I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Besday. Show all posts
Showing posts with label Besday. Show all posts

Thursday, January 26, 2023

Anak bongsu mama

Hai uollsss....
Alhamdulillah dah genap setahun dah anak bongsu saya. Rasa macam kejap je masa berlalu. Rasa macam dah tua sangat la plak. Uhuk uhuk...
Anyway, sekarang aira dah pandai jalan sikit2, cakap sikit2, pandai sepahkan rumah, majuk pun pandai....semua la.











Ini pulak gambar masa sambut besday aira. Si sulung dengan si bongsu

Selamat ulang tahun anak mama yg comel lote ni
Jangan asik kacau kakak buat keje sekolah je tau
Sayang kakak dengan abang ye
Walaupun abang awak tu x membantu sangat tapi...boleh la tu


Jumpa petang nanti lepas mama balik keje ye.
Love u sayang

Tuesday, September 5, 2017

Sambut besday mak dan cuti Merdeka

Minggu lepas dapat cuti straight sampai 5 hari. Cuti merdeka, cuti hari raya aidiladha pastu sambung lak cuti menang SEA Games. wow! memang rasa best sangat sampai nak naik keje pun rasa malas. huhuhu

Cuti hari Merdeka jatuh hari khamis. aku memang plan nak balik BP tapi cam malas nak rush sbb nanti mesti jem teruk kan. tapi kesian lak mak sorang2. owh besday mak aku 30 Ogos. so adik beradik aku balik masa raya so xde sape teman mak. anyway aku balik gak petang rabu tu. pastu merasa la jem sampai Kulai... huhuhuhuhu nasib baik lepas tu ok je.

sampai rumah mak kol 8. memang penat tapi xkan kita nak biar je besday mak berlalu tanpa buat apa2 kan? hahahaha ayat cam novel lak. so aku ajak mak klua. mula2 kita pegi BP mall dulu cari baju raya. tema raya aidiladha warna merah tapi last2 aku dapat baju warna maroon lak. ok la kan. sambil2 tu belikan skali baju untuk besday girl. hehehehe

setel beli xkan nak terus balik kan. jadi mari la kita lepak kat Old Street. plan asal nak gi sambut merdeka tapi sampai je kat roundabout pokok besar tu diorg dah blok xleh masuk. ala kitorg bukan nak pegi sangat pun. saje nak lalu tengok suasana.

kat Old Street x ramai org. mungkin ramai yang pegi Dataran BP kot. jadi kitorg memang relaks je kat situ minum air. =)




besday girl tetiba dapat belon.




kisah nya camni. Nia tengah main lari2 tetiba die nampak belon ada budak ni terbang. bukan la budak pun tapi remaja yg bercinta kot. sbb aku tengok xde pun jual belon kat situ. pastu Nia pulangkan balik kat budak tu. skali budak tu bagi terus kat Nia. suka la Nia. tapi last2 maktok yg pegang sbb budak2 ni nak main susah bawak belon. hahahaha

eh lepas tu ramai la plak tanya mana beli belon. penat nak explain. hadehhh....

anyway,

Selamat Hari Lahir Mak & Ai
Semoga panjang umur, murah rezeki, di beri kesihatan yg baik.
Untuk mak, D sayang mak sangat2.
i love u so much.








Thursday, July 27, 2017

Sambut besday Ari di hari raya

Salam readers semua.

lama x merepek kat sini sampai dah xtau nak taip apa hehehehe.

anyway, every year aku sambut besday anak2 aku kan. ceh macam ramai anak je. xde la sambut grand sangat ke apa cuma beli kek n potong kek je. kebetulan besday Ari jatuh pada minggu terakhir raya. dah alang2 masih bulan Syawal kan so aku plan buat makan2 sekali. ala bukan buat besar pun cuma ajak adik-beradik aku, in laws dan kawan2 rapat je sambil2 tu potong kek sekali.

aku plan dah lama dah tapi nak buat ke x tu xtau lagi. sampai la ari kamis tu aku tengok muka Ari pastu aku rasa kesian. selama ni kakak die je dapat potong kek. die baru merasa sekali tu pun kongsi dengan org lain.

so petang tu jugak aku bawak die gi tempah kek. jadi buat makan2 ke x, itu nanti pikir. yg penting kek kena tempah dulu sbb die nak kek gambar kartun kena la tempah. so makan2 is on!!

malam tu gak aku hantar jemputan thru whatsapp kat grup famili n bff aku. ada la lebih kurang 20 org. hahahah dah taip tu baru rasa ramai nya org. pastu aku terus pening nak masak apa. hahahahaha

tetiba je akak whatsapp aku volunteer nak tolong masakkan. die kata die buat kuah je, bahan2 sampingan nya aku kena sediakan sendiri. eh itu dah cukup baik dah tu. senang keje eden. oh i lof u la akak. hehehe aku masak yg simple2 je biar senang. pastu buat dessert. dan aku ada import chef luar tau. x lain x bukan mak kesayangan ku la. =)

so malam tu gak aku balik BP amik mak n esok nya balik JB. sampai JB je terus gi beli bahan2 nak masak n pinggan cawan semua la. balik rumah jap hantar barang pastu terus berdesup pegi UTC lak. ada urusan. mak kan x penah gi sana sejak Galleria dah siap renovate so sambil2 tu jalan2 la skali.














bz buat apa la tu. hehehe





sebelum balik, kitorg singgah beraya rumah MIL jap. mak kan x raya rumah MIL lagi. kalau aku ni dah selalu. hehehe

esok nya pagi2 lagi Ari bangun tido je terus cakap hepi besday to u. ni besday sape sebenarnya ni. pastu tanya bila nak amik kek besday die. hahahaha (- _ -")

masalahnya aku buat makan2 tu petang xkan la nak potong kek awal sangat kan. so dalam kol 4 camtu kitorg potong kek. kebetulan yg datang masa tu jiran aku dengan anak die. so ada la kawan Ari makan kek.




kek Boboiboy untuk besday boy. =)


orang nyanyikn hepi besday die marah. die nak nyanyi sendiri. hahaha


menu kitorg hari tu:

mihun goreng Singapura
mee kari
kek batik
puding lapis milo oreo
kuih raya
air sirap oren



akak balik dalam kol 6 camtu. dari kol 11 pagi lagi die dah datang tolong aku. ikutkan die nak tunggu kawan aku yg jugak kawan skola die tapi dah lewat sangat kan. so lain kali je. tup-tup kol 6.30 semua sampai. sebenarnya aku jemput diorg semua waktu lain2 tapi xtau kenapa semua datang serentak. MIL dgn adik2 ipar aku n famili diorg. maksu n famili pun datang. kawan aku 3org termasuk kawan skola akak aku pun sampai. mmg crammed giler la rumah aku. dah la rumah kecik. sampai paksu n sepupu aku terpaksa lepak luar.

aku memang x sempat nak amik gambar langsung sbb bz sangat topup makanan. mee kari memang habis licin. sedap giler akak masak. nasib baik iolss sempat rasa sikit. huhuhuhu




dapat kereta mainan dari Toksu. thank you Toksu.



malam tu mak masak mee hailam sbb mee kari dah sold out kan. tetamu pun dah x ramai. best la Ari main. Nia geram je tapi aku dah bagitau awal2 ni besday Ari so die paham. kol 12 malam famili Ai lak sampai dari Selangor. sejak kawin x penah lepak rumah aku kan tahun ni merasa la raya sekali.





si bam bam Faiq





penat angkat budak ni. angkat dumbell pun x berat camni. baru 4 bulan dah dekat 8 kilo okeh. sakit tangan Mak uda sayang oi.

esoknya aku amik EL. Nia pun ponteng sekolah sehari. ala bukan selalu. Nia kan murid contoh. kita jadi tour guide je hari tu eh. hahahaha pagi tu sarapan mee goreng baki mee semalam. lepas sarapan terus gi JBCC.











saje nak bagi budak2 ni main kat depan ni. tapi diorg x reti duduk diam lak. susah aku nak amik gambar.






ni jela gambar yg cantik



dah puas main, budak2 ni lapar lak. so kat mana lagi makan best yg semua menu ada kat JB ni kalau bukan Plaza Larkin. kitorg order rojak asma, laksa johor dan semestinya kacang pool. org selangor teringin nak makan kan. kita layan jela. setel makan terus gi gelang patah.

akhir tahun ni rumah tu dah nak serah balik. yela masing2 pun dah ada rumah sendiri kan. mak n ayah pun dah duduk rumah yg diorg buat. so masing2 pun kena la kemas barang masing2. ari tu abang aku, ni Ai pulak. akak memang awal2 dah kemas barang die. x lama lagi aku pun kena kemas barang aku. tunggu aku masuk rumah baru je ni. huhuhu sedih weh nak tinggalkan rumah yg dah lebih 15 tahun kitorg duduk. ='(

malam tu kitorg gi makan dengan akak kat area rumah die. sambil2 tu raya rumah die sekali. setel makan, mak terus balik BP dengan Ai sbb esoknya Ai dah nak balik Selangor dah.





terima kasih pada yg sudi datang.
mohon maaf kalau ada terkurang rasa, termasin ke eh.

terima kasih mak n akak sudi tolong kita masak. heheheh
kalau nak harap aku sorang memang pengsan kot.
tahun depan boleh tolong lagi.
muah ciked *kenyit mata


oh Selamat Hari Lahir ke 4 untuk Ari
moga membesar jadi anak yg soleh, cerdik, dan menyejukkan hati mama papa.
tahun depan dah mula sekolah tadika. dah besar dah hero mama sorang ni.
*cries buckets

kakak pun nak masuk sekolah rendah dah
semoga anak2 mama membesar dengan baik, jadi anak soleh solehah, murah rezeki, jadi hubungan adik beradik ye.
*cries buckets again






p/s : Ari cakap tima kasih untuk semua hadiah hari jadi die. kereta mainan tu dah rosak dah semalam. haishhhh





Monday, September 19, 2016

Cuti Hari Malaysia dan Sambut Besday

Selamat menyambut Hari Malaysia uolsss!!!

minggu lepas masa cuti tu aku n Akak memang dah cadang nak balik kampung. yela masa raya aji ari tu kan kami x balik. so dah alang2 cuti 3 ari kitorg pun balik la. cam biasa la Akak amik aku kat rumah pastu terus gerak balik BP. BIL cam biasa gak keje.

sampai2 je rumah mak, terus ajak mak gi BP Mall. 27 Sep ni kan besday Nia n Fathia. so Akak ajak aku n mak sambut besday diorg awal. yela bila lagi dapat jumpa diorg kan? owh Ai balik ari Sabtu. sbb tu la ajak mak gi shopping. sbb hadiah x beli lagi. owh nak belikan hadiah tuk SIL aku, Ain gak sbb bersalin 15 Sep. x dapat jadi baby hari Malaysia kan. huhuhu sampai ari ni aku x jumpa baby die lagi. baby asik kena tahan wad je sbb kuning. wait for maklong ye Auni. hihihih eh tetiba kita jadi maklong la. si Nia dah tentu la jadi kakak kawasan. hehehehe

malam tu kitorg x masak apa2 yg special pun. Akak beli mee bandung. itu pun makan sampai esok pagi. hehehe owh atuk masak ayam pencen masak lemak. sedap woo.

esoknya sementara tunggu Ai n famili sampai, kitorg pun siap2 nak masak laksa johor. ada org tu ngidam. aku x ingat bila kali terakhir mak masak laksa johor. 10 tahun lepas? ke 15 tahun lepas ek? dah lama mak x masak laksa kan jadi rasa macam leceh giler seyh nak buat laksa ni. beli kan senang. lagipun aku lebih suka laksa penang. aku ni kalau ikutkan, tiap2 minggu kot beli laksa johor. huhuhuu

nak jadi cerita, masa mak tengah rebus spagetti tu, mak kata spagetti nye nape besar. skali bila aku tengok, rupanya mak terbeli fettucini. patutla pasta nya besar. jadi kita makan laksa johor fettucini pun boleh. hahahaha




menu hari itu: laksa johor, kuih cara berlauk, 
cucur nangka, tauhu sumbat, kuah kacang




siap je masak, Ai n famili pun sampai. yang Akak dah siap2 nak ajak aku gi beli kek besday. kebetulan Akak nak beli barang kat Cowboy. so singgah sana dulu. aku kan x penah gi Cowboy. yes, seriesly x penah pegi. hatta yg kat Kulai tu pun aku x penah pegi okeh. Cowboy yg kitorg pegi ni cawangan BP. padahal sekangkang kera je dari rumah atuk aku. tu pun kalau Akak x ajak, memang aku xkan jejak ke sana la.

sampai2 je rasa macam ala mesti cam hyper market yg biasa tu kan. skali bila masuk terus rasa wooowwww.... hahaha ye aku jakun uollsss. sebab semua benda ada. dari helmet ke tupperware ke barang lektrik ke macam2 lagi la. kalau bukan sbb Akak nak cepat, mesti kitorg lama kat situ. aku pilih biskut je pun dah lama giler. hahahahah





sumber google



setel bayar barang terus gi cari kek lak. ikutkan Akak nak beli kek sedap kat kedai apa tah. aku suruh Akak beli yg biasa je. ala budak2 ni bukan kisah pun. eh gambar kek diorg aku x snap lak. lantak la ek. sampai rumah terus potong kek.

malam nye mak ajak gi Old Street kat bandar. yg tu aku cerita lain entry okeh.

kitorg balik esoknya. bagi can kat Nia n Ari main dgn Fathia. malam tu Fathia muntah2 lak. xtau la makan apa, terkena bulu kucing ke apa. nasib baik esoknya ok. kitorg balik dlm kol 8 lebih camtu.

bye bye Fathia.
xtau bila jumpa lagi.
geram nak cubit pipi die tu.







Thursday, September 1, 2016

Sambut besday mak

minggu lepas mak balik JB. macam biasa la mak ada checkup kat klinik sini. dah alang-alang mak ada kat sini, kita ajak la mak jalan2. kebetulan gaji lak dah masuk.memang best la nak berjalan. tapi masing2 blur xtau nak gi mana. last2 gi Aeon je. hahahaha

gi dgn mak n Akak je. yg lain dah tentu keje kan. kitorg jela pun yg free. sampai2 je terus masuk Aeon. aku nak cari t-shirt lengan panjang. dah bosan pakai blouse. hehehe cari2 xde yg cantik. ada pun kat bahagian plus size dgn maternity. apakah? hahahahah

lepas tu xtau nak buat apa terus cari tempat nak makan. makan kat Black Canyon Coffee.




arah jam : hor fun, tomyam ayam, sayur chapchai, kerabu mangga, ayam sweet sour




kitorg amik set untuk 2 org makan je. tambah kerabu mangga dgn hor fun. kerabu tu memang sedap gilos. tgh2 makan tetiba Ari nak gi toilet lak. die kan dah x pakai pampers. so 2 kali aku berlari dukung die. org tgk aku dah macam apa dah. si Ari ni bukan leh main2. die kalau sakit perut memang kena terus gi toilet. takut terburai je tengah jalan. huhuhu

lepas makan, kita dessert aiskrim McD lak. ingatkan nak makan perasa coklat hershey tu tapi branch yg kitorg gi tu xde lak. so semua makan perasa vanilla je. then balik rumah jap pastu teruskan perjalanan mencari durian. yeah!!!

pusing2 semua jual durian kacuk je. kitorg ni nak makan durian kampung. pastu lalu Tun Aminah tengak ada satu gerai tu banyak durian tapi xde signboard. kitorg pun terjah jela. durian kampung 3 biji rm20 okeh! warna kuning, lembut, lemak berkrim. rasa sedap gilos. x pasal2 beli sampai rm40. huhuhu

kitorg kopek makan kat situ terus. bila x habis baru bawak balik. ada gak dapat yg x elok tapi diorg terus tukarkan lain. kira ok la kan. dari beli yg sekilo rm20.





makan durian pastu minum air kelapa...memang terbaikkk


kan besday mak 30 Ogos. so ni kirakan jalan2 dan makan2 besday la ni. sbb besday mak kan jatuh ari selasa. kalau nak balik rumah mak cam susah la kan. tapi cam x best lak x balik. so semalam aku n adik balik rumah mak sempena cuti hari kemerdekaan. kira surprise la nih.

malam rabu adik balik keje kol 9.30 terus kitorg gerak balik rumah mak. sampai je depan pintu, Nia terus jerit2 panggil maktok die. terkejut mak. hahahaha

esok nye kitorg x plan nak gi mana2. tapi Adik gedik nak gi jalan2 cari makan macam Ai buat. ok la kita layankan jela. gerak kol 12 sbb tunggu Nia buat keje skola. aku kan tiger mama. hehehehe Adik suruh cari Cendol Akbar. dalam google kata cendol tersedap di Batu Pahat. ye ke?





 imej google



bagi aku rasa die boleh la. nak kata superb tu xla. mungkin sebab gula melaka die kurang? well mungkin la. tapi memang gerai die sentiasa penuh. nak cari pun agak susah sbb signboard die kecik je. owh alamat kat Jalan Engan ye. dekat2 dengan Jalan Penggaram. susah2 sangat korang google jela.

next plan makan murtabak lak. tapi kitorg kenyang lagi. so mak ajak gi Aeon Big. pusing2 jap cari barang terus balik rumah. x sempat nak makan murtabak sbb petang nya kitorg dah nak balik JB dah. sebelum tu, singgah rumah Akak dulu amik barang Adik. kitorg x tido rumah sana sbb esok keje. so lepas maghrib baru balik rumah aku. tu pun sebelum balik aku paksa Nia buat keje skola lagi. yela ingatkan esok skola. skali pagi tadi hantar Nia, skola tutup. hahahaha xpela minggu ni bagi Nia main puas2. hihihihi






Thursday, July 21, 2016

Selamat Hari Jadi Ari

esok ari jadi Ari tapi aku xtau nak belikan die apa. belikan die kek je kot. hahahaha ala kalau belikan die mainan kejap je dah jahanam. so baik beli kek je. boleh makan sama2.

tahun ni genap Ari 3 tahun.

nak cakap pasal Ari ni camne ek? die ni jenis makan x memilih, mainan pun x memilih. kadang2 yg kat tangan akak die tu la yg die nak amik. perangai suka menyakat sangat. ikut Al la ni. hahaha suka berkawan. sampai org yg kat cashier tu pun die ajak main. adui la anak. huhu

bila pikir balik, aku x penah sambut besday Ari kan? yela sbb sebelum ni die kecik lagi. bukan paham sangat pun. Nia lain la. kalau bukan aku yg belikan pun, ada je org lain belikan kek. dah nama pun cucu sulung kan.

Ari pun dah pandai cakap sikit2. ingat x drama air mata yg ini? 

hahaha tula asik gaduh je tapi bila berjauhan tau lak rasa rindu. Ari jela rindu. akak die x rindu pun. dan pandai juga borak. kalau layan kan die borak, sampai bila pun x habis. kalau habis pun, tetiba je die sambung main lawan2 ultraman dgn kita lak. penat nak melayan die okeh.





tengok la tu. sesuka hati die je parking situ. nasib baik comel.





buat Ari sayang,

Selamat hari lahir yg ke 3 tahun.

mama loves you so much. walaupun awak comel sangat tapi perangai suka nyakat tu kena kurang kan sikit. cian kat kakak asik kena je dengan awak. tambah lak sekarang awak suka sangat nangis. kalau x dapat barang yg awak nak, mesti nangis. please behave ye. bukan semua benda yg kita nak kita boleh dapat.

dah la. mama xtau nak cakap apa dah. owh petang ni kita gi beli kek sesama ye.

love you sayang.







Monday, September 28, 2015

Hepi besday kakak Nia n baby

Selamat Hari Jadi Nia!!!!

semalam hari jadi Nia. cam biasa la nak belikan die kek nak hantar kat rumah pengasuh die. boleh Nia makan dgn kawan2. tapi kek zaman sekarang ni mahal bebenor. design cantik2 sikit je harga dah dekat rm60. tu belum lagi yg bentuk kereta la, princess la. pulak tu budak2 makan kejap je dah habis.

untuk jimat, aku beli je kek butter pastu aku curah la coklat cair banyak2. hahaha bijak x mama Nia? cakap la bijak cepat.











Nia dan besday kek nye. die malu sbb potong kek xde org teman. kawan2 yg lain xnak bergambar. diorg dah x sabar nak makan kek je.

aku beli kek SDS je. satu butter satu lagi coklat cip. 2 biji kek baru rm12. curah coklat ganache n letak kacang hancur sket kat tepi kek. lekatkan marshmallow n siap. simple je tapi sedap ok.

kebetulan masa besday Nia, pagi tu dapat berita gembira. Ai dah selamat lahirkan baby girl. congrats sis! sama besday dengan Nia lak tu. tapi x sempat nak tgk baby lagi. xpe bulan depan kita jumpa k. boleh la lepas geram nak gomol2 baby. Ari sejak dah pandai main ni susah nak gomol2 die. asik nak lari je. cepat betul anak2 mama membesar. huhuhu








ni lak gambar Nia n Ari makan coklat dalam periuk. masa ni aku buat brownies tapi rupa x cantik so kita letak coklat ganache lagi bagi sedap n tutup rupa die yg x cantik tu. gambar brownie memang xde sbb dah kata rupa x cantik kan. malu la nak amik gambar bagai. hihihii


moga kakak membesar jadi kakak yg baik pada Ari ok.
jangan asik nak gaduh je.






Wednesday, July 22, 2015

Happy 2nd Besday Ari

selamat hari lari anak teruna mama.

dah 2 tahun dah Ari hari ni. mama ingat lagi tahun lepas kita sambut besday Ari kat hospital je. masa tu mama sedih sangat. tapi hari ni mama hepi. petang nanti lepas mama balik keje, mama bawak Ari gi jenjalan ye syg.

Ari sayang,
mama ingat lagi masa mama ngandungkan Ari, mama mabuk teruk. 2 hari xleh makan n minum. tapi mama redha sbb mama tau mama sedang kandungkan khalifah Allah. mama selalu doakan Ari jadi khalifah yg baik, taat pada Allah, pada mama n papa.

bila Ari keluar ke dunia, mama la mama yg paling bahagia sekali. papa yg takut darah tu pun bila nampak Ari, die langsung x takut. syukur mama sudah punya sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

Jadi adik yg baik ye sayang. dan jadilah abang yg baik juga untuk adik2 Ari yg akan datang. mama memang nak anak ramai. tapi kalau di takdirkan mama cuma ada Ari dan kakak je pun mama redha.

Tolong jagakan kakak bila mama dan papa dah xde ye sayang. jangan asik buli kakak je. kakak awak tu dah la princess. diva lak tu. Ari ok, cool je macam mama kan? x pernah pun gedik macam kakak. tapi bila Ari x dapat apa yg Ari nak, penat jugak la mama nak melayan. guling2 kat shopping complex, xmo ye sayang. malu la. ultraman kan cool je. pakai baju merah lagi. eh?

Ari sayang,
mama, papa n kakak sayang sangat2 kat Ari.
korang jangan la asik gaduh je. tensen mama tau. papa tu bila tgk korang gaduh, tau nak gelak je. mama jugak kena jadi pengadil.


akhir kata,
Selamat hari lahir Ari.












anak teruna mama yg sangat manja =)




Monday, March 30, 2015

Sambut besday di zoo

sabtu lepas akak ajak aku teman die gi jamuan harijadi anak kawan die. aku ok kan je. sbb anak2 kawan akak sebaya dengan Nia. lagipun ni bukan first time diorg jumpa. tapi yg best nye, diorg buat kat Zoo Johor ok. xpela org ado2 kan. anak aku kalau dapat kek Frozen je pun dah melompat2 bagai ni lagi la kalau dapat buat kat zoo. xpela. kita x dapat buat, tumpang majlis org pun jadi la.

anyway, akak kol 9.30 pagi lagi dah terpacak depan rumah aku. tapi dah kata org ada anak kecik kan. dekat kol 10 baru kitorg gerak. hehehe sampai je zoo, terus gi kaunter daftar nama. kitorg masuk free je.

kalau ikutkan majlis stat kol 10 tapi masa kitorg sampai tu, ada la 2-3 org. yg lain2 lambat sikit. kol 11 kot diorg pun nyanyi lagi besday n potong kek. budak yg sampai besday tu baru setahun. ni tahun depan xtau la buat katne. lagi best kalau di jemput sekali lagi. dapat makan free. hehehehe

menu hari tu ialah : nasi ayam, puff pastry, pai mini, epal potong, puding roti berkuah, air oren dan air sirap. kek besday lak kek pelangi dan kek red velvet.

aku dapat makan kek pelangi je. kek red velvet x dapek rasa. huhuhuh dah la aku ni suka makan kek. padahal nak menghabiskan sepotong kek pelangi tu pun macam nak rak kan. hehehe

lepas makan, ajak Nia main kat belon besar ke apa tu ek.



ni la belon nye. pic ehsan dari Maklong


Nia suka la main kat situ. pastu aku letak Ari kat situ skali. die boleh nak turun kan. budak ni aku xtau la. semua die xnak. dulu ajak main tepi pantai pun xnak. die nak main tipuware jela kot. ha yg tu aku x paksa pun selamba die je gi dapur terus amik. xdan aku ngemas dah. ada je org lain tolong sepahkan.

owh kawan akak aku ni ada bawak skali binatang peliharaan die. aku ingatkan zoo punye. sbb binatang peliharaan die ular sawa ok! dah la besar giler. pastu anak die selamba je ajak Nia pegang. Nia dari jauh nampak ular terus corner gi tempat lain. aku ada la cuba pegang tapi tang hujung ekor die je. pastu bagi Ari pegang gak. boleh die nak cubit macam kucing. hahahaha owh gambar ular x amik la pulak. hehehe

pastu sambung main naik kereta pusing2 ke apa tah. lepas main, rasa bahang sangat. yela cuaca panas kot. dah tengah hari kan. so aku ajak akak balik. so salam2 kawan akak tapi sebelum balik, pusing2 dulu tgk binatang.





Nia konon berani. pic ehsan my akak


yela aku ada skali kan. cuba kalau die sorang2. nak dekat pun takut. hahaha sebelum tu ada tengok unta. ada la org2 tepi tu jual sayur untuk bagi unta makan. ada gak org yg beli n bagi unta tu makan. kitorg tgk dari jauh je sbb macam biasa la. Nia takut nak dekat. pastu gi tgk monyet n rusa. semua Nia cakap comel. yg beruk tgh keruk ketiak pun di katanye comel. hahahaha

kitorg balik asing2 sbb aku nak gi rumah MIL. dah lama x jumpa die. MIL ajak jumpa kat Giant je sbb diorg x lunch lagi.





the mask of zorro



Nia dgn Ari dapat goody bag masa kat jamuan harijadi. dalam tu ada topeng kat atas ni, belon tiup2 yg Ari pegang tu, n jajan. Nia mula2 xnak pakai topeng tu. tapi bila aku dah tolong pakaikan die terus suka.

masa ni tgh tunggu MIL parking kete.diorg parking jauh sikit dari kitorg. aku dari jauh dah nampak dah MIL dgn Fatin. so aku suruh la Nia kejar diorg. punye la die jerit2 Fatin buat xtau je. bila aku panggil baru Fatin toleh. yela, Nia pakai topeng kan. mana la Fatin kenal. hahahaha kesian Nia jerit macam nak rak.

lepas makan, g rumah MIL jap amik barang pastu terus balik rumah. x larat wo. kepala aku dah berdenyut2 dah masa ni. cuaca panas sangat. ada hujan pun renyai2 je. minggu ni xtau nak gi mana lak. rasa nak gi Bazar Karat tapi diorg kan tgh korek jalan. mesti susah nak parking nanti. hmmm....

owh lupa lak. Hepi 1st besday Kayla!
tahun depan leh jemput lagi. hihihihi



p/s : nak makan cheese kek la. x pun kek red velvet ke. yummm....




Wednesday, October 1, 2014

Besday Nia yg ke 3

cerita dah lepas baru nak update. hehehe

anyway, besday Nia kan ari sabtu. aku ingat nak buat goodie bag bagi kat budak2 kat tempat pengasuh Nia. tapi kalau takat goodie beg je cam x best kan. so pikir beli kek jela. tapi kalau buat ari sabtu, kan budak2 semua cuti. so pikir ari kamis jela. fyi, kat johor org gov balik keje ari kamis kol 3.30. so sempat la nak sambut dgn budak2 jap. sbb petang nye dah nak berkejar balik rumah akak lak. tu nanti cerita.

malam kamis tu aku tanya Nia die nak kek apa, die nak kek Ben10. boleh? awak tu girl la. girrrllllll. mana boleh kek Ben10. dah la seminggu sebelum besday die, die dah asik tanya je bila nak beli kek angry bird. tau la kek besday tahun lepas angry bird. xkan tahun ni pun nak sama gak kan. so pikir beli kek princess la. balik keje terus gi season. nasib baik ada kek princess. tapi yg kecik punye la. nak yg besar nak kena tempah. mana la sempat. so kita amik je apa ada. pastu tambah kek marble biasa satu. hehehe

sampai rumah pengasuh, Nia tengah tido lak. puas la aku kejut, tetap x bangun. pastu aku suakan kotak kek tu pada die, siap tunjuk gambar princess baru la die nak bangun. haaiiiii la anaaakkk....







Nia n kawan2 nye. 




semua ni umo bawah 6 tahun. budak2 skola ramai tapi masa ni diorg x balik skola lagi. dah habis amik gambar baru teringat nak nyanyi lagi besday. masa nyanyi, x sempat amik gambar pulak. huhuhu







Nia dan kek besday princess upclose.









makan dengan kawan.









budak wafiy ni comel sungguh la. (duduk depan Nia)
tadi x sempat posing, so die minta another shot. hahahaha




habis makan, ajak Nia tolong bagi goodie bag kat kawan2 die. aku buat 30 beg sbb budak2 skola yg tumpang kat rumah pengasuh ramai kan. dalam tu ada wafer, kek apollo n jelly. jajan xde. hehehe masa bagi goodie bag pun x amik gambar sbb xde org nak tolong amikkan. ada la satu gambar aku potong kek dgn Nia. tu pun suruh budak amikkan. tapi gambar nye gegar. huhuhu saya redho.(tangan ke dada mata ke atas)

lepak2 jap layan diorg makan. pastu terus balik rumah akak. ada 2nd celebration lak kat sana. kebetulan besday BIL dekat2 dengan besday Nia. so sambut sekali.





Nia dan kek kedua nye dah di potong.


besday present Nia aku dah bagi awal2.
iaitu stroller mini khas untuk Mimi (anak patung Nia).



hepi besday ke 3 Nia!!!!!








p/s : cerita dah lama. hehehe



Saturday, September 27, 2014

Hepi besday puteriku

Buat Nia,

hari ni besday Nia.
dah besar dah anak mama. dulu masa lahir, mama takut nak pegang Nia. sbb Nia kecik sangat. bukan mama je, maktok pun takut nak pegang. tapi lama2 mama dah biasa. Nia suka tido atas dada mama. nasib baik Nia kecik je. kalau x, mau terus ke dalam dada mama. hahaha xla gurau je.

Nia la pengarang jantung hati mama dan semua org. sbb Nia kan cucu sulung. dulu mama xtau camne nak deal dgn budak kecik yg sebelum ni ada dlm perut mama. bila dah keluar, mama belajar macam2. mama belajar dari internet, dari maktok n nek ummi. kami semua sayangkan Nia.

bila Nia dah pandai sebut 'mama'. mama la org yg paling gembira. tapi papa kata Nia sebut 'papa' dulu. lantak la eh. yg penting di hati mama, mama la org yg Nia sebut dulu.

sekarang puteri mama ni dah besar dah. dah 3 tahun pun. dah pandai macam2. dah pandai nak pakai baju frozen la, princess la. pakai selipar pun yg tinggi punye. xnak yg rendah sbb yg tinggi ada gambar princess.

Nia sayang,
jadi anak yg baik ye. ikut cakap mama papa. jangan asyik main ultraman je. awak tu kan girl. mana leh main ultraman. mama sayanggggg Nia. moga Nia jadi anak yg solehah, yg berguna pada masyarakat. yg boleh membanggakan mama n papa. jadi kakak yg baik untuk Ari. tolong jagakan Ari. mama sayang korg berdua. sangat.



akhir sekali,
selamat hari jadi sayang.  


dari mama, papa dan Ari.










Wednesday, September 3, 2014

Cerita di harijadi mak dan Ai

Minggu lepas kan cuti 3 ari sbb cuti ari merdeka. Besday mak lak 30hb.Kitorg adik  beradik rancang nak sambut besday mak.nak buat surprise la kan.mesej kt whatsapp je tapi dah besday Ai sama dgn mak,kita buat skali harung je.

Memang rancang masing2 nak balik kampung tapi x bagitau mak.nak buat surprise la konon nye tapi dah ada org kantoikan aku lak.huhu tapi hadiah memang mak terperanjat giler.hehe aku balik kampung ari jumaat saing dgn Ai. ingatkan nk balik ari kamis tapi Ai ada kursus lak so kena tunggu die balik kursus baru leh gerak.

Malam nye aku,akak n BIL belanja mak n Ai makan kat restoran arab. eh adik pun di belanja sekali sbb die belum keje lagi. kitorg naik 2 kereta. bagi aku ok la. lebih kurang cam nasi beriani je.tapi kambing die memang sedap. x hamis langsung. harga pun xde la mahal sangat. sbb kitorg amik set kot. lepas makan,akak ajak gi dataran bp.

Sampai sana pusing2 jap pastu tengok baju2 xde yg berkenan dihati. pastu nampak ada org jual arnab.siap ada macam tempat boleh main n bagi arnab makan. sorg masuk rm2. Nia sibuk nak main arnab. so layankan jela.



 
Mula2 Nia ok je.






Ari pun nak pegang arnab gak.






Pastu ada seekor arnab ni kejar Nia terus die lari kat aku.macam la arnab tu nk makan die. pastu sibuk nak keluar. bila duduk kat luar, boleh lak panggil2 arnab.aduhai la anak...pastu xnak balik. nak bagi arnab makan....haishhh

abg n akak ipar sampai esoknye. ha diorg sampai je mak memang terkejut sbb nye Ai dah bagitau atok aku yg abg balik. pastu atuk bagitau mak tapi mak x percaya. tengah2 borak tu tetiba ada org bagi salam. abg n SIL dah sampai! hahahaha

dapat la lepak2 n borak jap dengan diorg. kesian kat Nia la dapat main dgn Addin kejap je sbb kitorg dah nak balik jb dah. BIL keje malam tu. aku tumpang diorg balik. hehehe sbb Ai pagi2 lagi dah balik jb terus masuk keje. nak je aku stay satu ari lagi sbb esok cuti kan tapi sape lak nak amik aku. huhuhu

owh BIL ada belikan Nia anak patung kucing yg boleh gerak2 bila kita on kan die. aku x suka giler ok. takut je malam2 benda tu gerak sendiri. so bila semalam Nia on kan kucing tu x berbunyi, rasa best sangat. dah habis bateri la tu. lepas ni kalau Nia tanya bila mama nak beli bateri, aku cakap je kedai x jual. hahahaha






p/s : update dari rumah. nasib baik ada broadband cek abe kite. tu pun berjanggut aku taip. dgn Nia kejap kacau aku, dgn Ari bertenggek kat bahu aku. mencabar sungguh ni.







Tuesday, September 4, 2012

Besday Kombo

ceh tajuk lagi nak cambest kan.

well obviously aku ni tengah xde keje. so mari la kita update blog.

so minggu lepas aku n akak berjaya la men'celebrate' besday mak n Ai macam yg setiap tahun kami buat. hari kejadian adalah sehari sebelum hari kemerdekaan that is 30 Ogos.




hahaha berjaya cilok gambar dari blog my sis. 
saya kan hacker in disguise. thanks akak. =)


owh kalau nak lebih gambar, sila la ke blog beliau blog Mawarbiru.

hari tu dah la ari kamis kan. nasib baik aku keje pagi. kalau x, siapa la yg nak  bawak segala benda tu. kebetulan segala mak nenek kedai memang dekat dgn rumah. owh segala benda ialah kek besday dan pizza dominos.

lately aku telah beralih arah ke pizza dominos lak. kenapa? sebab sedap la. hahahaha

hmmm kupon masih berbaki ni. bila nak makan dominos lagi?
saya tanya awak la --------->akak    ;)


dan sebab itu la tajuk entry besday kombo. sbb ada 2 besday girl n 2 makanan best yg terhidang. ehehehe

mak puasa ari tu. so kami terpaksa tunggu mak buka pose dulu baru la kita celebrate.
warrgggghhhh lapo kek.
ceh macam besday die lak.

anyway,
Selamat Hari Lahir
moga kamu berdua di panjangkan umur n di murahkan rezeki so that every year pun kita dapat sambut camni. love both of you.
hugsss.....







p/s : I LOVE U babe!!!!