I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, February 14, 2013

Cuti CNY makan mee racun

post terakhir aku 10 hari yg lepas ek? hahahaha pemalas betul tuan blog ni.

owh ye hari ni valentine's ke? aku ni x sambut pun cuma ada insiden yg terjadi pada tarikh ni beberapa tahun lepas yg slalu buatkan aku nak gelak ada. nak marah pun ada. cerita nye? xpela biar aku dan 'dia' saje yg tahu. hehehe

anyway, ari ni aku baru naik keje. yep bercuti panjang aku untuk CNY. dan lagi yg membuatkan aku cuti panjang ialah abang aku satu famili........drumroll pls....... turun jb!!!

memang excited la aku kan. so ari jumaat malam sabtu aku, mak n Ai balik kampung. sbb abang turun bp dulu baru gi jb. nak jumpa atuk aku dulu.

sampai pun dah kol berapa masa tu. ingatkan balik ari jumaat x jem la. xde maknanya. jem jugak. sampai ke simpang renggam jem. nasib baik mak mendengar kata balik malam tu. kalau balik pagi sabtu? jadi cam abang aku la. gerak pagi sampai rumah atuk dah petang. jem teruk kat nilai n simpang ampat kot.

ari sabtu ada kenduri kawin adik angkat akak aku kat kluang. xtau nape ari tu panas betul. sian Nia berpeluh sakan. ingatkan balik kenduri abang sefamili dah sampai la. dekat kol 4 baru diorg sampai. 



Selamat Pengantin baru buat Rena dan pasangan.



sori aku x ingat nama pengantin lelaki. aku tau gi kenduri kawin makan, salam2 pastu balik. hahahaha

malamnya xde plan apa2 tapi abang sibuk nak makan mee racun. die ajak wife die tapi katanya penat kan so die x ikut la. n di sebabkan aku pun nak ikut, aku pun tawar diri nak drive tapi abang belanja. boleh? hahaha boleh saje kan. kitorg ni nama je kampung kat batu pahat tapi x penah makan mee racun. so nak tau gak rasa die camne.

kami pegi berempat Ai, adik, aku n abang. campur Nia berlima la. aku mana leh tinggal si kecik tu. kang rindu camne. hehehe konon nya akak n BIL pun nak join tetiba masa kitorg on the way diorg cancel lak. ala diorg bila2 masa leh pegi. org Key-el ni bukan slalu datang sini. abang aku la tu. hahaha






nama kedai.




sampai2 je xtau nak order apa. dah la org ramai giler. yela sbb cuti CNY kan. tapi memang full house la. sampai kitrog nak duduk pun kena carik kerusi.

kitorg order mee racun biasa 2 je. sbb dah dinner kat rumah atuk. tapi lambat sangat. yela ramai org. so abang order la sate 10 cucuk. boleh tahan gak la rasa die. sedap.






inilah mee racun. merah menyala color die.









upclose. panas2 lagi ni.





rasa die? bagi aku biasa je. xde la wau sangat. sedap gak. sama cam mee goreng biasa cuma x rasa kicap tapi rasa sos apa xtau la. owh pastu dalam tu cuma ada mee n telur dadar je. but still sedap la

kedai ni gerai tepi jalan dalam kawasan Taman Gembira. jalan apa aku xtau sbb aku ikut je abang. sebelum ni akak dah bawak die datang sini tapi masa tu gerai tutup. so kalau nak tau katne, sila la tanya diorg ye. aku kalau bab alamat ke nama jalan ke memang x ingat. aku tau makan je. hehehehe

ahad lak xde aktiviti apa. cuma malam tu ada buat bbq. pastu ada bakar2. otak2 pun ada. gambar je xde. sbb tuan blog sibuk makan sampai xde masa nak amik gambar. owh famili pakcik aku pun datang. tapi lambat sikit la. siap bawak Domino's lagi. yela cousin aku keje situ. tapi masa tu aku dah full sangat. makan macam2 sampai dah terduduk xleh bangun2. hehehe

isnin kami dah gerak balik jb. abang n famili nak jalan2 pusing jb lak. mak hantar atuk gi mersing rumah makcik aku. so aku n Ai tumpang kete abang. hahaha dah macam raya kitorg lak kan. sampai2 jb je tuan kete mintak singgah makan kacang pol. aku ikutkan jela diorg ni. pastu pusing2 kat area bazar karat. siang2 memang xde apa la. kedai pun banyak tutup. so diorg hantar aku balik rumah.

anyway, memang best la cuti kali ni cuma cam xde banyak tempat nak pegi. yela kedai banyak tutup. next time korg datang jb lagi, iols bawak jalan2 cari makan lagi okeh!









p/s : hari ni tumpang org gi keje. terasa patah kaki. nak singgah mana2 pun xleh. huhuhu





No comments: