih sesangat la pada org yg blok kereta aku tu. kalau die x 'tahan' kereta aku sejam, mau aku stuck kat tempat banjir kan. owh tapi xleh le buat lagi. kalau ko buat lagi lepas ni, xdenye aku report kat security, aku bawak jentolak terus. alihkan je kereta ko tu. (senyum jahat)


lebih kurang camni la yg aku tempuh semalam tapi xde la sepanjang jalan.
kalau camni la banjir semalam, mau aku meraung kat situ sorg2 x gerak2. huhuhuhu







p/s : owh aku sampai rumah kol 6.30. dah macam perjalanan balik BP lak.



p/s/s : over tido sbb penat melampau semalam. sekarang perut dah berbunyi mintak isi. nak cari karipap la. tetiba lak ngidam.

No comments: