I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Jalan2 cari pasal. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 cari pasal. Show all posts

Monday, October 19, 2020

Hobi baru


Hai korangss


Sejak dunia kita di landa virus covid-19, agak sukar jugak nak plan aktiviti riadah. banyak tempat tutup. sebelum ni kan aku dah mula aktif masuk larian 5km tapi bila dah pkp terus stop. 

so fikir punye fikir, kawan aku cadangkan buat aktiviti pegi joging jela. lama2 bosan plak asik trek yg sama je. so kita tukar cari bukit untuk ada panjat2 sikit. bagi kuatkan stamina.






 
pemandangan aku minggu lepas.

 

 

gunung tertinggi yg aku daki buat masa ni.

memang mencabar mental dan fizikal. badan x penat pun cuma kaki rasa sakit sikit je.

next trip mungkin bulan depan la kot. 

perlukan masa untuk pulihkan tenaga dan kaki. hehehehe

oh aku bukan pergi sorang. gila ke. kang apa2 jadi x ke naya.

aku pegi dengan grup larian yela sbb nak masuk larian pun dah xde kan. jadi mari la kita mendaki. oh minggu depan diorg pegi gunung angsi. tapi aku x join la, nak naik gunung yg satu ni pun macam dah nak tercabut kaki aku. lagi la nak naik gunung angsi plak kan.


ok dah xtau nak taip apa. hahaha

macam x biasa plak.

ok bye






Sunday, July 19, 2020

Bersantai di tepian pantai

Salam semua...

Minggu lepas rumah aku telah di serang oleh famili aku.

cerita nya macam ni. adik aku, Ai yang dah lama x balik sejak pkp nak balik jenguk mak ayah aku kat kampung. dah alang2 die datang johor tu, die nak la singgah rumah aku. dan tetiba diorang semua pakat2 buat rombongan nak datang dan tido rumah aku.

dan kebetulan jugak masa tu kakak aku memang dah ada kat rumah aku. pun nak tido rumah aku. jadi macam mana tu ye? 😅

memang macam raya la. riuh rumah aku. itu belum lagi drama masa nak tido. macam2 la budak2 ni. ye anak2 aku dan sepupu2 nya la. xkan aku lak yg berdrama. 😆

anyway, esok pagi nya x pasal2 kitorg ke pantai la plak. pantai paling dekat desaru tapi mak aku xnak. jadi mari la kita ke Tanjung Sedili.














masa ni panas macam hape tah. yela sampai sana dah kol 10 pagi.
tapi budak2 ni elok je. aku sampai ke ari ni kaki aku masih sunburn... :(

habis je mandi, mak dan adik2 aku pun balik.
aku pulak sambung misi cari makan dengan kakak aku.

kitorg makan kat jeti Sedili.
saje jela ikut signboard tepi jalan. jauh sampai ke dalam tempat nya.





tapi puas hati jugak la dapat makan seafood.

Nia suka sangat. siap pesan mintak datang lagi nanti.

ok sayang. bila ada masa kita pegi lagi ye.





Wednesday, July 5, 2017

Jalan-jalan beraya di Petronas Street Smart, Puteri Harbour

ini sambungan entry ini.



pagi Jumaat Abang ajak gi jalan2 cari makan tapi Adik x join sbb die keje. gerak pagi konon nak pegi kedai roti salahuddin yg femes tu skali ari jumaat tutup. so xtau nak gi mana, kitorg gi Petronas Street Smart kat Puteri Harbour.

aku datang sini dgn Nia n Ari dah 2 kali dah. first time datang sebab nak buat survey area situ. so bila kitorg datang lagi kali ni dgn Addin n famili Abang lak, Nia macam ketua tourist la plak. pandai2 je die gi masuk pastu cakap kat Addin masuk sini free tau. pastu boleh amik belon dgn sticker. sesuka hati die je. nasib la budak kat pintu masuk tu nak jugak melayan. adehh...

bila masuk, terus laju je Nia bawak Addin main. sian Ari kena tinggal. dah la famili aku dgn famili Abang je yg ada kat situ. memang macam raja la budak2 ni kan.







simulasi akibat melintas di tengah jalan...






















ye ye je Nia bawak moto kan.... hahahahaha



ni jela gambar budak2 ni yg sempat aku snap. yg lain2 banyak gambar kitorg selfie je. hahaha eh bagi can la mak-mak nak selfie kejap. dah habis bergambar kitorg rasa lapar lak. so kitorg cadang nak makan kat Larkin je. nape jauh sangat sampai ke sana? sbb kat situ makanan semua sedap2. heheheh

tapi sebelum tu, kita buat sesi bergmbar dulu kat Puteri Harbour. tapi macam biasa la budak2 ni. berenti kejap je x sempat aku amik gambar, diorg dah blah dah. haishhh














#cousinsforlife




kira ok la ni kan?




kitorg gi makan kat Plaza Larkin. kat sana nak makan apa pun ada. nasi ayam, nasi lemak, nasi goreng. menu special ada mee rebus Stulang, kacang pool Haji, cendol durian. naik buncit perut aku makan. hehehe

setel makan, kitorg terus hantar Akak balik pastu Abang gi beraya rumah aku. diorg ni kira tetamu raya pertama aku tahun ni la. mak dgn Akak pun belum raya rumah aku lagi.

tahun ni xtau la kenapa aku macam beria2 sangat prepare untuk raya. eh bukan aku yg eksaited. Nia yg suka sangat nak raya. siap suruh aku buat biskut raya dgn beli lampu lip lap. hahahaha eh korang xnak datang rumah aku ke? penat aku kemas rumah tau. tapi kalau nak datang, kena bawak duit raya untuk Nia & Ari sekali tau. ;P



eh lupa lak.

ok ni details :

Petronas Street Smart
Puteri Harbour
bersebelahan dengan Hotel Jen
bermula dari 15 April - 30 September 2017
buka 10am - 7 pm
masuk percuma




Sunday, July 2, 2017

Jalan-jalan beraya di Forest City

kan ari tu aku cakap Abang n famili nak datang beraya ke JB kan. so ari kamis tu aku amik half day. Akak pun balik keje awal. kitorg dah janji nak jumpa kat rumah Gelang Patah. sampai je sana Akak cakap kol 3 baru gi beraya. aku dah la lapar. pagi nya aku sarapan roti je. perut dah bunyi kruk2 dah...

so kol 3 kitorg gerak gi beraya rumah Ayah. pulak tu Ayah ada buat mee goreng. kitorg makan dah macam piranha dah. mee goreng tinggal sikit je dalam mangkuk tapi masing2 segan nak habiskan. hehehe lepas tu kitorg bergerak ke Forest City sambil2 bergambar raya. tapi gambar semua macam apa tah. budak2 ni semua x reti duduk diam. lagi2 Nia dah jumpa Addin kan. laju je diorg ni jalan sana sini. haishhhh






x sempat nak snap masing2 dah jalan tempat lain. hahaha











typical Ari.....hahahahah








budak paling hepi kat situ....





pulak tu kat Forest City pool die dah buka pada umum. siap ada water slide besar. lagi la budak2 ni meroyan nak mandi. terpaksa kitorg cepat2 blah gi rumah Akak. banyak sangat dugaan kat situ.

malam tu kitorg gi Bazar Karat. Abang kata saja nak pusing2 situ. sebelum tu, kita gi makan dulu. konon nak ajak Abang makan kat IT Roo Cafe tapi penuh. gi Boat Noodle pun penuh. last2 kitorg gi makan kat restoran Nasikkk. masing2 order nasi goreng lain2 tapi bila sampai semua rupa dan rasa sama je. hahahaha nasib baik sedap walaupun pedas. tetiba Adik whatsapp kata nak join.

setel makan, si kecik Aamal dah mula meragam nak main. so x jadi pusing Bazar Karat, kitorg berpindah ke Dataran Bandaraya lak. Nia dgn Ari cam biasa la kalau sampai sana mesti nak naik kereta. Addin nampak Nia naik, die pun nak jugak. so Nia naik dgn Ari, Addin naik dgn Aamal. Nia kan dah biasa so laju jela die bawak. Addin bawak slow je. hahahaha sejam je kitorg kat sana pastu terus balik rumah Akak. Adik pun tido rumah Akak.

esoknya Adik gi keje, kitorg lak gi jalan2 cari makan. hehehehe

sekali bersambung daa....



Wednesday, February 1, 2017

Legasy Hj Mudakir

Baru je awal bulan ari tu dah gi jalan, ni nak gi jalan2 lagi. jalan x jalan sangat la. lebih kepada jumpa sedara mara je.

masa cuti tahun baru cina ari tu sepupu aku kahwin. ikutkan macam malas nak pegi sbb kitorg kena gi reunion famili besar kitorg kat Segamat. hari yg sama lak tu. so bincang2 last2 mak kata pegi je dua2.

pagi jumaat aku, akak, mak n ayah gerak gi Selangor. cam biasa la kitorg lepak rumah Ai. rumah Ai kan kat Shah Alam, dah alang2 gi sana kan jadi kita singgah la Laman Seni kejap.





photoshoot gaya apakah ini??










comel ke tu?





pastu gi I-City lak. cuba cari objek tersembunyi.



hahahahahaha









mamarazzi





malam tu kitorg gi rumah pakcik aku. kan ari sabtu majlis kawin sepupu aku. ikutkan pakcik aku suruh stay je rumah die sampai esok tapi kitorg nak gerak ke Segamat awal. so lepak rumah pakcik aku kejap jela.

pagi sabtu, kitorg gerak dari rumah Ai dalam kol 8. dah janji dengan abang aku nak jumpa kat Melaka je. skali jem giler sampai ke Melaka. huhuhuhu dekat sejam gak la kitorg stuck kat RnR Ayer Keroh. sambil2 tunggu abang aku sampai kitorg terus tukar baju. kitorg ada buat baju satu famili. tiap2 famili pun ada buat.untuk senang kita kenal famili lain.

bila masuk bandar Segamat pun jem giler. kitorg sampai kat rumah makcik aku ngam2 kol 2. masa ni diorg semua tengah lepak2 sambil makan. ikutkan pagi tu ada aktiviti mewarna dengan sukaneka. x dpat join aktiviti diorg. xpela yg penting dapat jumpa sedara mara. bukan senang nak berkumpul camni. lagi2 adik-beradik ayah aku ada 11 orang. ayah aku anak ke 9. 3 org makcik aku dah meninggal. tu pun ramai dah macam kenduri kawin dah. hahahaha











keluarga besar kami. nampak x kitorg kat mana?






tahun depan diorg nak buat lagi tapi macam xde siapa pun nak volunteer. kalau nak harap famili kitorg memang x la. susah kot nak organize. dgn nak cari dana n sponsor lagi. haduhhhh peningggg....






Wednesday, December 14, 2016

First family outing

masa cuti sekolah ari tu ayah ajak kitorg gi holiday. bukan slalu dapat gi jalan2 dgn ayah kan. so kitorg plan dari bulan 11 lagi. yg jadi tukang arrange semua aku la. tapi xpe yg penting semua hulur duit, aku tolong carikan je.hehehehe

punyela lama plan, last2 kitorg set pegi masa cuti maulidur rasul. so kamis malam tu aku gerak balik BP dengan Adik. pagi jumaat aku, Adik, mak n ayah gerak ke Negeri Sembilan (NS). Al cam biasa la x ikut. Famili abang dengan famili Ai tunggu kitorg kat NS je.

gerak dari BP dalam kol 7 kot. kat NS kitorg ada sewa homestay tapi checkin pun lambat lagi kan so kitorg mandi laut dulu lah....tapi x main la kat Port Dickson, itu dah biasa sangat. dah la ramai org. so kitorg lepak Teluk Kemang. Famili abang memang dah sampai dulu. so diorg dah siap2 sewa meja. kat sini memang ada sediakan kerusi meja untuk berkelah. sewa satu hari baru dalam RM30.






 seronok betul budak dua org ni. =)


















masa mandi laut tu Ari dah mula macam nak demam. aku ingatkan die ok. so aku suruh la die mandi laut biar kebah sikit. skali makin panas lak. malam tu gak kitorg gi cari klinik. lepas balik klinik, ok la pulak budak tu. haishhhhh.....

masa ni jugak la henfon aku biol. so kebanyakan gambar yg ada ni adalah ehsan dari abang. huhuhu

setel mandi laut, kitorg terus checkin homestay. Homestay yg kitorg sewa ni, rumah die besar, ada 4 bilik 3 bilik air. memang selesa betul la. sehari baru RM300. mana nak dapat kan? kalau ikutkan kitorg nak tido situ 2 hari tapi ari sabtu dah ada org lain booking lak. = ((

petang tu gak baru famili Ai sampai. sian famili Akak x dapat ikut cuti. kalau x, mesti lagi best. malam tu, lepas bawak Ari gi klinik kitorg terus gi makan kat restoran mana tah. malas nak ingat sbb masakan pun rasa ala2 je. lepas tu terus lepak kat PD Waterfront city. tempat nye ok la untuk budak2 main kejap n lepak. dapat la Nia, Ari n Addin main buih sabun kejap. tapi si Ari tu bukan pandai main pun. habis kepala Nia penuh sabun. hmmmphhhttt....

pagi sabtu, Nia dah sibuk nak terjun dalam kolam. owh kat homestay kitorg tu memang ada kolam mandi untuk budak2. kalau mak pak nak masuk pun boleh tapi sempit la. hahahaha

dalam kol 10 camtu kitorg dah checkout dah sbb kitorg ada misi mencari kuih keria!! kat mana lagi kalau bukan kat MELAKA!!!!

mula2 singgah beli Coconut shake kat sebelah Petron tu. org kata kat situ la paling sedap. paling original tapi nape aku rasa biasa je? mungkin sbb aku dah biasa minum yg banyak aiskrim kot? owh kalau korg rasa taste korang cam aku, korg boleh try coconut shake kat Ayer Hitam. memang sedap bak hang. aiskrim vanila die letak banyak. me like. =))





imej google. ni kedai lama. yang baru kat sebelah masjid.




kitorg sampai ngam2 kol 1 tapi hampeh. baru tunggu x sampai 15 minit kuih keria dah habis!!! owh kedai kuih keria tu stat buka kol 1 tapi ramai org yg dah beratur awal. masa kitorg sampai pun, org dah beratur panjang sampai keluar dah. belum lagi yg baru sampai. sian Ai ngidam nak makan.

so kitorg teruskan perjalanan gi cari makan sambil gi checkin homestay. skali bandar melaka jem giler. dah la masing2 kelaparan. nasib baik Ai sempat tapau pizza. sampai homestay masing2 terus makan n lepak. petang tu ayah ajak kitorg lepak Pantai Klebang.









mula2 gi muzium Kapal selam. tiket masuk rm5 seorang. ok la tempat ni. tapi ruang dalam kapal tu sempit giler. camne la org yg keje dalam kapal tu boleh tahan ek?

lepas tu lepak2 sambil makan kueh tiao goreng memang sedap giler. ingatkan nak makan dalam bustel tapi cam panas je duduk dalam tu. pastu aku nampak ada tempat mandi awam ke apa tah yg siap ada patung ikan paus ke apa. cam pelik je mandi kat situ. dah la tempat open. si Nia dgn Ari sibuk nak mandi. memang xla aku bagi. dah la x bawak baju.

kebetulan dah sampai Melaka, kawan mak ajak kitorg datang rumah die. kebetulan die buat kenduri cucu die sunat. kami ok je sbb dapat makan free. hehehehe

esok nya kitorg dah nak kena checkout dah. cam x puas je jalan2 ramai2. rasa macam hari raya pun ada cuma bukan kat rumah mak la. hahaha tahun depan nak buat kat mana pulak ye?






Monday, November 7, 2016

Cuti hari Hol Sultan Johor

minggu lepas xtau nak gi mana. cuti 3 ari sbb ahad cuti hari hol sultan Johor. kebetulan mak balik JB xkan la ktorg x ajak mak gi jalan2 kan. so Akak ajak aku n mak gi Aeon Tebrau.

ari jumaat aku gi amik Akak kat rumah die pastu terus gerak. (malam sebelum tu mak tido rumah aku). sampai2 je kitorg terus gi wing baru Aeon. Aeon Tebrau kan dah dibesarkan. parking dah besar, kedai2 dalam tu pun makin banyak  Akak nak gi Kaiso. Kaiso tu klau dalam google macam Ikea la. so Akak excited la nak gi sana.

aku ingatkan Kaiso tu besar sangat la. skali kecik je. xtau la kalau diorg buat kedai sementara ke apa. sbb barang2 banyk x berkemas siap ada kotak2 lagi. boleh lak masa tu gak la si Ari ajak main sorok2. nasib baik jumpa. macam nak gugur jantung aku. yg si Nia memang dah melalak dah sbb ingatkan adik die hilang. haishhhh Ari....Ari..... pandai sangat budak ni.....

pastu xtau nak buat apa, layankan jela anak2 aku bergambar.






posing stail apa ni?






amik gambar cara berseni konon nye ni.













dekat wing baru ni memang banyak patung jepun ni. ada yg tema ikut negara cam Britain, Jerman, Singapore pun ada. tapi nape Malaysia xde ek?

pastu xtau beli apa lagi tah terus balik. hampir sesat gak la kitorg sbb tempat tu besar sangat. nasib baik amik gambar banyak tadi. so kitorg tengok je gambar2 tu untuk trace jalan balik. hahahahahah eh tapi kira bijak la kan. so lepas ni memang kena amik gambar banyak2 la supaya senang kalau tetiba tersesat lagi. =P






Thursday, October 27, 2016

Konvokesyen Adik

minggu lepas kan minggu konvokesyen. Adik aku pun konvo. die yg penghabisan la. eh x jugak. yg lagi sorang tu lama lagi. hehehehe

ikutkan aku malas nak ikut gi tgk adik tapi nanti sape lak nak ganti drive bila ayah penat kan (ayat ngampu diri sendiri). jadi terpaksa la aku pegi. hehehe yg gerak dari Johor cuma Adik, mak, ayah, aku n anak2 aku je. sebabkan Adik konvo kat Selangor, so kitorg memang dah rancang nak tido rumah Ai. n famili abg akan jumpa kitorg kat sana.






sebelum balik BP, sempat lagi membeli belah kat pesta konvo UTM. hihiihi

aku gerak balik BP ari jumaat malam sbb tunggu Adik balik keje. skali sampai rumah mak, jalan tutup. lupa lak ari jumaat rumah mak ada pasar malam. nasib baik masa tu dah kol 9 so xde la tunggu lama sangat.

esoknye pagi2 kitorg dah buat sesi photoshoot. kebetulan Akak balik rumah mak mertua die kat BP, so die pun datang rumah mak nak join photoshoot skali. tapi amik gambar pakai henfon biasa jela. xdan nak amik photographer bagai.

kol 10 ayah sampai je kitorg terus gerak ke Selangor la kita. hehehehe

sampai Selangor terus roger2 Ai pastu terus gi makan kat foodcourt Aeon. malas nak cari tempat makan jauh2. setel makan terus lepak kat rumah Ai. malam tu famili Abang sampai.




SIL bawak mini kek.




2 hari sebelum tu hari jadi Akak. cian die n BIL x dapat ikut. kalau x boleh sambut besday sama2.

Abang n famili lepak x lama pun sbb si kecik Aamal x sihat lak. so die macam cranky sikit la. tapi diorg dah janji esok nak datang masa Adik konvo. malam tu Ai bawak kitorg makan kat tempat special kat Petaling Jaya. ikutkan nak makan dekat2 dengan rumah Ai je tapi banyak tempat full house. nasib baik makanan semua sedap2.




Ari x tahan tengok udang besar2.






menu favourite kitorg malam tu : nasi goreng ketam



menu lain :



mix plate






lasagna daging





lasagna sampai last. tu yg pinggan dah dekat kosong dah. masing2 pun masa tu perut dah ketat. tapi sedap gak. cuma banyak sangat daging. pasta kurang. tangan Nia sibuk nak tunjuk sign 'good'.


habis je makan masing2 dah macam ular sawa. tu pun nasib baik awal2 Ai dah warning jangan order banyak2. sbb portion die memang besar. satu pinggan tu untuk 5-6 org makan okeh.

ari ahad pagi mak, ayah n Adik gerak awal gi tempat konvo. kitorg gerak dalam kol 11. yela kalau aku ikut mak pun bukan buat apa2 kan. sampai je tempat konvo terus mak ajak bergambar kat studio. upacara pemberian sijil dah setel tapi petang Adik ada upacara ikrar la plak.

so Adik masuk dewan, kitorg gi cari makan kat pesta konvo.






terjumpa pau cendawan femes. boleh tahan sedap gak.

Adik setel ikrar dekat kol 6. lama giler kan. kitorg balik malam tu gak. sbb esoknye Nia sekolah. so erm aku xde la berjalan sangat pun. lebih banyak penat menunggu je. nasib baik Isnin tu aku amik cuti.

anyway, aku nak ucapkan tahniah to my beloved sister, Adik.
penat lelah ko selama ni berbaloi.
cam x biasa lak panggil ko doktor.
cepat2 simpan duit, boleh cepat.....uhuk...uhuk.... kawin....heheheheeh











Wednesday, September 21, 2016

Old Street Commercial Centre, Batu Pahat

sempena cuti Hari Malaysia, aku, Akak n famili Ai balik cuti rumah mak. dah alang2 tu mari la kita pegi Old Street.

apa tu Old Street?
entah. hahahahah
ok la. nah gambar.



imej google



ni gambar masa hari siang. kalau malam baru happening. happening ke?
pening ada la. hahahaha

kitorg gerak dari rumah mak lepas maghrib. ala rumah mak dengan area bandar tu xde la jauh mana pun. owh Old Street ni dekat dengan jalan bukit Soga n Sekolah Bentara Luar. kalau xtau gak, korang google atau waze jela eh.

kitorg sampai sana dekat kol 8 kot. dari traffic light ke simpang masuk Old Street tu memang dah banyak kereta. kalau nak parking dekat2 memang x dapat la. kitorg parking kat lot kedai belakang. menapak sikit pun xpela.

yg buat kan tempat ni best mungkin sbb die ada garden roof eh nama die. aku pun xtau. hahahah nak naik ke atas ni pun satu hal gak nak cari pintu masuk die. tapi seingat aku dekat2 dengan kedai runcit barang2 dari korea rasa nya. aku lupa lak nak amik gambar kedai tu. tapi barang2 dalam tu memang rare la. ada air susu pisang, biskut yg biasa Sinchan makan tu pun ada tau. cuma xtau la halal ke x. so kitorg x beli apa2 pun kat situ.

so jalan sikit baru jumpa tangga nak naik ke atas. naik tingkat 2 tau. sampai2 je nampak ada budak2 kecik naik kereta yg pakai controller tu. xtau kira sejam berapa. tapi biasa rm5 tuk 15 minit kan?

jalan2 lagi nampak la ada kedai jual air buah, cafe jual aiskrim, ais blended, jual waffle lagi apa x ingat. tapi kedai2 ni memang kecik je. pastu ada la figura bentuk Mickey Mouse, Minions, memang best la nak amik gambar. siap ada rumah kecik 7 dwarfs. hehehehe





peace ke tu Ari? hihihihi









kalau dah nama Ari n Nia, memang x reti duduk diam. sesuka ati je naik patung lembu tu. korang jangan buat camni lak ek.






kedai Doraemon. xtau jual apa. 
ada penampakan budak baju pink di situ. keh3







masa sampai kat rumah kecik 7 org kerdil, kitorg pun amik gambar la kat situ. dah setel, terus nak balik la. org pun dah mula ramai masa ni. boleh lak Nia dgn Ari xnak balik. pastu diorg photobomb gambar org. haishhhhh ..... aku pun apa lagi terus dukung budak2 ni. nak tunggu diorg memang xtau bila baru habis. best sangat main agak nya.

kitorg lepak situ x sampai sejam pun dah rasa nak balik. org memang ramai giler. so kalau korg nak datang, baik datang awal. makanan die aku xtau sedap ke x. yg aku nampak harga memang standard cafe la.

gambar aku memang xde langsung. habis tu bila aku nak amik gambar je, mesti Ari dah enter frame dulu. huhuhuu

ok pada yg xtau, boleh google
Old Street Commercial Centre
betul2 di simpang traffic light ke jalan Parit Besar
garden roof buka dari 3pm-3am.




Monday, September 19, 2016

Cuti Hari Malaysia dan Sambut Besday

Selamat menyambut Hari Malaysia uolsss!!!

minggu lepas masa cuti tu aku n Akak memang dah cadang nak balik kampung. yela masa raya aji ari tu kan kami x balik. so dah alang2 cuti 3 ari kitorg pun balik la. cam biasa la Akak amik aku kat rumah pastu terus gerak balik BP. BIL cam biasa gak keje.

sampai2 je rumah mak, terus ajak mak gi BP Mall. 27 Sep ni kan besday Nia n Fathia. so Akak ajak aku n mak sambut besday diorg awal. yela bila lagi dapat jumpa diorg kan? owh Ai balik ari Sabtu. sbb tu la ajak mak gi shopping. sbb hadiah x beli lagi. owh nak belikan hadiah tuk SIL aku, Ain gak sbb bersalin 15 Sep. x dapat jadi baby hari Malaysia kan. huhuhu sampai ari ni aku x jumpa baby die lagi. baby asik kena tahan wad je sbb kuning. wait for maklong ye Auni. hihihih eh tetiba kita jadi maklong la. si Nia dah tentu la jadi kakak kawasan. hehehehe

malam tu kitorg x masak apa2 yg special pun. Akak beli mee bandung. itu pun makan sampai esok pagi. hehehe owh atuk masak ayam pencen masak lemak. sedap woo.

esoknya sementara tunggu Ai n famili sampai, kitorg pun siap2 nak masak laksa johor. ada org tu ngidam. aku x ingat bila kali terakhir mak masak laksa johor. 10 tahun lepas? ke 15 tahun lepas ek? dah lama mak x masak laksa kan jadi rasa macam leceh giler seyh nak buat laksa ni. beli kan senang. lagipun aku lebih suka laksa penang. aku ni kalau ikutkan, tiap2 minggu kot beli laksa johor. huhuhuu

nak jadi cerita, masa mak tengah rebus spagetti tu, mak kata spagetti nye nape besar. skali bila aku tengok, rupanya mak terbeli fettucini. patutla pasta nya besar. jadi kita makan laksa johor fettucini pun boleh. hahahaha




menu hari itu: laksa johor, kuih cara berlauk, 
cucur nangka, tauhu sumbat, kuah kacang




siap je masak, Ai n famili pun sampai. yang Akak dah siap2 nak ajak aku gi beli kek besday. kebetulan Akak nak beli barang kat Cowboy. so singgah sana dulu. aku kan x penah gi Cowboy. yes, seriesly x penah pegi. hatta yg kat Kulai tu pun aku x penah pegi okeh. Cowboy yg kitorg pegi ni cawangan BP. padahal sekangkang kera je dari rumah atuk aku. tu pun kalau Akak x ajak, memang aku xkan jejak ke sana la.

sampai2 je rasa macam ala mesti cam hyper market yg biasa tu kan. skali bila masuk terus rasa wooowwww.... hahaha ye aku jakun uollsss. sebab semua benda ada. dari helmet ke tupperware ke barang lektrik ke macam2 lagi la. kalau bukan sbb Akak nak cepat, mesti kitorg lama kat situ. aku pilih biskut je pun dah lama giler. hahahahah





sumber google



setel bayar barang terus gi cari kek lak. ikutkan Akak nak beli kek sedap kat kedai apa tah. aku suruh Akak beli yg biasa je. ala budak2 ni bukan kisah pun. eh gambar kek diorg aku x snap lak. lantak la ek. sampai rumah terus potong kek.

malam nye mak ajak gi Old Street kat bandar. yg tu aku cerita lain entry okeh.

kitorg balik esoknya. bagi can kat Nia n Ari main dgn Fathia. malam tu Fathia muntah2 lak. xtau la makan apa, terkena bulu kucing ke apa. nasib baik esoknya ok. kitorg balik dlm kol 8 lebih camtu.

bye bye Fathia.
xtau bila jumpa lagi.
geram nak cubit pipi die tu.







Thursday, September 1, 2016

Sambut besday mak

minggu lepas mak balik JB. macam biasa la mak ada checkup kat klinik sini. dah alang-alang mak ada kat sini, kita ajak la mak jalan2. kebetulan gaji lak dah masuk.memang best la nak berjalan. tapi masing2 blur xtau nak gi mana. last2 gi Aeon je. hahahaha

gi dgn mak n Akak je. yg lain dah tentu keje kan. kitorg jela pun yg free. sampai2 je terus masuk Aeon. aku nak cari t-shirt lengan panjang. dah bosan pakai blouse. hehehe cari2 xde yg cantik. ada pun kat bahagian plus size dgn maternity. apakah? hahahahah

lepas tu xtau nak buat apa terus cari tempat nak makan. makan kat Black Canyon Coffee.




arah jam : hor fun, tomyam ayam, sayur chapchai, kerabu mangga, ayam sweet sour




kitorg amik set untuk 2 org makan je. tambah kerabu mangga dgn hor fun. kerabu tu memang sedap gilos. tgh2 makan tetiba Ari nak gi toilet lak. die kan dah x pakai pampers. so 2 kali aku berlari dukung die. org tgk aku dah macam apa dah. si Ari ni bukan leh main2. die kalau sakit perut memang kena terus gi toilet. takut terburai je tengah jalan. huhuhu

lepas makan, kita dessert aiskrim McD lak. ingatkan nak makan perasa coklat hershey tu tapi branch yg kitorg gi tu xde lak. so semua makan perasa vanilla je. then balik rumah jap pastu teruskan perjalanan mencari durian. yeah!!!

pusing2 semua jual durian kacuk je. kitorg ni nak makan durian kampung. pastu lalu Tun Aminah tengak ada satu gerai tu banyak durian tapi xde signboard. kitorg pun terjah jela. durian kampung 3 biji rm20 okeh! warna kuning, lembut, lemak berkrim. rasa sedap gilos. x pasal2 beli sampai rm40. huhuhu

kitorg kopek makan kat situ terus. bila x habis baru bawak balik. ada gak dapat yg x elok tapi diorg terus tukarkan lain. kira ok la kan. dari beli yg sekilo rm20.





makan durian pastu minum air kelapa...memang terbaikkk


kan besday mak 30 Ogos. so ni kirakan jalan2 dan makan2 besday la ni. sbb besday mak kan jatuh ari selasa. kalau nak balik rumah mak cam susah la kan. tapi cam x best lak x balik. so semalam aku n adik balik rumah mak sempena cuti hari kemerdekaan. kira surprise la nih.

malam rabu adik balik keje kol 9.30 terus kitorg gerak balik rumah mak. sampai je depan pintu, Nia terus jerit2 panggil maktok die. terkejut mak. hahahaha

esok nye kitorg x plan nak gi mana2. tapi Adik gedik nak gi jalan2 cari makan macam Ai buat. ok la kita layankan jela. gerak kol 12 sbb tunggu Nia buat keje skola. aku kan tiger mama. hehehehe Adik suruh cari Cendol Akbar. dalam google kata cendol tersedap di Batu Pahat. ye ke?





 imej google



bagi aku rasa die boleh la. nak kata superb tu xla. mungkin sebab gula melaka die kurang? well mungkin la. tapi memang gerai die sentiasa penuh. nak cari pun agak susah sbb signboard die kecik je. owh alamat kat Jalan Engan ye. dekat2 dengan Jalan Penggaram. susah2 sangat korang google jela.

next plan makan murtabak lak. tapi kitorg kenyang lagi. so mak ajak gi Aeon Big. pusing2 jap cari barang terus balik rumah. x sempat nak makan murtabak sbb petang nya kitorg dah nak balik JB dah. sebelum tu, singgah rumah Akak dulu amik barang Adik. kitorg x tido rumah sana sbb esok keje. so lepas maghrib baru balik rumah aku. tu pun sebelum balik aku paksa Nia buat keje skola lagi. yela ingatkan esok skola. skali pagi tadi hantar Nia, skola tutup. hahahaha xpela minggu ni bagi Nia main puas2. hihihihi






Monday, March 28, 2016

Hai si budak kecik Aamal

aduihai rasa cam penat giler. cam malas nak keje je.

minggu lepas aku, akak n budak berdua tu gi Selangor. kitorg nak menjenguk anak sedara baru kitorg la sape lagi kalau bukan Aamal. so ari jumaat gerak dari rumah aku dekat kol 9 gak. cam biasa akak amik aku kat rumah. kitorg singgah BP jap amik mak then terus bergerak la kita ke Selangor.

kat Selangor kitorg tido rumah Ai kat Shah Alam. Ai kan baru pindah rumah. x susah pun nak gi sana. google map kan ada. hehehehe sebelum sampai rumah Ai kitorg dah makan so sampai je terus lepak. dah la rumah Ai tingkat 3. dengan berlengas nye lagi memang xdan la nak klua balik kan. heheheh

lepas maghrib baru kitorg klua. masing2 tekak nak makan western. so BIL Fikri bawak kitorg makan kat Murni Discovery sek 7. kitorg ni x penah makan situ. plus masing2 lapa. semua main order sorang satu. bila hidangan sampai je.... hamik ko. pinggan lebih besar dari muka aku.










order kitorg (clockwise) :

steak daging(aku), spagetti carbonara(akak), nasi maryland(Fikri)

xde dlm gambar : Ai punye aku xtau apa nama die. tapi sosej wrap dgn ayam n ham ayam kot., chicken chop(mak)

air lak : air traffic light(kiwi, mango, strawberi), corn slush, iced lemon tea.

xtau kenapa half way aku makan steak tu tetiba aku rasa senak. nak kata sakit ulu hati bukan. tapi rasa cam makan x hadam kot. aku ni sejak operate apendiks memang makan kena hati2 sikit. xleh makan benda2 yg berangin n susah hadam. tapi slalu aku makan burger ok je. xtau la sbb diorg guna pure beef ke apa sampai aku rasa camtu lak kan. i'm not saying steak die x sedap. sedapppp gilerrr cuma mungkin aku xleh makan banyak2 kot. yela dekat separuh aku makan. hahahah nampak nau giler lantak.

oleh sebab aku pun dah macam org apa tah masa tu. dengan xleh diri tegak. pastu perut keras giler. lepas makan kitorg balik je. sampai rumah Ai aku terus tido. x larat nak tgk MLM malam tu. nasib baik esok pagi nya perut aku terus ok. jadi pengajaran nye ialah jangan makan buruk lantak. lagi2 kalau makan daging. memang xleh makan banyak sangat. huhuhuu

pagi sabtu kitorg sarapan siap2 dulu kat rumah baru gerak ke Ampang. sebelum tu kitorg amik Adik kat hostel die. die tu gedik. ada kete pun suruh org amik. xla die x biasa lagi bawak kete area KL. kalau merempit tu biasa. hahahah nak ke rumah Aamal cam biasa kitorg guna google map je. dah la lalu rumah taman semua. mak dah buat muka pelik2 je dengan aku. don't worry mak. google map x penah menghanmpakan. ecewahhhh aku ni dah macam promote google map lak.






hai Aamal!









cucu2 maktok n ayah tok




fyi, Aamal ni adik Addin. yes Addin dah dapat adik dah. tapi masih manja kemain. pastu kedekut x bagi kita amik adik die bawak balik JB. hehehehehe

anyway tahniah Abang n SIL!!!!
dah dapat sepasang dah.


balik dari rumah Abang kitorg terus cari Ikea.
ye nama je dah berkali2 gi Selangor. tapi x penah jejak Ikea langsung. akak n mak penah pegi. aku je belum. mana boleh jadi. so sebelum kempunan, mari la kita pegi. kebetulan masa tu Ikea ada buat sale. memang best la cuci mata. cuci mata je ye. nak beli x mampu.










last2 aku beli ni je.

tu pun hadiah wedding tuk sepupu aku. hahahah ala yg penting tapak kaki aku dah sampai Ikea pun kira cukup la. kitorg gi Ikea Cheras. dekat sikit dengan Ampang.

balik nye kitorg makan kat restoran apa tah. yg penting makan. dah la panas berlengas. rasa nak cepat balik je. esok nya kitorg gerak balik JB. ikutkan kitorg kena hantar Adik dulu tapi Ai kata die boleh hantar sbb die pun nak klua. so bye2 Selangor. till we meet again. masa gi Ikea ari tu x sempat rasa meatball. next time okeh. i promise. heheheh






Monday, March 7, 2016

Forest City, Nusajaya

Minggu lepas mak ada checkup kt Gelang Patah. so cam biasa la kalau mak balik sini, aku mesti kena pegi rumah akak. ingatkan nak gi jumaat pagi je tapi ada org tu dah rindu cucu die pulak. so ari kamis malam tu dah sampai gelang patah dah.

pagi jumaat gi sarapan dgn ayah, mak n akak. lepas sarapan kitorg terus gi Forest City. ayah  x ikut sbb keje. org kata Forest City ni macam Country Garden Danga Bay. yg kat danga kitorg dah pegi so nak gak la tgk yg kat Nusajaya pulak.

nak pegi Forest City ni senang je. kalau ikut highway, korang ikut je signboard ke Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP). sebelum sampai PTP korang akan nampak signboard Forest City kat belah kanan. x sampai 5 minit dah sampai. sampai2 je di sambut oleh pak gad. punye la banyak pakgad. kat semua ceruk kot ada. mungkin sebab masa kitorg pegi ni kebetulan diorg tgh buat persiapan untuk perasmian ari ahad tu.

Forest City ni macam pulau la. besar giler. aku x pusing habis pun sbb besar n kebanyakan tempat yg jauh2 tu masih dalam pembinaan. so lepas parking terus masuk main building. ada la cafe n showroom die. keluar je dari pintu main building terus nampak air pancut.







mak tgh buat photoshoot dgn Akak. Nia n Ari sibuk nak main air. hahahahah dari jauh pakgad tengok kannnn je anak2 aku. ye kat semua ceruk pun ada pakgad ok.

main air x boleh.
pijak rumput x boleh.
main pasir x boleh.
mandi x boleh.
duduk atas patung pun x boleh.

sama je la macam yg kat Danga tu.



budak ini gerammmm je nak main air x boleh...













punye la aku panggil2 Nia n Ari amik gambar kat sini diorg buat dekk je. yg si Ari tadi bukan main sibuk nak main air tapi bila lalu kat pasir die xnak pulak. die geli kot. hahahah teringat masa gi Pangkor dulu punye la beria die nangis bila pijak pasir. ni kira ok la walaupun bising gak mulut die sbb pasir masuk selipar. haishhhh

owh semua objek2 kat tempat ni kita boleh amik gambar cuma jangan panjat atau duduk atas die. jangan main2 eh. objek2 ni semua mahal tau. diorg tempah khas. dan ada yg duduk atas ketam ni sampai patah kaki die. ni security kat situ yg bagitau. sila jaga perilaku anda ye. kang ada yg pegi lepas2 ni x dapat tgk patung cantik2.

konsep bangunan Forest City ni bandar dalam hutan gitu. so dalam bangunan memang banyak pokok. sejuk die pun lain macam. x sama macam sejuk aircond.




dalam toilet. 

yela nak amik gambar proper kat luar xde sape nak amik gambar aku. dalam toilet pun jadi huhuhu pokok2 tu semua pokok betul. bukan pelesu. hehehe so ko bayangkan dalam bangunan semua dinding penuh pokok. kitorg x lama pun kat sini. pokok kat dalam memang banyak pokok kat luar kureng. so dah stat rasa bahang, mari la kita pulang.

sebelum balik, singgah Tesco dulu beli barang. boleh lak ada org tu buat suprise. nasib baik iolss x majuk tau. hehehe....






p/s : busy beeee.....busy bee.....