I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Suka. Show all posts
Showing posts with label Suka. Show all posts

Wednesday, April 4, 2018

Permulaan baru

hai korangs...

lama rasa nya aku x update dalam bm. rasa pelik lak taip ni. hehehe gedikss macam omputih lakss *muntah hijau

anyway, dah lebih kurang seminggu kitorg duduk rumah baru. so far ok la. sebelum ni aku kena keluar awal sbb rumah dekat dengan ofis tapi jauh dari sekolah anak kan. sekarang siap2 je 5 minit dah sampai sekolah anak pastu terus gi keje. memang best la. cuma tula masa rehat xleh balik rumah. slalu tu aku breakfast pun kat rumah. masa lunch siap tido lagi. sekarang dah x boleh. kalau nak pun kena agak2 masa la. kalau x confirm sampai ofis lambat.

so kirakan semua barang memang kitorg dah punggah habis la. barang yg aku x pernah nampak pun tetiba je muncul. (- -!!)

barang sape la tu yg banyak sangat. dahla rumah baru ni xde stor. so semua barang letak kat luar je. aku malas nak fikir. biar die yg fikir. sape suruh barang banyak sangat. barang2 dapur, rumah n barang2 aku semua dah berkemas. ada la beberapa yg aku nak let go dan nak buang. ada gak barang orang lain yg menumpang (barang sape la tu)* tangan di dada mata ke atas..

yela aku kan kemas rumah lama mak gak. jadi ada la barang sape2 tah aku main amik je. nak terus buang kang barang org. so kita amik je dulu, kemudian baru cek. jadi minggu depan memang akan di edarkan kepada tuan nya. adik-beradik aku sila maklum ye. ada 3 kotak ni.....

em apa lagi nak update ek?

hmm...keje macam biasa la. event tu ok la. YB datang rasmikan. tapi cam biasa org belakang tabir duduk kat belakang je. x amik gambar pun. so sekarang nak kena kejar keje2 yg bertangguh la. lagi apa ek?

owh si Ari sekarang ni xtau la sejak bila dah pandai nak hensem2. rambut sikat tepi. sikit2 masuk bilik aku pastu sikat rambut. (bilik die xde cermin) ada sekali tu aku geram sangat. aku gonyoh2 rambut die. eh terus menangis ko. pastu cepat2 sikat balik. ni ikut perangai sape la ni....hahaha

alhamdulillah semua hal rumah dah setel. bil rumah lama dah potong, kunci pun dah serah. so lepas ni nak tumpukan hal adik aku. pasal apa?








                                    DIA NAK KAWIN!!!








yes tetiba je kan. eh xde la tetiba sbb memang die plan nak kawin tahun ni tapi bukan la seawal ni. hish x menyabor budak nih. macam aku je....hahahaha

so sekarang memang tengah uruskan macam2. bukan aku, die la yg bz. aku menyelit je. owh minggu depan nak kena kemas rumah mak lak. aku ni keje nye mengemas jela. ha...ha...ha....









Tuesday, September 5, 2017

Sambut besday mak dan cuti Merdeka

Minggu lepas dapat cuti straight sampai 5 hari. Cuti merdeka, cuti hari raya aidiladha pastu sambung lak cuti menang SEA Games. wow! memang rasa best sangat sampai nak naik keje pun rasa malas. huhuhu

Cuti hari Merdeka jatuh hari khamis. aku memang plan nak balik BP tapi cam malas nak rush sbb nanti mesti jem teruk kan. tapi kesian lak mak sorang2. owh besday mak aku 30 Ogos. so adik beradik aku balik masa raya so xde sape teman mak. anyway aku balik gak petang rabu tu. pastu merasa la jem sampai Kulai... huhuhuhuhu nasib baik lepas tu ok je.

sampai rumah mak kol 8. memang penat tapi xkan kita nak biar je besday mak berlalu tanpa buat apa2 kan? hahahaha ayat cam novel lak. so aku ajak mak klua. mula2 kita pegi BP mall dulu cari baju raya. tema raya aidiladha warna merah tapi last2 aku dapat baju warna maroon lak. ok la kan. sambil2 tu belikan skali baju untuk besday girl. hehehehe

setel beli xkan nak terus balik kan. jadi mari la kita lepak kat Old Street. plan asal nak gi sambut merdeka tapi sampai je kat roundabout pokok besar tu diorg dah blok xleh masuk. ala kitorg bukan nak pegi sangat pun. saje nak lalu tengok suasana.

kat Old Street x ramai org. mungkin ramai yang pegi Dataran BP kot. jadi kitorg memang relaks je kat situ minum air. =)




besday girl tetiba dapat belon.




kisah nya camni. Nia tengah main lari2 tetiba die nampak belon ada budak ni terbang. bukan la budak pun tapi remaja yg bercinta kot. sbb aku tengok xde pun jual belon kat situ. pastu Nia pulangkan balik kat budak tu. skali budak tu bagi terus kat Nia. suka la Nia. tapi last2 maktok yg pegang sbb budak2 ni nak main susah bawak belon. hahahaha

eh lepas tu ramai la plak tanya mana beli belon. penat nak explain. hadehhh....

anyway,

Selamat Hari Lahir Mak & Ai
Semoga panjang umur, murah rezeki, di beri kesihatan yg baik.
Untuk mak, D sayang mak sangat2.
i love u so much.








Wednesday, July 5, 2017

Jalan-jalan beraya di Petronas Street Smart, Puteri Harbour

ini sambungan entry ini.



pagi Jumaat Abang ajak gi jalan2 cari makan tapi Adik x join sbb die keje. gerak pagi konon nak pegi kedai roti salahuddin yg femes tu skali ari jumaat tutup. so xtau nak gi mana, kitorg gi Petronas Street Smart kat Puteri Harbour.

aku datang sini dgn Nia n Ari dah 2 kali dah. first time datang sebab nak buat survey area situ. so bila kitorg datang lagi kali ni dgn Addin n famili Abang lak, Nia macam ketua tourist la plak. pandai2 je die gi masuk pastu cakap kat Addin masuk sini free tau. pastu boleh amik belon dgn sticker. sesuka hati die je. nasib la budak kat pintu masuk tu nak jugak melayan. adehh...

bila masuk, terus laju je Nia bawak Addin main. sian Ari kena tinggal. dah la famili aku dgn famili Abang je yg ada kat situ. memang macam raja la budak2 ni kan.







simulasi akibat melintas di tengah jalan...






















ye ye je Nia bawak moto kan.... hahahahaha



ni jela gambar budak2 ni yg sempat aku snap. yg lain2 banyak gambar kitorg selfie je. hahaha eh bagi can la mak-mak nak selfie kejap. dah habis bergambar kitorg rasa lapar lak. so kitorg cadang nak makan kat Larkin je. nape jauh sangat sampai ke sana? sbb kat situ makanan semua sedap2. heheheh

tapi sebelum tu, kita buat sesi bergmbar dulu kat Puteri Harbour. tapi macam biasa la budak2 ni. berenti kejap je x sempat aku amik gambar, diorg dah blah dah. haishhh














#cousinsforlife




kira ok la ni kan?




kitorg gi makan kat Plaza Larkin. kat sana nak makan apa pun ada. nasi ayam, nasi lemak, nasi goreng. menu special ada mee rebus Stulang, kacang pool Haji, cendol durian. naik buncit perut aku makan. hehehe

setel makan, kitorg terus hantar Akak balik pastu Abang gi beraya rumah aku. diorg ni kira tetamu raya pertama aku tahun ni la. mak dgn Akak pun belum raya rumah aku lagi.

tahun ni xtau la kenapa aku macam beria2 sangat prepare untuk raya. eh bukan aku yg eksaited. Nia yg suka sangat nak raya. siap suruh aku buat biskut raya dgn beli lampu lip lap. hahahaha eh korang xnak datang rumah aku ke? penat aku kemas rumah tau. tapi kalau nak datang, kena bawak duit raya untuk Nia & Ari sekali tau. ;P



eh lupa lak.

ok ni details :

Petronas Street Smart
Puteri Harbour
bersebelahan dengan Hotel Jen
bermula dari 15 April - 30 September 2017
buka 10am - 7 pm
masuk percuma




Thursday, September 1, 2016

Sambut besday mak

minggu lepas mak balik JB. macam biasa la mak ada checkup kat klinik sini. dah alang-alang mak ada kat sini, kita ajak la mak jalan2. kebetulan gaji lak dah masuk.memang best la nak berjalan. tapi masing2 blur xtau nak gi mana. last2 gi Aeon je. hahahaha

gi dgn mak n Akak je. yg lain dah tentu keje kan. kitorg jela pun yg free. sampai2 je terus masuk Aeon. aku nak cari t-shirt lengan panjang. dah bosan pakai blouse. hehehe cari2 xde yg cantik. ada pun kat bahagian plus size dgn maternity. apakah? hahahahah

lepas tu xtau nak buat apa terus cari tempat nak makan. makan kat Black Canyon Coffee.




arah jam : hor fun, tomyam ayam, sayur chapchai, kerabu mangga, ayam sweet sour




kitorg amik set untuk 2 org makan je. tambah kerabu mangga dgn hor fun. kerabu tu memang sedap gilos. tgh2 makan tetiba Ari nak gi toilet lak. die kan dah x pakai pampers. so 2 kali aku berlari dukung die. org tgk aku dah macam apa dah. si Ari ni bukan leh main2. die kalau sakit perut memang kena terus gi toilet. takut terburai je tengah jalan. huhuhu

lepas makan, kita dessert aiskrim McD lak. ingatkan nak makan perasa coklat hershey tu tapi branch yg kitorg gi tu xde lak. so semua makan perasa vanilla je. then balik rumah jap pastu teruskan perjalanan mencari durian. yeah!!!

pusing2 semua jual durian kacuk je. kitorg ni nak makan durian kampung. pastu lalu Tun Aminah tengak ada satu gerai tu banyak durian tapi xde signboard. kitorg pun terjah jela. durian kampung 3 biji rm20 okeh! warna kuning, lembut, lemak berkrim. rasa sedap gilos. x pasal2 beli sampai rm40. huhuhu

kitorg kopek makan kat situ terus. bila x habis baru bawak balik. ada gak dapat yg x elok tapi diorg terus tukarkan lain. kira ok la kan. dari beli yg sekilo rm20.





makan durian pastu minum air kelapa...memang terbaikkk


kan besday mak 30 Ogos. so ni kirakan jalan2 dan makan2 besday la ni. sbb besday mak kan jatuh ari selasa. kalau nak balik rumah mak cam susah la kan. tapi cam x best lak x balik. so semalam aku n adik balik rumah mak sempena cuti hari kemerdekaan. kira surprise la nih.

malam rabu adik balik keje kol 9.30 terus kitorg gerak balik rumah mak. sampai je depan pintu, Nia terus jerit2 panggil maktok die. terkejut mak. hahahaha

esok nye kitorg x plan nak gi mana2. tapi Adik gedik nak gi jalan2 cari makan macam Ai buat. ok la kita layankan jela. gerak kol 12 sbb tunggu Nia buat keje skola. aku kan tiger mama. hehehehe Adik suruh cari Cendol Akbar. dalam google kata cendol tersedap di Batu Pahat. ye ke?





 imej google



bagi aku rasa die boleh la. nak kata superb tu xla. mungkin sebab gula melaka die kurang? well mungkin la. tapi memang gerai die sentiasa penuh. nak cari pun agak susah sbb signboard die kecik je. owh alamat kat Jalan Engan ye. dekat2 dengan Jalan Penggaram. susah2 sangat korang google jela.

next plan makan murtabak lak. tapi kitorg kenyang lagi. so mak ajak gi Aeon Big. pusing2 jap cari barang terus balik rumah. x sempat nak makan murtabak sbb petang nya kitorg dah nak balik JB dah. sebelum tu, singgah rumah Akak dulu amik barang Adik. kitorg x tido rumah sana sbb esok keje. so lepas maghrib baru balik rumah aku. tu pun sebelum balik aku paksa Nia buat keje skola lagi. yela ingatkan esok skola. skali pagi tadi hantar Nia, skola tutup. hahahaha xpela minggu ni bagi Nia main puas2. hihihihi






Monday, March 7, 2016

Forest City, Nusajaya

Minggu lepas mak ada checkup kt Gelang Patah. so cam biasa la kalau mak balik sini, aku mesti kena pegi rumah akak. ingatkan nak gi jumaat pagi je tapi ada org tu dah rindu cucu die pulak. so ari kamis malam tu dah sampai gelang patah dah.

pagi jumaat gi sarapan dgn ayah, mak n akak. lepas sarapan kitorg terus gi Forest City. ayah  x ikut sbb keje. org kata Forest City ni macam Country Garden Danga Bay. yg kat danga kitorg dah pegi so nak gak la tgk yg kat Nusajaya pulak.

nak pegi Forest City ni senang je. kalau ikut highway, korang ikut je signboard ke Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP). sebelum sampai PTP korang akan nampak signboard Forest City kat belah kanan. x sampai 5 minit dah sampai. sampai2 je di sambut oleh pak gad. punye la banyak pakgad. kat semua ceruk kot ada. mungkin sebab masa kitorg pegi ni kebetulan diorg tgh buat persiapan untuk perasmian ari ahad tu.

Forest City ni macam pulau la. besar giler. aku x pusing habis pun sbb besar n kebanyakan tempat yg jauh2 tu masih dalam pembinaan. so lepas parking terus masuk main building. ada la cafe n showroom die. keluar je dari pintu main building terus nampak air pancut.







mak tgh buat photoshoot dgn Akak. Nia n Ari sibuk nak main air. hahahahah dari jauh pakgad tengok kannnn je anak2 aku. ye kat semua ceruk pun ada pakgad ok.

main air x boleh.
pijak rumput x boleh.
main pasir x boleh.
mandi x boleh.
duduk atas patung pun x boleh.

sama je la macam yg kat Danga tu.



budak ini gerammmm je nak main air x boleh...













punye la aku panggil2 Nia n Ari amik gambar kat sini diorg buat dekk je. yg si Ari tadi bukan main sibuk nak main air tapi bila lalu kat pasir die xnak pulak. die geli kot. hahahah teringat masa gi Pangkor dulu punye la beria die nangis bila pijak pasir. ni kira ok la walaupun bising gak mulut die sbb pasir masuk selipar. haishhhh

owh semua objek2 kat tempat ni kita boleh amik gambar cuma jangan panjat atau duduk atas die. jangan main2 eh. objek2 ni semua mahal tau. diorg tempah khas. dan ada yg duduk atas ketam ni sampai patah kaki die. ni security kat situ yg bagitau. sila jaga perilaku anda ye. kang ada yg pegi lepas2 ni x dapat tgk patung cantik2.

konsep bangunan Forest City ni bandar dalam hutan gitu. so dalam bangunan memang banyak pokok. sejuk die pun lain macam. x sama macam sejuk aircond.




dalam toilet. 

yela nak amik gambar proper kat luar xde sape nak amik gambar aku. dalam toilet pun jadi huhuhu pokok2 tu semua pokok betul. bukan pelesu. hehehe so ko bayangkan dalam bangunan semua dinding penuh pokok. kitorg x lama pun kat sini. pokok kat dalam memang banyak pokok kat luar kureng. so dah stat rasa bahang, mari la kita pulang.

sebelum balik, singgah Tesco dulu beli barang. boleh lak ada org tu buat suprise. nasib baik iolss x majuk tau. hehehe....






p/s : busy beeee.....busy bee.....



Thursday, January 7, 2016

Dah mula sekolah dah

eh dah tahun baru ke? cam sama je? azam aku tahun ni.....em apa ek? eh lupa la. lantak la eh. hahahaha

anyway, tahun ni Nia dah 5 tahun. so kena la masuk tadika kan. ikutkan Nia stat skola akhir bulan 12 ari tu. guru besar skola die saje awal kan seminggu biar x clash dgn mak pak yg hantar anak gi skola kebangsaan.

first day skola, Nia ok je. aku ada la jenguk die jap masa minum pagi. sehari je aku gi jenguk die. lepas2 tu dah xde dah. hahahah nampak nau aku ni jenis relaks je kan. balik skola pun aku x amik. cuma first day jela aku amik sbb van skola stat hantar balik hari kedua. owh hari2 aku hantar Nia gi skola. cuma balik je naik van.

Nia kan aku hantar rumah pengasuh. so die memang x susah berkawan dgn org. so aku x risau bab tu la. Nia pun excited bangun pagi2 dapat pakai baju skola. yela slalu tgk org pakai je kan. so far ok la. cuma bila aku tanya,


'hari ni kat skola blaja apa kakak?'

'entah. tapi tadi akak makan mee goreng'


tgk tu. makan je tau nya. org tanya lain, die jawab lain. haishhhh hari2 ok die jawab camtu. last2 aku malas nak tanya dah.

pastu sekarang tiap2 malam aku kena duduk sebelah die buat keje skola. kalau di biarkan die buat sorg2 memang jawab nya x buat la. main je kejenya. bila Nia buat keje skola, Ari pun sibuk nak buat jugak. tapi pakai buku otromen la. hahahah

so far sekarng Nia baru blaja kenal huruf jela. membaca belum lagi. mengira dah pandai dah. ada ciri2 jadi akauntan x? hahahaha




Sunday, December 13, 2015

Kisah seorang penulis

Dulu-dulu masa zaman aku pun xtau, aku penah terfikir nak jadi penulis novel. x pun pensyair atau penulis sajak. tapi aku rasa itu bukan cita-cita aku pun. sbb dulu-dulu aku pengikut tegar kakak aku. masa kecik2 dulu memang kamceng giler dgn die. aku la yg die angkut buat teman gi beraya, gi dating dgn bf baru misal nye.

sampaikan kawan2 die semua aku kenal. sampaikan ari tu masa mak buat kenduri ada kawan akak aku datang. aku x kenal pun. bila aku tanya die, die kata kawan satu sekolah tapi x baik mana pun. dan x penah pegi raya rumah die pun. owh patut la aku x kenal. heheheh

anyway, back to the point. dulu-dulu zaman baru nak naik kan. so akak aku rajin baca novel. aku pun terikut sama. lepas tu mula la berangan nak tulis novel. tapi sampai sekarang novel aku x siap. sbb aku ni jenis x sabar. jalan cerita apa semua aku dah ada. cuma kesabaran menulis tu aku xde. jadi aku abaikan je angan2 aku tu. cuma bila tiba buat cerpen pendek masa skola dulu aku memang score la. org minta 100 patah je, aku dekat 5 helai kertas aku membebel. hehehehe

masuk skola asrama lak aku x tulis novel dah. aku tulis sajak pulak. sbb sajak pendek, ringkas dan padat. paling aku suka tulis sikit je tapi maksud mendalam giler. bajet ada org nak baca la sajak aku kan. nak di jadikan cerita, budak AJK majalah skola waktu tu akak dorm aku. die pun sibuk la cari bahan nak letak dalam majalah skola. masa tu aku ada sajak yg aku kira ok la jugak. aku nak bagi die aku segan. jadi aku suruh kawan aku bagi die. pakai nama samaran la. tup2 sajak aku tu klua dlm majalah skola ok!

aku tau pun sbb kawan bagitau. sbb die yg hantarkan sajak aku. jadi die sorg jela yg tau sape penulis sebenar sajak tu. masa tu heboh satu skola. sbb xde sape yg tau penulis sebenar sajak tu. pulak tu nama samaran yg aku guna iras2 nama kawan aku. dah satu skola ingatkan die yg tulis. budak tu pun bengang. hahahah

tah macam mana tah ada tetiba je diorg tau aku yg tulis. dah x pasal2 tahun berikut nya diorg tetapkan syarat xleh guna nama samaran pulak. tapi tahun lepas tu memang aku xde idea langsung. sajak pun merepek je. ada jugak la kawan aku suruh hantar lagi. tapi dah xde bahan. nak buat camne ye dak?

habis skola, aku masuk kolej pulak. amik course yg xde kena mengena langsung dgn subjek asal aku masa skola. habis kolej, keje pun kat tempat yg xde kena mengena dgn course masa kolej dulu. lantak la ek. yg penting dapat rezeki halal. tapi sebenarnya aku suka keje aku yg sekarang ni. sbb aku bergelumang dgn buku.

oh hobi menulis sajak tu aku masih teruskan. cuma x sehebat macam dulu la. sajak aku yg sekarang ni banyak pasal personal. walaupun aku suka tulis sajak, tapi tulis blog pun seronok jugak. yela macam borak dengan member kan? tula, kadang2 rasa malas je nak tulis. tapi kang x tulis korang rindu lak. hahahahahah *muntah hijau




update pasal weekend aku update nanti la eh.
bz mengejar statistik la.
biasa la akhir tahun keje gov memang camni
*cries a river






Monday, September 28, 2015

Hepi besday kakak Nia n baby

Selamat Hari Jadi Nia!!!!

semalam hari jadi Nia. cam biasa la nak belikan die kek nak hantar kat rumah pengasuh die. boleh Nia makan dgn kawan2. tapi kek zaman sekarang ni mahal bebenor. design cantik2 sikit je harga dah dekat rm60. tu belum lagi yg bentuk kereta la, princess la. pulak tu budak2 makan kejap je dah habis.

untuk jimat, aku beli je kek butter pastu aku curah la coklat cair banyak2. hahaha bijak x mama Nia? cakap la bijak cepat.











Nia dan besday kek nye. die malu sbb potong kek xde org teman. kawan2 yg lain xnak bergambar. diorg dah x sabar nak makan kek je.

aku beli kek SDS je. satu butter satu lagi coklat cip. 2 biji kek baru rm12. curah coklat ganache n letak kacang hancur sket kat tepi kek. lekatkan marshmallow n siap. simple je tapi sedap ok.

kebetulan masa besday Nia, pagi tu dapat berita gembira. Ai dah selamat lahirkan baby girl. congrats sis! sama besday dengan Nia lak tu. tapi x sempat nak tgk baby lagi. xpe bulan depan kita jumpa k. boleh la lepas geram nak gomol2 baby. Ari sejak dah pandai main ni susah nak gomol2 die. asik nak lari je. cepat betul anak2 mama membesar. huhuhu








ni lak gambar Nia n Ari makan coklat dalam periuk. masa ni aku buat brownies tapi rupa x cantik so kita letak coklat ganache lagi bagi sedap n tutup rupa die yg x cantik tu. gambar brownie memang xde sbb dah kata rupa x cantik kan. malu la nak amik gambar bagai. hihihii


moga kakak membesar jadi kakak yg baik pada Ari ok.
jangan asik nak gaduh je.






Sunday, September 20, 2015

Semangat AJ punye pasal

minggu lepas tgk banner Mood Republik.
ala banner yg ni.







mula2 tgk x rasa apa2 pun. sbb aku ni bukan minat sangat shopping. lagipun raya haji je kot. x kuasa la nak beli baju. pakai je baju lama dah cukup. tapi bila akak aku kata ada tudung Aidijuma, terus bersemangat nak pegi.

satu benda common antara aku n akak aku is kitorg suka pakai tudung AJ. dan entah kenapa sejak 2 menjak ni aku cam minat lak nak tambah tudung. lagipun dah lama x beli tudung baru(padahal baru je beli minggu lepas).

anyway, pagi jumaat awal2 aku mandikan Ari dan siap2 kan die terus gerak gi Persada. ye berdua je dgn Ari. sbb aku takut xleh handle Nia n Ari so aku bawak la Ari.

sampai Persada kol 8.15. parking tepi jalan je. tu pun dah nak penuh. kalau parking kat dlm, sekali masuk je dah kena rm5. parking kat luar free. hehehehehe







 budak baik. 
 awal2 aku dah bagi die makan biskut.
biar die senyap sikit. hehehehe








kat pintu masuk Persada punye la ramai org.


beratur kejap je. x sampai 10 minit dah sampai kat pendaftaran. daftar je dapat goodie bag.
saya suka. saya suka.

tapi yg x best nye, ada eskalator. lif pulak ramai org turun naik angkat barang. nasib baik la masa beratur tu, belakang aku ada 2 org budak. sanggup diorg balik keje kol 7 pagi terus datang sini. diorg la yg tolong dukung Ari, aku lak angkat stroller turun eskalator. dah la eskalator ada 2. masehhh ye dik.

sampai je bawah terus aku cari booth AJ. tolonggggg la punye la banyak booth. terpaksa aku lalu semua sebab jalan masuk kat depan, jalan keluar kat belakang. diorg siap ada jaga kat situ. so kalau nak masuk memang kena masuk kat situ je. pulak tu booth AJ kat hujung skali.(tepuk dahi)

sampai kat booth AJ, org dah beratur dah. pastu aku jumpa lagi budak yg beratur dgn aku tu. die datang berdua. yg nak beli tu sorang je. so yg sorang lagi tolong jagakan Ari sementara aku n kawan die busy membeli tudung. hehehehe




inilah hasilnya.



beg pink tu goodie bag yg aku dapat. dalam die seluar palazzo polka dot. xtau la bila nak pakai. cam xnak pakai je. hehhh aku gi kejap je. kol 9.30 dah balik rumah. sampai rumah, Fatin ajak gi lagi. ikutkan die keje ari jumaat tu tapi bos die suruh balik amik mc sbb die demam.

kitorg g dekat tengah hari jugak la. yela, kena sarapan dulu, gi amik duit kat bank dulu baru la boleh shopping dgn senang hati. heheheh tapi aku x beli apa2 pun. Fatin pun cuma beli kasut je. org ramai cam ape tah. pulak tu booth AJ tutup lak. memang aku xde mood langsung nak tgk2 barang.

tiba kat booth Heliza Helmi, lagiiiiii la org ramai. yela nak amik gambar dgn retis kan. masa tu la Ari nak meragam. xnak duduk dlm stroller. boleh die nak berguling kat lantai kat celah2 org ramai. terpaksa aku dukung die n jalan cepat2 kelaur. nasib baik sampai luar die nak duduk dlm stroller. dah la parking jauh. kalau nak suruh aku dukung die sampai kereta....aduiiii....mati la nakkkkk.....sampai rumah, masing2 pengsan.

ari sabtu lak dah janji nak pegi lagi dgn akak pulak. die teringin nak tgk2 booth kat Persada. lagipun sbb aku yg drive kan. masuk je daftar lagi n dapat goodie beg lagi. kali ni dapat pin tudung yg comel je. samapai bawah, kitorg terus tuju kat booth AJ sbb takut ramai org cam semalam. tapi masa kitorg pegi tu, org x ramai sangat. jadi boleh pilih tudung dgn tenang. mungkin semalam nye yg beli ramai pemborong kot. sbb aku tgk diorg beli satu design sampai 10 helai. xkan la nak pakai untuk diri sendiri kan?

masa kitorg beratur tu, ada sorang akak ni tgh pilih tudung la. die belek semua tudung kot. n die beli banyak gak. aku ingatkan die dah habis beli. skali masa kitorg tgh pilih, die pun sibuk tanya design ni cantik x. design tu color ok x. tudung yg kitorg berkenan pun die beli gak. yg laki die pun melayan je. aku rasa dekat rm300 gak die habis beli tudung. xtau la beli untuk diri sendiri ke untuk jual. tapi die beli satu design, satu helai je. huiii ni baru betul2 giler tudung AJ nih. aku kira ok lagi la yek?

balik je dari Persada, kitorg lepak kat rumah MIL dulu. tgk hasil belian. hahahahah aku beli lagi 5 helai. akak pun beli 5 gak kot. lepak2 jap makan2 pastu akak ajak gi Tesco. masa ni Nia n Ari macam dah penat dah. so beli cepat2 n balik n tidokan diorg.

tapi kan rasa macam nak beli tudung AJ lagi la. harap2 sale tudung yg best akan buat akhir tahun la. sbb rasa cam dah banyak lak beli tudung. walaupun dalam hati meronta2 nak beli lagi. heheheh








Sunday, August 30, 2015

Kursus teambuilding memang best

lemau nye naik kejeeee.......esok cuti lak tu. kalau ikutkan nakkkk je aku cuti ari ni tapi memikirkan cuti aku yg tinggal ciput tu, terus x jadi.

anyway, kan minggu lepas aku ada cakap yg aku gi kursus kat melaka. memang best giler. tetiba macam kembali ke zaman skola la plak. sbb kitorg duduk sebilik 7 org. ikutkan untuk 6 org tapi dah geng ada 7, so kena la muatkan untuk 7 org gak. heheheh

kitorg kursus kat Asahan, Melaka. dan tempat ni betul2 depan pusat latihan PLKN Lagenda, tempat aku masuk PLKN dulu okeh!!!! omg terus teringat kenangan masa tu. dulu 18, sekarang dah dekat 30 dah. umo dah gini nak kena buat aktiviti lasak bagai....fuhhhh





ini la tempat kursus kitorg.
bertentang dgn pintu masuk PLKN Lagenda





kursus yg aku pegi ni memang banyak aktiviti luar. kalau dalam kelas pun ada la 2-3 jam je. tapi aku lagi suka aktiviti luar. cuma badan macam x larat je. yela umo dah dekat 3 series kan.

1st day
relaks je xde buat apa sangat. pastu ada ice breaking bagai, bagikan kumpulan.


2nd day
pagi2 dah main futsal. aduiiii aku ni mana la reti. tapi yg pompuan semua pun x reti. hahahaha yg pandai budak laki jela. diorg la yg main lebih. aku tukang jaga gol je. hehehe pastu buat aktiviti lasak. redah obstacle macam biasa askar buat, buat flying fox, abseiling dan fear factor.

kalau takat flying fox dgn abseiling, masa PLKN aku dah penah buat dah. 2 benda ni seronok buat. yg penat cuma nak naik tangga jela. aku buat flying fox 2 kali, abseiling sekali je. x larat nak naik tangga lagi dah.





nampak macam biasa je kan?


tangga yg belah kanan tu untuk buat flying fox n abseiling. yg 4 tiang terpacak ni la fear factor. aku xtau diorg namakn benda ni apa tapi aku panggil jela fear factor eh. tiang tu je tinggi nye macam rumah 2 tingkat. so boleh bayangkan punyela tinggi. dah la ko nanti naik ko berpijak kat platform kat tiang tu je. xde benda lain.

mula2 kena jalan kat titi lebar die ngam2 kaki je. jalan semeter gitu. laluan kedua ialah jambatan gantung. yg ni ok lagi la. x seram sangat. yg last pulak.....





yg ni!!!!!!





agak2 korang boleh buat x? gigil2 jugak la aku buat benda ni. ko kena jalan sambil berpaut pada tali2 kat atas tu. bila sampai tali ke 4, cangkung pastu baring terus ke belakang. rasa macam nak tercabut jantung aku. aku ni dulu teringin nak buat bungee jumping tapi lepas dah buat ni rasa cam errr......macam xnak buat la. hehehehe

malam tu kitorg ada persembahan dikir barat. video die ada kawan aku post kat youtube tapi malas la nak letak sini. iolss malu la. hihihiihi


3rd day
lepas senaman pagi. kitorg main netball. dgn budak laki skali campur. cam tah apa2 je. yg aku geram tu, org x passing bola kat aku pun. huhuhuhu

lepas dah regang otot semua, kita naik gunung lak. tapi bukan gunung ledang la. kitorg naik sikit je. agak2 1/3 perjalanan ke gunung ledang. sambil2 tu komando yg bawak kitorg tu ajar la sikit2 cara hidup kat hutan. last sebelum sampai kem balik, kitorg singgah air terjun. tapi x best sbb aku bendera merah. sedih iolsss tau. dapat main2 air kat kaki je. yg budak laki semua memang dah terjun masuk dah.

sampai kem, diorg bagi taklimat n pemberian cenderahati. kumpulan aku x menang pun. ala hadiah hamper makanan je kot. kalau hadiah duit tu aku nak jugak la. (ayat sedapkan hati)

lepas tu terus masuk dorm n berkemas balik la kita. sampai rumah dekat kol 6.30 terus pengsan. hahahaha nak gerak gi GP pun x larat. tapi mengenangkan rinduuuu banget kat budak kecik 2 org tu, aku balik gak la. tu pun kol 8 lebih baru nak gerak. hehehehe

overall, memang best la kursus ni. x macam kursus yg slalu aku pegi. duduk n dengar je org bercakap. kursus yg ni memang penuh aktiviti sampaikan aku demam urat. mak2 sangat tau. hehehehe




p/s : girls generation rules!!!! (rindu lak ngan budak dorm)



Wednesday, August 19, 2015

Tengah promo ke sekarang ni?

semalam biasa la amik bebudak kat rumah pengasuh. pastu lalu depan sekolah tgk ramai org berenti tepi jalan. masalah nye bebudak belum balik skola lagi. nape banyak kereta lak ni? rupa2 nye ada promo Dominos. diorg tgh offer pizza personal rm6 je!!!!!

slalu kan pizza personal x salah aku rm10.90 kot. tapi semalam die bagi rm6 je. fuyo!!

aku pun apa lagi. terus beli 2 kotak. dah lama x makan pizza Dominos. sampai rumah je Nia terus ajak makan. die memang suka makan pizza. tapi sebelum tu, kita amik pic dulu.





 pizza chicken n mushroom














macam2 gaya la budak2 ni. yg si Ari aku suruh pose tanda peace tapi die buat gaya tu pulak. suka ati ko la nakkkk.

rasa pizza cam biasa la marvelousss sangat. cuma cheese die kurang. yela murah kan. aku makan sekotak je. lagi sekotak aku simpan sbb kenyang.

tadi masa amik bebudak lalu depan skola ada lagi promo nye. tapi dah naik jadi rm7 la pulak. aku malas nak singgah sbb......sakit gigi. huhuhuhu baru cabut pagi tadi. pasal tu nanti la aku tulis entry ye. ni balik rumah xtau nak makan apa. =((







Monday, August 3, 2015

Berkelah di Dusun UTM

ari kamis lepas heboh kat whatsapp grup budak2 ofis aku gi Dusun UTM. diorg gi beli n petik sendiri pulasan kat dusun. dah la pegi x ajak aku. aku pun nak gak. so petang tu aku ajak kawan aku gi serbu dusun.

Dusun UTM ni memang macam dusun arwah atuk aku la. memang best. macam2 buah ada. tapi sekarang musim rambutan n pulasan je. durian, duku, langsat semua belum musim lagi.

nak gi dusun ni senang je. ikut papan tanda ke klinik kesihatan dlm UTM.
klinik belah kanan, dusun belah kiri.
sekarang ni sbb tgh musim buah so pintu pagar memang buka dari kol 9-6 petang setiap hari.
hari jumaat tutup kejap masa solat jumaat je tapi kol 3 dah buka balik.

aku gi dusun bertiga dgn kawan. nak gi sorang memang xla. mana la larat nak bawak pulasan nanti. masuk2 je terus parking depan ada kaunter. gi sana mintak beg plastik nak isi buah. korang xleh bawa plastik sendiri ye. sbb diorg kira 1 plastik beg rm10. kalau makan terus kat pokok x di kira. best kan?

kalau ikutkan kereta boleh bawak masuk sampai kat pokok tapi nanti susah lak nak keluar. dah la kereta aku lowered. mau ada yg masuk lubang ni kang. so bermula la aktiviti memetik dan menjolok buah.







 entiti berwarna merah di kesan!!!



kalau korang perasan, budak yg kt belah kanan tu kawan aku. mula2 masa ajak gi dusun die cam malas je. tapi bila sampai, die lak yg over. siap panjat pokok petik buah sambil buat aksi ninja(die peminat ninja no 1.) padahal masa ni hujan renyai2 tapi misi masih kita teruskan. selagi beg belum penuh, segala onak duri akan ku renangi jua. ecewahhhh....










ni lak kawan aku no 2. bagus pegi dgn budak2 laki ni. tenaga diorg banyak. cam kawan aku ni, tinggi die dekat 7 kaki kot. so mana yg tinggi2 tu die yg tolong petik kan. tapi geram gak dgn die sbb banyak yg masuk ke mulut dari masuk beg plastik. hmppphhhh kat belakang aku tu ada satu famili bz memetik pulasan gak.

dannnn.....




 inilah hasilnye!



2 aku punye, 2 lagi kawan aku punye. macam kecik je beg ni kan tapi sebenarnya satu beg je dah dekat 4 kg okeh. nasib baik aku gi dgn abang2 sado. kalau x mana la larat nak bawak sampai kereta. dah la parking kereta nun kat kaunter sana.

semalam Nia sakit gigi. dah seminggu gusi die bengkak. so pagi tadi bawak Nia gi klinik swasta terus kena tampal. masa kat hospital diorg x buat apa2 pun. so petang tu nak bagi hati Nia girang, bawak la die gi dusun.

kemain lagi Nia n Ari kat dusun. tapi aku x sempat lak amik gambar. bz makan pulasan n melayan budak2 ni. kitorg just round tgk pokok je. pastu ada satu family cina ni tgh petik pulasan n diorg bagi budak2 ni sikit. hehehehe





p/s : pulasan dah xde kot. rambutan banyak lagi. kalau korg nak pegi, jangan lupa amikkan untuk aku sekali ye. wink2







Tuesday, July 14, 2015

Mood raya dah datang

aku kan kengkonon malas nak fikir sangat pasal raya sbb semua pun dah setel. so xde apa sangat yg nak kena buat dah. tinggal angkat badan n gerak balik kampung je. beg baju pun aku dah siap packing ok. eh ni malas nak fikir ke, awal2 dah ready nak raya? hahahaha

pagi tadi gi keje smooth je. kereta pun x banyak. rasanya ramai yg dah balik kampung kan?
huii semangat betul diorg ni. yela kan aku org Johor je. sejam setengah je dah sampai kampung dah. so ari ni saje je la buka youtube layan lagu raya. skali lagu sangkut hokey....hmppphhh

esok lagi best. rasanya aku kat ofis berdua je kot dgn ada pakcik ni. yg lain2 dah balik kampung dah. rasa cam lambat lak aku balik kampung.
lambat sangat ke? tapi tadi mak dah whatsapp cakap die buat ketupat sorg2.

ye, mak iollsss dah layan whatsapp sekarang.
mana x nye. adik beradik aku, Adik sorg jela yg dah ada kat kampung. yg lain2 belum balik lagi.
nasib ko la dik kena melayan mak.

good luck buat ketupat ye.
Kak D balik nak tolong makan kan je. wink2 =)



p/s : ari kamis pagi baru balik kampung. mentang2 kampung dekat. hehehehhe



Monday, May 18, 2015

Teringat kenangan zaman kanak-kanak

kan ari tu aku ada gi kursus penulisan kan, so sekrang ni rasa cam berkobar2 lak nak menulis walaupun penulisan macam tah apa2 je. ada rasa nak buat buku masakan....hahahah macam expert sangat jew. ada rasa gak nak buat buku cerita pasal zaman kanak2 aku. yela budak2 zaman sekarang ni sibuk dgn gajet je.

owh cakap pasal zaman kanak2, aku dulu duduk kuarters kerajaan rumah bandung(2 rumah yg bercantum). jadi rumah kitorg ni memang ada laman la. kat situ la ayah aku tanam pokok rambutan, pokok betik, pokok durian, pokok nangka dan macam2 lagi la. jadinye tiap2 ari minggu kitorg kena sapu laman. dah la pokok rambutan tu daun yg gugur banyak giler. tapi tiap2 kali sapu tu, setiap sorang akan dapat upah 20sen.

20sen zaman tu kira banyak tau. dapat la beli jajan satu, atau main tikam2 ke(ni abg aku banyak buat), x pun beli gula2 dpt percuma cincin. kadang2 masa nak beli tu, cincin kaler merah tinggal satu je. so berebut la dgn adik aku sape yg dapat beli. slalu aku beralah je. dapat beli cincin, esoknye gi skola tunjuk kat kawan2 ada cincin baru. hahahahah





biasa gula2 yg diorg jual tu warna merah pastu kat hujung akan ikat cincin skali.
cincin tu la yg slalu jadi rebutan.






kitorg masa kecik2 slalu main dgn adik-beradik je. kadang2 ada la jugak kawan aku datang rumah. ada gak main dgn jiran depan rumah aku. diorg 3 beradik je. yg sulung(shah) dgn yg 2nd(syu) sama baya dgn akak n abg aku. yg kecik(dani) sebaya adik aku. ada skali tu, kitorg main rumah hantu. aku pun xtau la ni idea sape. rasanya ni idea jiran aku yg sama baya dgn akak aku kot. sbb die ni otak slalu ligat sket.

sebelah rumah die ada laman gak. tapi diorg x rajin bercucuk tanam macam ayah aku, so macam semak sikit la. kitorg pun ubah semak tu jadi rumah hantu. diorg berempat(shah, syu, akak aku, abang aku) jadi hantu. aku x ingat aku jadi hantu ke x. eh aku jadi pelanggan kot. sbb aku ingat aku masuk 'rumah hantu' tu, pastu jumpa la abg shah, pastu akak aku, pastu kitorg dgr mak abg shah jerit suruh balik. pastu semua lari lintang pukang. hahahahahah

bila akak n abg shah dah darjah 3 kot, diorg dah kurang main dgn kitorg. abg shah dah ada geng die. yg akak aku lak asik belaja je. abg aku? asik memerap dlm bilik lukis kartun. so secara x langsung, aku la yg jadi ketua. kebetulan masa tu, sepupu aku(mak die akak ayah aku) baru stat jadi cikgu. anak2 die(anak sedara aku) mak aku la yg jaga. ye, aku dgn anak sedara aku dekat2 sama baya.

anyway, aku ni kan tomboy sket. so x main la main masak2 ni. slalu tu aku gi panjat pokok rambutan la, gi kejar ayam la. adik dgn anak sedara aku ikut jela. ada sekali tu, aku rasa cam nak tangkap ayam la. tgk dlm tv, macam senang je. so aku korek lubang, pastu letak cacing banyak2 dlm tu, pastu cover dgn daun. jadi bila ayam tu masuk je dlm lubang, aku terus tangkap die.








aku gi nyorok kat belakang kereta ayah aku. bila aku datang balik kat perangkap tu, ayam dah ke mana, cacing dah masuk dlm tanah. yela, fikiran budak2. dah la korek lubang pun ngam2 je besar kaki ayam. ada hati nak perangkap ayam. ayam tu mesti tgk lubang tu  n fikir 'tah apa la yg budak tu fikir. hahahaha

tapi ada satu kenangan ni yg paling aku xleh lupa la. eh xnak cerita la. malu. hehehehe
suka kan buat suspen.
nak cerita lagi, tapi macam xtau nak tulis apa lak.
 nanti2 la aku sambung pasal zaman kanak2 aku ni ye.
ciao


p/s : 2 tahun lepas ada bawak abg aku gi mengimbau kenangan lama rumah lama kitorg. rindunyeeee.....
boleh gi baca kat sini.




Thursday, May 14, 2015

Main inai

semalam lepas makan malam, macam biasa la Ari kalau makan memang bersepah giler. 10 org makan tu x sepah macam tu. nasi ada kat mana2. pastu lantai macam melekit.

ikutkan macam nak lap je tapi pikir dah lama x mop rumah. mop satu rumah jela. eh tapi sebelum mop, kena la sapu dulu kan. masa tu dah kol 10 malam ok. aku ni bukan boleh. kalau dah pikir nak buat, memang kena buat terus. kalau tahan2 memang sampai ke sudah la aku x buat.

Ari aku letak dalam baby cot. Nia nak tolong tapi aku suruh die duduk tepi. nanti lambat lak keje siap kan. x lama pastu Ayie tdo dah. so dah siap kemas dan mop, terasa nak kemas laci la pulak. tgh kemas, terjumpa inai dlm tube. Nia nampak je inai, terus die mintak nak pakai. sama je cam mama die masa kecik2 suka pakai inai.

tapi dulu2 xde inai dlm tube. kena tumbuk sendiri tau. pulak tu atuk aku memang ada pokok inai, habis pokok tu kitorg keje kan. atuk siap bagi kitorg lesung batu kecik khas untuk buat inai. pastu nanti sibuk la letak nasi la, arang la konon nak bagi inai pekat n warna cantik. sekarang pokok inai dah xde. owh rindu nye zaman kecik2.....

anyway, inai yg aku jumpa tu aku pun dah x ingat zaman bila. so memang lubang nak keluar inai tu dah tersumbat dah. aku amik pin cucuk kat lubang die, pastu terus picit dan........zassss...... menderu inai keluar sampai ke dinding okeh. rambut aku pun terkena sekali. hahahahah

pastu terus pakaikn Nia. die nak pakai 2 tangan tapi aku x bagi. pakai satu tangan pun dah macam hapa tah rupanye. masa tu dah kol 12.30. aku suruh Nia tdo tapi die xnk sbb inai x kering lagi. ala cian nye anak mama ni. so aku basuhkan n suruh Nia tdo.







buat hujung2 je. ala comel gak kan.
Nia punye aku x sempat nak amik gambar. die siap mintak aku lukis bulan dgn love kat tangan die. tapi bulan mana masuk dgn love kan?
anyway, inai ni tahan lama betul. ni balik keje ni mesti Nia mintak pakaikan inai kat tangan yg sebelah lagi. jangan sampai ke kaki sudah la.






malam tadi macam xleh tdo.
nape tah.patutnye lepas kemas rumah mesti penat kan? tapi ni x pulak. hmmm....
so ingat petang ni nak exercise la. dah lama x exercise.





Friday, May 8, 2015

Cuti Hari Buruh dan Wesak

minggu lepas cuti panjang kan, so ari jumaat pagi aku n akak balik kampung. BIL cam biasa la keje.

sebelum tu akak ajak singgah gi beli bakso kat jalan ke bandar. kitorg sampai rumah mak dekat kol 11. nasib baik kitorg gerak awal sbb masa on the way balik tu, kete dah banyak dah. yela cuti lama kan. mesti ramai yg balik kampung.

sampai2 terus makan bakso. boleh la. cuma aku x gemar sangat makan bakso suun. biasa aku makan bakso mihun. Abang n famili pun balik. diorg sampai dekat kol 1. Nia nampak Addin terus ajak main. Addin dah ok dah. x cam dulu. sikit2 nyorok belakang ummi die. ni dah jadi bestfren dgn Nia. pastu suka duduk bertiga, Addin, Nia dgn Ari kat tangga depan rumah mak sambil peluk2. comel je diorg ni. owh ayah pun balik. adik dgn Ai jela yg xde. Adik ada exam, Ai lak dah balik minggu sebelum tu kot.





rambo kecik. =)



malam tu, atuk ada buat kenduri sikit. atuk tempah nasi ayam. so kitorg xde keje sangat la nak buat. saya suka. saya suka.depan rumah mak ada pasar malam, so round la kejap sebelum kenduri stat. x sempat nak beli apa2 pun sbb hujan n selipar iolss putus la pulek. huhuhu

esok nye akak dgn Kak Kam(SIL) ajak g makan nasi beriani. aku x gemar sangat nasi beriani. aku lagi suka nasi minyak. tapi aku ok kan jela. gerak lepas zohor sbb mak, ayah n akak gi main badminton dulu. Ari dah bising nak makan. nasib baik ada roti buat penyelamat.

kitorg gerak satu kereta je, senang. makan kat Bariani Power dekat dengan hospital Batu Pahat. kalau nak pegi, ikut je jalan nak ke hospital, sebelum belok masuk pintu hospital, belok kanan pastu ikut je signboard die mesti jumpa punye. sampai2 terus order. dlm 10 minit camtu order sampai. kitorg order beriani ayam 3, beriani kambing 1, air bandung, air laici dgn air durian belanda. tgh2 makan, Nia tertumpahkan air bandung akak. x pasal2 sayur acar dah tukar kaler pink. hahahahaha






sumber google




lepas makan, diorg ajak gi Pantai Minyak Beku. boleh pulak masa tu la Ari nak tido. so diorg semua seronok jalan2 kat tepi pantai amik gambar, aku duduk je pangku Ari. haishhh... lepas tu, gi jeti lak. nasib baik masa tu Ari dah bangun. so boleh la join sekali. budak2 ni suka la tgk air laut, pastu banyak giler ketam kecik. rasa cam nak tangkap je. geram. nak bawak Ari gi jeti ni punye la susah. die ni gayat kot.

sebelum balik, singgah Aeonbig sbb nak beli selipar. masa tu la Ari nak buat perangai. sikit2 nangis. x bagi amik barang tu nangis, nak makan nangis. semua x kena. aku x tahan, aku terus keluar Aeonbig. boleh lak die senyap. nasib baik berjaya gak beli selipar dan baju Nia. hahahaha sempat lagi kan.

sampai rumah dah kol 6. semua kepenatan. Ari lak sampai je terus main. suka ko la nakkk...janji x kacau mama tido. malam tu xde aktiviti apa2 pun. masing2 dah penat sangat.

esoknya pagi2 kitorg dah balik JB dah. keluar saing dgn mak n abang sbb diorg nak gi pasar. konon xnk bagi Nia nangis la. xde makna nye. die sibuk nak naik satu kete dgn mak. aduhaii.....
sampai rumah terus masing2 pengsan. hahahahha

lain kali nak buat percutian famili pegi jalan2 cari makan la. tapi kat mana? dah la tgh kering. =(





p/s : rasa sangat refresh. cam rindu la kat mak. huhuhuhu




Monday, March 30, 2015

Sambut besday di zoo

sabtu lepas akak ajak aku teman die gi jamuan harijadi anak kawan die. aku ok kan je. sbb anak2 kawan akak sebaya dengan Nia. lagipun ni bukan first time diorg jumpa. tapi yg best nye, diorg buat kat Zoo Johor ok. xpela org ado2 kan. anak aku kalau dapat kek Frozen je pun dah melompat2 bagai ni lagi la kalau dapat buat kat zoo. xpela. kita x dapat buat, tumpang majlis org pun jadi la.

anyway, akak kol 9.30 pagi lagi dah terpacak depan rumah aku. tapi dah kata org ada anak kecik kan. dekat kol 10 baru kitorg gerak. hehehe sampai je zoo, terus gi kaunter daftar nama. kitorg masuk free je.

kalau ikutkan majlis stat kol 10 tapi masa kitorg sampai tu, ada la 2-3 org. yg lain2 lambat sikit. kol 11 kot diorg pun nyanyi lagi besday n potong kek. budak yg sampai besday tu baru setahun. ni tahun depan xtau la buat katne. lagi best kalau di jemput sekali lagi. dapat makan free. hehehehe

menu hari tu ialah : nasi ayam, puff pastry, pai mini, epal potong, puding roti berkuah, air oren dan air sirap. kek besday lak kek pelangi dan kek red velvet.

aku dapat makan kek pelangi je. kek red velvet x dapek rasa. huhuhuh dah la aku ni suka makan kek. padahal nak menghabiskan sepotong kek pelangi tu pun macam nak rak kan. hehehe

lepas makan, ajak Nia main kat belon besar ke apa tu ek.



ni la belon nye. pic ehsan dari Maklong


Nia suka la main kat situ. pastu aku letak Ari kat situ skali. die boleh nak turun kan. budak ni aku xtau la. semua die xnak. dulu ajak main tepi pantai pun xnak. die nak main tipuware jela kot. ha yg tu aku x paksa pun selamba die je gi dapur terus amik. xdan aku ngemas dah. ada je org lain tolong sepahkan.

owh kawan akak aku ni ada bawak skali binatang peliharaan die. aku ingatkan zoo punye. sbb binatang peliharaan die ular sawa ok! dah la besar giler. pastu anak die selamba je ajak Nia pegang. Nia dari jauh nampak ular terus corner gi tempat lain. aku ada la cuba pegang tapi tang hujung ekor die je. pastu bagi Ari pegang gak. boleh die nak cubit macam kucing. hahahaha owh gambar ular x amik la pulak. hehehe

pastu sambung main naik kereta pusing2 ke apa tah. lepas main, rasa bahang sangat. yela cuaca panas kot. dah tengah hari kan. so aku ajak akak balik. so salam2 kawan akak tapi sebelum balik, pusing2 dulu tgk binatang.





Nia konon berani. pic ehsan my akak


yela aku ada skali kan. cuba kalau die sorang2. nak dekat pun takut. hahaha sebelum tu ada tengok unta. ada la org2 tepi tu jual sayur untuk bagi unta makan. ada gak org yg beli n bagi unta tu makan. kitorg tgk dari jauh je sbb macam biasa la. Nia takut nak dekat. pastu gi tgk monyet n rusa. semua Nia cakap comel. yg beruk tgh keruk ketiak pun di katanye comel. hahahaha

kitorg balik asing2 sbb aku nak gi rumah MIL. dah lama x jumpa die. MIL ajak jumpa kat Giant je sbb diorg x lunch lagi.





the mask of zorro



Nia dgn Ari dapat goody bag masa kat jamuan harijadi. dalam tu ada topeng kat atas ni, belon tiup2 yg Ari pegang tu, n jajan. Nia mula2 xnak pakai topeng tu. tapi bila aku dah tolong pakaikan die terus suka.

masa ni tgh tunggu MIL parking kete.diorg parking jauh sikit dari kitorg. aku dari jauh dah nampak dah MIL dgn Fatin. so aku suruh la Nia kejar diorg. punye la die jerit2 Fatin buat xtau je. bila aku panggil baru Fatin toleh. yela, Nia pakai topeng kan. mana la Fatin kenal. hahahaha kesian Nia jerit macam nak rak.

lepas makan, g rumah MIL jap amik barang pastu terus balik rumah. x larat wo. kepala aku dah berdenyut2 dah masa ni. cuaca panas sangat. ada hujan pun renyai2 je. minggu ni xtau nak gi mana lak. rasa nak gi Bazar Karat tapi diorg kan tgh korek jalan. mesti susah nak parking nanti. hmmm....

owh lupa lak. Hepi 1st besday Kayla!
tahun depan leh jemput lagi. hihihihi



p/s : nak makan cheese kek la. x pun kek red velvet ke. yummm....




Sunday, March 22, 2015

Sambut besday ke?

hepi besday to me!!

dah nak masuk 3 series dah. hmm xde la rasa tua pun. dulu punye la aku takut nak dekat 3 series. tapi bila dah dekat rasa biasa je. sama je. ke sebab aku jiwa muda? hak3

anyway, besday aku kan ari jumaat lepas. sebelum tu akak ada wasap aku nak ajak gi mandi kat pool ke apa tah. aku ok je asal die belanja. hehehe die kata kalau on nanti die inform. so aku pun cam biasa la. malam jumaat tu akak mesej esoknya nak gi mandi pool. aku pun ok la. kira hadiah besday ke ni? lupa lak nak tanya die.

pagi tu akak datang rumah bawak sarapan. so sarapan kat rumah pastu amik kawan akak n terus gi pool. kitorg gerak kol 11.30. lagipun tempat tu buka kol 11. nama tempat tu CS inflatable pool kat 101 Kulai yg lama. dekat je dgn pintu keluar highway Kulai.

sampai2 terus masuk pool.


masa ni baru nak warm-up



poyo kan Nia. konon berenang la. owh pelampung tu aku yg bawak siap2 dari rumah. nasib baik bawak sbb kitorg kan banyak lepak kat pool yg besar. Nia ok la tapi Ari kan pendek. so kira pelampung tu penyelamat la. tapi ada gak Ari terminum air. habis tu x reti duduk diam kan. hahahaha

2 jam gak lepak kat situ. layankan Nia n Ari main. sebelum balik, singgah Aeon Kulai nak beli kasut. tapi sebelum tu makan dulu kat kedai ayam penyet. ok la  kat situ cuma sambal die x kick sangat. ceh ada hati nak makan pedas kan aku ni. balik rumah kang terus kena gastrik. hehehe

Ari pulak masa org nak makan masa tula die ngamuk nak tido. so diorang makan, aku bawak Ari jalan2. ingat nak bagi die lelap la. xde makna nye. aku dah la lapar. so masuk balik kedai makan. boleh lak aku tepuk2 sikit die terus tido. pastu letak dalam stroller langsung x bangun. penat sangat la tu. lepas tu meneruskan pencarian kasut. tapi xde yg berkenan di hati. huhuhu

Nia lak dalam kete nak balik tu baru tido.nasib baik. kalau x, mesti die melalak bila maklong die nak balik. anyway, we had so much fun. best sebab x ramai orang kot.



p/s : balik tu semua pengsan. penat yg sangat berbaloi. =)


Monday, December 22, 2014

Shah Alam - Lumut - JB

sambungan dari sini.

anyway, lepas gi Laman Seni, kitorg solat dulu kat Masjid Shah Alam. sambil amik gambar lagi. tapi gambar cam biasa. kat tukang amik gambar. aku tukang pose je. hehehe

salam2 pastu kami teruskan perjalanan ke Lumut, Perak.

kitorg sampai Lumut terus checkin hotel. masa tu dah pukul 10 malam. mandi2 pastu cari kedai makan. x banyak kedai makan yg buka. dah la lambat giler makanan sampai. boleh lak Nia mabuk malam tu. masa dalam kereta Akak dah kena muntah seround. depan hotel sekali, masa tengah tunggu makanan pun die muntah lagi. cian maklong bau muntah. x biasa jalan jauh kot. nasib baik lepas makan die terus ok.

lepas makan ayah ajak round2 Lumut. macam kat Danga lak. siap ada budak busking lagi. boleh tahan la suara budak tu. org pun ramai kemain. 2 kali round baru kitorg dapat parking. pastu aku nampak budak2 main buih. so belikan la Nia pistol buih. suka die main. lepak kejap je sbb esok nak bangun awal. sbb nak gi Pulau Pangkor!

subuh2 lagi kitorg dah bangun. Nia dgn Ari mandi lebih kurang je. yela, sejuk kan. kemas2 terus checkout hotel. sebelum tu, gi sarapan dulu. sarapan die ok la banding dgn malam tu. kedai pun lain tapi sederet la dgn kedai malam tadi. yg best nye die ada buat roti arab cicah kari ayam. sedap la jugak. kitorg naik bot kol 9.

Nia excited naik bot. tapi bila die nampak bot kat luar, die sibuk nak naik bot. paham x? die dah naik bot, tapi die xtau die dah naik bot. eh apa aku cakap ni? hahahaha

ikutkan ayah nak sewa kereta biar senang jalan kat pulau tapi satu kereta rm80. plus, semua malas nak drive. nasib baik kat pulau banyak teksi. teksi die bukan cam yg biasa tu tau. teksi diorg van warna pink. satu teksi rm70 je. pakej dgn bawak kita pusing satu pulau selama 2 jam,  4 lokasi tarikan dan perhentian terakhir adalah pantai!!! mula2 driver bawak kitorg gi Kota Belanda.







xde apa pun yg menarik kat sini. ada la org jual makan2 sikit n souvenir. pastu kitorg stop kat Galeri Sejarah Pangkor(kot? tah lupa nama die). ada la sejarah2 berkaitan Pangkor. dekat belakang galeri ni ada kapal besar. aku xtau la kapal ni untuk digunakan atau diorg nak buat muzium tapi memang besar la.

lepas tu driver teksi bawak kitorg ke tokong Foo Lin. kitorg amik gambar kat tepi2 je. sbb ada patung rusa. Nia sibuk nak amik gambar dgn rusa. so layankan jela. kat sini pun ada ikan naga ek nama die. ikan tu besar gila. macam org ok. kuil ni besar. siap ada mini tembok besar china tapi kat atas bukit. malas nak menapak naik tangga. dah la tinggi giler.

tapi yg best nye kat sini, souvenir murah giler. keychain biasa beli kat Kota Belanda 2 rm10. kat sini 7 rm10. spek budak pun murah. 2 rm10 ok. harus la aku rembat terus. hehehe dah lama nak belikan spek hitam untuk Nia. mak geram je kan. sbb sebelum tu die dah beli keychain kat Kota Belanda. dalam geram tu, mak beli gak. x cukup kata die. hehehe

next  stop, kilang satay ikan. ok aku nasihatkan korg jangan beli kat sini banyak2 sbb susah nanti nak bawak balik naik bot. lain la kalau korg bawak beg besar. macam kitorg, kitorg beli sikit je buat kunyah2. harga biasa je. kat Lumut lagi boleh dapat murah. so baik beli kat Lumut je.

last skali, pantai yeah! aku xtau la nama pantai ni apa. tapi tempat yg kitorg stop ni ada di sediakan pakej snorkeling, diving, kayak n macam2 lagi la. dah la kitorg datang sehelai sepinggang je. kalau dapat mandi kan best. sbb x bawak baju mandi. pantai die putih giler. air pun clear je. nyesalnye xdapat mandi laut. huhuhu anak aku? Nia tu pantang tengok laut. pulak tu aku dah cakap awal2 memang nak gi laut. x sempat tukar baju, die dah ajak atuk die gi mandi. pakai baju dgn pampers je pun jadi.

mak n akak terpaksa cari baju untuk Nia. diorg beli tikar sekali. dah kata sehelai sepinggang kan. Ari mula2 sampai die tido pastu bunyi bising kot die terus bangun. aku bawak die gi pantai. boleh x, die xnak turun. letak kat pasir, die jalan jengket2. macam geli. pastu asik nangis je. gedik giler mamat ni tau. yg Nia dah siap buat istana pasir lagi. so aku, ayah n mak lepak tepi pantai, Akak tukang layan Nia. ayah siap tido lagi. best ok tido tepi pantai. tengah lepak, tetiba ada minah saleh ni pakai bikini lepak depan kitorg. aduhai spoil betul la.

lepak kejap je sbb dah penat n berlekit. plus lapa. so ayah call driver teksi tadi, pastu kitorg terus gerak gi pelabuhan. masa tu dah kol 2 kot. org ramai giler babs ok. punye la ramai org beratur sampai kat parking. diorg semua baru checkout kot. lagipun ari ahad dan cuti sekolah kan. memang ramai org la. dari penat beratur, baik gi makan dulu. gi restoran apa tah nama die aku x ingat. sebelah je dgn tempat naik feri.

masa amik order, budak yg amik order tu asik tengok muka aku. macam kenal je mamat ni. rupa2 nye kawan kolej aku. boleh lak jumpa kat sini. pulak tu kafe tu die punye. harus la dapat diskaun. hehehehe lepas makan, solat dulu pastu baru gi beratur. beratur pun  x lama. sbb bot pun setengah jam sekali mesti ada. lebih ramai beratur barisan feri ke Fort Marina. akak kata kat sana ada muzium kapal. kiranya kapal yg sebenar la. semua dalam tu berfungsi lagi. sekali masuk rm15 kot.

sampai pekan Lumut dah kol 5. ayah ajak gi Teluk Batik lak. tengok apa best kat sana. sebelum tu, kitorg shopping dulu. sbb kat Pangkor x beli banyak kan. mak siap borong ikan bilis, sotong kering la apa la. aku beli satay ikan je. skali gi Teluk Batik, baju kat sini lagi murah. beza rm5 kot. aku sambar t-shirt untuk aku, Nia n Ari. untuk Al xde. die bukan suka t-shirt pun. lepas tu kitorg terus gerak gi Klang.

sebelum tu singgah Manjung jap. ada org tu nak buat down memory lane la kira nye. amik2 gambar jap pastu terus gerak. sampai Klang kol 12 malam sbb kitorg sesat. hahaha biasa la kan kalau jalan x biasa. kitorg tido rumah sedara je. jimat sikit. isnin pagi tu kitorg gi KLIA 2 lak hantar ayah.

KLIA 2 ni besar giler. aku x penah gi KLIA tapi diorg cakap yg no2 ni lebih besar sbb ada shopping kompleks skali. sebelum apa2, aku suruh akak amik gambar tiang parking. takut peristiwa kat I-city terjadi kembali. hehehehe





suruh Nia posing depan cermin. mama loves u both. =)


ayah checkin kol 1. kitorg sampai sana kol 10. banyak masa lagi so pusing2 dulu tengok apa yg menarik. memang banyak kedai makan yg best2. aku dgn Akak memang jenis x heran dgn barang2 ke baju ke. kitorg lebih minat tempat makan yg best2. ada kedai gula2 nama die Snitch ek. comel kedai tu. deko die lukisan doodles ek. memang cantik kalau amik gambar kat situ. pastu ada Jaya Grocer. masuk jap beli barang. kat situ ada jual nasi paket. yg best nye ada spagetti. rasa cam nak beli tapi mak kata xyah. sob3

pastu gi tempat boarding. kat area sini kedai makan lagi banyak tapi lebih mahal sikit dari area shopping. kedai2 pun jenis rare. ada la Dunkin Donut tapi harga macam double je. biasa la makanan airport memang mahal. nasib baik kitorg dah sarapan dulu. kitorg x tunggu ayah pun. so salam2 terus gerak balik JB. sampai JB kol 5.

overall memang trip yg best sangat. cuma ada satu benda yg aku rasa ralat.

sbb x dapat mandi kat Pangkor. urghhh asik teringat2 ok. so tahun depan dah target nak pergi lagi. hehehe





p/s : krismas nanti aku nak gi holiday lagi. bulan ni memang bz giler. but in a good way. i like disember. =))






Tuesday, December 9, 2014

i orang Malaysia

i orang Malaysia

i orang Malaysia
i suka tinju
dan lumba kereta

tapi i tak suka
sastera,
that buatan
zaman tok wan kita.

sejarah is a problem
menjadi masalah,
ganggu i punya sembang
kacau i punya fikiran.

i suka rock amerika
dan gaya jepun
gaya melayu i benci
kuno, i dunno,
untuk mak cik saja.

i tak suka baca
tapi suka race
motosikal dan kereta.

i orang Malaysia
we patut pakai english
pasal english bahasa best,
dari wangnya
boleh beli kasut gucci.
i suka pegi ke
london dan itali.

i sayang Malaysia
semuanya boleh
Malaysia boleh.

di Malaysia
kalau salah jarang kena
tangkap.
i sayang Malaysia.


nukilan Sasterawan Negara
Muhammad Haji Salleh





p/s : masih xde masa nak update. huhuhu.......